CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9540|Reply: 36

[Idea] Universiti tempatan Awam (IPTA) atau Swasta

  [Copy link]
Post time 13-4-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by noor2 at 13-4-2019 08:21 AM

Saja nak tanya dan tengok pendapat semua.   Apa kelebihan IPTS dan IPTA terutama dari segi KERJAYA/CAREER masa depan pelajar. .mana lebih terjamin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari segi ongkos, IPTA murah lagi. Dari segi kerjaya, majikan tidak susah nak pilih graduan IPTA. IPTS  mungkin yang ternama pun tiada masalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-4-2019 12:00 PM
Dari segi ongkos, IPTA murah lagi. Dari segi kerjaya, majikan tidak susah nak pilih graduan IPTA. IP ...

Oh..tq cik seri info.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ipts matlamat utamanya ialah perniagaan utk mencari keuntungan... lg mahal kos lg standard tmpt dan pengalaman lect...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
abudamia replied at 13-4-2019 01:42 PM
ipts matlamat utamanya ialah perniagaan utk mencari keuntungan... lg mahal kos lg standard tmpt dan  ...

Tq info abu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
IPTA V IPTS


untuk info IPTA terbahagi kepada 4 kategori iaitu :

1. universiti APEX (accelerated programme for excellence) contoh macam usm.ni bertujuan nak dapat universiti berstatus dunia.

2. universiti penyelidikan: usm, um, ukm, upm dan utm.

3. universiti komprehensif.

4. universiti berfokus iaituuniversiti awam yang banyak bagi tumpuan kepada bidang2 tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan.

IPTS takde pembahagian macam IPTA.

yuran pengajian


rata2 IPTA meletakkan yuran sekitar rm1k bagi satu semester manakala IPTS bergantung kepada jenis bidang pengajian, sekitar rm50k untuk bidang kejuruteraan, rm90k untuk bidang farmasi dan rm300k untuk bidang perubatan.yuran pengajian tak jadi masalah kat pelajar IPTS ni memandangkan banyak kemudahan pinjaman pendidikan pada masa sekarang tak macam 20 tahun dulu, ada MARA, ptptn dan sebagainya.tak jadi masalah pun kau tunggu lepas dapat kerja nanti.ahak ahak.

dipetik daripada Utusan Malaysia 2017 - hutang graduan ipts membimbangkan

SAUDARA PENGARANG, KIRA-KIRA dua dekad lalu, rata-rata graduan berkelulusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang ditawarkan pekerjaan di sektor swasta terutama perkilangan mendapat gaji permulaan sekitar RM1,600 dan RM2,200 sebulan. Ketika itu kos sara hidup tidak terlalu tinggi sehingga membebankan mereka dengan hutang yang banyak.

Kini tinggal beberapa tahun sahaja lagi sebelum Malaysia menempuhi era negara berpendapatan tinggi, namun gaji permulaan graduan STEM dilihat masih tidak berganjak dengan purata dalam lingkungan jumlah sama seperti hampir 20 tahun lalu.

Bayangkan dengan kos sara hidup meningkat berkali ganda dan beban hutang yang perlu ditanggung graduan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), mereka masih menerima gaji pokok bulanan seperti di era 90-an. Usahlah kita bercakap tentang pendapatan per kapita kerana keadaan itu sama sekali tidak menggambarkan kemelut sebenar.

Situasi ini bukan sahaja menambahkan bilangan generasi muda yang jauh lebih miskin berbanding ibu bapa mereka, bahkan mereka berisiko tinggi menjadi muflis. Lebih malang, mungkin terdapat ibu bapa terpaksa menghabiskan simpanan hari tua untuk membantu anak-anak menyelesaikan hutang pendidikan bagi mengelakkan mereka disenaraihitamkan.

Mempunyai jumlah IPTS yang banyak adalah satu kelebihan. Namun jika aspek keuntungan sahaja diutamakan, generasi muda akan terperangkap dengan beban hutang yang tiada kesudahan.

IPTS adalah laluan untuk pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Bagi pelajar STEM yang mengambil diploma dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat ijazah, hutang pendidikan ditanggung mereka bukan sahaja mencecah ribuan ringgit bahkan ada melebihi RM100,000 sebaik sahaja tamat pengajian.

Sebagai ibu bapa tentulah emosi mereka sedikit terganggu apabila anak-anak berusia awal 20-an dan masih belum ada jaminan pekerjaan sudah mempunyai beban hutang yang begitu tinggi.

Kerajaan menggalakkan pelajar untuk mengambil jurusan STEM di IPTA dan IPTS, malangnya STEM antara jurusan yang tinggi kos pengajiannya sedangkan imbuhan yang bakal mereka terima sebaik mendapat jawatan tertentu di sektor awam atau swasta tidaklah setinggi graduan jurusan lain. Itu belum mengambil kira graduan menganggur dalam tempoh lama.

