CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6444|Reply: 18

Gerobok Rezeki

[Copy link]
Post time 5-5-2019 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Sengaja pilih tajuk ni macam tu sbb rasanya ianya wpun pendek tapi besar maknanya.

Idea dan inisiatif dari insan-insan yang berhati mulia yang merealisasikan usaha mendapat suntikan pada yang lain untuk sama-sama menyumbang dan mengembirakan yang lain.

Kita tak tahu masalah mereka tapi kita cuba membantu dan gembirakan mereka.


So, thread ini akan share informasi pasal kerja amal mulia ini. Moga-moga kita pun diberi peluang untuk menyumbang seterusnya buat mereka yang sama makhluk Tuhan macam kita, gembira macam kita.



Secara ringkasnya, satu almari/gerobok/tempat yang dikhaskan untuk orang awam untuk menyumbang apa jua makanan asas, contoh beras gula susu etc untuk mereka yang memerlukan.

Bukankah itu mulia? kita bantu mereka dan kita tak nak orang jatuhkan airmuka dia kalau nampak dia meminta-minta.

Kita ikhas sumbang.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2019 03:42 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 03:48 PM | Show all posts
4 NGO lancar Gerobok Rezeki

MyMetroNuansa

Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my

Rezeki setiap orang berbeza-beza begitu juga ujian yang dihadapi. Ada yang dilahirkan dalam keluarga senang begitu juga sebaliknya.

Bagi yang kurang bernasib baik ada terpaksa meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Di sini, keprihatinan dan pembabitan masyarakat sangat diperlukan supaya mereka mendapat pembelaan. Umpamanya menerusi pemberian bantuan terutama keperluan makanan.

Oleh itu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Empire Project, Humanity, Kindness Malaysia dan Prelove for Charity mengambil inisiatif bekerjasama melancarkan Gerobok Rezeki di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Keramat (1), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Empire Project di bawah projek Food Bank pula memberikan sumbangan barangan makanan kepada 100 murid bernilai RM30 untuk setiap seorang.

Pengasas Kindness Malaysia Muhammad Kamarulazizi berkata, pemilihan sekolah berkenaan disebabkan kedudukannya di kawasan bandar dan mempunyai murid dikategorikan miskin bandar.

“Semua 100 penerima adalah asnaf dan kami mendapat senarai nama mereka daripada Baitulmal Kuala Lumpur dan pihak sekolah.

“SK Datuk Keramat (1) antara enam sekolah menerima manfaat daripada projek Food Bank yang setiap sekolah menerima bantuan barangan makanan dua kali setahun membabitkan 700 murid keseluruhannya,” katanya kepada Nuansa.


MUHAMMAD (dua kanan) melancarkan Gerobok Rezeki di dewan SK Datuk Keramat (1).
Katanya, Gerobok Rezeki itu turut mendapat bantuan Baitulmal Kuala Lumpur dan akan dikekalkan di sekolah berkenaan.

“Ini sekolah kelima di Kuala Lumpur yang mempunyai Gerobok Rezeki. Sebelum ini, ia diwujudkan di masjid di ibu negara sebelum berkembang ke-50 masjid di seluruh negara.

“Gerobok Rezeki ini membolehkan murid mengambil barangan makanan disediakan untuk dibawa pulang ke rumah.

“Kami mengalu-alu masyarakat luar untuk sama-sama membantu menyumbang supaya lebih banyak barangan dapat disediakan,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Datuk Keramat (1) Siti Zaharah Nawawi berkata, program berkenaan sangat baik kerana dapat membantu murid mendapat makanan mencukupi ketika di rumah.

“Tidak dinafikan ada antara murid yang dilihat keletihan ketika berada di sekolah kerana kekurangan makanan disebabkan kesempitan hidup.

“Seharusnya mereka mendapat makanan mencukupi supaya boleh memberikan tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas,” katanya.

Katanya, beliau akan menggalakkan murid yang berkemampuan dan guru untuk turut sama menyumbang kepada Gerobok Rezeki ini.

