CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 926|Reply: 1

[Tempatan] Ibu dah tua, ayah pula terlantar

[Copy link]
Post time 26-3-2019 01:34 PM | Show all posts |Read mode




WARGA emas kini hanya mampu terbaring dan diuruskan seperti bayi selepas terbabit dalam kemalangan dengan motosikal pada awal Januari lalu.

Kini segala keperluan Mansor Mohamad, 72 dijaga oleh anaknya Siti Noraiman, 32.

Siti Noraiman berkata, sebelum ini bapanya bersama ibunya Zabidah Jaafar, 62, menetap di Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai.

“Selepas tiga bulan kemalangan itu berlaku, saya mengajak ayah dan ibu untuk tinggal bersama bagi memudahkan urusan menjaga keperluan mereka.

“Saya tidak sampai hati melihat ibu yang sudah tua menjaga ayah sendirian, jadi saya ambil keputusan menjaga mereka di rumah saya.

“Malah adik bongsu Siti Fatimah, 24, yang sebelum ini bekerja di Negeri Sembilan mengambil keputusan untuk berhenti pada Januari lalu kerana mahu bersama-sama menjaga ayah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Belian di Bachok, hari ini.

Anak ketujuh daripada 10 beradik itu berkata , ayahnya terbabit dalam kemalangan dengan motosikal lain menyebabkan dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Akibat kemalangan itu, terdapat beberapa tompokan darah beku di kepala ayah, namun doktor tidak mahu mengambil risiko untuk menebuk kepala bagi mengeluarkan darah beku.

“Hampir sebulan, ayah dirawat di Hospital Kuala Krai termasuk ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, setiap bulan, mereka sekeluarga memerlukan sekurang-kurangnya RM1,500 untuk membeli susu, tidak termasuk lampin pakai buang, ubat-ubatan dan sewa ambulans untuk berulang alik ke hospital untuk pemeriksaan.

“Walaupun perbelanjaan untuk membeli susu yang berharga RM88 setin yang ditanggung oleh individu yang bermurah hati, namun kami tidak boleh selalu bergantung kepada bantuan yang diberikan ini.

“Saya pun tidak berkerja dan mengharapkan pendapatan suami sebagai pemandu lori untuk menyara keluarga,” katanya.

Orang ramai ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Islam, 03139020140891 atas nama Siti Noraiman Mansor atau boleh menghubunginya di talian 0135821858.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 1:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 02:55 PM | Show all posts
Ya Allah, semoga cepat sembuh pakcik..bnyak tu nak pkai duit bulanan smpai rm1500..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.132664 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list