CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Tempatan] Bekas pengarah dituduh pecah amanah

[Copy link]
Post time 26-3-2019 11:36 AM | Show all posts |Read mode



BEKAS pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Prof Dr N Sundra Rajoo didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah lebih RM1.1 juta.

Sundra Rajoo, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Sundra Rajoo didakwa sebagai Pengarah AIAC yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu, melakukan pecah amanah berjumlah keseluruhan RM1,011,367.50.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat AIAC, Bangunan Sulaiman, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur antara 8 Disember 2016 dan 17 Ogos 2018.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin selain perlu syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, memohon dibenarkan ikat jamin RM50,000 dengan alasan sudah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dan hadir setiap kali dipanggil dengan notis munasabah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh bagi sebutan semula ditetapkan pada 3 Mei depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 11:26 A

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.480376 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list