CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 5

[Tempatan] Kuantan: Pelajar tahfiz didera ustaz.

[Copy link]
Post time 26-3-2019 03:58 AM | Show all posts |Read mode




Kuantan, Polis mengesahkan satu laporan dibuat seorang bapa susulan video tular di media sosial membabitkan seorang guru tahfiz yang didakwa melakukan penderaan fizikal dan seksual ke atas pelajar di sebuah madrasah di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan ketika dihubungi berkata, kejadian di sebuah madrasah di Taman Seri Damai Aman, Jaya Gading, di sini membabitkan seorang guru lelaki berusia 46 tahun.

“Kira-kira jam 11 pagi 16 Mac lalu, pengadu melawat anak lelakinya berusia sembilan tahun di madrasah itu. Anak pengadu menceritakan sejak hari pertama masuk ke madrasah tersebut pada 1 Februari 2019, dia didera oleh seorang ustaz (Walid).

“Anak pengadu dirotan, dicubit, ditampar, dicium mulut, ketuk ketampi dan dimaki hamun.

“Kejadian terbaru adalah pada 15 Mac lalu apabila anak pengadu dirotan di badan termasuk di belakang badan, kaki, tangan dan dicubit. Pengadu seterusnya membuat laporan polis,” katanya.

Othman berkata, susulan laporan tersebut, polis menjalankan siasatan dan mendapati tempat kejadian merupakan sebuah surau yang diubah suai untuk dijadikan pusat tahfiz dan asrama pelajar.

Menurutnya, terdapat 19 berusia antara lapan hingga 15 tahun di tahfiz tersebut dan hanya terdapat seorang guru yang dikenali sebagai Walid.

“Berdasarkan keterangan dua mangsa berusia sembilan dan 11 tahun, semua pelajar pusat tahfiz akan dipukul oleh suspek menggunakan rotan jika mereka membuat kesalahan.

“Hasil pemeriksaan fizikal ke atas kedua-dua mangsa dapati terdapat kesan dirotan dan kesan cubitan pada badan.

"Suspek didapati melarikan diri setelah mengetahui laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa,” katanya.

Othman berkata, polis kini memburu seorang ustaz yang juga guru di sebuah madrasah di Jaya Gading, di sini bagi membantu siasatan kes penderaan membabitkan pelajar di situ.

Suspek berusia 46 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada 2013 di Gedek, Melaka dan 2016 di Bachok,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/20151/EDISI/Pahang/Pelajar-tahfiz-didera-ustaz

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 07:37 AM | Show all posts
Ades ....
Suspek berusia 46 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada 2013 di Gedek, Melaka dan 2016 di Bachok



Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-3-2019 07:37 AM
Ades ....

Melayu suka meniaga TAHFIZ.  Kucing kurap pun boleh jadi guru tahfiz. Hanya ibu bapa mental je yg antar anak ke Tahfiz. Dia ingat anak dia boleh bawak dia ke Sorga sedangkan dia antar anak masuk nuraka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:05 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 26-3-2019 07:53 AM
Melayu suka meniaga TAHFIZ.  Kucing kurap pun boleh jadi guru tahfiz. Hanya ibu bapa mental je yg  ...
Tak perlu rasa nya nak sampai menghina begitu sangat.

Pusat Tahfiz ada ja melahir kan pelajar cemerlang. Guru guru Tahfiz pun ramai sangat berdedikasi dan bertanggungjawab.

Mental tak mental kadang kita tak boleh nak salahkan jika ibubapa mengharap yang terbaik untuk anak anak.

Hanya sebab sesetengah ibubapa yang ambil sikap lepas tangan jer bila dah hantar anak ke sekolah Tahfiz .. jangan pukul rata semua macam tu.




Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:48 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-3-2019 08:05 AM
Tak perlu rasa nya nak sampai menghina begitu sangat.

Pusat Tahfiz ada ja melahir kan pelajar ce ...

Listen to me, saya tak menolak jika ada TAHFIZ yang diurus dengan betul.
Siap ada guru-guru terlatih dan menggunakan kurikulum negara.

Yang saya kutuk ni, TAHFIZ cendawan yang hidup bergantung pada
sedekah orangramai. Sesiapa sahaja yang nak meniaga cara senang, bukak TAHFIZ.
Boleh guna budak-budak Tahfiz mintak sedekah. Bawak surat ke hulu, ke hilir mintak
derma orang ramai. Saya ingin bagi tahu awak, SAYA TAK PERNAH DERMA sesen pun
kepada peminta sedekah Tahfiz. Saya MALU lihat ISLAM digunakan dalam bentuk ini.
Kalau ada duit banyak, bukalah SEKOLAH Tahfiz yang betul. Ada banyak SEKOLAH
TAHFIZ macam ni. Ibubapa yang nak anak diberi didikan agama, sanggup bayar
mahal untuk letak anak di situ. Ini baru TAHFIZ yang menaikkan mertabad ISLAM.
Bukan Tahfiz melatih kanak-kanak jadi peminta sedekah. Membiarkan kanak-kanak
terdedah kepada segala macam penderaan mental dan seksual.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:50 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 26-3-2019 08:48 AM
Listen to me, saya tak menolak jika ada TAHFIZ yang diurus dengan betul.
Siap ada guru-guru terla ...
Kurang kurang ..
komen ni baru betul

saya tak menolak jika ada TAHFIZ yang diurus dengan betul.
Siap ada guru-guru terlatih dan menggunakan kurikulum negara.



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055199 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list