CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37889|Reply: 156

Grigori Rasputin - Sami Gila Dan Kejatuhan Raja Russia, Tsar Nicholas II

  [Copy link]
Post time 27-5-2019 05:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 26-5-2019 09:55 PM


Pernah dengar cerita Anastasia ? Seorang anak raja Russia yang berjaya melarikan diri pada malam keluarganya dibunuh dengan kejam. Studio animasi Fox pernah keluarkan cerita pasal dia. Baiklah, kali ini pakcik Otto nak ceritakan tentang sorang sami / pendeta / ahli sihir bernama Rasputin, Grigori Yefimovich Rasputin. Kaitan beliau dengan pembunuhan kejam seluruh keluarga diraja Russia dan bagaimana susahnya dia nak dibunuh.

Ramai dah sedia maklum pasal Rasputin ni. Kumpulan muzik Boney M pun pernah buat lagu pasal Rasputin.

Ok, Rasputin dilahirkan pada tahun 1869 dekat Siberia. Dari keluarga yang miskin ofcourse. Bercita cita nak jadi pendeta atau paderi dalam level agama dia ( kristian ). Semasa remaja dia mengabdikan diri digereja untuk menjadi seorang sami yang berjaya. Tapi tak sempat nak habiskan silibus pembelajaran yang diberikan pihak gereja kepada dia. Pada umur 19 tahun dia berkahwin dan dapat 3 orang anak. Kemudian dia habiskan masa muda dia dengan behijrah dari satu gereja ke satu gereja yang lain untuk menuntut ilmu. Rumor mengatakan yang Rasputin bukan nakkan ilmu dari agama pegangan dia sendiri yaitu kristian ortodok, tetapi lebih kepada nak belajar ilmu hitam dan sihir.  


Pada tahun 1903 hingga 1905 ( timeline tak pasti ) Rasputin pindah ke St. Petersburg. Disini dia mula bergerak aktif dalam aktiviti mengubat orang sakit dan sebagai paderi. And he became popular. Masa ni lah dia mula dapat perhatian dari keluarga Tsar Russia, Alexander Nicholas dari keturunan diraja Romanov. Tsar ni gelaran kepada kerabat diraja Russia. Kalau kita di Malaysia Sultan, diorang pulak Tsar.

Kebetulan pulak anak Nicholas II ( Alexander Nicholas ) ni sakit. Anak dia ada penyakit hemophilia. Hemophilia ni sejenis penyakit yang mana darah tak boleh nak produce blod clot yang membuatkan darah kita beku bila ada kecederaan atau pendarahan kat kulit. Menyebabkan pendarahan akan jadi lebih lama nak sembuh sebab darah tak berenti keluar. Itu jam hemophilia dipandang sebagai penyakit ganjil dan misteri. Kalau doktor harini dah suruh bawak balik berubat cara kampung pulak. keh keh keh.

Jadi Tsar Nicholas nampak yang Rasputin ni boleh sembuhkan anak dia, Alexei Nikolaeivich. Alexei ni satu satunya anak lelaki yang bakal naik tahta bila Nicholas dah tak ada kelak. Anak dia yang lain semua perempuan. Bermula dari episod ni lah, kehidupan Rasputin mula berubah, bilamana Rasputin berjaya sembuhkan penyakit Alexei. Rasputin menjadi kawan rapat sekaligus penasihat tak rasmi kepada keluarga Tsar Nicholas, juga menjadi pendamping kepada isteri Tsar Nicholas II, Tsarina Alexandra Feodorovna.


Banyak rumor mengatakan yang Rasputin menggunakan ilmu hitam dan bantuan setan dalam menyembuhkan penyakit Alexei, ada yang menganggap Rasputin cuma bernasib baik saja. Namun, lain ceritanya pada keluarga Tsar ni. Diorang menganggap Rasputin seorang savior dan sami yang tinggi ilmunya. Ye la, Rasputin dah sembuhkan sakit satu satunya anak lelaki dia. Jadi pada tahun tahun berikutnya, Rasputin berjaya mempengaruhi keluarga Tsar dalam banyak perkara dan urusan rasmi kerajaan.

Tindakan dan kedudukan Rasputin ni menyebabkan rakyat kurang senang, terutama golongan bangsawan dan sepupu sepapat Tsar Nicholas II sendiri. Banyak kritikan dari rakyat jelata dilemparkan pada keluarga Tsar, dan menyebabkan keluarga diraja ni tidak disukai rakyat. Banyak kabar angin mengatakan Rasputin kaki perempuan, pemabuk dan menggoda orang orang dalam istana. Tambah buruk bila ada rumor mengatakan Rasputin menggunakan pukau untuk meniduri Tsarina Alexandra. Banyak lagi kabar angin lain yang membuatkan perkara jadi makin buruk dan bukti bukti dikeluarkan membuatkan Rasputin sendiri berdiam diri dalam membela diri memburukkan lagi keadaan.


