CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1263|Reply: 16

[Tempatan] Dewan Rakyat Panas Isu 'Tahi'

[Copy link]
Post time 26-3-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
UTAMA

Hilang sabar, Mujahid guna perkataan ‘tahi’
By Mohammad Arif Nizam -  26 Mac 2019 1711 0

KUALA LUMPUR –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hilang sabar selepas diasak bertalu-talu oleh Ahli Parlimen pembangkang mengenai isu Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu yang kelihatan emosi akhirnya mengeluarkan perkataan ‘tahi’ hingga menyebabkan ramai penyokong pembangkang bangun untuk meminta beliau menarik balik perkataan yang dianggap menghina dewan yang mulia.

“Mereka kata macam-macam sedang kita ini hendak buat, selamat daripada orang dulu yang buat tahi,” katanya dalam nada tegas.

Perkataan ‘tahi’ ditujukan kepada kerajaan dan pengurusan TH dahulu yang didakwa telah menyebabkan institusi tersebut mengalami defisit RM4.1 bilion.

Semua bermula apabila Mujahid selesai menjawab soalan Awang Hashim (Pendang – PAS) adakah aset anak syarikat TH yang telah dicairkan melalui syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan dan sekiranya ada, aset yang mana dan berapa perolehannya.

Keadaan menjadi kecoh apabila beliau enggan mengumumkan nama individu yang menerajui SPV tersebut apabila ditanya soalan tambahan oleh Awang.

Namun Mujahid membalas asakan pembangkang dengan mendakwa sering memutarkan belit tentang kenyataannya tentang TH hingga menjadi tular di media sosial.

Antaranya TH kini di bawah parti DAP.

Namun penyokong pembangkang terus mendesak untuk mendedahkan siapa Ketua Pegawai Eksekutif SPV itu dan bila dividen hendak diberikan.

Paling bersuara adalah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling – BN) yang merupakan bekas Pengerusi TH.

Mujahid sempat menyindir Abdul Azeez jangan bercakap banyak kerana pihaknya tahu apa yang dilakukan ke atas TH sebelum ini.

Akhirnya gara-gara hilang sabar, Mujahid mengeluarkan perkataan tahi yang menjadikan penyokong pembangkang menjadi berang termasuk Azeez; Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak); Mohd.Shahar Abdullah (BN-Paya Besar); Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) dan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Pas-Kuala Terengganu) lantas bangun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Mujahid.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof  kemudian meminta Mujahid menarik balik perkataan tersebut.

Mujahid bersetuju menukarkannya dengan berkata, pimpinan Tabung Haji dahulu telah membuat onar.

Namun Abdul Azeez sempat menyerang Mujahid sebagai tahi yang kembali membuatkan menteri itu mengadu kepada Mohamad Ariff kenapa Ahli Parlimen Baling itu masih menggunakan perkataan tahi sedang beliau sudah menarik balik. – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 02:49 PM | Show all posts
sebenarnya semua MP2 dalam dewan tu tahi.. tau makan gaji puluh2 ribu je keje 1 haram tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:55 PM | Show all posts
Betul la P Ramlee kata..salah pangkah pi pangkah jamban dapat le tahi... you have been warned..hahahahanat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:56 PM | Show all posts
mana sudah macai PH???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo benda kerajaan la ni. Orang nak tau nama CEO pun tak mau habaq. Pendek kata serba serbi penuh kerahsiaan segala maklumat

Mujahid ni pun baru ja jalankan perhimpunan solidariti. Macam tak kena pulak kuaq tahi tahi ni. Hang kalau geram pun cover la sikit mulut tu

Menteri agama apo dia lagu ni

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo bawah MOF corp..maksudnya..
Tu Susan benor nak jawab..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nobita jangan masuk campur ehwal tabung aji
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 26-3-2019 06:59 PM
Kalo bawah MOF corp..maksudnya..
Tu Susan benor nak jawab..

Ya bawah MOF. Paham paham ja la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Erk standard ni je ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya kerajaan yg berahsia sgt ni...mcm sesuatu jer x nak dedah siapa yg urus aset2 TH.

Keadaan menjadi kecoh apabila beliau enggan mengumumkan nama individu yang menerajui SPV tersebut apabila ditanya soalan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahi mana yg urus spv..susah sgt nak bgtau kenapa.dah la menteri nampak cerdik bila baca teks je ..bila soalan lisan nampak bebal gila
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm smpt tgk menteri kesihatan...point ok tapi pusing pusing ttap nak salahkan kerajaaan lama...lemau perut dengar
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujahid ni dilantik jd Menteri pun atas sokongan DAP...jd kn laa dgr cakap Abg Besattt....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi..benda simple je. Dh kenapa susah sangat nak jawab? Bodohnya lah hai taraf menteri sekarang. Banyak sangat rahsia. Makan duit kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Suruh mudajal minum 2sudu minyak sawit Kasi lawas tahi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
SPV yang mengambil alih RM19.9 bilion aset Tabung Haji buat masa sekarang diuruskan oleh anak syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), Prokhas Sdn Bhd.

Mr. Chen Yin Heng adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prokhas.

Pasai tu susah sangat untuk YB Menteri Agama jawab soalan Pendang (PAS) di Parlimen

Pusing ke sana ke mari. Jawabnya tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 05:33 PM | Show all posts
Entah merapu..soklan straight to the point..sekadar bagi nama. Ketahian apakah ini Menteri TAH%
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.098572 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list