CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1527|Reply: 3

[Dunia] NASA Kongsi Gambar Asteroid Bennu, Ahli Teori Konspirasi Dakwa Ada Bangunan ‘Ali

[Copy link]
Post time 26-3-2019 01:46 PM | Show all posts |Read mode








NASA baru-baru ini telah berkongsi gambar-gambar Asteroid Bennu yang dikatakan mempunyai keluasan lima buah padang bola sepak dan berat dianggarkan 79 bilion kilogram.

Gambar-gambar berkenaan kemudian berjaya menaraik perhatian ahli teori konspirasi yang mendakwa berjaya mengesan kewujudan beberapa buah bangunan mahluk asing berada di atas asteroid tersebut.

”Permukaan asteroid berkenaan dipenuhi batu. Tetapi jika anda perhatikan, terdapat objek hitam dan perak yang menarik tetapi NASA tidak mahu anda tahu,” dakwa pemburu makhluk asing, Scott C. Waring dilaman web UFO Sightings Daily.

”Struktur ini pada permukaan Bennu  menunjukkan bentuk-bentuk seperti bangunan, menara, piramid dan tinggalan bangkai pesawat.

”Semuanya kelihatan sudah usang berkemungkinan sudah lama ditinggalkan untuk jutaan tahun lamanya.

”Bagaimanapun, mereka tetap wujud dan kita semakin hampir untuk membuktikannya,” dakwanya lagi.

Scott turut berkongsi imej-imej penemuan tersebut yang diproses daripada gambar-gambar Asteroid Bennu yang dikongsi NASA.

Sementara itu, menurut NASA, Bennu mempunyai 1 dalam 2,700 peluang untuk menghentam Bumi diantara tahun 2175 hingga 2199.

Sumber: Metro UK

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 01:56 PM | Show all posts
Si Scott C. Waring ni kuat tgk DVD, mana ada alien haha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:54 PM | Show all posts
semenjak PH memerintah ni banyak pula alien
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Buruk nye building alien..ni alien pprt ke ape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 1.246733 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list