“Ini secara tidak langsung memupuk perasaan simpati kepada golongan kurang bernasib baik selain terdorong melakukan kerja kebajikan,” katanya.


MUHAMMAD, Pengurus Empire Projek Mohd Ashraff Khan Najib (kanan) dan Siti Zaharah melihat bungkusan makanan diterima murid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 03:48 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 03:50 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 03:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2019 03:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 03:54 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2019 04:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 04:09 PM | Show all posts
Syahril A. Kadir is at Surau Al-Qudwah, Prima Damansara.

January 24 · Petaling Jaya ·


MEMANG YANG BUKAN ISLAM PUN DATANG KE SURAU KAMI...

ABAM singgah check stok barang2 kat gerubok surau kami tadi. Alhamdulillah banyak habis. Kami tak bangga berapa banyak barang kat rak, tapi kami syukur kalau byk yang habis...kerana inilah niat kami, nak membantu masyarakat yg miskin bandar kat Damansara ni. Dengar nama tempat macam gah, tetapi jumlah mereka yg fakir pun tak kurang banyaknya.

Actually yg bukan Islam seperti orang India dan Cina pun ada datang surau kami amik beras dan barangan keperluan yang ada. Kemiskinan tak kenal agama, bangsa dan warna kulit.

Di gerubok ini kami tak tetapkan syarat cuma hanya TIGA barang dibenarkan untuk sekali ambil. Maklumlah, barangan2 ni pun bukan mana2 company sponsor, semua guna duit sendiri dan kengkawan.

Serius bosan bila orang dok kata hanya gereja je dok buat kerja2 mcm ni. Takpelah, lantaklah nak kata apapun, yang tahu, tahulah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 04:11 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah konsep ni diperluaskan..harap yg datang ambil betul2 yg memerlukan..tanpa kita sedari ramai yg x berkemampuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 04:22 PM | Show all posts
xtahumenahu replied at 5-5-2019 04:20 PM
Baguslah konsep ni diperluaskan..harap yg datang ambil betul2 yg memerlukan..tanpa kita sedari ramai ...

ya,

nanti kalau ada terbaca infor kat fb ke, news ke apa

share jugak lah.

kadang-kadang kawan-kawan maya kita pung banyak kongsi, maka kita sebarkan kebaikan ini bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cool konsep ni. harap yg betul memerlukan yg ambil. tq for the info @Syd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 05:48 PM | Show all posts
tq syd share info.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2019 11:06 AM | Show all posts
Khamis, 9 Mei 2019 | 8:37pm


Gerobok Rezeki Ramadan untuk penuntut empat universiti awam

Oleh Ruwaida Md Zain
bhnews@bh.com.my


SHAH ALAM: Golongan penuntut kurang berkemampuan di empat universiti awam di Lembah Klang berpeluang menikmati sajian berbuka puasa dan sahur sepanjang Ramadan anjuran Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Media Prima Berhad.

Pengarang Urusan NCA, Datuk Manja Ismail, berkata program Gerobok Rezeki Ramadan (GRR) 2019 akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 800 penuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap hari.

“Golongan penuntut kurang berkemampuan boleh menikmati makanan berkhasiat secara percuma pada setiap hari sepanjang bulan mulia ini.

“Penuntut yang kurang berkemampuan boleh mengambil makanan kering, minuman dan buah-buahan dari pantri GRR 2019 yang ditempatkan di masjid setiap universiti untuk berbuka dan bersahur.

“Antara juadahnya ialah pek lengkap sajian berbuka manakala untuk bersahur, pelajar boleh memilih untuk mengambil roti, kek, pek lauk pauk segera untuk dimakan bersama nasi atau roti, sapuan tuna, biskut, jus dan buah-buahan.

“Pembabitan NCA dalam program seperti ‘food bank’ adalah satu usaha murni yang tercetus daripada laporan berita mengenai kesengsaraan sebahagian penuntut yang terpaksa mengikat perut disebabkan masalah kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian GRR 2019 di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam, di sini hari ini.


