CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 702|Reply: 0

[Tempatan] Edisi Ukur Baju di Badan Sendiri : Bergilir usung wanita 137kg

[Copy link]
Post time 23-4-2019 10:06 AM | Show all posts |Read mode
* sumber : Harian Metro


SEORANG wanita terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, hari ini.
Malah, oleh kerana mangsa dianggarkan seberat 137 kilogram, pasukan menyelamat terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan berkenaan bagi menerima rawatan di hospital selepas lebih empat jam mengusung mangsa.
Komander Operasi, Rosdi Hainan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.14 petang memaklumkan seorang wanita diserang asma serta tidak dapat bergerak akibat kejang kedua-dua belah kaki.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dihantar ke lokasi bagi memberi bantuan sebelum sembilan anggota termasuk seorang pegawai dari BBP Sungai Buloh hadir bagi membantu membawa mangsa keluar.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bersama tiga pegawai Jabatan Hutan menemui mangsa bersama dua rakannya kira-kira lebih dua kilometer dari kawasan laluan utama.
“Ketika ditemui mangsa yang mengalami serangan asma diberi rawatan awal dan berikutan mangsa tidak boleh berjalan kerana kedua-dua kakinya kejang, pasukan bomba terpaksa mengusungnya keluar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Rosdi berkata, oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih dua kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa.
“Kami berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.
“Mangsa hanya berjaya dibawa keluar dari kawasan itu sekitar 7.40 malam tadi dan kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Sungai Buloh yang sudah menunggu di jalan utama bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.065543 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list