CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1481|Reply: 8

[Tempatan] Tommy kecewa tiada peluang bahas isu Statut Rom

[Copy link]
Post time 27-4-2019 08:18 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tommy Thomas kecewa kerana tidak berpeluang berbahas dengan empat ahli akademik yang dilaporkan memberikan pandangan mereka dalam perjumpaan dengan Majlis Raja-Raja berhubung isu Statut Rom.

Tommy berkata, beliau tidak tahu bila empat ahli akademik terbabit iaitu Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad; Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz; Dr Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi menghadap Majlis Raja-Raja bagi memberikan penerangan berhubung isu berkenaan.

Katanya, beliau diberi peluang menghadap Majlis Raja-Raja di Istana Negara selama satu jam untuk menerangkannya dari sudut undang-undang manakala Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah pula kira-kira 20 minit.

“Kami tidak pasti bila empat ahli akademik itu masuk (menghadap Majlis Raja-Raja), sama ada sebelum saya atau selepas.

“Kalau kami berlima berada dalam (pertemuan) itu, mungkin saya boleh membahaskan pandangan mereka dan kumpulan itu juga boleh membahaskan pandangan saya, saya kecewa kerana tiada peluang itu,” katanya menjawab soalan pada Forum Awam Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Mohamed Suffian Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Forum itu turut menampilkan pakar undang-undang perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi; jurucakap kumpulan bekas penjawat awam G25, Datuk Noor Farida Ariffin; aktivis, Dr Syed Hussin Ali; peguam, Lim Wei Jiet dan aktivis pelajar yang menganjurkan forum Statut Rom, Asheeq Ali.

Pihak penganjur turut menjemput Rahmat, Shamrahayu, Fareed dan Hisham untuk menjadi ahli panel pada forum itu namun kesemua tidak hadir.

Tommy ditanya mengenai kegagalannya meyakinkan Majlis Raja-Raja sehingga menyebabkan kerajaan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Pada 5 April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan Kabinet putuskan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom ICC kerana kekeliruan timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu mengheret institusi Raja menentang kerajaan.

Mengulas lanjut, Tommy berkata, cadangan meratifikasi Statut Rom sebenarnya dipersetujui kerajaan terdahulu yang ditadbir Barisan Nasional (BN) yang membuat keputusan mengenainya pada Mac 2011.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk meneruskan dasar kerajaan terdahulu, namun ada kritikan (kini) daripada pihak sama yang mengubah fikirannya kini,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia tidak akan menerima kesan sekiranya bersetuju meratifikasi statut berkenaan seperti didakwa pelbagai pihak termasuk dakwaan Yang di-Pertuan Agong berdepan tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa.

Katanya, sebaliknya pihak berdepan tindakan sekiranya kerajaan terbabit dalam empat jenayah paling serius seperti termaktub dalam Statut Rom adalah Perdana Menteri, Kabinet dan pegawai kerajaan mengarahkan sesebuah agensi melaksanakannya.

Empat jenayah itu adalah pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

“Contohnya jika Malaysia terbabit dalam jenayah perang pihak bakal dikenakan tindakan undang-undang adalah Perdana Menteri, Kabinet, Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Yang di-Pertuan Agong harus mendengar nasihat Perdana Menteri, walaupun baginda adalah ketua tentera namun yang mengarahkan (melancarkan serangan) adalah Perdana Menteri, Kabinet, Menteri Pertahanan dan Panglima (ATM).

“Ia sama seperti dengan pendakwaan dihadapi (bekas Perdana Menteri Britain) Tony Blair kerana melakukan jenayah perang bukannya Ratu Elizabeth (didakwa),” katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... ahas-isu-statut-rom

apa guna berbahas..kuasa ada pada kabinet...nak ratify ratify la.......negara2 kuasa besaq pun tak ratify statute rom...awat Malaysia di bawah kerajaan pakatan haramjada begitu komited sedangkan banyak lagi perkara lain seperti memansuhkan tol dan membuat belanjawan surplus perlu dilaksanakan.....atau adakah ag rentung ini cuba hint Malaysia berkemungkinan akan berlakunya jenayah2 antarabangsa tu.....sedangkan yang kat kuil tu pun yang meninggai Melayu...bukan rentung...wakakakakakakkakakkaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling utama dikemudiankan. Yang tak penting beria nak buat. Bodohlahhh kerajaan kesayangan bapokgemuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn pudin dah explain Kat agong ker hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa Malaysia pun tunggang langgang ada hati nak bahas. Baik pi tengok kan kes Arwah Adib. Ada pulak main ugut2 saksi. Pastu kes maid mati kena dera majikan. Boleh pulak dia bebaskan si majikan pulak. Kalau simple2 kes mcm tu dah ada unsur ketidakadilan tak payah lah nak fikir internasional sangat.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebok la engkau nak berbahas.

Jaga Hal dlm Kain la themby.

Dera amah sampai mati drop case.
Amlatfa charge dgn 1000 bahan bukti gagal sabit kesalahan.
Court called for defense of Rafizi Pon boleh drop case.


The fuck are you doing there?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 11:41 PM | Show all posts
PH cuma sibuk Statut Rom, ICERD, tukar nama agensi, di mana sama sibuk pasal hubungan PAS-UMNO

patutnya fokus la isu harga telur yg tak mampu settle tu dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2019 11:54 PM | Show all posts
Edited by CharlesDera at 28-4-2019 12:02 AM

boleh pegi wikipedia tengok......jangan takajuik tengok negara2 asal rentung dan sepet merah ja kat dalam peta tu na ceq...wakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 09:49 AM | Show all posts
TOMMY  celaka kenapa kau ganggu sistem negara aku????  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi adakah Tommy mengaku dia sangat lemah dalam hal kehakiman dan sanggup melepaskan keputusan perbicaraan pada orang luar ke?

Lupa ke, walaupun US tidak ada statut rome, sistem kehakiman mereka sendiri memutuskan war on iraq dan pembunuhan di Mai Tai sendiri adalah satu kesalahan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061854 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list