View: 2715|Reply: 33
|
[Tempatan]
Tak sah solat berimamkan Syiah: Mufti Pahang
[Copy link]
|
|
BANGI – Tidak sah solat berimamkan individu berfahaman Syiah, ajaran yang menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Beliau berkata, Syiah banyak puak, ada yang menyeleweng terus dan ada yang hampir-hampir dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Katanya, Syiah yang hampir dengan Ahli Sunnah ini boleh diterima, solat mereka sah, namun sedikit sangat yang tidak menyeleweng dengan empat mazhab utama.
“Sebahagian besarnya bercanggah. Jadi, kalau solat berimamkan Syiah yang memang bercanggah dengan Sunnah, solat tidak sah. Sebab rukun solat pun dah salah. Kita boleh tengok, bagi salam tak betul, takbir pun banyak kali. Pada umumnya memang tidak sah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas gambar tular Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedang solat di Tehran, Iran, berimamkan Ayatollah Emami Kashani, baru-baru ini.
Mengulas perkara itu, Abdul Rahman berkata, Mohamad Sabu atau Mat Sabu perlu membuat penjelasan kepada umum berhubung gambar yang tular bagi mengelakkan tohmahan berterusan.
Katanya, Mat Sabu perlu mengambil pendekatan untuk berterus terang kepada masyarakat, selepas ramai pihak mengeluarkan tohmah bahawa beliau adalah Syiah.
“Beritahu solat seperti mana dia di sana. Terangkan cara solat sama ada benar-benar ikut imam Syiah atau tidak. Beri penjelasan untuk elakkan label yang bukan-bukan. Kena berhati-hati jika membabitkan hukum Islam dan syarak,” katanya.
Pada 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan bahawa semua ajaran atau fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.
Malah, Jakim juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan ada fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Jakim yang menjalankan kajian mendapati, dakyah Syiah sebagai sebuah mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
simple kan penjelasan mufti..machai PH bukan boleh paham penjelasan so simple gini |
|
|
|
|
|
|
|
Mat sabu bekas ahli pas kot. Xkan lah x tau |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa mungkin presiden pas ada pandangan yg berlainan kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Presiden dan ahli PANtat semuanya maksum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pelik dengan sesetengah penyokong Pas kutuk Mat Sabu kononnya Syiah .benda ni dah lama masa Mat Sabu dalam Pas dah dituduh pengikut syiah.tapi masa tu Pas siap bela Mat Sabu lagi.boleh check dalam Harakah.hmmm tak tau la |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti skrg dh upgrade jd tuhan hurkehh..smp taraf bleh decide solat lagu mna tuhan terima yg lagu mna tuhan rijek |
|
|
|
|
|
|
|
benda mcm ni cepat jer si mufti pahang bersuara benda lain senyap sepi tak berkutik.
Muka pun tak ada cahaya banding dgn mufti negeri lain ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Part solat ni kita sendiri decide klu dah bacaan lain, pergerakan lain mmg tak la nak ikutkan..rasa was2..sbb pernah terkena |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 3-5-2019 07:14 PM
Mufti skrg dh upgrade jd tuhan hurkehh..smp taraf bleh decide solat lagu mna tuhan terima yg lagu m ...
Ayat 'Mufti skrg dh upgrade jd tuhan hurkeh' ....menandakan ko ni tak paham Tuhan xleh disamakan dgn apa2.atau ko sembah benda lain yg ko anggap tuhan.
Benda basic rukun sah solat .budak darjah 3 sekolah agama pn tau.apa yg sah apa yg batal..apakah keseluruhan murid tahun 3 di Malaysia ni jadi Tuhan pada ko plak?
Benda simple cmni pn ummah masih sengal nk paham. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Asdan replied at 3-5-2019 08:59 PM
remeh
islam ada byk aliran, tentu ada macam macam cara sembahyang
Tarak ada 4 mazhab Islam solat dpn batu daa...merepek benar |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 4-5-2019 07:38 AM
Tarak ada 4 mazhab Islam solat dpn batu daa...merepek benar
jika begini pandangan Pee H maka boleh lah kita solat berimamkn tok sami.. |
|
|
|
|
|
|
|
None68 replied at 4-5-2019 04:42 AM
Part solat ni kita sendiri decide klu dah bacaan lain, pergerakan lain mmg tak la nak ikutkan..rasa ...
Tu la...Solat sendiri saja.....settle....tak payah gigih nak berjemaah bagai blkg syiah. Gigih nak solat dg buah karom |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 4-5-2019 04:06 AM
benda mcm ni cepat jer si mufti pahang bersuara benda lain senyap sepi tak berkutik.
Muka pun t ...
Adakah anda berselera bersolat di belakang syiah yang mengkafirkan abu bakar r.a dan saiyiditina Aisyah r.a ? |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 3-5-2019 07:14 PM
Mufti skrg dh upgrade jd tuhan hurkehh..smp taraf bleh decide solat lagu mna tuhan terima yg lagu m ...
Adakah perlu sebiji buah karom utk solat? |
|
|
|
|
|
|
|
cm_matjawasp replied at 3-5-2019 06:52 PM
Aku pelik dengan sesetengah penyokong Pas kutuk Mat Sabu kononnya Syiah .benda ni dah lama masa Mat ...
Sbb tu ahli2 PAS tolak mat sabu sehingga kalah semua jawatan. Bila ditolak oleh ahli2 PAS mat sabu x buat hati terus tubuhkn parti PAN yg kini jd khadam Dap |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana dia tau sah atau tak solat seseorang. Siap boleh categorized syiah2 lagi ada sah ada tak sah. Dia ada bercakap dgn tuhan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg kita mau, semakin ramai mufti berani bersuara. Mufti perlis, mufti pahang, ahli majlis fatwa perlis Dr Rora sudah bersuara. Mat sabu & the gang sila letak jawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
abangbikerz replied at 4-5-2019 07:58 AM
Macam mana dia tau sah atau tak solat seseorang. Siap boleh categorized syiah2 lagi ada sah ada tak ...
Memang sah....bukan sah sembahyang tapi memang sah bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Yang cium2 batu kat mekkah tu boleh pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|