CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5298|Reply: 49

[Dunia] McGregor hina isteri Khabib "seperti tuala"

  [Copy link]
Post time 4-4-2019 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 5-4-2019 08:21 AM




Tweet tersebut disertakan dengan gambar Khabib, 30, dan isterinya ketika majlis perkahwinan mereka. - Foto media sosial







PERBALAHAN Twitter yang berlaku di antara dua jaguh seni bela diri campuran (MMA) UFC sudah sampai ke tahap “tidak boleh diterima”.

Demikian kenyataan Presiden UFC, Dana White yang turut menggesa agar kedua-dua pihak menarik balik kenyataan mereka.

“Saya menyedari pertelingkahan di media sosial di antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.

“Situasi berterusan ini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh diterima. Justeru, kami mengambil langkah perlu untuk mendekati kedua-dua kem atlet dan situasi ini akan ditangani oleh semua pihak secara dalaman.”

McGregor, 30 tahun, sebelum ini dilihat mengecam Khabib melalui Twitternya dengan mengatakan "Isteri anda adalah seorang tuala".


Tweet tersebut disertakan dengan gambar Khabib, 30, dan isterinya ketika majlis perkahwinan mereka.

Selain Khabib yang berang dengan kenyataan itu, ia turut mendapat kecaman hebat oleh netizen di serata dunia yang menyifatkan ia sebagai hinaan terhadap Islam dan berbaur perkauman.

Tweet berkenaan kemudiannya dipadam McGregor.

Selain Khabib, Pengurusnya, Ali Abdelaziz turut ‘menyerang balas’ Conor McGregor dalam Tweet terbaharunya.

Ali yang terkenal dengan kelantangannya berkata "Lelaki ini menghina isteri seseorang dan mempermainkan agama dan kepercayaannya. Dia tidak sedar yang dia mengecam 1.5 bilion umat Islam.

“Jangan sentuh hal agama dan keluarga. Kamu keterlaluan Conor, kita lihat apa media akan katakan sekarang,” katanya.

Khabib juga sebelum itu menyifatkan, keputusan McGregor untuk bersara sebagai petarung MMA adalah seperti seorang isteri cemburu yang selalu berkata "saya akan tinggalkan kamu", tetapi akhirnya kembali ke pangkuan suami.

Kali terakhir Khabib dan McGregor bertarung ialah pada Oktober tahun lalu, di mana petinju Ireland itu tewas menerusi 'submission' pada minit 3.03 pusingan keempat.

Susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan di UFC 229, McGregor dan Khabib kini telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Khabib balas balik cakap mcgregor rapist.. Mcgregor balas balik cakap plot twist disebalik tuala tu adalah kambing dan pastu delete
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergaduh mulut pulak ...apa kata cium kan mulut mereka
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 04:59 PM | Show all posts
bosan lak aku dgn dua ekoq ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm budak2.
Iols ingat dilabel mcm tuala sbb apa.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 05:48 PM | Show all posts
tapi dlm gambar tu mmg mcm tuala pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau macam tu sekali berkelubung tak payah lah nak bersanding, bergambar semua. Simpan jer bini tu dalam bilik. Biar si laki bersanding dan bergambar sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Fieza-mira replied at 4-4-2019 05:54 PM
Kalau macam tu sekali berkelubung tak payah lah nak bersanding, bergambar semua. Simpan jer bini tu  ...

Bila bukak tengok memang kambing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahahaha......
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bukan bersanding tetapi hadir bersama meraikan tetamu nya. Yg sibuk dia pakai tuala  etc.. Napa tak jadi hal kalau pengantin perempuan berbikini.. Dah adat dan keperluan agama kena pakai gitu, belajar lah hormat .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu bukan agama ye pakai tuala kat muka.tu adat nama nya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:11 PM | Show all posts
macam tadak beza dengan budak budak mentah dalam CI ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:16 PM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 4-4-2019 10:11 PM
macam tadak beza dengan budak budak mentah dalam CI ni

budak2 mentah ka pondan bro? wakakakakakkaakkakakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:18 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 4-4-2019 02:16 PM
budak2 mentah ka pondan bro? wakakakakakkaakkakakakakakakakakakaka

siapa yg pondan ? wakakakakakakakakakakakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:29 PM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 4-4-2019 10:18 PM
siapa yg pondan ? wakakakakakakakakakakakakakakakakakakaka

depa yang kat yang celupaq di website ni la....dilapoqkan depa ni ramai penduboq2 lgbt....wakakakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 4-4-2019 04:33 PM
Khabib balas balik cakap mcgregor rapist.. Mcgregor balas balik cakap plot twist disebalik tuala tu  ...

Astaga. Bodo keduanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 4-4-2019 08:16 PM
Dia bukan bersanding tetapi hadir bersama meraikan tetamu nya. Yg sibuk dia pakai tuala  etc.. Napa  ...


Masalahnya bila masa pakai tuala ketika menikoh seperti gambar di atas, keperluan beragama?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:39 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 4-4-2019 02:29 PM
depa yang kat yang celupaq di website ni la....dilapoqkan depa ni ramai penduboq2 lgbt....wakakaka ...

tu kaaaa ??? wakakakakakakakakakakaka

lobos dah kaaaa ???? wakakakakakakakakakakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:44 PM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 4-4-2019 10:39 PM
tu kaaaa ??? wakakakakakakakakakakaka

lobos dah kaaaa ???? wakakakakakakakakakakakakakakakakaka ...

tudia tanya loboih ka belum...ramai la depa pm hang nanti ceq...wakakakakakakaakaka
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:46 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 4-4-2019 02:44 PM
tudia tanya loboih ka belum...ramai la depa pm hang nanti ceq...wakakakakakakaakaka

awat depa nak pi piyem aku pulakkkk

dah loboih la kena telanjang sana sini dalam forom wakakakakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.073469 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list