CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Ular belit ibu sampai pinggang

  [Copy link]
Post time 26-5-2019 08:00 PM | Show all posts
alhamdulillah anak2 sedar .kalau senyap kejap jer dah ngap ular tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
X tau la apa perasaan makcik tu masa dibelit. Mau trauma

Pernah rumah masuk anak ular. Duk melingkar bawah tong sampah besi. Meols sambil katok sambil bertempik ah ah dah macam orang giler. Tapi tetap pukul sampai mati haha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 26-5-2019 03:44 PM
I teringat kisah y i baca ttg tali pinggang raja sulaiman. Pak belang fefeeling raja rimba kene tipu ...

Mest tgk cerita pada zaman dahulu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur alhamdulillah panjang umur akak ni. Nasib baik anak-anak dan jiran ada kat rumah cepat tolong
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
gingerbreaf replied at 26-5-2019 02:30 PM
Tk nk bagi ular dtg kawasan rumah bela angsa. Ular alah bau tahi angsa

Betul tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
moga akak cepat sembuh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 26-5-2019 11:24 AM
teringat dulu kat kampung bilik air ada lubang besar untuk alir air ke longkang..
mlm2 baru sendal  ...

Benda tu suka lubang2 Batu YG sejuk. Ni skang nak musim panas dia Cari lubang Batu balik
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 26-5-2019 01:25 PM
pukul kepala ular dengan apa..

dengar orng tua2 cakap pukul dengan buluh ular cepat mati..

Memang betul Pon.....dulu Kat keliling rumah memang simpan buluh...dlm rumah Pon ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 09:56 AM | Show all posts
kalau kat kg hati2 la dkt bilik air, sbb ular suka dok kat bilik air, sejuk sama mcm habitatnya. tambah lak bilik air kat kg2 gelap, suram....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:57 AM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 27-5-2019 09:40 AM
Memang betul Pon.....dulu Kat keliling rumah memang simpan buluh...dlm rumah Pon ada

tapi kalau dah ular sawa sebesar tu pukul mesti melantun2 dulu,


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:12 AM | Show all posts
Edited by monreyes at 27-5-2019 10:26 AM

sekarang ni rumah my mom mmg pasang jaring besi halus kat setiap grill pintu....
mmg takut sangat kalo dia masuk lagi...
dulu sekor jumpa belakang pintu bilik tidur...sekor lagi tersangkut kat tikar getah..
tapi tu lah my mom dah 86..my sis yg jaga my mom tu 69...umur2 camni mmg sukaaa sangat biar pintu ternganga...
kalau aku balik kg, keje aku mmg menutup pintu je...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ni haa panjang lebauu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
korban ramadan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:28 AM | Show all posts
ade jugak yg kecam kenape bunuh ular tu..patut nye bagi makan dan lepaskan...wadahek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa dibelit ular sawa dibenarkan pulang

BALING: Mangsa belitan ular sawa dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Kulim, pada jam 2 petang tadi.

Anifah Othman, 52, dibenarkan pulang ke rumah selepas tidak mengalami kecederaan serius.

Anaknya, Mohd Rasul Abdullah, berkata emaknya hanya luka di kaki, tangan dan kepala, selain masih dalam keadaan terkejut.

“Emak masih dalam keadaan lemah dan terkejut tetapi keadaannya bertambah baik.

“Dia kini menumpang di rumah saudara yang tidak jauh dari rumah,” katanya.

Katanya, bagi mengelak kejadian sama berulang, penduduk bercadang bergotong-royong membersih kawasan belakang rumah mereka yang semak dan berpaya.

BH Online hari ini melaporkan, seorang ibu tunggal nyaris maut dibelit ular sawa sepanjang enam meter di rumahnya di Kampung Ulu Tawar Tengah, Mukim Bakai di sini, malam tadi.

Mangsa dibelit ular sawa seberat kira-kira 50 kilogram jam 11 malam ketika sedang menyusun barang makanan di dapur.

Mangsa bernasib baik kerana jeritannya selepas digigit reptilia itu didengari dua anaknya yang kemudiannya membantu bersama jiran menyelamatkannya yang sudah dibelit hingga paras pinggang.