Cubaan untuk membunuh Rasputin untuk kali pertama bermula pada 12 Julai 1914. Seorang petani pompuan, Khioniya Guseva diupah dan berjaya menikam perut Rasputin. Saksi mata mengatakan lepas Rasputin ditikam, Guseva jerit "aku dah bunuh antichrist ni". Malangnya, Rasputin berjaya selamatkan diri dan beberapa lama kemudian sembuh dari luka tikaman tu.

Pada tahun 1916, satu kumpulan rahsia ditubuhkan. Misi group tu, bunuh Rasputin. No matter what it cost, no matter what it takes, Rasputin mesti mati. Sebab perang dunia pertama dah start, dan tindakan Nicholas mengambil berat pandangan dari Rasputin dalam hal ehwal peperangan sangat merisikokan Russia. Group ni diketuai oleh Grand Duke Dimitri Pavlovich dan Putera Felix Yusupov.

Satu malam, 29 disember 1916, group ni rancang gunakan isteri Felix Yusupov untuk menarik perhatian Rasputin supaya datang kerumah Yusupov. Bini si Yusupov ni lawa, dan itu kelemahan Rasputin sebagai seorang playboy bilamana dia masuk jerat group ni. Diorang masukkan racun "Cyanide" dalam kek dan wine untuk dijamu kepada Rasputin, yang mana racun yang mereka gunakan ni cukup kuat untuk bunuh 3 hingga 4 orang sekali gus. Memang banyak. Tapiiii.... racun tu tadak jadi kesan apa apa pun kat Rasputin. Langsung takde !!

Nampak cara tu tak berkesan, group ni terus tak buang masa, belasah Rasputin sampai lembik. Kemudian, Felix Yusupov tembak Rasputin dekat dada sebanyak dua kali. Rasputin tak dapat bertahan lagi lalu jatuh kelantai dan nampak macam dah mati. Diorang dah happy. Tapi tiba tiba Rasputin lompat bangun dan serang salah sorang group nak bunuh dia tu. Dengan terhuyung hayang, Rasputin lari keluar dari rumah tu, dan dia ditembak dua kali lagi dari belakang.


Bilamana nampak Rasputin dah tak sedarkan diri, group ni gulung mayat Rasputin dengan karpet dan campak mayat dia kedalam sungai Neva yang sejuk pada malam tu jugak. Rasputin pun mati..... Tiga hari kemudian, mayat Rasputin dijumpai dan ditarik naik dari sungai. Guest what ? Bedah siatat membuktikan satu benda, Rasputin masih hidup semasa dia dicampak kedalam sungai pada malam tu.

"Kalau aku dibunuh oleh rakyat biasa,
maka anak anak ko ( Tsar Nicholas II ) akan memerintah Russia
untuk beberapa abad yang akan datang,
Tapi kalau aku dibunuh oleh orang dari kaum keluarga ko sendiri,
Ko dan seluruh keluarga ko akan dibunuh oleh rakyat Russia"
- Grigori Rasputin

Tak lama selepas pembunuhan Rasputin, seluruh keluarga Romanov ( Tsar Nicholas II ) dibunuh oleh kumpulan konspirasi Bolshevik dan menaikkan parti komunis dipimpin oleh Vladimir Lenin sebagai pemerintah Russia yang baharu.

Malam pembunuhan keluarga tersebut, 17 Julai 1918, Tsar Nicholas Romanov, Tsarina Alexandra, lima anak mereka - Grand Duchess Olga Nikolaenva, Grand Duchess Tatiana Nikolaevna, Grand Duchess Maria Nikolaevna, Grand Duchess Anastasia Nikolaevna, dan Tsarevich Of Russia Alexei Nikolaevich beserta 4 orang gaji dan seorang doktor peribadi Eugene Botkin dikejutkan dari tidur. Mereka diberitahu supaya bersiap siap dan bawa barang peribadi masing masing. Mereka dikumpulkan disebuah bilik. Diarahkan berpusing mengadap potret keluarga di dinding. Alexandra meminta kerusi untuk duduk kerana masa ni dia sakit. Manakala Nicholas minta kerusi untuk anak lelaki dia Alexei. Mereka menunggu disitu beberapa ketika sampai tiba satu masa, 13 penembak menghalakan senapang kearah mereka dan menembak seluruh keluarga tersebut sehingga mati. Tamatlah riwayat seluruh keturunan terakhir keluarga diraja Romanov, Tsar Nicholas II.