Dalam ruangan terhad ini, saya mewakili ibu bapa sangat berharap agar kerajaan khususnya Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Profesor Negara serta pihak terlibat dalam Persidangan Meja Bulat TN50 dan mungkin juga Bank Negara Malaysia bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan graduan IPTS daripada terjerumus ke kancah hutang yang amat tinggi pada usia mentah.

Carilah mekanisme terbaik untuk mengurangkan kos pendidikan tinggi. Memberi hutang bukanlah jalan penyelesaian terbaik kerana akan mengakibatkan masalah jauh lebih rumit pada masa akan datang.

Kajian dijalankan oleh mereka yang pakar dalam bidang psikiatri mendapati penyakit mental bakal menjadi penyakit kedua tertinggi di negara ini menjelang tahun 2020. Cegahlah sebelum terlambat.


sukatan pelajaran


kedua2 IPT, sukatan pelajaran adalah menepati syarat2 yang telah ditetapkan oleh MQA.so tak wujud persoalan pasal kualiti pembelajaran di IPTS lebih baik daripada di IPTA atau sebaliknya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pasal diskriminasi atau perspektif dangkal pemilihan graduan dari syarikat2 kat malaysia ni tak nak sentuh.takut ada yang terasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 13-4-2019 07:52 PM
IPTA V IPTS

untuk info IPTA terbahagi kepada 4 kategori iaitu :

No.2 tu uitm mana. ....huhu. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk study di IPTS, make sure diiktiraf by Lembaga Akreditasi Negara.
Some companies, including GLC agak particular and they keep updated list of Univ. local & oversea yg tak diiktiraf.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni graduate univ. local & overseas lebih kurang sama je peluang dalam company. Ada je graduate IPTA join multinational company & dapat peluang travel merata jadi expat kat US, UK, East Europe.
Yg penting result exam uni elok, lulus interview keja, performance keja & attitude bagus. Also, bergantung pada takdir rezeki masing2 juga...so seiring dgn usaha, doa tetap tak boleh tinggal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Based on my experience.. ikut budget famili n kpandaian anda berdasarkan result.. klu pndi leh p luar negara amik scholarships.. klu kt malaysia amik la u yg dh lama.. cth Um ukm upm usm.. top 5 U memandangkan byk dah u bersepah2..berdarkan budget.. klu ciput
P ipta jela mcm uitm ka fees murah.. klu budget tggi p la ipts.. mcm 2 dah bersepah
Dari segi karier masa depan.. hahaha ada kabel cerah masa depan.. mmg la org kata tak perlu kabel tp lambat yg amat.. yg kabel cepat je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes kos IPTA lagi murah. Dari segi kerjaya, majikan swasta lebih prefer graduan IPTS sebab lebih berdaya saing. Rata2 graduan IPTS fasih berbahasa Inggeris. Majikan institusi kjaan dan separa kjaan prefer graduan IPTA. Itu pegalaman iols la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
IptA lah lebih murah, senaang utk terima biasiswa. Dari segi kareier inshaAllah mudah daapt. Kt IPTS ternama oke jugak, tapi duit tebal. Karier pun inshaaAllah. Tapi klu saya, saya pilih IPTA, sebab dari segi karier, inshaaAllah lebih mudah. Yg penting rezeki Allah dah tetapkan awai2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 05:52 PM | Show all posts
ipta pilihan hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:10 AM | Show all posts
Edited by zarynzam at 17-4-2019 07:25 AM

IPTA/IPTS huhuhuhu kalau nak cerita pasal prospek kerjaya janji sijil tu bukan sijil klon sudah la

Mendapat akreditasi MQA yang penting nya.
http://www2.mqa.gov.my/mqr/pengiktirafan.cfm

Tapi untuk bidang-bidang tertentu sebagai contoh kejuruteraan, kena la semak kursus yang ditawarkan tu telah mendapat akreditasi dari BEM.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:18 PM | Show all posts
IPTA  boleh IPTS pun boleh.

IPTA

IPTA dari segi yuran nya murah sikit dan kebanyakannya ada sediakan hostel untuk student. Dari segi kerjaya inshaAllah mudah esp kerja dalam Malaysia. Mudah dapat pinjaman (PTPTN/MARA/Biasiswa & etc). Peratusan pelajar lebih ramai. Kualiti pun lebih bagus kat sini. Sebab nya kemasukan pelajar tu ditapis betul2. Kebanyakkan course diiktiraf LAN

IPTS

Dari segi yuran agak mahal. Tapi ada je IPTS yang tak terlalu mahal. Tapi yang pasti anak2 ORKA lah ramai kat IPTS ni. Dari segi kualiti pelajar2 yang masuk pun, ada yang tangkap muat je. Lebih pada nak penuh kan kuota. Asal kau ada duit jalan. Syarat kemasukan tak sestrict IPTA. Tapi banyak IPTS yang buat kolaborasi dengan Universiti luar negara. Twinning program & etc. Jarang IPTS sediakan hostel untuk student. Kalau ada pun tak banyak. Ada course yg belum diiktiraf oleh LAN. Nak masuk IPTS, carilah IPTS yang ada nama sikit atau yang dah lama kewujudannya. Biasanya yang mcm ni, mereka kukuh sikit, course pun byk yang dah diiktiraf LAN.

