CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: CARI-MRO

Lepas Bercerai, Terpaksa Tinggal Dalam Reban Ayam Dengan Tiga Anak

  [Copy link]
Post time 20-11-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal yang tinggal di dalam bekas reban ayam bersama tiga anaknya di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh, ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kediamannya, kelmarin.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 31(1) Akta Dadah Berbahaya (APD) Rawatan & Pemulihan 1983 dan dibawa ke pejabat AADK Pasir Puteh untuk tindakan lanjut.

Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad, berkata hasil ujian air kencing mendapati, wanita terbabit positif dadah jenis Methamphetamine dan mengakui terbabit dengan penagihan dadah sejak empat tahun lalu iaitu dengan pengambilan setiap hari.

Katanya, kisah kehidupan wanita itu bersama tiga anaknya tular dan mendapat liputan media kerana kehidupan yang daif serta tinggal dalam reban ayam menyebabkan ramai pihak tampil menyalurkan sumbangan.

“Ramai yang bersimpati dengan nasib empat beranak itu selain ada juga maklumat mengatakan wanita itu terbabit dengan dadah. Justeru, AADK Kelantan membuat risikan khas dan pelbagai strategi dirangka sebelum wanita berkenaan berjaya ditahan di rumahnya.

“AADK turut berterima kasih kepada masyarakat setempat yang menyalurkan maklumat berkenaan ibu tunggal itu. Ketiga-tiga anak wanita berkenaan yang berusia tiga hingga tujuh tahun kini di bawah jagaan ibu saudaranya sementara wanita berkenaan mendapatkan rawatan dan pemulihan.

“Kita prihatin akan permasalahan dadah yang menimpa komuniti setempat. Setiap individu yang mempunyai masalah dadah perlu mendapatkan rawatan dan pemulihan melalui Seksyen 6(1)(a) APD 1983,” katanya yang wanita itu kini ditahan reman 14 hari.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang ibu tunggal yang dihimpit kesempitan hidup terpaksa tinggal di bekas reban ayam bersama tiga anaknya berumur tiga hingga tujuh tahun di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal.

Wanita berkenaan bersama tiga anaknya berusia tiga tahun hingga tujuh tahun, tinggal di bekas reban sempit itu yang dimiliki ibunya, sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, beliau memberikan anak bongsu berusia setahun, untuk jagaan seorang kakaknya yang bersimpati dengan nasib mereka.

Berita Berkaitan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa tau sambungan kes ni?
Kena tangkap bulan 5 hari tu
Dah bebas ke dari tahanan Aadk?
Naik lagi kat fb.. mintak derma lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sheol. Kira ok la ex shuben tggung jgk awal2 dlu. Lgpon yg ni kes kemalangan mmg patut tlg
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 21-4-2019 08:49 AM
org mcm ni kena dididik... kak, bukan beli nasi bungkus. duit yg ade tu beli beras murah2, mas ...

Biasanya bkn xpndai tp pemalas sb tu hidup mcm tu je. (I baru baca komen atas ni yg ckp duk mntk sedekah)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ailebiu replied at 20-11-2019 12:34 AM
KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal yang tinggal di dalam bekas reban ayam bersama tiga anaknya di Kampu ...

Cis i dah kesian keluar berita ni. Kalau mengata bising pulak si jazaa tu.

See??? Mmg selalunya mcm ni. Ada udang di sebalik mee.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:18 AM | Show all posts
lattehazelnut replied at 19-4-2019 04:41 AM
Knp dia xcarik kje tetap.. kan mak bole jaga anak kejap



mungkin mak tak larat jaga bebudak kecik.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2019 02:21 AM | Show all posts
Eh tak kan la di Kelantan.

Sbb dalam satu thread semalam ada satu forumer ckp Tun M saja momok momokkan rakyat Msia yang Kelantan ini negari miskin.

emmmmm ~

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok i ada 2 pendapat

1st : kesiannyaaa terlalu miskin xde rumah , mesti umah mak dia kecik sgt xleh tumpang duduk

2nd: hmmm taktik nak dapat rumah free mungkin, sbb ramai suka guna taktik camni padahal xdela susah mana pun

Tambahan pendapat: umur masih muda badan nampak fit sihat mungkin patut kerja cari duit sndri. Anak2 tu minta mak ke mak mertua ke tlg jaga kejap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lergh thread lama ke
Pastu kena tgkap sbb dadah plak

Kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut la kurus kering..dadah rupanya. Ntah2 ex husband cerai sbb dadah ni.  Tp anak2 dpt kat dia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.414282 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list