CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1103|Reply: 11

[Tempatan] Edar Arak Percuma Di Bandar Melaka

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
25 Mar 2019

NOR FARHANA
MELAKA TENGAH - Tindakan penganjur pasar malam jonker Walk, di sini, yang didakwa membenarkan aktiviti pengedaran minuman alkohol secara percuma, Sabtu lalu, tidak seharusnya berlaku.

ADUN Kota Laksmana, Low Chee Leong berkata, perbuatan itu bukan sahaja dikritik, namun seolah-olah tiada nilai sensitiviti agama lebih-lebih lagi diadakan di depan pekarangan sebuah gereja di kawasan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu telah menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama memandangkan insiden terbabit berlaku ketika cuti persekolahan dan menjadi tumpuan lokasi pelancongan termasuk kehadiran pengunjung Melayu.

"Saya kritik perbuatan pihak penganjur pasar malam Jonker Walk yang dilihat hanya mementingkan kutipan bayaran tanpa mengambil kira nilai sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini, khusus di Melaka.

"Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) harus mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur dengan menarik balik lesen penganjuran," katanya.

Sementara itu, Pas negeri turut menyelar penganjuran berkenaan di kawasan tumpuan pelancong dan dianggap telah mencalarkan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang terkenal.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek berkata, kerajaan negeri sepatutnya bersikap lebih tegas dalam menangani perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik negeri ini yang berlaku di kawasan terbuka dan tumpuan ramai.

"Saya difahamkan promosi percuma minuman keras telah diadakan berhadapan dengan gereja Methodist, dan ianya sangat tidak menghormati sensitiviti penganut ajaran Katolik.

"Kami menggesa Ketua Menteri, serta kerajaan PH termasuk Exco yang terlibat tidak bersikap lepas tangan atau membiarkan ia berlaku demi memelihara dan menjaga sensitiviti masyarakat," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
"sngt tidak menghormati penganut ajaran katolik" biar betik???
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:16 PM | Show all posts
Malaysia Baru
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:35 PM | Show all posts
langsung tidak menghormati penduboq2 etis melaka.....penduboq etis sembah sains...sains mengatakan ethanol itu psychoactive....sains sentiasa tepat......sains tak perenah silap.....wakakakakkkaakkaakaka
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp paderi katolik x kt apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu kan negeri pemberian Melayu kepada Belanda....apa salah nak meneruskan Budaya 3 bangsa Eropah yg pernah menguasai Kampung Melaka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 08:21 AM | Show all posts
bagus pas negeri melaka nih, prihatin.
tapi,
setakat mengarang panjang2 pastu sebar dlm grup wasap je nak buat apa??

buat la aduan kat balai, bg polis siasat. hadoihh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:31 AM | Show all posts
arnauld replied at 25-3-2019 05:46 PM
"sngt tidak menghormati penganut ajaran katolik" biar betik???

betul pe... pengikut katholik biasanya alim.  ajaran kristian sebenar pun tak menggalakkan minum minuman keras. tu yang minum2 mabuk2 tu dah terpesong

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
@kucinghitam ikut ajaran nabi isa a.s arak tidak haram, sbb Tu pada awal islam sahabat merujuk pada ajaran nabi isa a.s masih lagi minum arak. Sehinggalah Ada sahabat yg mabuk Dan tersilap bacaan dlm sembahyang, lantas perlahan2 arak diharamkan. The point is arak tidak di haramkan Zaman nabi isa, seperti dlm lukisan the last supper. So siapalak dlm katolik yg haramkan arak???  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
forum sebelah kondem act ni.. melayu mudah trigger katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
@sekngucing ikut undang2 arak tak boleh diminum dijual secara terbuka, Dan perlu dpt kebenaran masyarakat setempat utk sebarang jualan, boleh check newspaper utk iklan notis  penjualan arak, so suka2 hati distribute arak mmg violate law bkn lagi sensitivity masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 26-3-2019 12:13 PM
@sekngucing ikut undang2 arak tak boleh diminum dijual secara terbuka, Dan perlu dpt kebenaran masya ...

hahaha aku tau... tp diorang tak tau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083634 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list