CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_almondpecan

Thai Royal Family v2

  [Copy link]
Post time 4-5-2019 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri plk depa ni dok sembah2 each other
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
SyahidiVa replied at 4-5-2019 04:47 PM
Tp td tgok live, queen suthida still sembah princess sirindhorn.

Ya betul tu. Masih lagi nampaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 4-5-2019 06:08 PM
Ngeri plk depa ni dok sembah2 each other

Nampak mcm susah juga kan. Tadi sebelum pertabalan, kain Queen tersangkut kejap lepas sembah Princess ubolratana.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 4-5-2019 06:30 PM
Ya betul tu. Masih lagi nampaknya

Kalau btul queen sembah the princess bgusla.. 1 point kt ctu stinggi mne darjat kite kene hormat org lbih tua... Esok akan ad pngurniaan gelaran baru kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2019 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
SyahidiVa replied at 4-5-2019 07:00 PM
Kalau btul queen sembah the princess bgusla.. 1 point kt ctu stinggi mne darjat kite kene hormat o ...

Ya seperti yg dijangkakan raja akan kurniakan gelaran baru. Antara yg ditunggu2 ialah kakanda baginda. Adakah beliau akan dpt balik gelaran chao fa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Khorp khun karp Khun Almond.
Nice update
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2019 10:18 PM | Show all posts
Anatara yg unik cara diorang sembah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 4-5-2019 09:50 PM
Khorp khun karp Khun Almond.
Nice update

Thanks  Saya cuba sampaikan setakat yg faham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
farlis replied at 4-5-2019 10:18 PM
Anatara yg unik cara diorang sembah tu..

Cara sembah song khrab ini utk menyembah org yg lebih tua, berpangkat dsb. Utk sembah Buddha dan sami Buddha, cara berlainan iaitu badan menyembah secara simetri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 11:04 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 4-5-2019 10:51 PM
Cara sembah song khrab ini utk menyembah org yg lebih tua, berpangkat dsb. Utk sembah Buddha dan s ...

Oooo..ic..menarik juga adat dan budaya diorang nih..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 4-5-2019 11:47 AM
Hi. Tak nampak anak2 lelaki yg lain. Rasanya tak dibenarkan hadir.

Bila raja vajiralongkorn meninggal, siapa akan jadi pewaris takhta? Tak tahu sistem beraja thai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 4-5-2019 04:30 PM

Tt i impress dgn pengetahuan u pasal Thai royal ..please cont cerita pasal them..

Sambil2 tu I ada banyak soalan nak tanya u

Kenapa queen sirikit tak kelihatan?

Utk apa dinyalakan lilin2 tu..banyak nau...every tempat King masuk kena nyalakan lilin..ada satu tadi ingat nak terbakar dah, ada titisan api jatuh tapi diaorg relax jer

Anak King yang diiktiraf 3 orang? Anak2 wedlock tu apa nasib dieorg..the late king tak gunakan kuasa utk bawa dieorg balik?

Tradisional outfit yg dipakai wanita tu cantik sangat..apa namanya..King jalan laju, jenuh queen kena kejar dgn kain sempit & high heels

Adik king tu sakit apa? Nampak muda princess ni

Last question, berapa lama masa prepare upacara ni..nampak tertib & teratur despite dah 70 tahun tak dilakukan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-5-2019 11:07 PM
Bila raja vajiralongkorn meninggal, siapa akan jadi pewaris takhta? Tak tahu sistem beraja thai ni ...

Perlembagaan Thai menyatakan raja boleh menamakan siapa yg dia pilih utk menjadi pengganti. Kalau baginda tidak menamakan sesiapa, dlm keadaan raja yg sekarang mempunyai anak2 yg diraikan, disisihkan dan tidak diakui secara rasmi, besar kemungkinan Privy Council mereka yg akan menentukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 5-5-2019 12:25 AM
Tt i impress dgn pengetahuan u pasal Thai royal ..please cont cerita pasal them..

