CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4096|Reply: 30

[Tempatan] Penduduk Sudah Tidak Mahu Minum Air Mengandungi Mayat

[Copy link]
Post time 27-3-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MyMetroMutakhir


Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my


PERMINTAAN terhadap air mineral naik mendadak susulan penduduk sekitar Felda Palong 12 di Jempol yang bimbang dengan kesucian air di kawasan itu.

Ia susulan penemuan mayat yang sudah hancur dalam tangki air itu.

Peniaga gerai makan, Md Ghazali Sukor, 62, berkata, lebih 100 botol air mineral sudah habis dan pelanggannya hanya memesan air mineral atau air dalam tin sahaja sejak semalam.

“Mereka tak mahu memesan air yang dibancuh kerana bimbang air putih digunakan daripada tangki air ada mayat itu.

“Sejak penemuan berkenaan memang kami di sini lebih sanggup membeli air mineral daripada membayangkan keadaan berkenaan (terminum air mayat),” katanya ditemui, hari ini.

Dia juga mengakui sangat bimbang sekiranya selama ini mereka minum air mayat disebabkan mangsa sudah dilaporkan hilang sejak lapan bulan lalu.

“Khuatir betul jika selama ini air minuman dan makanan yang dimasak dihasilkan daripada air yang bercampur mayat,” katanya.

Penduduk, Hamidon Suhor, 63, pula terpaksa berlapang dada dan enggan memikirkan selama ini menggunakan air bercampur mayat.

Katanya, selama ini bekalan air adalah terawat dan kejadian yang berlaku di luar jangkaan.

“Selama ini kami dah guna air yang terawat. Kami tak tahu (ada mayat), tak apalah,” katanya yang berharap pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) tampil memberikan penjelasan bagi memulihkan semula keadaan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) FELDA Palong 12, Zulkefly Zainuddin berkata, pihak SAINS perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Kawasan tangki air sepatutnya tidak boleh dimasuki orang awam dan pintu tangki juga perlu dikunci rapi. Kalau mudah untuk diceroboh, kami bimbang kejadian sama berulang,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MD Ghazali menjual air minuman kepada penduduk kampung

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 05:53 PM | Show all posts
kesiannya penduduk sana..klu aku pun dah seriau dan geli nak guna air paip tu..tapi sampai bila nak beli air mineral kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mandi pun pakai air mineral ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 27-3-2019 05:53 PM
kesiannya penduduk sana..klu aku pun dah seriau dan geli nak guna air paip tu..tapi sampai bila nak  ...

aku memg guna air mineral, setiap bulan berkotak2 beli
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye lahaii.. x sanggup nk fikir..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2019 06:54 PM | Show all posts
propaganda burjaya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
X tahu nk kata apa.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 07:06 PM | Show all posts
internet habaq jangan minum ayaq mineral jenama cactus...sebab ayaq tu depa habaq amik dari kawasan dekat dengan kuboq sepet.....kandungan calcium sangatlah tinggi....wakakakakakakakaakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 08:11 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 27-3-2019 06:34 PM
aku memg guna air mineral, setiap bulan berkotak2 beli

mmg beli utk minum dan masak ke? mandi, membasuh guna air paip biasa lah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:37 AM | Show all posts
Gila lah. Mau tak trauma. Air mayat tu....dah mereput, sebati dlm air tangki tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:43 AM | Show all posts
kenarikelabu replied at 28-3-2019 09:37 AM
Gila lah. Mau tak trauma. Air mayat tu....dah mereput, sebati dlm air tangki tuh.

Orang celup jari kat minuman kita pun kita rasa jijik nak minum, inikan pulak air yg terendam dengan mayat mereput.........
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:52 AM | Show all posts
huish. mayat reput dalam tangki air. so depa makan minum dan mandi semua pakai air tuh kaa. huuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 10:01 AM | Show all posts
takziah

aku  tanya diorg senyap je tknk jwb..kt fb tu geng2 palong ex-colleague aku kt gemas dulu..huhu

sabarla pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Harus jika terminum 'air mayat' - Mufti

MyMetroMutakhir


Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my


PENDUDUK di FELDA Palong 12, Jempol tidak perlu khuatir jika terminum air terawat susulan penemuan mayat dalam tangki air di kawasan berkenaan pada Isnin lalu.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, hukum meminumnya selama mana tidak diketahui adalah harus.

“Dalam masalah seperti ini, penduduk yang terminum air bercampur daripada mayat diharuskan. Jika mereka tahu lebih awal, mereka tentu tidak meminumnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Mohd Yusof menjelaskan, mayat manusia asalnya suci selagi mana ia belum hancur atau pecah.

“Jika sudah hancur, cebisan daging mayat yang bercampur sedikit air akan menjadi najis. Bagi air yang banyak, ia juga menjadi najis apabila berubah warna, bau dan rasa," katanya.

Sebagai pihak berkuasa katanya, mereka perlu mengosongkan keseluruhan air sebelum membasuh tangki menggunakan air mutlak atau air biasa.

“Ketika pembersihan dilakukan, ia perlu dipastikan tiada lagi perubahan warna, bau dan rasa," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, polis menemui tengkorak dan beberapa cebisan daging dipercayai mayat lelaki yang dilaporkan hilang kira-kira lapan bulan lalu dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di FELDA Palong 12.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, bahagian cebisan itu ditemui selepas operasi mengeluarkan mayat terbabit dilakukan anggota bomba, pada 1 tengah hari.

Pada mulanya polis menerima laporan daripada pekerja SAINS yang melakukan pemantauan paras air sebelum menemui objek seperti mayat terapung dalam tangki air berkenaan.

Ketua Perhubungan Awam SAINS Norzita Ismal dilaporkan berkata, pihaknya melakukan kerja penutupan tangki dan pencucian.

Bagaimanapun, ada penduduk menyatakan kebimbangan berikutan selama ini mereka terminum air yang bercampur dengan mayat
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 10:45 AM | Show all posts
stress kalau fikir da terminum ..termakan
geliii nya
da lama mayat tu dlm tangki air tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2019 10:47 AM | Show all posts
kalo aku pon geli nk sentuh air tu walopon dh dicuci tangkinya
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 11:03 AM | Show all posts
tak terfikir camner la bila dah terminum air dari dlm tangki yg dimaksudkan..
dgn cebisan2 daging, darah .. aiyyaakk..
moga penduduk palong 12 tu bertabah la hendaknya ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 11:07 AM | Show all posts
kembang tekak.. air tu di buat mandi masak minum cucian wuduk ayoo cant imagine la
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 11:13 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 27-3-2019 06:34 PM
aku memg guna air mineral, setiap bulan berkotak2 beli

Selalunya pihak penyedia perkhidmatan bekalan air dan Jabatan Kesihatan ada ambik sampel air utk beberapa kawasan penting terutamanya selepas keluar dari loji (treatment plant outlet/TPO), reservoir dan beberapa point di distribution pipeline, especially di hujung2 pipeline. Dalam sampel ni ada analisis berapa baki klorin, berapa byk e-coli & faecal coli. Kalau count dia tinggi sampai 'too numerous to count' dan baki klorin kosong, mmg ada something wrong dlm pipeline tu, especially kalau point sblm tu indicate good result. Indication mcm ni lah yg boleh digunakan utk check sama ada ada bangkai reput dalam tangki atau paip. Tangki air kalau ikut SOP pun kena buat inspection at least sebulan sekali. Kalau semua ni dibuat, rasanya takder masalah utk guna air paip utk minum.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.580695 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list