PENGARANG Urusan NCA, Datuk Manja Ismail berucap pada Majlis Perasmian GRR 2019 di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam, hari ini. - Foto Sairien Nafis
Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Mohd Nazib Suratman dan Pengurus Besar NCA, Wan Sabariah Shikh Ali.

Manja berkata, program GRR itu mendapat kerjasama anak syarikat Kerajaan Selangor antaranya Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor dan Worldwide Holdings Berhad.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada MBI kerana bermurah hati menyediakan sajian berbuka sepanjang bulan Ramadan bernilai RM256,000.

“Selain itu, program ini turut mendapat kerjasama Tabung Koperasi NSTP dan Media Prima Berhad serta beberapa penaja lain,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, GRR 2019 adalah sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) TV9 #Pulihkanharapan yang dimulakan sejak lima tahun lalu.

“Antara projek utama ialah bantuan kemanusiaan bencana alam, bantuan kembali ke sekolah dan program bantuan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri.

“Menerusi program CSR, wartawan dan pembaca berita TV9 dan stesen televisyen lain di bawah Media Prima Berhad, turun padang untuk menyelami kehidupan masyarakat terutama yang dilanda bencana serta kurang bernasib baik.

“Pendedahan ini memberi pengalaman dan perspektif lebih mendalam untuk membolehkan mereka meningkatkan kualiti kewartawanan dan penyiaran berita,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2019 08:49 AM | Show all posts
Gerobok REZEKi is with Maslina Mokhtar.
April 12 ·

Alhamdullilah...12/04/19


Lama tak bersiaran...

Syukur dgn REZEKI hari nie...

JUMAAT YG BAROKAH ...



GEROBOK REZEKI @ MASJID PUTRA PERDANA.

Kepada yg Terputus Brg2 Dapur @ tidak Berkemampuan utk membeli Brg2 Keperluan bole dtg ke Masjid Putra Perdana.

Waktu Bertugas.: SELASA 4PTG-6PTG
JUMAAT 9PAGI-12THARI.

(@ pd waktu solat setiap hari bole dtg ke Pejabat Masjid berjumpa dgn AJK)


Salam kpd Semua Sahabat2 sekalian...

Sesiapa yg ingin MENGINFAQ wang ringgit@Brg2 mentah kering utk kpd yg memerlukan bole menghubungi BIRO KEBAJIKAN MASJID PUTRA PERDANA @ hubungi 0192826538@ 0192598733
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2019 08:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 11:10 AM | Show all posts
Program Food Bank Siswa beri manfaat kepada pelajar
Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani | Diterbitkan pada September 16, 2019 00:22 MYT



Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mendengar produk makanan yang terdapat di Food Bank Siswa UUM daripada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto BERNAMA

SINTOK: Susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, kerajaan memutuskan untuk meluaskan Program Food Bank Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini ke semua universiti.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ini bertujuan untuk menyalurkan lebihan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan pada masa yang sama meringgankan beban kos sara hidup yang ditanggung.

“Di sini model ‘food pantry’ di mana kita menerima daripada penaja-penaja dari syarikat seperti dalam ucapan tadi pihak universiti kumpulan awal ini telah mengenal pasti 350 penaja yang akan dapat manfaat pada program ini yang akan diurus sendiri oleh majlis perwakilan pelajar.

"Mereka ikut serta dalam semangat kesukarelawan bagi melegakan sedikit rakan rakan siswa,” katanya kepada pemberita selepas Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan merasmikan proram itu di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah.

UUM menjadi universiti ke-13 sejak Food Bank Siwsa dilancarkan.

Katanya, sebagai permulaan pada program itu, seramai 300 pelajar UUM dikenal pasti layak menerima bantuan itu.

Jelas beliau, setakat ini seramai 3,829 pelajar telah menerima manfaat itu di seluruh negara.

Saifuddin berkata, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai pihak sebagai usaha menyelamatkan lebihan makanan dan membantu golongan yang memerlukan.

Tambahnya, sebelum ini terdapat penaja yang telah yang telah menyumbang trak untuk logistik mengangkut sayur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.538724 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list