Sambil ...

Queen Sirikit dah uzur sangat dan lewat bulan lepas baginda masuk hospital sbb demam panas dan sakit lain. Mungkin sbb tu tak dpt hadir.

Lilin sgt penting dlm merit making dlm agama Buddha theravada versi Thailand. Sblm ini, masa zaman King chulalongkorn, org isaan di utara Thailand suka main sejenis meriam buluh bun bang fai utk merit making. Oleh kerana meriam buluh byk mendatangkan kecederaan, kerajaan ubah amalan tersebut dan gunakan byk lilin utk merit making. Dlm beberapa istiadat puja, kerabat thai akan berkumpul ramai2 dan pass lilin yg ada pemegang lilin satu lepas satu sambil goncang2 lilin ke arah diri mereka dan kibas2 angin dari lilin tu ke arah mereka juga.

Anak2 King yg 4 org tu hidup aman2 je di US. Mereka semuanya lulusan professional doktor, lawyer dsb. Anaknya chakriwat (chakrivajra) ada medical Centre sendiri dan buat byk video dlm bahasa Thai utk menerangkan tentang pelbagai penyakit dan rawatannya. The late King tak campur hal mereka ni. Lgpun princes ni lahir waktu hubungan ibu bapa mereka belum diiktiraf malah ditentang oleh nenda mereka. Adik perempuan mereka iaitu Princess sirivannavari walaupun telah diberi gelaran Phra ong Chao semasa beliau masuk universiti, kalau kita perhatikan beliau tidak mesra dan sedikit kekok dgn ibu2 saudaranya tidak seperti Princess bajrakitiyabha yg mmg sejak lahir dijaga dan disayangi oleh mereka.

Traditional outfit tu secara amnya dipanggil chut thai tp variasi yg dipakai semalam kalau tak silap ialah jenis chut thai chakri bertutup bahu yg dipakai dgn sabai iaitu diagonal shoulder wrap. Bagi situasi formal biasa, mereka biasa pakai chut thai amarin yg biasa dipakai Princess Sirindhorn atau Chut Thai boromphiman yg ada shape sikit dan biasa dipakai oleh Princess ubolratana yg lebih slim.

Adik King princess chulabhorn mmg sejak muda sakit2. Khabar angin mengatakan beliau seorang yg anorexic. Kemudian ada pula berita beliau ada auto immune disease. Sejak2 ni beliau ada katarak dan masalah sakit belakang dan sering keluar masuk hospital.

Isitadat dan upacara ni semua mmg setahun juga dia prepare. Sedangkan utk cremation Princess yg senior pun ambil masa setahun. Walaupun dah 70 tahun tak buat coronation, waktu King bhumibol dulu dah ada byk video dan gambar yg diambil utk rujukan serta pelbagai rekod yg disimpan.



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 09:36 AM | Show all posts

Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabal sebagai Raja Thailand

Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabal sebagai Raja Thailand
Bernama | Mei 04, 2019 19:48 +08

Raja Maha Vajiralongkorn ketika melawat kuil Emerald Buddha mengisytiharkan dirinya sebagai Penaung Diraja Buddhism, di Bangkok, 4 Mei, 2019. (Thai TV Pool via AP)



BANGKOK: Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri yang berusia seabad dalam istiadat pertabalan yang gilang-gemilang mengikut keagamaan Hindu dan Buddha di sini hari ini.

Acara pertabalan selama tiga hari bermula hari ini pada jam 10.09 pagi (waktu tempatan) di Kediaman Diraja Chakrabat Biman di Istana Besar di sini.

Raja Vajiralongkorn yang diiringi Permaisuri Suthida berangkat tiba di istana Besar pada jam 10 pagi.

Istiadat yang bersejarah dan yang pertama dalam tujuh dekad itu bermula dengan Upacara Penyucian Diraja yang juga dikenali sebagai "Song Muratha Bhisek."

