CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2943|Reply: 28

[Tempatan] Barisan Kabinet tak perform, kelayakan pun palsu. PH NAFI jadi kerajaan sepengga

  [Copy link]
Post time 26-4-2019 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Saifuddin tepis dakwaan kerajaan sepenggal


PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menangkis dakwaan Pakatan Harapan (PH) hanya menjadi kerajaan sepenggal berdasarkan kegagalan menunaikan manifesto PRU14.

Beliau menjelaskan, meskipun PH didakwa kurang membela Melayu dan Islam, hakikatnya kerajaan bertungkus-lumus menyelamatkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda.

Malah, katanya, PH kini dalam kerangka melunaskan satu-persatu janji manifesto PRU14.

“Kami mungkin dianggap ‘cair’ dari segi membantu Melayu dan Islam tapi kami dapat selamatkan institusi Islam iaitu TH dan Felda.

“Pihak yang melingkupkan kini dijulang sebagai pejuang agama dan bangsa. Ini paradoks,” katanya di kementeriannya di Putrajaya semalam.

Setiausaha Agung PKR itu berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan PH hanya akan bertahan sepenggal memandangkan kerajaan gagal menunaikan semua manifesto PH.

Beliau juga menjelaskan, buat masa ini PH menggariskan tiga hala tuju pelaksanaan manifesto iaitu telah ditunaikan, sedang diusahakan dan belum disentuh.

“Saya jujur mengaku ada tiga bakul dalam soal pelaksanaan janji manifesto. Bakul pertama mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru separuh ditunaikan iaitu berjaya keluarkan senarai hitam dan sebahagian lagi penetapan gaji RM4,000 baru mula bayar hutang pinjaman, ini belum.

“Janji hapuskan hutang peneroka Felda tapi buat masa ini, kami berjaya hapuskan faedah hutang peneroka sebanyak RM2 bilion, terima kasih (Datuk Seri) Najib Razak, (Tan Sri) Isa Samad dan (Tan Sri) Shahrir Samad. Sebab ketika Tan Sri Yusuf Noor meninggalkan Felda, tabung institusi itu berjumlah RM8 bilion tapi sekarang Felda terpaksa diselamatkan,“ katanya.

Untuk segmen belum diusik seperti berkaitan tol katanya, ia masih di peringkat percubaan dan belum jelas.

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai gerak kerja yang dilakukan PH dalam tempoh setahun ini.

“Jujurnya kalau ada tanggapan kata kami rapuh, hanya sepenggal, yang ini negara kita subur demokrasi, rakyat dan siapa pun berhak bagi pandangan.

“PH ini utuh pada asasnya, kami ada struktur kepimpinan yang jelas malah sentiasa bergerak ke depan,” jelasnya.Pencapaian Kementerian KPDNHEP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Saifuddin ni apa kelulusan dia...nmpk sangat tak brp cerdiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
takyah la nafi oooi... haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2019 06:51 PM | Show all posts
kejayaan PH setakat ni ialah tukar nama
dapat tukar satu huruf tu besar jasa oooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 06:57 PM | Show all posts
TION ni bodoh sebenar.  Biasa menipu dengan muka yakin dan nada  juga yakin. Tapi di tak tahu ekor dia penuh taik.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2019 07:03 PM | Show all posts
Kaji selidik: Keyakinan terhadap pengurusan ekonomi PH merosot
News  |  Diterbitkan Hari ini 5:31 petang  |  Dikemaskini Hari ini 5:31 petang
   

Keyakinan pengundi terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dalam mengurus ekonomi setakat bulan lalu jauh merosot berbanding ketika mula mengambil alih kuasa pada Mei 2018, menurut kaji selidik Merdeka Center.

Badan kaji selidik pendapat awam itu mendapati kadar puas hati terhadap PH dalam soal ekonomi hanya 40 peratus, berbanding 56 peratus pada Mei 2018.

Kadar tidak puas hati dalam soal ekonomi pula meningkat dari 12 peratus ke 52 peratus untuk tempoh sama, menurut kaji selidik itu lagi.

Kadar itu bagaimanapun baik sedikit berbanding keseluruhan penggal pentadbiran BN yang lalu.

Pada Oktober 2015, kadar puas hati terhadap ekonomi lebih rendah berbanding 40 peratus dan tidak pulih sehingga PRU ke-14 Mei tahun lalu.

Sementara itu, kadar tidak puas hati terhadap BN lebih tinggi daripada 52 peratus sejak Oktober 2014 dan kekal sehingga PRU lalu.

Bagaimanapun jika kadar PH terus merosot ia akan meletakkan gabungan itu di tahap yang lebih kurang sama dengan BN.

Kaji selidik yang melibatkan 1,204 responden itu berkata sokongan awam terhadap PH menurun selepas realiti sebagai kerajaan yang mentadbir mula mengambil tempat.

Ia mendapati ekonomi menjadi soal yang paling penting buat pengundi, dengan 63 peratus responden berpandangan ia menjadi "masalah nombor satu" negara.

Tidak sampai sepuluh peratus responden yang merasakan isu-isu seperti jenayah, masalah sosial, isu perkauman atau politik sebagai isu paling utama.

Beri lebih masa

Walaupun dengan kadar keyakinan yang kian merosot, majoriti responden setuju kerajaan PH perlu diberi lebih masa untuk menunaikan janji-janjinya.

Sejumlah 67 peratus responden berkata PH perlu lebih masa, dan hanya 30 peratus berpandangan sebaliknya.

Dari segi pecahan kaum, 53 peratus responden Melayu setuju PH perlu lebih masa, manakala 44 peratus tidak.

Sementara itu, 87 peratus responden Cina dan 90 peratus responden India setuju PH perlukan lebih masa.

