CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2600|Reply: 4

Bugis di Siam : Daeng Manggale, Makkassan , Napoleon Bonaparte

[Copy link]
Post time 26-3-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by nobito at 26-3-2019 12:15 AM



Bugis Di Siam
on February 25, 2019

OLEH: Nuraidil Zakaria

Pendahuluan

Membangkitkan sesuatu yang silam bukan satu kerja yang mudah, ia menuntut masa, kepakaran dan juga minat yang mendalam. Ramai pengkaji dan penyelidik sejarah menggunakan hasil kajian mereka demi ganjaran tertentu menyebabkan satu kajian empirikal akhirnya tersimpan rapi di rak-rak dalam perpustakaan yang menyebabkan aksesnya terhad kepada kelompok yang tertentu sahaja walhal ia patut dikongsikan secara umum. Ini bukanlah salah sesiapa, fungsi perpustakaan itu sendiri sebenarnya terbuka untuk umum namun mungkin kita sendiri yang tidak memakmurkan pusat sumber itu, atas perihal inilah wujudnya kecanggihan teknologi maklumat yang kita sedangkan gunakan ini, begitu juga munculnya ramai penyampai ilmu menerusi puluhan medium baru dan kelompok ini dikenali sebagai Netizen.

Pada penulisan kali ini, kita cuba untuk menyoroti sejarah orang-orang Bugis di Siam, satu kisah yang suram dan tidak dipandang masyarakat umum sedangkan ianya satu episod yang menarik dalam memahami hubungan bangsa Melayu dengan bangsa Thai.

Siapa Bugis
Penempatan masyarakat Bugis diketahui tersebar meluas dikawasan Selatan Semenanjung, ramai antara mereka mendiami kawasan sekitar negeri Johor dan Selangor, namun ada juga antara mereka berhijrah ke kawasan Pantai Timur terutama di negeri Terengganu dan Pahang. Masyarakat Bugis sebenarnya berasal dari Makkasar, satu wilayah di Pulau Sulawesi yang kini berada dalam kedaulatan Indonesia, mereka dikenali sebagai satu masyarakat yang gemar mengembara dengan belayar ke seluruh Alam Melayu, kaum Bugis juga terkenal sebagai orang yang gagah berani dan tidak mengenal erti mengalah.

Meneliti Sejarah Siam pada era kerajaan Ayuthya, dicatatkan ketika ia dibawah pemerintahan Raja Narai [1656-1688] satu pemberontakan diketuai oleh orang-orang Bugis telah meletus di Bangkok, lantas timbul persoalan apakah Bugis yang merupakan suku kaum Melayu mendapat tempat dalam pemerintahan Siam? Selama ini bangsa Melayu menjadi musuh ketat kepada kerajaan Siam di kawasan selatan semenjak dari zaman Raja Ramkhamhaeng [1279-1298] lagi, jadi pada hemat kami, agak mustahil kerajaan Siam berkompromi dengan orang-orang Melayu pada waktu itu.

Bagaimanapun segala kemungkinan ini terjawab setelah diteliti bahawa Siam secara terbuka menerima malah membenarkan kuasa-kuasa Imperialis Barat mendirikan penempatan yang dimulakan oleh Portugis selepas berjaya menakluk Melaka pada 1511 dan semenjak itu juga agama Krisitian mula bertapak di Siam. Kemudian diikuti pula oleh kuasa-kuasa lain dari barat seperti Belanda, Perancis, Sepanyol dan Inggeris, Siam turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa besar dari Asia seperti China dan Jepun. Justeru dari perkembangan ini dapat disimpulkan bahawa Siam turut bertolenrasi dengan orang-orang Melayu Bugis memandangkan di kota Ayuthya pada masa pemerintahan Raja Narai terdapat juga kelompok Melayu Islam.


Bugis di Kota Ayuthya
Ia bermula apabila serangan Belanda ke atas Gowa, hingga termetrai Perjanjian Bungaya pada 18 November 1667 yang termaktub 30 perkara yang memang merugikan Makasar baik dari segi perdagangan mahupun keselamatan, termetrainya perjanjian tersebut menandakan kerajaan Gowa berada dibawa kekuasaan Belanda.