Baginda yang memakai jubah putih, duduk di bawah pancutan air yang diambil dari 77 wilayah di negara itu yang disucikan oleh sami-sami Buddha. Air suci itu kemudian disiram perlahan ke kepala baginda.

Serentak itu,  Pengawal Diraja melepaskan tembakan di perkarangan Diraja - Sanam Luang, dekat Istana Besar semasa upacara penyucian berlangsung.

Sami tertinggi Buddha juga menyiram air suci ke tubuh baginda diikuti oleh sami-sami Brahmin dan anggota kerabat diraja.



Kemudian, Raja Vajiralongkorn duduk di atas singgah-sana ukiran kayu untuk menerima air suci daripada pegawai-pegawai terpilih termasuk Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha dan presiden Majlis Privy Jen Prem Tinsulanonda.

Baginda seterusnya berangkat ke the Balairung Seri Bhadrapitha untuk upacara pemakaian mahkota.

Baginda duduk di bawah payung diraja berwarna putih dan Ketua sami Brahmin mempersembaghkan Plak Emas Diraja kepada baginda yang mengandungi nama , gelaran dan horoskop serta mohor diraja serta alat-alat kebesaran diraja.

Baginda secara rasmi ditabalkan apabila Mahkota Keagungan diperbuat daripada emas seberat 7.3 kilogram bertatahkan permata dipakaikan pada kepala baginda pada upacara itu.

Raja Vajiralongkorn, 66, juga dikenali dengan gelaran Raja Rama X,  kemudian menerima daripada ketua Brahmin berupa pakaian kebesaran diraja termasuk selipar diraja, kipas diraja, pedang diraja dan cogan alam diraja.



Ketika menyampaikan titah ucapan pertama baginda, Raja Vajiralongkorn bertitah "Beta akan mempertahankan, memelihara dan akan memerintah dengan penuh kebenaran demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat buat selama-lamanya".

Baginda juga berkenan mengumumkan gelaran diraja sepenuhnya kepada Permaisuri Suthida. Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida mengikat tali perkahwinan tiga hari sebelum istiadat pertabalan.

Baginda dijangka menerima menghadap anggota kerabat diraja, Majlis Privy Council dan kabinet serta para pegawai kanan di Dewan Singgahsana Amarindra Vinicchaya.

Raja Vajiralongkorn ialah yang kedua daripada empat cahaya mata mendiang Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, dan satu-satunya putera tunggal.

Baginda menjadi raja berperlembagaan selepas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016. Mendiang Raja Bhumibol memerintah selama 70 tahun.

-- BERNAMA




Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 09:41 AM | Show all posts
RAJA VAJIRALONGKORN, RAJA THAILAND SECARA RASMI
By Team Wartadaily - May 5, 2019


BANGKOK, 5 MEI – TABAL….Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri yang berusia seabad dalam istiadat pertabalan yang gilang-gemilang mengikut keagamaan Hindu dan Buddha di Bangkok.

Istiadat pertabalan selama tiga hari bermula hari ini pada jam 10.09 pagi (waktu tempatan) di Kediaman Diraja Chakrabat Biman di Istana Besar di Bangkok.

Raja Vajiralongkorn yang diiringi Permaisuri Suthida berangkat tiba di istana Besar pada jam 10 pagi.

ISTIADAT YANG BERSEJARAH DAN YANG PERTAMA DALAM TUJUH DEKAD ITU BERMULA DENGAN UPACARA PENYUCIAN DIRAJA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI “SONG MURATHA BHISEK.”

Baginda yang memakai jubah putih, duduk di bawah pancutan air yang diambil dari 77 wilayah di negara itu yang disucikan oleh sami-sami Buddha. Air suci itu kemudian disiram perlahan ke kepala baginda.

Upacara pemakaian mahkota

Serentak itu, Pengawal Diraja melepaskan tembakan di perkarangan Diraja – Sanam Luang, dekat Istana Besar semasa upacara penyucian berlangsung.

Sami tertinggi Buddha juga menyiram air suci ke tubuh baginda diikuti oleh sami-sami Brahmin dan anggota kerabat diraja.

