CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 1

[Dunia] Bukit Golan kekal milik Syria, kata wakil tetapnya ke PBB.

[Copy link]
Post time 26-3-2019 04:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-3-2019 12:47 PM

Bukit Golan kekal milik Syria, kata wakil tetapnya ke PBBBernama -

March 23, 2019 7:13 PM


Wakil tetap Syria ke PBB Bashar Jaafari berkata, rakyat Syria akan teguh mempertahankan kawasan itu dan akan membebaskannya daripada cengkaman Israel. (Gambar Bernama)


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Bukit Golan akan kekal sebagai wilayah Arab Syria, walaupun Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat mengiktiraf kedaulatan Israel di kawasan itu, lapor agensi berita Xinhua.


“Kenyataan Trump itu tidak sama sekali mengubah fakta bahawa Bukit Golan akan tetap menjadi milik wilayah Arab Syria,” kata perwakilan tetap Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bashar Jaafari kepada wartawan di New York.

“Rakyat Syria sentiasa dan akan teguh mempertahankan kawasan itu serta membebaskannya daripada cengkaman Israel walau dengan apa cara sekalipun,” tambahnya.


Trump menulis di Twitternya pada Khamis “tiba masa untuk negara itu mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan yang diduduki selepas rejim Tel Aviv merampasnya dari Syria pada 1967.”


“Tiba masa bagi Amerika mengiktiraf sepenuhnya kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan, yang kritikal daripada segi strategik dan mempunyai kepentingan keselamatan untuk Negara Israel dan kestabilan serantau!”, tulis Trump.


Israel menawan kawasan terbabit dalam perang 1967 dan merampas Bukit Golan pada 1980-an, tetapi masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktiraf tindakan itu.


“Kerajaan Arab Syria mengutuk kenyataan itu dan menyifatkannya tidak bertanggungjawab ke atas status undang-undang mengenai Bukit Golan yang diduduki,” tegas duta itu.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/23/bukit-golan-kekal-milik-syria-kata-wakil-tetapnya-ke-pbb/




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2019 04:49 AM | Show all posts
Sudah tiba masa AS iktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan, kata TrumpBernama -

March 22, 2019 5:03 PM


Israel menawan kawasan terbabit dalam perang 1967 dan merampas Bukit Golan pada 1980-an, tetapi masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktiraf tindakan itu. (Gambar Reuters)


WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Khamis berkata, tiba masa untuk negara itu mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan yang diduduki selepas rejim Tel Aviv merampasnya daripada Syria pada 1967, lapor agensi berita Xinhua memetik Twitter presiden Amerika Syarikat itu.


Trump menulis, “selepas 52 tahun, tiba masa bagi Amerika mengiktiraf sepenuhnya kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan, yang kritikal dari segi strategik dan mempunyai kepentingan keselamatan untuk negara Israel dan kestabilan serantau!”.

Israel menawan kawasan terbabit dalam perang 1967 dan merampas Bukit Golan pada 1980-an, tetapi masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktiraf tindakan itu.


Dalam reaksi terhadap kenyataan yang mengisyaratkan perubahan besar dasar Amerika berhubung isu berkenaan, Duta Israel ke AS, Ron Dermer membalas Twitter itu dengan menyatakan “Terima kasih, Presiden Trump!”.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067155 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list