CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4060|Reply: 40

[Jenayah] [UPDATED] 11 termasuk 7 polis ditahan, peras penggurup wang

  [Copy link]
Post time 21-5-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 22-5-2019 08:20 AM

6 pegawai, anggota polis samun pengurup wang diberkas

SELASA, 21 MEI 2019 @ 8:26 PM

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan lima anggota lain-lain pangkat ditahan kerana disyaki menyamun RM204,000 daripada seorang pengurup wang ketika melakukan 'serbuan', kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, mangsa yang juga pengurus syarikat pengurup wang di bangunan Cahaya Suria, Jalan Silang, di sini, didatangi sembilan individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dan anggota polis Bukit Aman serta pegawai Bank Negara Malaysia.

Ketika serbuan, suspek menyatakan mangsa menjalankan kegiatan tukaran mata wang asing tanpa lesen perniagaan.

Sumber berkata, suspek kemudian menawarkan penyelesaian kes dengan mangsa diarahkan membayar RM200,000 sekiranya mahu dilepaskan.

“Mahu perkara itu diselesaikan dengan segera, mangsa kemudian mengarahkan pemandunya mengambil wang dari rumahnya sebelum menyerahkan kepada suspek di hentian bas hadapan bangunan pusat beli-belah Kota Raya.

"Suspek turut mengambil wang tunai sebanyak RM4,000 ketika menjalankan serbuan berkenaan di bangunan Cahaya Suria," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum satu operasi mengesan semua suspek terbabit dilakukan oleh Polis Daerah Dang Wangi.

Susulan itu, sekitar jam 4 pagi tadi, seorang pegawai dan empat anggota yang bertugas di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Turut ditahan seorang anggota Balai Polis Trafik Jalan Bandar, yang juga abang kepada salah seorang suspek dari IPD Petaling Jaya.

Difahamkan, wang RM4,000 sudah dipulangkan kepada mangsa manakala wang RM200,000 dipercayai sudah dibahagikan dengan setiap suspek menerima RM18,000 seorang.

Pada masa ini juga polis sedang mengesan seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang turut memainkan peranan dalam kes samun ini.

BH sudah menghubungi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, bagi mendapatkan pengesahan, namun beliau meminta sedikit masa sebelum mengeluarkan kenyataan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dah biasa buat ker bossku?

tanya jer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jemaah tu setan setan nih.

maklumlah, PJ & KL tak jauh mana.

sepupu sepapat takmo ajak sekali ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MOST READ
HOME
MALAYSIA

Five cops nabbed for robbing money changer, Bukit Aman mastermind still at large

Published 56 minutes ago on 21 May 2019

BY G. PRAKASH

372

Five police officers including an inspector has been arrested for robbing a money changer of RM200,000, while an assistant superintendent (ASP) from Bukit Aman, believed to be the mastermind is still at large. — Picture by Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, March 21 — Five police officers including an inspector has been arrested for robbing a money changer of RM200,000, while an assistant superintendent (ASP) from Bukit Aman, believed to be the mastermind is still at large.

A source close to the investigation told Malay Mail that police are also looking for three officers from Bank Negara Malaysia (BNM) to assist investigations.

The five policemen detained had alleged that they had received “information’” from the ASP and the three BNM officers to rob the victim a manager at a money changer outlet in Jalan Silang here.

The incident unfolded when nine men including the five policemen arrived at the money changer outlet on Sunday around 4pm.

The suspects introduced themselves as policemen from Bukit Aman’s commercial crime department.

“They accused the victim of running a money changer outlet without a proper license and immediately handcuffed him,” said the source, who wished to remain anonymous.

The source said the suspects then “seized” mobile phones belonging to the victim and his four employees and took RM4000 petty cash while raiding the outlet.

“One of the policemen then told the victim that if he wants to ‘solve’ this, he just need to pay the group RM200,000.

“The victim then told his driver to go to his home and bring RM200,000 cash, while the policemen waited at a bus stop in front Kotaraya Complex,” the source said.

After gathering the cash the victim then proceeded to a bus stop in front of the complex where he handed over the RM200,000 to the policemen.

The victim lodged a police report over the matter and in his police report said that he suspects one of the policemen was armed with a gun.

The police source said an investigation was conducted at the premise intruded by the suspects and investigators retrieved several closed-circuit television (CCTV) recording.

“Based on the CCTV footage police managed to identify the five policemen and they were subsequently arrested,” the source said.

The five policemen were an inspector from PJ police headquarters attached with narcotics department, a corporal and two lance corporal from Seapark police station and another corporal from Jalan Bandar traffic police.

“Investigations also showed that the mastermind ASP gave RM18,000 each to the five policemen and took the rest of the cash for himself,” the source added.

It is still unclear if the ASP and the three BNM officers were among the nine who had went to the outlet.

The case is being investigated under Section 395 of the Penal Code for robbery and Section 170 of the Penal Code for impersonating a police officer.

The police have yet to issue an official statement over the arrests.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit tu bg anak bini beli makanan berbuka dan baju raya ...,kluar keta honda baru ngn beli emas bini,bg skandal lg...jijik nya perangai sekor2..haram jadah anjeng2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang pasti depa neh tak makan babi dan jijiks dengan anjing..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2019 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari duit raya ke? Ingat senang2 ke boleh lepas? Patutnya masa perjalanan balik rumah ambil duit boleh repot polis dah. Kat rumah pun simpan duit 200k?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 04:03 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-5-2019 12:45 AM
Cari duit raya ke? Ingat senang2 ke boleh lepas? Patutnya masa perjalanan balik rumah ambil duit bol ...

masa pergi rumah tu mesti ada tonto ikut kt belakang.. RM 200 000 / 18000 = 11 orang ...  salah sorang tu mesti follow atau pun duduk dalam kereta mangsa..

mana kaka tahu? kaka banyak tengok csi miami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2019 04:29 AM | Show all posts
Kalau boleh pergilah buat  umrah.... Tengok Zahid Hamidi tu......selama 30 tahun, tiap bulan puasa dia pergi Umrah.