Jelas perjanjian tersebut ditentang oleh sebahagian besar kerabat diRaja Bugis termasuklah Daeng Manggale, Putera kepada Sultan Hasanudin telah berlayar keluar dari Makasar terlebih dahulu bagi mendapatkan perlindungan Suaka dari Raja Narai, pemerintah kerajaan Ayuthya di Siam pada waktu itu. Raja Siam tersebut simpati terhadap nasib malang yang menimpa Putera Raja Bugis itu, malah Raja Siam turut menganggap Daeng Manggale sebagai sahabat beliau yang akrab, atas sebab itu mereka dikurniakan tanah lengkap dengan kediaman di satu kawasan yang telah dikhususkan kepada orang-orang Islam terutama orang-orang Melayu di Bangkok, kawasan ini masih wujud di Thailand dan terletak di tengah-tengah kota Bangkok, ia dikenali sebagai Makkasan dan penulisan ini merujuknya sebagai Perkampungan Makasar.

Sebelum penghijrahan orang-orang Bugis dari Makkasar, Raja Narai telah menganugerahkan satu kawasan lapang di Bangkok kepada 773 orang Minangkabau dari Sumatera, pada masa tersebut ia dirujuk sebagai Perkampungan Melayu, dan turut disertai oleh orang-orang Bugis diketuai Daeng Manggale terdiri dari lelaki dan perempuan disertai anak-anak mereka berjumlah 250 orang pada 1664. Waktu itu Belanda sedang meluaskan kuasa mereka sekitar Alam Melayu, tindakan Raja Siam melindungi masyarakat Minangkabau dan Bugis sebenarnya memburukkan perhubungan Belanda dengan Siam sendiri sementelah Siam sendiri sebenarnya turut menyampah dengan keangkuhan Belanda pada masa tersebut.

Siam di bawah pentadbiran Raja Narai amat terbuka, beliau menjalinkan hubungan yang sangat erat dengan Portugis, Belanda, Perancis dan Inggeris, ia turut membenarkan kuasa-kuasa imperialis ini membuka pengkalan mereka di seluruh Siam. Pada masa pemerintahan beliau, Perancis lebih dominan dari kesemua imperialis Eropah, Siam menghantar empat ekspedisi diplomatik ke Perancis untuk membangun serta memajukan kerajaan Ayuthya, hubungan ini juga menyebabkan agama Kristian tersebar meluas di Siam pada waktu itu. Meskipun begitu terdapat juga misi penyebaran agama Islam dari kalangan orang-orang Parsi dan Acheh dengan cuba mendekati Raja Narai, hal ini telah memaksa ketua agama Kristian di Ayuthya bimbang sekiranya Raja Siam itu memeluk agama Islam, bagaimanapun hingga ke akhir hayat Raja Narai kekal sebagai pengikut ajaran Budha.




Penentangan
Bishop Kristian di Siam melaporkan bahawa pemberontakan orang-orang Melayu di Siam didalangi oleh orang-orang Makasar iaitu Daeng Manggale dengan bantuan tiga orang putera Champa yang turut mendapatkan suaka daripada Raja Siam, salah seorang dari putera Champa ini telah dilantik sebagai pegawai tinggi dalam perkhidmatan kerajaan Ayuthya di Louvo. Mereka terlibat dalam komplot menggulingkan Raja Narai dengan rancangan untuk menggantikan kedudukan Raja Siam itu dengan melantik adiknya yang muda sebagai Raja Boneka, seterusnya menyingkirkannya dan meletakkan Putera Bugis itu Raja Siam yang seterusnya.

