Edited by eddlisa_uyuk at 27-5-2019 01:10 AM
Bakal ditayangkan drama 30 Pesana Suara pada 6 Mei di bulan Ramadan nanti di slot Akasia TV3. Drama 30 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya, skrip Nieza Nahar dan terbitan syarikat Suhan Movies & Trading Sdn bhd. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad jam 7 malam di TV3.
Para PelakonShukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Zarina Zainuddin, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Isaac Iman.
SINOPSIS 30 PESANAN SUARA
Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman, Syafira dan Izman. Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.
Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira
Jangan ketinggalan mengikuti drama 30 Pesanan Suara ini yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti di slot Akasia TV3.
|