CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2417|Reply: 14

[Edisi Comeback] Altimet terbit lagu baru

  [Copy link]
Post time 26-3-2019 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by laksmanabentan at 26-3-2019 03:13 PM


Altimet terbit lagu tema Ejen Ali The Movie


Komposer, Altimet, bakal membuat kemunculan khas dalam filem animasi Ejen Ali The Movie yang dijangka berada di pawagam akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid, berkata bekas penyanyi rap yang baru mengumumkan pengundurannya dari dunia seni suara itu bakal menghasilkan lagu tema untuk filem berkenaan. “Setakat ini, Altimet bersetuju untuk terbabit dalam penerbitan lagu latar, namun sama ada watak animasi untuknya diwujudkan dalam filem itu, kita tunggu nanti kejutannya.


“Siapa tahu peminat berpeluang mengikuti karakter penyanyi lagu Bunga itu atau mendengar suaranya bagi mana-mana watak?

“Pembabitan selebriti lain pula belum diperincikan lagi memandangkan kita masih dalam proses produksi,” katanya pada sesi bersama media di Sunway Velocity Mall Cheras.


Hadir sama pada majlis yang turut mempertontonkan teaser pertama filem itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar. Primeworks dan Wau Animation melancarkan acara Misi: MATA Academy di pusat beli-belah berkenaan berinspirasikan agensi perisikan rahsia daripada siri animasi Ejen Ali itu.



Pengunjung boleh membawa anak masing-masing menyelami dunia risikan secara percuma menerusi beberapa permainan yang dibuka sepanjang cuti sekolah hingga 2 April depan.


Sementara itu, Ahmad Izham berkata, pihaknya mensasarkan pulangan berjumlah RM20 juta daripada tayangan Ejen Ali The Movie bersandarkan populariti animasi berkenaan.


“Dalam keadaan sekarang, kita boleh nampak sambutan terhadap filem tempatan, termasuk animasi BoboiBoy The Movie yang mencecah RM16 juta.

“Sokongan kaki wayang dan pempamer diharap mampu melonjakkan pulangan terhadap filem yang dijangka dapat memasuki 120 pawagam ini.

“Anggaran RM20 juta itu adalah untuk pasaran tempatan sahaja. Kita harap populariti animasi yang dipasarkan di 50 negara ini juga mampu menempatkan Ejen Ali The Movie dalam kalendar pawagam luar,” katanya.


Menggunakan bajet kira-kira RM6 juta termasuk kos promosi, filem terbabit bakal disempurnakan sepenuhnya menjelang September depan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ratus kali nk bersara pastu buat comeback daaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:44 PM | Show all posts
Takyah nak edisi comeback sangat la Altimet oiii, ko tu tak pernah bersara pun iols tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Patula masa ajl ritu ada orang gelar dia ni unlimited. Rupanya betul dia unlimited. Unlimited pensioner! .
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Shirley23 replied at 26-3-2019 04:50 PM
Patula masa ajl ritu ada orang gelar dia ni unlimited. Rupanya betul dia unlimited. Unlimited pensio ...

Hahaha!! Memang kena sangat dengan dia yang kaki propa
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:17 PM | Show all posts
bukan ke dia kabo bersara dari menyanyi atas pentas je... cuma aktif belakang tabir... ni dia terbit lagu uyk movie je kan... ke aku slah faham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 05:22 PM | Show all posts
propa sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 05:26 PM | Show all posts
cmf_honeysweet replied at 26-3-2019 05:17 PM
bukan ke dia kabo bersara dari menyanyi atas pentas je... cuma aktif belakang tabir... ni dia terbit ...

belum tahu sis sapa yg nyanyi lagu nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Altimet tak jadi bersara,mlm ni ade kat meletop.lawak kan..lain kali jgn ckp ckp nak bersara..segan je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 10:02 PM | Show all posts
Dosa x kalau carutkan berita ni.
Haish.
Pasni bersara lgi, 3 bln pastu kuar lagi lagu.
Kesurupan apekah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
poyo lahhh..nak bersara..diam diam.la
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_honeysweet replied at 26-3-2019 09:17 AM
bukan ke dia kabo bersara dari menyanyi atas pentas je... cuma aktif belakang tabir... ni dia terbit ...

Dia pun ada MV baru dengan sapa ntah
Baru release gak

So dia ni memang propa jerr
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 02:09 PM | Show all posts
Aiyoh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang haqiem propa gimik nak besara
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Shirley23 replied at 26-3-2019 04:50 PM
Patula masa ajl ritu ada orang gelar dia ni unlimited. Rupanya betul dia unlimited. Unlimited pensio ...

Hahaha..win betul gelaran tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.143929 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list