Mereka telah membangkitkan semangat penentangan dikalangan orang-orang Bugis supaya menentang kekufuran dengan balasan kehidupan abadi di akhirat, pada masa sama di Perkampungan Melayu seorang individu yang menyamar sebagai Imam mencetuskan huru hara dengan menyebarkan berita bahawa penempatan mereka telah dihantui syaitan dan iblis berikutan kejadian aneh di langit pada waktu itu. Selama tiga bulan berita ini disebarkan di kalangan orang-orang Melayu lalu mencetuskan suasana panik, perkembangan di pekampungan Melayu itu memberi kesempatan kepada komplot orang Bugis dan Champa untuk menghasut mereka agar bersama-sama dalam penentangan terhadap Raja Siam.

Hasilnya seramai 300 orang Melayu berjaya dikuasai dalang komplot ini, mereka mengorak langkah seterusnya dengan membebaskan tahanan di penjara bagi menambah jumlah barisan penentangan tersebut, kini jumlah mereka sudah agak kuat bagi melancarkan pemberontakan dengan menyasarkan Istana Raja Narai. Dua orang putera Champa yang terlibat secara langsung dalam komplot tersebut mengutus surat kepada saudara mereka yang telah berkhidmat dengan Siam di Luovo meminta dia menjauhkan diri dari Istana Raja Siam khuatir dia menjadi mangsa. Surat tersebut dihantar oleh seorang utusan secara tergesa-gesa pada waktu tengah malam, membuatkan putera Champa yang juga pegawai Siam itu menjadi curiga lantas menyerahkan surat tersebut kepada Faulcon, seorang pembesar Siam berbangsa Greek tanpa membaca surat tersebut.

Menyedari Istana Raja Siam sedang terancam, Faulcon segera memaklumkan kepada Raja Narai tentang perkembangan tersebut, lantas 3000 pegawal telah dihantar bagi mempertahankan Istana tersebut, sekumpulan pengawal turut ditempatkan di Luovo bagi mematahkan pemberontakan andai ia turut merebak ke daerah tersebut, manakala Claude de Forbin seorang bangsawan Perancis di Siam telah diarahkan ke Bangkok bagi mempertahankan pelabuhan penting.

Komplot menjatuhkan Raja Narai oleh orang-orang Bugis telah bocor dan ia turut diketahui oleh kerajaan Ayuthya, orang-orang Melayu membantah dan marah apabila mengetahui bahawa mereka telah ditipu dan dipergunakan sedangkan mereka tidak mahu mengkhianati Siam lalu meninggalkan perkampungan Makkasar kembali ke kawasan penempatan mereka, manakala ketua orang Melayu mengadap Raja Narai bagi membersihkan namanya. Faulcon dihantar ke penempatan orang-orang yang diberi suaka itu untuk berbincang dengan para pemberontak dan mengajak mereka kembali bergabung, orang-orang Melayu menemui wakil Siam itu, dan menyatakan mereka telah ditipu dan akan taat kepada Raja Siam serta tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut. Orang-orang Bugis pula enggan berbuat demikian demi menjaga maruah mereka, Daeng Manggale dipujuk untuk menemui Faulcon oleh Siam dengan menyatakan bahawa bukan untuk dituduh ataupun dihukum sebaliknya mereka hanya mahu dia mengaku salah dan mendedahkan siapa yang terlibat sebelum Tribunal diRaja dibuat.

Putera Bugis tersebut tidak menghadirkan diri dengan berbagai alasan sambil itu menegaskan bahawa dia tidak bersalah, dia sebenarnya tidak sanggup untuk mendedahkan nama-nama individu yang terlibat kerana mereka telah mengamanahkan kepercayaan kepadanya, sikap orang Bugis sekali berjanji selamanya akan dipengang dan tidak sesekali mengkhinatinya, kerana itu Daeng Manggale tetap enggan menyerah diri. Atas sebab itulah Perkampungan Makkasar dikepung selama setahun, mereka hanya menyusup keluar sesekali bagi mendapatkan bekalan makanan, pengepungan ini dibuat oleh Siam selepas mereka tetap berdegil serta tidak mengendahkan tolenrasi yang ditunjukkan oleh Raja Narai.

