CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 861|Reply: 2

Netizen biadap tinggalkan komen lagakan Fasha Sandha dan bekas suami

 Close [Copy link]
Post time 23-4-2019 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Netizen biadap tinggalkan komen lagakan Fasha Sandha dan bekas suami

Sudahlah ‘masuk ke rumah’ orang dengan tidak mengetuk pintu dan tanpa memberi salam, terus dihina-hina ‘tuan rumah’. Memang biadap!

Contoh terbaharu, apabila bekas suami aktres Fasha Sandha, Rizal Ashram atau Jejai memuat naik foto anak perempuan tunggal mereka di laman Instagram miliknya beberapa hari lepas.

“@rizalashramrnt: Anak daddy ni, asal comel sangat? My one and only girl. #putrirayshajemyma” tulis Jejai dalam kapsyen siri gambar tersebut.
Lebih sweet lagi apabila Fasha sendiri meninggalkan komen yang murni pada kiriman tersebut:

“@fashasandha: @oyahtaufik masa mengandungkan Jemyma saya selalu solat , pergi berjemaah di masjid/surau at least once a week, dan tak lupa selalu bersedekah. Itu amalan yang berkat terutama ketika mengandung. Sebab itu Putri Raysha Jemyma bersih dan bercahaya. Thank yousemua di atas pujian dan doa and thank you dada selalu puji babygirl.”

Ramai yang senang dengan sikap toleransi antara mereka meskipun mereka bukan lagi pasangan suami isteri.
Pasangan ini telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha, dan sah bercerai talak satu pada 20 Januari tahun lalu.

Namun, posting yang menunjukkan kasih sayang seorang bapa kepada anak ini mendapat perhatian negatif pula oleh segelintir netizen yang kurang ajar.
Meskipun ramai yang menegur wajah Jemyma saling tidak tumpah seperti wajah ibunya, tetapi ada yang menyangkal persamaan itu dan menyelar pujian-pujian yang diberikan:

“@lenie36: Sorry boss @rizalashramrnt bkn maksud hati..Sy ni pun bukan jenis nak sgt comnt psl artis2 ni..tp kebelakangan ni aku perati fasha ni dah lebih sgt, pi tunjuk mesej, call u pd dia yg dah bertahun tu. Nak ugut buka cerita psl family u lah..mcm lah..tak pasal2 Nora pun dia heret skali. Mamasandha tu lagi lah..Mulut ngan Muka sama buruknya, bkn jd org tengah baikkan keadaan. Melampau.com”

“@lenie36: Lawak bebenor kuRasakan.. @fashasandha ni, dok meroyan Kat luar sana..kata jejai kacau dia..lepastu Kamu boleh pulak Ada Kat dlm ni.. apa kehelnyer.?? sudah2 la tu..Kamu Nak satu Malaya tahu masalah Kamu ke. Kamu dah hilang ingatan ke.?? Apa yg Kamu dah buat pd @noradanish suatu ketika dahulu.?? Respect Kat Nora dia boleh baik dgn u. Now..u dah cerai ngan jejai heret pulak Nama Nora, butik bebenor perangai Kamu, Kamu ingat ps. @rajanoora tu telan je ke apa yg Kamu kata Kat luar sana.?? Sejujurnya aku tak pernah jumpa perangai seorg bekas istri n ibu kpd anak2 Kamu yg mana itu anak2 jejai jg. #hipokrit”

“@annabellaruz: @dora1717ra masih x berubah lagi rupanya perangai busuk fs ni.Drpd zmn rampas hubby org..sampai dh beranak pinak pun mcm tu jgk.sblm nk hina @rizalashramrnt ,cuba fikir balik siapa yg pungut fs masa kat hsptl kes overdose ubt tido?org2 yg si fs & fmly dok hina & kutuk sbnrnya lbh knl luar dlm si fs & latar blkg fmly fs ni.kdg2 fs ni dh tahap pengemis pun ada.Riuh sana sini cerita aib rizal.pdhal org yg dimalukan tu bapa kandung kpd cahaya & juah.Dh bertahun buat mcm2 propa & drama murahan.malu arr sikit ooii”

“@dora1717ra: @annabellaruz itulah. Mungkin ps pun tak nak ada cucu yg ada darah saiko dan mental. Nk buat camne .”

“@cinta_zarayyan: Yup muka mcm nenek dia @rajanoora … bukan muka @fashasandha …. well org tua2 selalu pesan kalau kita dok selalu benci ngan org lain nt anak kita muka mcm org tu … anyway … move fasha .. enough lah … x baik bukak aib ahli keluarga sana … dari dulu aku perhatikan keluarga @rizalashramrnt x pernah burukkan ko pun … jejai tu selagi boleh nak jaga aib ko tu wahai @fashasandha … be respect dengan @rajanoora …”

Memang tidak berhati perut sungguh komen-komen yang diberikan kepada Fasha Sandha sebagai ibu kandung anak kecil itu.
Dan seperti biasa, ayat-ayat kurang ajar itu sudah tentu dibalas oleh peminat yang berang artis kesayangan mereka dikutuk sebegitu rupa. Maka, tercetuslah ‘perang kecil’ menerusi ruangan komen IG Jejai!

“@jzetajilani: @fashasandha respect both of u @rizalashramrnt tak block each other and can stay as a friends   anak2 pun tak kan kurang kasih sayang from both of u walaupun dah berpisah , semoga terus kekal baik begini”

“@mimie_yazmie: org dok up gmbr anak dia yg haters dok mskkan hal mak pak nek atok segala org dlm ig ni… tah pa pe perangai masing2… jg hal sendiri lg baik dr dok tambah dosa kering… baik doa yg baik2 utk kehidupan sendiri n org lain kan bgs dpt pahala lg…”

“@akupunyabunga: Jahat nye mulut setengah manusia dalam nie..haha..sebok hal org..jaga hal masing masing dah lerr ”
“@quinn_eeman: Kenapa mulut mcm ni? Tak pasal2.. Dapat dosa kering… Doakan yg terbaik untuk mereka sudahlah…”
“@pija_geminie: Fasha penat ngandung sembilan bulan suka suka je korang haters ek nak sangat rasa pegi kawin ngn jejai sana”

“@princess_rania88: haters kat atas tu enough la melaga lagakan family org lain.Korang ni di ibarat binatang yg baling batu sembunyi tangan.Fake id je semua.”
Apa yang kami tak faham adalah bagaimana mereka tergamak melemparkan kata-kata sebegitu apabila kiriman tersebut bertujuan untuk meluahkan rasa rindu dan sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya.

Inilah yang dinamakan salah guna media sosial. Saluran yang sepatutnya menjadi media pengantara yang positif, sebaliknya dijadikan platform untuk menghina saudara seagama pula.

Rasa-rasanya akak-akak yang busuk hati tu perlu diberi coaching bagaimana untuk jaga lidah dan hati daripada berkata yang buruk-buruk terhadap orng yang mereka tidak kenali secara peribadi kut!

Kepada Fasha dan Jejai, sabar sajalah ya. Inilah konsekuensi menjadi orang terkenal, setiap tindakan dan perbuatan akan dihakimi oleh masyarakat.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 03:52 PM | Show all posts
dah kenapa bekap sgt FS dlm artikel ni? aku rse ape yg komen2 tu tulis, btl ape? even ak x sokong pun kornag netizen duk tulis bukan2 kat ig pasah ni tp artikel ni apesal menggelupur sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu dah lama ni. Baru keluar gua ke apa ni?

Thread closed.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061356 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list