CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1249|Reply: 12

[Tempatan] Individu Bakar Kereta Mufti Diberkas

[Copy link]
Post time 22-5-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


INDIVIDU yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya pada 22 Mac lalu berjaya diberkas di Jelempok, Arau, semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, susulan itu suspek lelaki yang juga penganggur berusia 36 tahun direman empat hari mulai semalam sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memburu empat lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Tangkapan dilakukan 2.45 pagi semalam dan suspek yang juga duda mengaku terbabit dalam membakar kereta Mohd Asri kerana bermotifkan dendam berhubung pemecatan imam di negeri ini beberapa bulan lalu.

“Dia juga memberitahu terdapat seorang lagi suspek membantunya membakar kereta Mohd Asri dan mereka menerima upah RM500 daripada lelaki bernama Zaini.

“Polis kini sedang memburu rakan suspek yang digelar Mie Tomoi dan Zaini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mushar berkata, dua lagi suspek masih belum dikenal pasti pihaknya namun dia percaya dengan penangkapan suspek semalam bakal merungkai identiti mereka yang dipercayai menjadi dalang utama kes itu.

“Kita percaya suspek bersama rakannya yang digelar Mie Tomoi hanya menerima upah daripada Zaini dan dua lagi suspek lelaki bagi membakar kereta Mohd Asri.

“Pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia ada rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah lain,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dengan api.
Dalam kejadian itu, kereta rasmi jenis Honda Accord kegunaan Mohd Asri dibakar pada bahagian bonet selain cermin hadapan turut dipecahkan dipercayai perbuatan khianat.
Kejadian itu disedari ahli keluarganya ketika mereka melakukan persiapan untuk solat Subuh 6.05 pagi pada hari kejadian itu berlaku.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/457418/update-individu-bakar-kereta-mufti-diberkas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke katanya Unit Amal PAS yg bakar kereta mufti perlis Dr Maza?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 02:49 PM | Show all posts
dendam berhubung pemecatan imam di negeri ini beberapa bulan lalu.

mcm tu sekali berdendam
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 03:31 PM | Show all posts
mamarock replied at 22-5-2019 02:12 PM
Betul ke katanya Unit Amal PAS yg bakar kereta mufti perlis Dr Maza?

nasib baik lebai tak menang pru..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 22-5-2019 02:12 PM
Betul ke katanya Unit Amal PAS yg bakar kereta mufti perlis Dr Maza?

Keluar kat fb nmpk mcm drebar hadi bawang..tp iols husnuzon ajelah..anggap la bukan..takkan pak lebai nak mengganas ye tak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan macam orang pas. Sesuatu sangats.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2019 05:47 PM | Show all posts
Edited by highcastle at 22-5-2019 05:52 PM

Dekat FB Maza dah tunjuk org PAS, pastu dia orang delete balik.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 05:50 PM | Show all posts
Baca sampai habis jgn separuh jalan..........

Kes bakar kereta mufti: 3 anggota Unit Amal direman

Jabatan Amal Malaysia (JAM) hari ini mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu.

Ketua pengarahnya, Mohd Nazree Mohd Aris, ketika dihubungi Malaysiakini berkata anggota terlibat ditahan reman empat hari mulai semalam.

Bagaimanapun, kata Mohd Nazree beliau pelik dengan penahanan tersebut.

"Saya difahamkan ada suspek utama yang dicari, dan dia bukan anggota Unit Amal, bukan ahli PAS dan kami sendiri tak kenal (suspek).

"Difahamkan suspek utama yang dicari adalah penagih dadah dan dia mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Justeru Mohd Nazree berkata pihaknya hairan apabila polis menahan tiga anggota Unit Amal yang tidak terlibat dan tiada sebarang rekod jenayah.

Katanya dua suspek utama yang dilihat terbabit membakar kereta Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu ialah penagih dadah dan masih bebas.

Unit Amal ada kredibiliti cemerlang

Menurut Mohd Nazree, JAM - yang menjadi salah satu organisasi dalam PAS - mungkin sedang cuba dianiaya pihak tertentu.

Pada masa sama Mohd Nazree berkata JAM kecewa dengan sikap diambil Mohd Asri kerana memaparkan gambar dua gambar anggota mereka dalam laman Facebook beliau.

Katanya tindakan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana kedua-dua individu yang dipaparkan itu tidak terbabit dalam kejadian tersebut.

"Itu gambar (dimuat naik di Facebook Mohd Asri), mereka tak tahu dan tak terlibat langsung.

"Jadi, bagi saya apa yang dimuat naik oleh admin Facebook Dr Maza adalah tindakan tidak bertanggungjawab," katanya.


Mohd Nazree Mohd Aris
Mohd Nazree berkata, setakat ini tidak ada sebarang tuduhan dikenakan terhadap anggota JAM tersebut dan penahanan dibuat sekadar untuk membantu siasatan.

Oleh demikian, Mohd Nazree JAM sedang mempertimbangkan tindakan lanjut berhubung hantaran tersebut.

"Saya tengah tunggu maklum balas daripada peguam kami," katanya.

Selain itu, Mohd Nazree turut mempersoalkan usaha pihak tertentu yang disifatkan sengaja cuba memburukkan imej Unit Amal dan PAS.

Katanya, langkah itu dibuat mungkin disebabkan JAM mempunyai kredibiliti yang sangat baik sebelum ini.

Baca Suspek ditawar simbah asid ke muka mufti Perlis

"Ini semua satu tindakan yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk memalukan kami atas kredibiliti kami yang cemerlang sebelum ini.

"Kami membantu semua pihak dan atas sikap dengki itu maka ada usaha untuk memburukkan nama kami, burukkan nama parti.

"Kami selama ini membantu semua pihak, tak kira PH atau BN, juga semua bangsa dan agama yang ada di negara ini, semua kami tolong," katanya.

Tegas Mohd Nazree, JAM adalah sebuah unit perpaduan yang bertindak membantu semua pihak yang memerlukan pertolongan termasuk ketika rakyat Malaysia ditimpa musibah seperti banjir besar.

"Unit Amal ini adalah unit perpaduan, seperti pengakap yang membantu semua orang.

"Kami tak ada berceramah, kami tak pernah kutuk mana-mana pihak pun, termasuk PH," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bakar keta je.... 1 keta je... Tapi dia punya perancangan dan penglibatan ramai nye ..... This is not our culture kan.... Vandalism, violence
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 06:50 PM | Show all posts
payah nak carik motip saspek dah dr maza gila banyak haters

memola akak speku geng hindraf sbb sekongkol ngan zakir naik,
pastu sok kaba kata pemecatan imam,
terbaru subsi PAS hehehehhee

adessss kelab haters bersatu MAZA ni kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 06:51 PM | Show all posts
ujung2 member pi sabah lari ke endonnnn
kemain ko yerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
akubest replied at 22-5-2019 06:50 PM
payah nak carik motip saspek dah dr maza gila banyak haters

memola akak speku geng hindraf sbb se ...

Kann . Pi la kompol2 kan derang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2019 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 22-5-2019 04:05 PM
Keluar kat fb nmpk mcm drebar hadi bawang..tp iols husnuzon ajelah..anggap la bukan..takkan pak le ...

Dr. Maza dah minta maaf tu.

Iyelah kan.. orang berugama ni sepatutnya perangai mestilah selari dengan ilmunya.. walaupun hakikatnya ramai yang emosi lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.827101 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list