Berita pengepungan Siam terhadap perkampungan Makkasar di Bangkok diketahui oleh Raja Makkasar, lalu baginda menghantar orang-orang suruhan serta bantuan kewangan kepada Daeng Manggale dan orang-orangnya, sejurus ketibaan bantuan dari Makkasar itu seorang Nakhoda Bugis berpendapat dia boleh menggunakan kapal itu untuk melepaskan diri dan kembali ke negerinya, bagaimanapun dia gagal melepaskan diri kerana Claude de Forbin telah mendapat waran untuk menahannya meskipun Nakhoda Melayu itu mempunyai surat kebenaran untuk meninggalkan Siam. Nakhoda tersebut dipaksa mendarat, pengikutnya pula ditinggalkan di kapal manakala dia diiringi oleh lapan orang pengawal bersenjatakan keris beracun ke tempat tahanan, dia terkejut melihat askar Siam memenuhi bangunan tersebut lantas menjerit mendapatkan pertolongan.

Seorang pegawai Siam mengarahkan menyerahkan kerisnya atas nama Raja Siam, nakhoda itu enggan menyerahkan kerisnya lalu menikam mati pegawai tersebut, tiga orang pengawal Siam cuba mengamankannya namun dua orang pegawai itu mati ditikam manakala seorang mati terkena pukulan maut nakhoda tersebut. Setelah itu pengikut-pengikutnya turun dari kapal lalu mengamuk dan menggempur pengawal-pengawal Siam yang bersenjatakan tombak, mereka mara hingga ke kubu Siam. Namun amukan tersebut berjaya diamankan oleh Siam yang bersenjatakan senapang sedangkan orang Melayu dan Bugis hanya bersenjatakan keris, Nakhoda itu tewas terbaring cedera akibat terkena tembakan Siam, lalu seorang Pegawai Perancis cuba mengambil keris kepunyaannya, bimbang kehilangan tanda kepahlawanannya itu, pegawai itu sempat mengambil sarung keris sahaja kerana nakhoda itu telah mengambil bilah keris lalu merodok mati pegawai itu.

Menyedari orang-orang Bugis terus menentang tanpa mengenal erti mengalah menyebabkan Claude de Forbin menghantar satu pasukan tentera berjumlah 400 orang, sedangkan waktu itu pahlawan Bugis hanya tinggal 32 orang sahaja. Pihak Perancis melaporkan bahawa orang Bugis pada masa tersebut adalah lebih ganas daripada haiwan buas, mereka menuntut agar jenazah nakhoda tersebut dipulangkan, mereka akan menghukum tentera Perancis sekiranya tuntutan mereka itu tidak dipenuhi. Claude de Forbin bersedia melancarkan serangan ke atas perkampungan Makkasar, orang-orang Bugis pula membentuk pertahanan bagi melindungi kaum keluarga mereka, Udall – seorang kapten berbangsa Inggeris yang berkhidmat dengan Siam memandang rendah keupayaan orang-orang Bugis menawarkan diri untuk menangkap dan merantai pemberontak tersebut. Beliau bersama Coates, seorang lagi kapten Inggersi yang berkhidmat dengan Siam cuba menangkap orang-orang Bugis itu, malangnya kesemua mereka menemui ajal dalam penentangan tersebut dengan Coates mati lemas akibat perisainya yang berat, Udall pula tewas dalam pertempuran dengan pahlawan Bugis yang pada waktu itu sedang mengamuk menikam mati semua orang tanpa mengira jantina dan umur. M.Turpin melaporkan pada masa itu pengawal Siam telah panik dan ramai antara mereka melarikan diri, ringkasnya Bangkok pada masa itu telah lumpuh, orang-orang Bugis boleh sahaja menguasai kota tersebut namun mereka tidak berbuat demikian kerana mereka telah “mabuk darah” dan menguasai kota tersebut bukan lagi menjadi keutamaan mereka.