Oleh Safuri Kamarudin
bhnews@bh.com.my
-------------
Ular belit ibu sampai pinggang

IBU tunggal nyaris maut selepas dibelit ular sawa di rumahnya di Kampung Ulu Tawar Tengah, Mukim Bakai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa dikatakan berada di dapur serta sedang menyusun barang makanan apabila secara tiba-tiba dipatuk ular sawa yang dipercayai masuk ke dalam rumahnya pada lewat petang.

Menurut anaknya, Mohd Rasul Abdullah, 16, dia berada di luar rumah bersama adiknya dan terdengar emaknya menjerit lalu bergegas masuk dan terkejut emaknya sedang dibelit ular sawa.

“Saya bergelut membantu emak manakala adik yang lain berlari meminta pertolongan jiran.

“Ular sawa membelit emak sampai paras pinggang dan mujurlah jiran cepat membantu dan menyelamatkan emak daripada menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kejadian berlaku selepas pulang daripada program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di Masjid Al-Hidayah kira-kira 500 meter dari rumah, ibunya masuk ke dapur untuk menyusun barang yang disumbangkan oleh pihak Harian Metro dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

“Saya berada di luar rumah masa itu dan terdengar emak menjerit.

“Mujurlah saya tidak ke mana-mana kalau tidak tak tahu apa terjadi pada emak,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Rasul berkata, ular sawa itu kemudian dibunuh penduduk dan dia segera menghantar ibunya ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM)Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.30 malam dan sampai ke lokasi 40 minit kemudian.

Beliau berkata, ular sepanjang enam meter itu berjaya ditetak oleh penduduk dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa.

“Mujurlah mangsa sempat diselamatkan dan di hantar penduduk ke hospital.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi punca ular sawa keluar ke penempatan penduduk, lagi pun kedudukkan rumah mangsa berpaya dan semak menyebabkan ular sawa menghampiri rumah, ” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 9:56 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajuwieta replied at 27-5-2019 10:28 AM
ade jugak yg kecam kenape bunuh ular tu..patut nye bagi makan dan lepaskan...wadahek...

kalau ada yg pandai pujuk ular tu lepaskan jerutan, bolehlah suap dia mkn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 10:37 AM | Show all posts
nasib baik selamat. alhmdulilah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:54 AM | Show all posts
Syd replied at 27-5-2019 10:16 AM
ni haa panjang lebauu

senyap2 je dia ambush...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:07 PM | Show all posts
rezeki bulan puasa - boleh masak kicap ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua beradik bertarung selamatkan ibu dari dipatuk ular

Sinar Harian |  Published Mei 27, 2019 08:11 MYT
Tiga hero remaja: dari kanan Muhammad Rasul, Mohd Shafizal (tengah) Mohd Aziz. - Foto Sinar Harian

Tiga hero remaja: dari kanan Muhammad Rasul, Mohd Shafizal (tengah) Mohd Aziz. - Foto Sinar Harian

BALING: : Tiga remaja layak dinobat sebagai wira apabila bertarung nyawa menyelamatkan seorang ibu tunggal daripada dimakan ular sawa batik.

Dalam kejadian di Kampung Ulu Tawar jam 10 malam Sabtu itu, Muhammad Rasul Abdullah,16, dan adiknya Mohd Aziz Abdullah,15, tidak hiraukan nyawa sendiri apabila menarik dan menetak ular seberat kira-kira 6kg yang sedang membelit ibu mereka.

Dua beradik OKU itu dibantu sepupu mereka Mohd Shafizal Ismail,15.

Mohd Aziz berkata, sebelum kejadian dia bersama abang, Muhammad Rasul Abdullah,16, dan Mohd Shafizal Ismail,15, sedang berada di dangau depan rumah.

"Kami tengah main permainan video dalam telefon, tiba-tiba dengar mak jerit kuat. Kami sangka hanya ular biasa yang masuk rumah.

"Sebelum ini pun dah dua kali ular masuk dalam rumah tapi saiznya kecil. Bila Shafizal turun pi tengok mak, dia pula menjerit panggil saya dan abang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Ulu Tawar pada Ahad.

Aziz yang merupakan OKU di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sri Bakai berkata, sebaik saja datang untuk memberi bantuan, dia melihat ibunya sudah dibelit hingga ke paras dada.

"Saya bergegas ambil parang dan bagi dekat Shafizal. Kemudian saya tarik bahagian ekor ular tu untuk elak mak daripada terus dibelit.

"Tapi haiwan tu tak mau lepas. Abang turut bergegas dapatkan bantuan orang kampung," katanya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.082286 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list