CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Tempatan] Ia bertentangan Perlembagaan Negara - Takiyuddin

[Copy link]
Post time 26-3-2019 01:38 PM | Show all posts |Read mode



TINDAKAN Peguam Negara Tommy Thomas mewakili orang awam iaitu Orang Asli menyaman Kerajaan Negeri Kelantan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu fungsi Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong dan menteri dalam hal-hal berkaitan undang-undang.

“Persoalannya, mengapa Peguam Negara mewakili orang biasa, orang awam saman kerajaan negeri? Adakah selepas ini Tommy akan berdepan dengan Penasihat Undang-undang negeri yang juga dari Pejabat Peguam Negara?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Januari lalu, Tommy dalam kenyataannya berkata, buat pertama kalinya selepas merdeka, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah mewakili Orang Asli terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang.

Laporan menyebut beliau sebagai berkata, ia susulan pihak terbabit mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta.

Katanya lagi, syarikat itu memasuki tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor menggunakan jentera berat dan menebang hutan serta membawa keluar kayu balak.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, difahamkan Orang Asli di Perak juga berhasrat menyaman Kerajaan Negeri Perak berkaitan isu tanah.

“Persoalan saya, adakah kerajaan akan membenarkan Peguam Negara mewakili Orang Asli Perak juga?” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Setiausaha Agung PAS memberitahu, PAS tidak pernah mengharamkan arak untuk bukan Islam.

“Saya nak jelaskan sebuah akhbar bukan bahasa Melayu salah memetik kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya PAS mengharamkan arak sebagai syarat untuk bekerjasama dengan UMNO pada 1973.

“Sedangkan maksud Presiden PAS, syarat untuk bersama UMNO dan Perikatan ketika itu ialah mengharamkan hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan ketika tempoh berkenan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 12:36 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.073009 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list