Kemudian, Raja Vajiralongkorn duduk di atas singgah-sana ukiran kayu untuk menerima air suci daripada pegawai-pegawai terpilih termasuk Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha dan presiden Majlis Privy Jen Prem Tinsulanonda.

Baginda seterusnya berangkat ke the Balairung Seri Bhadrapitha untuk upacara pemakaian mahkota.



Baginda duduk di bawah payung diraja berwarna putih dan Ketua sami Brahmin mempersembaghkan Plak Emas Diraja kepada baginda yang mengandungi nama, gelaran dan horoskop serta mohor diraja serta alat-alat kebesaran diraja.

Baginda secara rasmi ditabalkan apabila Mahkota Keagungan diperbuat daripada emas seberat 7.3 kilogram bertatahkan permata dipakaikan pada kepala baginda pada upacara itu.

Raja Vajiralongkorn, 66, juga dikenali dengan gelaran Raja Rama X, kemudian menerima daripada ketua Brahmin berupa pakaian kebesaran diraja termasuk selipar diraja, kipas diraja, pedang diraja dan cogan alam diraja.

Ketika menyampaikan titah ucapan pertama baginda, Raja Vajiralongkorn bertitah “Beta akan mempertahankan, memelihara dan akan memerintah dengan penuh kebenaran demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat buat selama-lamanya”.

Baginda juga berkenan mengumumkan gelaran diraja sepenuhnya kepada Permaisuri Suthida. Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida mengikat tali perkahwinan tiga hari sebelum istiadat pertabalan.

Baginda dijangka menerima menghadap anggota kerabat diraja, Majlis Privy Council dan kabinet serta para pegawai kanan di Dewan Singgahsana Amarindra Vinicchaya.

Raja Vajiralongkorn ialah yang kedua daripada empat cahaya mata mendiang Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, dan satu-satunya putera tunggal.

Baginda menjadi raja berperlembagaan selepas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016. Mendiang Raja Bhumibol memerintah selama 70 tahun. – WD MY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2019 09:53 AM | Show all posts
Raja Thailand Vajiralongkorn menikahi pengawal pribadi dan menjadikannya ratu
2 Mei 2019


Raja Thailand menikah dengan wakil kepala pengawal pribadinya, dan memberinya gelar ratu, menurut pernyataan kerajaan.

Pengumuman mengejutkan datang sebelum upacara penobatannya yang dimulai pada hari Sabtu (04/05), pada saat itulah dia resmi ditahbiskan menjadi Raja Thailand.

Raja Maha Vajiralongkorn yang berusia 66 tahun, menjadi raja konstitusional setelah kematian ayahnya yang mangkat pada tahun 2016.

Sebelumnya, dia telah menikah dan bercerai tiga kali dan memiliki tujuh anak.

Pernyataan kerajaan mengatakan: Raja Vajiralongkorn "telah memutuskan untuk mempromosikan Jenderal Suthida Vajiralongkorn Na Ayudhya, permaisuri kerajaannya, untuk menjadi Ratu Suthida dan dia akan memegang gelar kerajaan dan status sebagai bagian dari keluarga kerajaan".

Mantan pramugari

Raja Maha Vajiralongkorn telah lama menjalin hubungan dengan Ratu Suthida dan telah terlihat bersamanya di depan umum selama bertahun-tahun, meskipun hubungan mereka belum pernah secara resmi diakui.

Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida dalam acara pernikahan yang digelar di Bangkok, Thailand, 1 Mei 2019.

Rekaman dari upacara pernikahan ditayangkan di saluran TV Thailand Rabu (01/05) malam, memperlihatkan anggota keluarga kerajaan dan penasihat istana yang hadir.

Raja terlihat menuangkan air suci di kepala Ratu Suthida. Pasangan itu kemudian menandatangani surat nikah.