Masa ni lah bermulanya cerita yang Grand Duchess Anastasia sempat melarikan diri / servant sempat sorokkan Anastasia / dia tak pegi bilik tu dan macam macam konspirasi lain lagi yang dibuat bilamana pada tahun 1979, historian jumpa kubur Tsar ni. Cuma ada 5 mayat dalam kubur yang tak bertanda tersebut yang mana dikenal pasti kubur Nicholas, Alexandra, Olga, Tatiana, dan yang jadi perdebatan satu lagi kubur sama ada Maria atau Anastasia.

Pada tahun 1991, selepas kejatuhan Soviet Union, kubur tersebut digali semula dan saintis melakukan ujian DNA keatas mayat dan mengesahkan, mayat kelima adalah milik Grand Duchess Anastasia. Pada tahun 1998, sebuah upacara rasmi diadakan bagi penguburan semula kerabat diraja Tsar mengikut adat istiadat diraja di St. Petersburg. Majlis dihadiri oleh President Russia waktu itu Boris Yeltsin dan 50 kaum kerabat Romanov yang masih hidup.


Pada tahun 2007, dua lagi kubur tidak bertanda dijumpai dan ujian DNA mengesahkan yang tulang tersebut milik dua lagi anak Nicholas Romanov, Alexei dan Maria. Dan most people assume yang mereka berdua ni juga dikuburkan semula dengan penuh istiadat diraja.

Begitulah serba sedikit yang dapat pakcik ceritakan kepada korang sejarah kematian Rasputin dan pembunuhan kejam keluarga Romanov. Teladan ada dalam cerita ni korang pikir lah sendiri. Pada pakcik, jangan terlalu mudah mempercayai orang, kelak kita akan binasa, dan jangan terlalu kuat menjilat bos, ramai orang tak suka. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.


      - Otto Von Bismark -

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram tengok gambar Rasputin. Saya pun suka baca cerita keluarga Tsar ni. Pernah satu ketika dulu ada one lady claimed that she was Anastasia. I thought it's true till I read about the DNA test. Tq Mr. Otto.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 06:18 AM | Show all posts
Tred dah kebawah, aku up.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 06:20 AM | Show all posts
Zeatyisaac replied at 26-5-2019 10:18 PM
Seram tengok gambar Rasputin. Saya pun suka baca cerita keluarga Tsar ni. Pernah satu ketika dulu ad ...

welkam
Trimass kerana membaca dengan tekun. Ye dulu memang ramai yang kelim dia adalah Anastasia. sebab nakkan tahta tsar balik.



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 07:39 AM | Show all posts
yg mana malas nak baca ni ringkasan ceritanya :

There lived a certain man in Russia long ago
He was big and strong, in his eyes a flaming glow
Most people looked at him with terror and with fear
But to Moscow chicks he was such a lovely dear
He could preach the bible like a preacher
Full of ecstacy and fire
But he also was the kind of teacher
Women would desire

RA RA RASPUTIN
Lover of the Russian queen
There was a cat that really was gone
RA RA RASPUTIN
Russia's greatest love machine
It was a shame how he carried on

He ruled the Russian land and never mind the czar
But the kasachok he danced really wunderbar
In all affairs of state he was the man to please
But he was real great when he had a girl to squeeze
For the queen he was no wheeler dealer
Though she'd heard the things he'd done
She believed he was a holy healer
Who would heal her son

But when his drinking and lusting and his hunger
for power became known to more and more people,
the demands to do something about this outrageous
man became louder and louder.

"This man's just got to go!" declared his enemies
But the ladies begged "Don't you try to do it, please"
No doubt this Rasputin had lots of hidden charms
Though he was a brute they just fell into his arms
Then one night some men of higher standing
Set a trap, they're not to blame
"Come to visit us" they kept demanding
And he really came

RA RA RASPUTIN
Lover of the Russian queen
They put some poison into his wine
RA RA RASPUTIN
Russia's greatest love machine
He drank it all and he said "I feel fine"

RA RA RASPUTIN
Lover of the Russian queen
They didn't quit, they wanted his head
RA RA RASPUTIN
Russia's greatest love machine
And so they shot him till he was dead

Oh, those Russians...


