CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Tempatan] Kukuh kerjasama, tangani keganasan

[Copy link]
Post time 26-3-2019 11:39 AM | Show all posts |Read mode
USAHA menangani ancaman keganasan antara perkara dijangka dibincangkan dalam lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar New Zealand, Winston Peters, bermula hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, lawatan dua hari itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara.

Katanya, Peters dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Lawatan ini akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka dan mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan hubungan antara rakyat.

“Lanjutan daripada serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac lalu, kedua-dua pihak dijangka membincangkan usaha untuk mengukuhkan kerjasama dua hala menangani ancaman keganasan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 11:16 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057573 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list