CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1028|Reply: 11

[Tempatan] Lemang dua dalam satu

  [Copy link]
Post time 26-3-2019 11:34 AM | Show all posts |Read mode



SEKALI pandang bentuknya seperti sushi, namun sebenarnya ia adalah lemang hasil inovasi usahawan Zuriati Sulaiman, 52, dengan meletakkan inti di tengah-tengah hidangan tradisi Melayu itu.

Lebih menarik, ‘lemang dua dalam satu’ hasil kreativiti Zuriati sejak dua tahun lalu, turut menawarkan pes durian sebagai pilihan inti selain serunding daging, ayam dan ikan bilis.

“Lemang sejuk beku sudah banyak terdapat di pasaran, namun kami ingin tampilkan kelainan dengan meletakkan inti di bahagian tengah lemang, jadi lebih mudah nak makan tak perlu lagi cari rendang untuk cicah.

“Pemilihan durian sebagai inti juga tidaklah janggal kerana rasanya lebih kurang sahaja dengan pulut durian yang popular di utara,” katanya ketika ditemui Bernama pada Program Jualan Pasar Peladang di Kuala Lumpur, semalam.

Usahawan yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu berkata, lemang berkenaan masih diproses mengikut resipi tradisional menggunakan santan dan beras pulut namun tidak dibakar di dalam buluh sebaliknya dimasak di dalam ketuhar khas.

Zuriati berkata, lemang sushi itu turut menarik pengedar dari China yang berhasrat untuk memasarkannya ke negara Tembok Besar itu.

“Memandangkan kemudahan memasak dan tenaga kerja sedia ada agak terhad, saya masih mempertimbangkan perkara itu tetapi akan berusaha untuk membawanya ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Lemang sushi bersaiz sembilan inci panjang dipasarkan pada harga RM18 hingga RM20 sebatang dan setakat ini, Zuriati hanya mengambil tempahan secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman berkata, Program Jualan Peladang yang diadakan selama sehari di Menara LPP Kuala Lumpur bertujuan membantu masyarakat menangani kos sara hidup serta mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.

“Pengguna boleh beli barang keperluan harian yang segar seperti daging, ikan dan sayur-sayuran terus daripada pengusaha dengan harga berpatutan. Diskaun sehingga 20 peratus turut ditawarkan.

“Program ini juga diharap dapat menjadi platform untuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memasarkan sendiri produk mereka terus kepada pengguna,” katanya.

Mazlan berkata, program itu juga akan dikembangkan menjadi acara bulanan di pekarangan premis pejabat LPP di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 10:26 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 11:43 AM | Show all posts
bisnes bermusim camni mcm cendawan je
esok org dah jemu menguap bisnes
aku lebih suka lemang asli
dibakar  dan lemak scukup rasa
ni lemang hipster

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:47 AM | Show all posts
Mereka yang duduk diluar negara atau suka travel pasti akan sukakannya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:32 PM | Show all posts
sedapnya lemang cecah dengan rendang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:01 PM | Show all posts
rospinki replied at 26-3-2019 11:43 AM
bisnes bermusim camni mcm cendawan je
esok org dah jemu menguap bisnes
aku lebih suka lemang asli
...

try la dulu..
sy biasa mkn ketupat pulut inti serunding...sedapnya....


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah makan...yg berlauk ni dah lama dah.... Bertahun yg lepas... Bukan baru pun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau serunding dalam tu confirm sedap
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pada aku kalu bukan masak dlm buluh bukan lemang namanya.itu mcm pulut inti je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 02:20 PM | Show all posts
monreyes replied at 26-3-2019 02:01 PM
try la dulu..
sy biasa mkn ketupat pulut inti serunding...sedapnya....

ketupat lain..mmng gitu cara masak direbus ngan santan ada yg berinti serunding..uiii sedapnya.
lemang..waima yg kukus tu pon dh lama org jual..cuma hokni deme upgrade jadi lebih fancy utk market globally..try export kt alaska bgus..simpan lama cuaca sejuk tigal kukus je blik.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:30 PM | Show all posts
memula baca tajuk aku ingat ada ular dalam lemang =  ="
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:51 PM | Show all posts
sekejap jer viral ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:53 PM | Show all posts
Nampak macam sedap aja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.307799 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list