CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 1

[Tempatan] Pok Ya si Awe Macho

[Copy link]
Post time 26-3-2019 11:33 AM | Show all posts |Read mode



GELAGAT kanak-kanak lelaki sedang menggosok, mencium dan memeluk kambing ‘sado’ mencuri perhatian ramai di pekarangan Pantai Geting di Tumpat, semalam.

Telatah Muhammad Adam Ziqri Mohd Hafizul, 8, yang sedang bermanja dengan kambing kesayangannya dari baka Kalahari dan diberi nama Pok Ya itu dilihat sepanjang pertandingan Kambing Sado berlangsung.

Sepanjang tempoh Pok Ya ditambat di pokok, Muhammad Adam langsung tidak berganjak meninggalkan Pok Ya sebaliknya kerap membelai, memeluk serta ‘menunggang’ belakang haiwan itu tanpa menghiraukan pengunjung dan peserta lain.

Lebih menggembirakan apabila Pok Ya diumumkan sebagai juara bagi kategori jantan muda dewasa sekali gus membawa gelaran ‘Awe Macho’ dengan menewaskan kira-kira 10 kambing baka lain dalam kategori itu.

Bapanya, Mohd Hafizul Jaafar, 38, berkata, kambing berusia 13 bulan itu dipelihara sejak sembilan bulan lalu selepas dibeli untuk dibiak baka.

Katanya, kambing berkenaan boleh dikatakan ‘membesar’ di tangan Muhammad Adam kerana sejak berusia empat bulan lagi Pok Ya sudah dijaga oleh anak bongsu dari tiga beradik itu.

“Setiap hari selepas pulang dari sekolah, Adam segera ke kandang di belakang rumah untuk memandikan, membersihkan najis dan memberi Pok Ya makan.

“Adam akan meluangkan masa sehingga petang bermanja dan bermain dengan Pok Ya yang sudah dianggap sebagai sahabatnya,” katanya.

Mohd Hafizul berkata, dia ada memelihara lapan lagi kambing baka di rumahnya di Pasir Hor, Kota Bharu, namun Pok Ya yang paling rapat dengan Muhammad Adam.

Pertandingan julung kali diadakan itu adalah anjuran Kelab Kambing Baka dengan kerjasama dari Jabatan Veterinar Kelantan serta Kelab Penternak Anak Kelate.

Sebanyak 50 kambing dipertandingkan dalam empat kategori iaitu jantan sado, jantan muda junior, jantan muda dewasa (Awe Macho) dan betina (Mek Gembo-Gembo).

MUHAMMAD Zulkarnain Mohd Ridzwan, 26 bersama kambing sado yang diberi nama Jebom memenangi naib juara jantan sado dalam pertandingan Kambing Sado ketika ditemui di Pantai Geting. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Seorang lagi peserta dari Tanah Merah, Mohd Zulkarnain Mohd Ridzwan, 26, dia mempertaruhkan kambing baka kacuk Anglo dan Jamnapari miliknya yang diberi nama Jebon.

Mohd Zulkarnain berkata, dia tidak membuat persiapan rapi untuk pertandingan itu, namun kejayaan kambing baka yang berusia 14 bulan itu meraih tempat kedua untuk kategori jantan sado sudah cukup memuaskan hati.

“Tiada persediaan khusus dilakukan, hanya memberi makan yang cukup selain membiasakan Jebon dengan keadaan ditambat sahaja kerana di dalam kandang, dia dibiarkan bebas.

“Agak sukar juga pada mulanya kerana Jebon sukar menyesuaikan diri dalam persekitaran orang ramai, namun lama kelamaan dia mula membiasakan diri,” katanya yang turut memelihara 14 lagi kambing baka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 10:44 A

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi trend ka petting kerbau ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.090769 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list