Tiga isu utama yang dianggap penting oleh responden ialah inflasi (54 peratus), rasuah (23 peratus) dan soal hak Melayu atau layanan sama rata (23 peratus).

Jika dibandingkan dengan kaji selidik Merdeka Center pada Ogos 2018, peratusan responden yang merasakan inflasi sebagai isu penting meningkat empat peratus, manakala soal hak melayu atau layanan sama rata naik satu peratus.

Bagaimanapun peratusan responden yang melihat rasuah sebagai isu penting turun 10 peratus (iaitu 23 peratus), berbanding 33 peratus pada Ogos 2018. Isu tersebut antara topik tiga tertinggi oleh responden dalam kedua-dua kaji selidik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2019 07:11 PM | Show all posts
pudin mendiling dah berjaya buat harga barang turun....kos sara hidup menurun......reformasi harga pasaran barangan keperluan asas rakyat.....taw.....wakakakakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nk tau btl ke x sepengal tunju la lg 4 tahun. Ko tunggu la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 08:15 PM | Show all posts
otai_g replied at 26-4-2019 07:51 PM
nk tau btl ke x sepengal tunju la lg 4 tahun. Ko tunggu la.

for the time being, tunggu jer la 4 tahun lagi. Dalam 4 tahun tu, sempat kot settle court cases..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya ke.....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sekor pencacai tu tak boleh terima aku cakap menteri ph bodoh.
Memang dah bodoh, takkan aku nak cakap pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepenggal je lah.. jgn banyak cerita
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas 4 tahun korang tunggu laa turn korang plak kena siasat sprm dan polis....tungguuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2019 12:11 AM | Show all posts
sesama kementerian pun malas nk check
bila Menteri dh announce baru nmpk masalah
mana la rakyat tak geleng kepala
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Viralkan biar bloomberg, nikkei tau. Menteri2 sijil palsu sebab tulah pelaburan Malaysia merundum-rundum. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 26-4-2019 10:59 PM
Sepenggal je lah.. jgn banyak cerita

susah ph nak bertahan kalu ditolak kaum utama negara.setakat menang besar di bandar tak menjamin ph boleh bertahan.umum nya majoriti pengundi dah nekat nak tendang ph ke longkang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang.. PH tak akan jadi kerajaan sepenggal.. tapi akan jadi kerajaan setengah penggal ja..

Tunggu dan lihat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2019 05:29 PM | Show all posts
Tunduk kepada golongan elit bandar punca sokongan merosot, kata Anwar
27 Apr 2019

SINGAPURA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhadapan dengan kemerosotan sokongan masyarakat Melayu kerana terlalu tunduk kepada golongan elit bandar.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar seperti harga komoditi getah yang rendah.

"Golongan elit bandar telah meletakkan senarai keutamaan yang telah memisahkan masalah sebenar yang dihadapi oleh orang miskin dan ada ketikanya golongan elit bandar ini mengabaikan masalah sebenar ini.

"Saya tidak pernah dengar mereka bercakap tentang kemiskinan dan ketidaksamaan.

"Isu hak asasi manusia, kebebasan kehakiman adalah perkara yang kita tidak boleh lengahkan pelaksanaannya tetapi perkara paling utama dan pokok ialah ekonomi.

"Kesukaran ekonomi adalah benar, kita mesti menyelesaikan perkara ini," katanya yang dipetik daripada Channel NewsAsia (CNA) ketika bercakap pada Sesi Persidangan Inter-Pacific Bar Association (IPBA) di sini semalam. Semalam, pusat kajian, Merdeka Center melaporkan, kadar sokongan terhadap kerajaan PH merosot sebanyak 39 peratus berbanding 79 peratus pada 31 Mei 2018 berdasarkan kajian yang dijalankan di seluruh negara pada 5 hingga 11 Mac lalu.

Kajian mendapati, jumlah pengundi yang berpuas hati terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga didapati menurun daripada 71 peratus pada Ogos 2018, jatuh kepada cuma 46 peratus sahaja.

Kemerosotan terhadap sokongan awam terhadap pentadbiran kerajaan dapat dilihat apabila pengundi yang berasa negara menuju ke arah yang salah telah meningkat sebanyak 46 peratus pada Mac 2019 berbanding 24 peratus pada Ogos 2018.

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center itu melibatkan 1,204 pengundi berdaftar meliputi 52 peratus kaum Melayu, Cina (29 peratus), India (7 peratus), muslim Bumiputera (6 peratus) dan bukan muslim Bumiputera daripada Sabah dan Sarawak (6 peratus).

Metodologi kajian tersebut ialah temubual melalui telefon bimbit dan talian tetap, sementara responden dipilih secara rawak mengikut kumpulan usia, etnik, gender dan kawasan pilihan raya negeri.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut menekankan tentang isu perkauman dan agama yang perlu diselesaikan segera atau berdepan dengan kebangkitan pelampau agama dan kaum.

Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, masyarakat Melayu di luar bandar bimbang dengan dasar-dasar kerajaan yang akan meminggirkan mereka.

Tegas beliau, perkara paling penting ialah memastikan Bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu tetap dipelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Di Malaysia, Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan itu tidak akan mendatangkan bahaya sekiranya anda menekankan bahawa setiap rakyat perlu mahir menggunakan bahasa Melayu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sehirkedi replied at 27-4-2019 12:40 AM
Viralkan biar bloomberg, nikkei tau. Menteri2 sijil palsu sebab tulah pelaburan Malaysia merundum-ru ...

Cukuplah sepenggal.  Print ni besar2. Sebarkan kpd media antarabangsa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah laa ko pudin... bgus juga tun spotlite menteri2 ph yg xkompetent ni.. biar rakyat sedar most of them penipu.. pembelit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.087832 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list