Pengikut-pengikut Daeng Manggala menasihatkan Putera Raja Bugis itu megadap Raja Siam untuk mendapatkan perlindungan, namun beliau tetap berdegil, satu angkatan perang berjumlah 6000 orang di bawah perintah Faulcon dihantar untuk menundukkan putera tersebut. Pahlawan-pahlawan Bugis tidak mengalah walaupun jumlah mereka itu telah berkurang hingga berjumlah 17 orang sahaja, mereka melancarkan serangan hendap terhadap kapal yang dinaiki oleh ketua tentera Siam setelah itu mereka melarikan diri ke perkampungan mereka yang telah musnah. Faulcon terkejut dengan serangan hendap tersebut lalu menghantar sepasukan askar perancis seramai 80 orang disertai 2 orang Siam dan seorang Jepun, Bugis sangat kental separuh dari pasukan Faulcon ini terkorban.

Menyedari orang-orang Bugis tidak dapat dikalahkan secara berdepan, Faulcon menghantar seluruh angkatan perangnya menyerbu perkampungan Makasar, 22 orang Bugis cuba mendapatkan perlindungan daripada Kuil Budha manakala 33 orang lagi tercedera. Akhirnya pemberontakan ini berjaya ditumpaskan Daeng Manggala terbunuh akibat kecederaan parah di bahunya akibat ditembak, mereka yang bersembunyi di Kuil Budha telah menyerah diri, orang yang cedera pula ditawan.

Dua orang Putera kepada Daeng Manggala cuba mendapatkan perlindungan Raja Narai dengan menunjukkan jasad bapa mereka yang terbunuh, manakala tahanan dan tawanan itu telah diseksa dengan pelbagai cara dengan niat untuk memurtadkan mereka. Namun orang-orang Bugis tetap dengan keimanan kepada Allah s.w.t, akhirnya kesemua orang-orang Bugis yang masih hidup telah diikat tangan dan kaki dan dibiarkan mati dibaham Harimau, Raja Narai membiarkan dua orang pewaris Putera Bugis iaitu Daeng Tulolo dan Daeng Ruru hidup dibawah jagaan seorang Bishop dari Constainople yang berkhidmat untuk Kerajaan Ayuthya. Putera-putera ini akhirnya dihantar ke Perancis dan berkhidmat dalam tentera Laut Perancis, mereka ini akhirnya muncul sebagai pemerintah angkatan tentera laut Perancis yang terkenal iaitu Louis Pierre de Maccasar dan Louis Dauphin de Maccasar, ada sesetengah maklumat menyatakan bahawa mereka inilah moyang kepada Napoleon Bonaparte!

Rujukan
Buku:

Wood, W. A. R. A History of Siam, from the Earliest times to the Year A.D. 1781. Bangkok: Chalermnit hop, 1959. Print.
Turpin, F. H. A History of the Kingdom of Siam and of the Revolutions That Have Caused the Overthrow of the Empire up to 1770. Trans. B. O. Cartwright. Bangkok, Thailand: White Lotus, 1997. Print.

Blog dan Website:
https://en.wikipedia.org/wiki/Narai
http://www.bangkokpost.com/news/general/1083844/makkasan-land-handover-hits-obstacle
http://www.kabarkami.com/tokoh-terkenal-bugis-makassar-yang-tidak-dikenal.html
https://emilsalim27.wordpress.com/2012/05/13/kisah-heroisme-bugis-makassar-di-negeri-siam-thailand/
http://iswandidzaky.blogspot.nl/2016/01/kisah-kepahlawanan-bugis-makassar-di_22.html#.V-G_yJN96Ax
https://id.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Bungaya

via-  https://nuraidilzakaria.com/bugis-di-siam/


___________________________
~

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal usul nama Makassan


Sumber Wikipedia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kampung Melayu kena tonggang agama dengan Tok lebai katanya kampung diorg Ada setan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:25 AM | Show all posts
Banyak gak bullshit..
Melayu dibilangnya minangkabau dari sumatera.
.
Makassar dibilangnya bugis.
.
Melayu berontak konon disebabkan menyangka ada setan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 26-3-2019 07:25 AM
Banyak gak bullshit..
Melayu dibilangnya minangkabau dari sumatera.
.

Memang itu la kepercayaan Melayu sampai sekarang...ditonggang Agama oleh lebai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.077715 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list