Pengalaman kazen aku, dapat full biasiswa drp gov belajar kt USA. Bertahun belajar, balik Malaysia, rupanya course dia amik tu tak dpt pengiktirafan.  Camno tu padahal gov anta. Frust gila family dia.

Apa2 pun, berbalik pada diri student tu sendiri. Bila kau masuk U ni ko belajar betul2 ke tak. Ada sesetengah yang asal dari kampung dapat masuk U yang kat bandar kdg2 tu lupa diri. Peluang depan mata disia2 kan...Belajar ke laut, dapat pulak kwn2 yang tak betul. Nak lagi yang dapat full loan. Dpt duit tu jadi gelap mata. Benda ni jadi juga pada kwn2 aku. Aku dulu IPTS tapi under kerajaan negeri, so consider murah juga lah yuran.

Bila time PTPTN masuk, mana yang dpt full loan ni heaven lah berbelanja sakan. Beli laptop (ok lah untuk kegunaan. Satu keperluan), tukar handphone, ada yang siap buat downpayment beli kereta okeh. Pastu yuran akademik dgn hostel dah x cukup nak bayar. Aku dulu dapat juga PTPTN, tiap kali dpt terkulat2 juga lah tgk kwn2 yg dpt full loan ni belanja sakan. Kita dpt cukup2 je utk yuran pengajian. Adalah balance dalam RM200-RM300 buat2 cover time sesak. Tapi once habis je belajar, aku lah yg paling seronok sekali sebab tak banyak pun nak kena byr balik & alhamdulillah dah settle hutang ptptn aku tahun 2017. Dalam masa kurang 10 tahun selesai hutang lebih daripada RM30k aku.

IPTA ke IPTS ke mana2 pun bagus. pokok pangkal kau yang nak belajar tu belajar lah betul2. Dapat peluang sambung belajar, belajar lah setinggi mana selagi masih ada minat untuk belajar. Lagi tinggi belajar lagi tinggi peluang nak dpt kerja yang lebih elok. Tapi pastikan juga lah, nak demand kerja/gaji elok/besar sekali pun, kualiti kerja kita pun setara. Jgn harap hanya kelayakan tinggi tapi kau tin kosong. Buat tu tak boleh buat ni tak boleh...dan jangan jadikan kelayakan on paper kau yang tinggi tu boleh kau nak meninggi diri. Umur setahun jagung, pengalaman kerja pun baru putik kemain kau serang orang2 lama kat pejabat kau tu. KOnon nak tunjuk pandai tapi hakikat....habuk pun tarak...tak salah kau ada degree ko nak kerja jadi kerani pun. At least cuba jela, belajar dari bawah...kutip pengalaman. Amik engineering, belum ada rezeki dpt bidang yg kau belajar tu...kerja jela mana2 demi sebuah pengalaman...tak berkudis lah haih kau belajar tinggi tapi keje tak setara kelayakan....develop sikit2 lama2 byk lah pengalaman tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 12:33 PM | Show all posts
Pengalaman saya study di IPTS
undang2 dia tak ketat macam IPTA
2 Kali repeat paper baru kena buang Uni
tu pun bole buat rayuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 01:11 PM | Show all posts
good info to share.tq2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahu iols kalau dulu2, Limkokwing tempat budak2 study art & creative.

Nak study fesyen, masuk UITM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zarynzam at 17-4-2019 08:33 AM

Pokok pangkal tengok pada result SPM/STPM dimana kekuatan diri. Jangan la kalau result maths so-so, gigih ambik engineering. Padah nama nye... menangis dik. Struggle nye perghhhhh. Ko jangan mimpi le life engineer ni mcm cerita drama pukul 7 . Fresh graduate pun ko level2 "kepala" je.

Andai ko minat sangat busines studies, jangan lepas graduate ko mohon keje gomen dik. Haukkkk gomen tak busines dik.

Ko buat market study bagi economi akan datang, budget ko graduate nanti boleh cari makan tak. Macam kawan2 aku dulu rela paksa ambik course e-dagang. Last2 terpaksa mohon jadi cikgu, sebab course belum relevan dengan keadaan semasa ketika itu.

Kalau target ko nak sangat keje gomen, make sure ko tak ambik course pelik2 la. Dimana ko boleh buka website SPA8 dan semak course yang dinyatakan dengan kerjaya yang ditawarkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.082038 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list