CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 1

[Tempatan] Teksi Elektrik Pertama Mei Ini

[Copy link]
Post time 26-3-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Suraya Roslan

Shamsubahrin menunjukkan model kereta eletrik yang bakal dilancarkan Mei ini. FOTO Owee Ah Chun.
MALAYSIA akan menjadi negara pertama menyediakan perkhidmatan teksi elektrik dijangka beroperasi pada pertengahan Mei depan.

Pengarah Big Blue Capital (M) Sdn Bhd (Big Blue) Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, teksi elektrik dikenali Zeno bermaksud anugerah tuhan dalam bahasa Greek itu, dengan kerjasama tiga syarikat dari China.

“Big Blue diberi lesen pertama operasi teksi elektrik secara e-hailing oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“APAD meluluskan 10,000 kenderaan e-hailing jenis teksi kepada kami sekali gus Big Blue menjadi syarikat pertama peneraju teksi elektrik di dunia,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Central, Jalan Ampang, hari ini.

Katanya, empat jenis kenderaan teksi elektrik akan dikeluarkan iaitu 2,000 jenis kompak, 3,000 sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) serta 5,000 kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ia dijangka beroperasi sepenuhnya akhir tahun depan.

“Lapan kereta elektrik akan dibawa masuk ke Malaysia untuk Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan berada atas jalan pertengahan Mei depan untuk promosi.

“Selain itu, 1,000 hingga 5,000 kenderaan lagi akan dibawa masuk untuk perasmian pada 12 Julai depan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC),” katanya.

Menurutnya, kereta elektrik itu dilengkapi tiga tablet yang diletakkan di papan pemuka dan dua diletakkan pada ‘head rest’ kerusi pemandu dan penumpang.

“Selain itu, sebagai langkah keselamatan kereta ini dilengkapi dengan kamera yang akan meliputi luar, dalam dan belakang sekiranya kemalangan dan gangguan lain.

“Ia juga akan menggantikan semua teksi Big Blue dan tambangnya menggunakan kaedah sama seperti teksi sekarang.

“Kami juga sudah melancarkan aplikasi Big Blue Customer iaitu khas untuk pelanggan yang mahu menggunakan teksi serta Big Blue Partner bagi pemandu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 12:26 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 04:18 PM | Show all posts
teksi elektrik tu jenama tesla ke??


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063163 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list