Pada 2014, Raja Maha Vajiralongkorn menunjuk Suthida Tidjai, mantan pramugari Thai Airways, sebagai wakil komandan unit pengawalnya. Dia menjadikannya seorang jenderal penuh di ketentaraan pada Desember 2016. Keduanya dilaporkan menjalin hubungan setelah pertama kali bertemu di pesawat.

Berbagai persiapan dilakukan untuk menyambut penobatan raja.
Kerajaan sejauh ini tidak mengeluarkan informasi lebih rinci tentang biografi sang ratu. Raja Vajiralongkorn lebih sering menghabiskan waktu di Jerman dan kehidupan pribadinya pun ditutup rapat.

Kehidupan pribadi anggota kerajaan tidak banyak dibicarakan publik secara terbuka karena Thailand memberlakukan dengan ketat lese majeste atau pasal penghinaan terhadap raja dan keluarga kerajaan. Pasal itu memberikan perlindungan kepada keluarga kerajaan Thailand dari penghinaan atau ancaman.

Raja sebelumnya, Bhumibol Adulyadej, memerintah selama 70 tahun, menjadikannya raja yang paling lama memerintah di dunia ketika wafat pada tahun 2016.

Acara penobatan raja dimulai Sabtu dan berlangsung selama tiga hari. Penobatan sebelumnya terjadi tahun 1950 untuk menobatkan Raja Bhumibol Adulyadej, ayah dari Raja Maha Vajiralongkorn.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 09:57 AM | Show all posts
















Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 09:58 AM | Show all posts
Edited by Syd at 5-5-2019 10:09 AM

pic yang neh mmg win







Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 10:03 AM | Show all posts
Azhari Aziz
October 16, 2016 ·

Adakah Vajiralongkorn, Pengganti Raja Thailand Bhumibol???

Kini semua mata tertuju kepada Putra Mahkota Vajiralongkorn, calon tunggal pengganti Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, yang meninggal pada 13 Oktober 2016. Vajiralongkorn akan mewarisi tahta kerajaan terkaya di dunia pada masa ketika negerinya dilanda masalah politik.

Lahir di Istana Dusit, Bangkok, pada 1952, Vajiralongkorn adalah satu-satunya putera dan keturunan Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit Kitiyakara. Vajiralongkorn menamatkan sekolahnya di Thailand, sekolah menengah di Inggeris, King’s School di Australia dan kuliah di Fakulti Study Militer University of New South Wales, Australia.

Hidup Vajiralongkorn dipenuhi skandal sehingga rakyat Thailand lebih memilih adiknya yang perempuan, Putri Maha Chakri Sirindhorn, 61 tahun, sebagai pengganti Bhumibol walaupun perempuan tidak berada dalam monarki Thailand. Vajiralongkorn bercerai dengan isteri ketiganya, Putri Srirasmi, pada 2014 setelah beberapa saudara Srirasmi ditangkap karena menyalahgunakan status sebagai keluarga kerajaan untuk mendapatkan wang. Srirasmi melepaskan gelarnya dan kembali ke kehidupan sebagai rakyat biasa.

Vajiralongkorn disebut-sebut sebagai playboy. Menurut IBTimes, Vajiralongkorn telah menikah sekurangnya tiga kali dan hubungan-hubungan sebelumnya dramatis. Dalam pernikahan pertamanya, Vajiralongkorn punya lima anak dari seorang gundik, yang kemudian menjadi isteri keduanya dan setelah putus, meninggalkan negeri itu bersama dua puteri. Vajiralongkorn konon menculik sang puteri dan membawanya pulang.

Menurut Guardian, perceraiannya yang paling baru terjadi pada 2014 karena dia bercadang untuk berkahwin dgn bekas pramugari Thai Airways. Perempuan itu dikhabarkan tinggal di Munich, Jerman. Awal tahun ini beredar foto Vajiralongkorn disana sedang memakai jeans dan tato. Dia juga mempunyai hubungan rapat dgn Thaksin Shinawatra, bekas PM Thailand yang digulingkan junta pada 2006.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.140985 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list