Tahun ni jer tak pergi sebab pasport dia kena tahan.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2019 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
AmandaRollins replied at 22-5-2019 12:03 AM
Duit tu bg anak bini beli makanan berbuka dan baju raya ...,kluar keta honda baru ngn beli emas bini ...

nak balik kg raya nim.
nak bergaya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2019 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-5-2019 04:03 AM
masa pergi rumah tu mesti ada tonto ikut kt belakang.. RM 200 000 / 18000 = 11 orang ...  sa ...

kot ada csi miami 100 pungg tetaplah ummah tak percaya siasatan yg melibatkan kepakaran Doc, unsur fizik etc.

ummah tahu sembang kencang ikut logik otak caprut dorg jer
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-5-2019 04:03 AM
masa pergi rumah tu mesti ada tonto ikut kt belakang.. RM 200 000 / 18000 = 11 orang ...  sa ...

Marhaen pengurup wang ada 200k ca$h kat rumah. Ke ada lebih lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Musim cr duit raya.

Kalo kes cam ni, dibuang kerja tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik yg terima laporan tu x corrupt jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 06:22 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-5-2019 05:59 AM
Marhaen pengurup wang ada 200k ca$h kat rumah. Ke ada lebih lagi?

5 juta kt rumah pun ada sis, biasa mereka ni main cash takut pergi bank kena follow perampok.. bisnes2 yang main cash :

> kedai makan
> kedai emas ( paling masyuk, sebab tu owner kedai mas banyak kereta coverline )
> kedai laundry ( rugi rompak 50 sen buat sakit tulang belakang)

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 07:11 AM | Show all posts
Apa bongok mau sembang pasal duit raya kalau belum dipastikan agama mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2019 07:13 AM | Show all posts
Dalam report sebut samun jer.  Kalau ikut pemahaman, samun $4000 jer tapi $200,000 lagi tu kira rasuah la kan? Sebab mangsa serah wang dan polis terima wang utk tutup kes.  Pertuduhan mana lebih berat hukumannya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 07:39 AM | Show all posts
aduh..kenapa buat mcm ini...nak raya ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2019 08:21 AM | Show all posts
11 termasuk 7 polis ditahan kes peras pengurup wang RM200,000

Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
Share


KUALA LUMPUR: Tujuh anggota polis termasuk dua pegawai berpangkat Inspektor yang ditahan kerana menyamun dan memeras RM204,000 daripada seorang pengurup wang, kelmarin, direman empat hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dalam kenyataan malam tadi memaklumkan selain tujuh anggota polis terbabit, empat orang awam termasuk seorang kakitangan Bank Negara turut ditahan kerana disyaki bersubahat.

“Anggota polis yang ditahan terdiri terdiri daripada seorang pegawai berpangkat Inspektor dari Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar dan seorang Inspektor daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Selebihnya terdiri daripada tiga anggota polis dari Balai Polis Sea Park, dan masing-masing seorang anggota dari IPD Petaling Jaya dan Balai Trafik Jalan Bandar.

“Kesemua mereka ditahan pada Isnin lalu dan kini sedang direman empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga Jumaat ini,” katanya.

Selain itu, katanya empat orang awam termasuk seorang kakitangan Bank Negara turut ditahan semalam dan permohonan reman ke atas mereka akan dipohon hari ini.

“Kesemua suspek berusia antara 31 hingga 41 tahun.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar,” katanya.

“Polis Kuala Lumpur memandang serius kes ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota polis dan orang awam yang terbabit dalam sebarang perlakuan jenayah.

“Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Mazlan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi, Deputi Superintendan M Gunalan di talian 019-3114418, atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Jefri Faizal Jimi Sham di talian 017-3354241.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, Mazlan mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu daripada seorang ahli perniagaan.

“Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang Isnin lalu itu, ketika mangsa berada di premis perniagaannya di Jalan Silang di sini, didatangi sembilan individu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Bukit Aman dari Bahagian Jenayah Perdagangan dan pegawai Bank Negara.

“Suspek mendakwa mangsa menjalankan kegiatan pengurupan wang tanpa lesen dan dalam kejadian itu, mangsa serta empat pekerja digari dan telefon bimbitnya dirampas.

“Suspek turut mengambil wang tunai berjumlah RM4,000 yang disimpan dalam ‘petty cash’ milik mangsa,” kata Mazlan.

Katanya, suspek kemudian meminta wang berjumlah RM 200,000 sekiranya mangsa hendak dilepaskan dan mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan wang yang diminta.

Mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum satu operasi mengesan semua suspek terbabit dilakukan oleh Polis Daerah Dang Wangi.

Difahamkan, sekitar jam 4 pagi semalam, seorang pegawai dan empat anggota yang bertugas di bawah pentadbiran IPD Petaling Jaya ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Turut ditahan seorang anggota Balai Polis Trafik Jalan Bandar, yang juga abang kepada salah seorang suspek dari IPD Petaling Jaya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 08:46 AM | Show all posts
banyaknya menyamun..
bulan puasa pun buat jahat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.590945 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list