kalau masih malas nak baca ringkasan cerita,
dengar aje lagunya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
So sebenarnya malam tu semua anak beranak ni mati dibunuh laa ye.. camner leh terbukak cita yang anastasia tu lari..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2019 10:52 AM | Show all posts
Setelah sekian lama...i dtg kesini ..tidak menyecewakan ..as usual....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:20 PM | Show all posts
sensa replied at 27-5-2019 07:39 AM
yg mana malas nak baca ni ringkasan ceritanya :

There lived a certain man in Russia long ago

Sebijik sebijik yang ada dalam lirik tu ada dalam cerita otto. memang cerita pasal Rasputin ni famous mendunia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 12:41 PM | Show all posts
pernah terbaca somewhere,perempuan yg mengaku Anastasia tu anak petani Poland. takde kaitan langsung ngan keluarga Tsar.  tgk dokumentari kat youtube pasal pembunuhan Tsar,sebenarnya mereka ditahan di rumah kayu berhampiran Siberia. penyokong Bolshevik telah memanggil keluarga Tsar. kata mereka utk sesi fotografi pada waktu tengah malam yg dingin. mereka duduk dlm keadaan ready berfoto. selepas tu mereka ditembak bertalu2 sehingga semua mati. komunis masa tu mmg jahat,mereka menghapuskan mayat tu dgn cara mencurahkan asid kesemua mayat tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:47 PM | Show all posts
dalam keadaan bimbang takut disiasat oleh KGB,pada tahun 1979, 2 3 penduduk tempatan memberanikan diri menggali kubur yg mereka jumpa ditengah hutan siberia. mereka syak,berdasarkan rupa mayat tu mirip tsar dan family. namun,mereka takut disiasat KGB,penemuan tersebut dirahsiakan dari pengetahuan sesiapa. sehinggalah kejatuhan soviet union 1991,barulah mereka berani membuka mulut kepada NGO tempatan. pada tahun 1995,dgn bantuan kerajaan Britain,mereka telah menggali kubur yg didakwa oleh penduduk itu sbg kubur Tsar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:51 PM | Show all posts
kesemua mayat itu,dianalisis melalui DNA Putera Philip utk mengesahkan siapa rangka2 itu. Putera Philip ada kaitan dgn keluarga Tsar Nicholas kerana moyang mereka sama,Queen Victoria. akhirnya pada tahun 1998,ahli forensik mengesahkan kesemua rangka yg ditemui adalah milik Tsar dan family. Kerajaan Rusia bersetuju utk mengadakan pengebumian diraja di St Petersburg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:53 PM | Show all posts
ehem,xde kredit ke utk i? @winamp05
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:57 PM | Show all posts
zennaya replied at 27-5-2019 12:53 PM
ehem,xde kredit ke utk i? @winamp05

sebelum ko post aku dah awal awal kreditkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:59 PM | Show all posts
Kesian kan satu family Tsar dibunuh...
kejam giler komunis..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:11 PM | Show all posts
winamp05 replied at 27-5-2019 12:57 PM
sebelum ko post aku dah awal awal kreditkan

tq mod, x refresh sebab tu x tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:17 PM | Show all posts
amikie replied at 27-5-2019 12:59 PM
Kesian kan satu family Tsar dibunuh...
kejam giler komunis..

memang kejam sangat2. tapi x salah jgk,sebab lifestyle Tsar family terlalu lavish. suka bermewah,berparty sedangkan rakyat marhaen Rusia susah sgt2. lepas Great War,ekonomi Russia semakin teruk merudum. utk dapat sekeping roti,mereka berebut2,sampai terbunuh. sebab tu sbg pemimpin,tak wajar kita bermewah,sedangkan rakyat marhaen berhempas pulas mencari sesuap nasi. Malaysia bernasib baik,xde tembak menembak. malah org yg dituduh bebas bergerak kemana saja dlm Malaysia sambil diiringi polis mpv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 02:06 PM | Show all posts
Kominis ni memang ada hobi bunuh raja2 ke? kat Indonesia pun sama...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 03:12 PM | Show all posts
best2 kisah tt share tau..tq
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt for this great story... saya penah jugak terbaca pasal nie bfr nie.. apa2pun bersyukur sgt malaysia masih aman witout tembak menembak nie

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 05:21 PM | Show all posts
zennaya replied at 27-5-2019 01:17 PM
memang kejam sangat2. tapi x salah jgk,sebab lifestyle Tsar family terlalu lavish. suka bermewah,b ...

pemerintah yg kaya tanpa peduli nasib rakyat...
kesudahan hidup yg sadis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.088077 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list