Iols dulu2 memang tak pandai menganyam ketupat.. tapi selepas mak iols amik tempahan buat ketupat, maka kami 7 beradik terpaksa pandai sebab masa tu tempahan mak sampai 5000 - 7000 biji.
maka dari duduk smp bersandar memang buat ketupat lah. adik iols lagi teruk, buat ketupat sambil baring.
dahla ketupat ni kalau nk buat tak bole awal2 sebab nnti lebam kelongsong nye. maka kene buat paling lama 2 hari sebelum org nak amik.
kesimpulannya, kami jadi pandai sebab terpaksa. dan sekarang bila dh kawin, keluarga mertua cuma makan ketupat daun palas, maka bertambahlah knowledge membuat ketupat palas pulakkk
Post time 29-5-2019 04:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pandai menganyam ketupat biasa je..ketupat lain tak reti nak anyam..tu pun baru tiga empat tahun ni la pandai nganyam..sebelum tu pandai tengok je orang lain nganyam
Post time 29-5-2019 07:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya tak pandai anyam ketupaat cik seri, tapi kalau ketupat jenis pulut tuu pandai sikit2. Yang tiga segi tuuu. Kalau ketupat anyam2 tuuu banyak kali dah belajar dengan sepupu2 semua. Hancuss .. buat habis daun jeee
Post time 12-6-2019 04:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols dari sekolah menengah mak ajar anyam ketupat palas yang bentuk segi tiga tu? Siap tahu jantan betina
Yang ketupat 4 segi tu iols belajar dengan reben masa buat hiasan opis... seronok bile anyam2 jadi, rasa mcm best sangat! Tapi iols memang minat buat bende2 kerja tangan ni
Cita2 iols nak belajar buat songket dengan anyam topi vietnam plak pas ni
Post time 12-6-2019 05:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Xramai org skang pandai anyam ketupat...sbb da ada nasi impit... orang laki biasanye belah johor n melaka pandai anyam ..kebanyakannya org dulu la (pakcik2)
pandai menganyam sejak umur 21 kut. menyesal tak belajar lebih awal.
nasib baik arwah mak paksa jugak belajar anyam.
pandai anyam ketupat bawang, ketupat pasar & ketupat sate.
ketupat palas tak reti sebab family saya makan ketupat nasi je sejak turun temurun.
walaupun cuma anyam setahun sekali atau dua kali je (raya puasa & raya haji) tapi every time nak start anyam, automatik skill tu akan datang semula, alhamdulillah xpernah lupa setakat ni.
agak2 rasa gian nak menganyam, boleh try anyam pakai ribbon yang jenis licin. lepastu boleh buat decor, atau boleh bukak dan anyam lagi dan lagi dan lagi hehehe.. cuma ribbon ni dia licin sikit la compared to daun kelapa.
kami pernah beramai2 satu office anyam ketupat untuk doorgift raya. seronok. dalam tu isi beberapa biji dodol kecil yang segitiga.
aktiviti paling suka bila raya..anyam ketupat.. macam2 jenis boleh buat ..ayah yang ajar sejak dari kecil..tapi nak ngajar kat anak2 sendiri tak reti..