CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1805|Reply: 9

Kenali Hero Berkaki 4, Sue dan Cliff Bantu Penyelamat Kesan Mangsa Runtuhan

[Copy link]
Post time 26-3-2019 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini, pada Februari warga Kuching dikejutkan dengan sebuah letupan di CityONE Megamall yang mengakibatkan runtuhan sebahagian bangunan di sebuah permis yang sedang diubahsuai. Runtuhan itu mengakibatkan 3 orang mati dan 41 lagi cedera.


Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat




Kepantasan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan operasi dipuji oleh orang ramai, walau bagaimanapun kelibat dua hero berkaki 4 yang turut serta dilihat banyak membantu para petugas dalam mengesan lokasi di mana mangsa-mangsa terperangkap di bawah runtuhan. Dipercayai bantuan dua ekor anjing terlatih ini banyak menjimatkan masa dalam menentukan lokasi mangsa-,mangsa.


Kredit foto: NST






Menurut maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua ekor anjing itu dinamakan Sue dan Cliff kedua-duanya baka English Springer Spaniels berasal dari United Kingdom.


Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat






Kedua-duanya dikatakan mempunyai kepakaran berbeza. Sue pakar dalam mengesan sumber bahan mudah terbakar manakala Cliff pula pakar mengesan mangsa. Kedua-dua anjing tersebut adalah daripada Unit Pengesan K9 yang sering terlibat dalam operasi mengesan dan menyelamat.



Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat




Dalam operasi tersebut, Sue dan Cliff berjaya membantu mengesan kebanyakan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Mengikut Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 41 mangsa yang cedera telah menerima rawatan dan 10 daripadanya telah dibenarkan keluar dari hospital. Tiga mangsa yang terbunuh adalah O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, dari Kuching, dan Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Penang.



Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat




Siasatan awal polis mendapati tragedi yang berlaku pada 3.20 petang itu mungkin berpunca daripada kebocoran gas di salah sebuah restoran yang sedang diubahsuai dalam kompleks membeli-belah itu. Polis mengesahkan tidak ada unsur keganasan dan jenayah yang terlibat. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih berjalan.



Kredit Foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat


Semoga hero tidak didendang, Sue & Cliff akan terus berkhidmat cemerlang bersama dengan pasukan penyelamat. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
{:love{:shy{:good
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya                        
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job Sue and Cliff! {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:14 PM | Show all posts
oh so cute..anjing2 terlatih mmg hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg comel sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2019 09:14 AM | Show all posts
alo tomeynya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandainye..xboleh la cite pasal haiwan2...hati jd sebak....aduhai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 09:59 AM | Show all posts
comelnya.. bestnya kalau dapat bela 1..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 11:42 AM | Show all posts
Wah syabas buat keduanya comel pulak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057099 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list