View: 6233|Reply: 37
|
[Tempatan]
Penerbit filem maut tercampak selepas dilanggar van
[Copy link]
|
|
ALLAHYARHAM Mokharul (dalam bulatan) ketika hadir pada Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Filem MAMA di Kuala Lumpur, Disember 2018. - Arkib NSTP
KUALA LUMPUR: Seorang penerbit filem maut selepas tercampak sejauh 23 meter akibat dilanggar van jenis Ford Spectron di Jalan Kuching, berdekatan Bulatan Segambut, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 4.38 pagi tadi, mangsa, Mokharul Shamsul Mokhtar berusia 46 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian susulan kecederaan parah di kepala.
Mokharul Shamsul yang lebih dikenali dengan nama Asey adalah penerbit filem dari syarikat produksi DA Motion Media pernah menerbitkan filem Jodoh Syaitan dan M4M4.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata ketika kejadian, mangsa memberhentikan Toyota Land Cruiser dipandunya di lorong kiri jalan sebelum keluar untuk menukar tayar belakang bahagian kanan.
Katanya, mangsa memasang lampu isyarat kecemasan, namun tidak meletakkan sebarang kon atau papan tanda amaran di belakang kenderaannya.
“Pemandu van itu, Siow Ket Chin, 47, yang memandu di lorong sama hanya melihat Toyota itu pada jarak dekat dan sempat mengelak kenderaan itu, namun terlanggar mangsa.
“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak sejauh 23 meter, manakala Ket Chin dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Zulkefly berkata tiada laluan kecemasan di lokasi kejadian.
“Ada tiga lorong jalan sehala, manakala jalan terbabit berada dalam keadaan baik serta kering.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa.
Kalau kat kawasan highway, ataupun kawasan memang kereta laju-laju ni, memang tak akan keluarlah daripada kereta sehingga peronda Lebuhraya ataupun bantuan sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah utk keluarga arwah, semoga tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.. banyaknya kes kemalangan
sebab tak letak tanda kecemasan
semasa berhenti..
tak boleh harapkan hazard light je
sebab memang tak boleh nak elak
bila dah dekat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut le nak tukar tayar belah kanan tepi jalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
mandu main sondol je land cruiser tu sebesar alam neway inalillah |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu terfikir...jika kereta rosak dan terpaksa berhenti tepi jalan...perlu letak kon atau tanda amaran...mana nak dapat kon kalau takda peronda? Atau perlu spare kon sendiri dlm kereta utk mengelakkan dilanggar dari belakang? ...dah selalu sgt kejadian mcm ni berlaku...kereta rosak kena langgar pula dari belakang... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau beli kereta baru antara emergency kit yg dibekalkan ialah kon tu..bentuk 3 segi |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. . Semuga keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
xkenal but innalillah.
ape jadi dgn apek yg langgar tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah, sana sini dengar berita kematian bulan puasa ni..bertabahlah keluarga yang ditinggalkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pixie902 replied at 25-5-2019 06:51 AM
Selalu terfikir...jika kereta rosak dan terpaksa berhenti tepi jalan...perlu letak kon atau tanda am ...
Kamu letak kon segi tiga keselamatan tu dalam 50 meter daripada kereta. Cubalah keluar ikut pintu kiri/penumpang kalau kereta laju sangat. Lepas tu cepat-cepat masuk semula dalam kereta sampai peronda sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah tuk kluarga mangsa.. dalam keta aku ade la warning triangle cam kat bawah ni.. tapi kecik je.. risau jugak boleh ke orang nampak keta kita berenti tepi jalan.. aritu keta pancit seriau nak letak.. keta laju2
|
|
|
|
|
|
|
|
Inalillah..salam takziah untuk ahli keluarga Allahyarham.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah, banyaknya nyawa melayang due to negligence |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|