CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_shalom

[Tempatan] Tuntutan Pindaan Perlembagaan oleh Kerajaan Sarawak : Persekutuan Malaya+Sabah+S

  [Copy link]
 Author| Post time 21-6-2019 05:26 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 21-6-2019 05:27 PM

Kami nak Malaysia, Kami tak nak Malaya, kami bangsa yang tidak suka menjajah, juga tidak suka dijajah. Itulah yang dinamakan equal partner!

Kami tidak kisah berkongsi kekayaan..tapi jangan melampaui batas...yang hak pula menjadi pengemis...

Renung-renungkan la

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2019 05:34 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 21-6-2019 05:36 PM

renung-renungka la, sebelum semuanya terlambat: KAMI BANGSA YANG TIDAK SUKA MENJAJAH DAN JUGA TIDAK SUKA DIJAJAH




BILA KAMI DAH MELANGKAH KELUAR, SUDAH PASTI BERSAMA INI:


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 21-6-2019 04:32 PM
Pada suatu hari 55 tahun yang lalu, Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan dan Ketua Men ...

Nobody gonna stop you. Just leave.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2019 02:35 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 22-6-2019 02:45 PM

ujung minggug rehat2 dulu bah...


kesimpulannya Malaysia versi malaya vs versi sabah/sarawak..


Malaysia versi sabah/sarawak la kedapatan betullllllllll





Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957?mana ada...Malaysia x wujud lagi masa tu..

Merdeka dari siapa? penjajahan? Malaysia adalah pembentukan negara baru gabungan 4 wilayah pada 16 Sep 1963..bukan merdeka dari penjajah..
klu yg asas pun mlaya sudah salah..x perlu bawa ke teknikal yg lain-lagi kelaut....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2019 09:33 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 25-6-2019 09:37 AM



artikel untuk mereka yang ingat sarawak xde pasukan askar/or goyang telur sahaja semasa konfrantasi:


SEJARAH SARAWAK RANGERS (1862 – 1963 ) :

Pesuruhjaya British di Malaya iaitu Sir Gerald Templer pernah menggelar pasukan Sarawak Ranger sebagai Pasukan Terbaik Di Dunia dan untuk mana-mana pasukan tentera yang pernah berkhidmat sewaktu zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu suatu waktu dahulu memanggil mereka “The Sarawak Headhunter”.

Ketika Presiden Sukarno, presiden Indonesia suatu ketika dahulu pernah berkata di dalam satu ucapannya ” Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Ramai yang bercerai dari badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia”.

Inilah antara kata-kata yang pernah merujuk kepada Sarawak Rangers iaitu satu pasukan separa tentera yang begitu gah dengan kepakaran mereka menjejaki musuh serta keberanian mereka yang tiada tolok bandingnya sehinggakan Sarawak Rangers dulu, kini dan selamanya tetap menjadi kebanggaan Bangsa Sarawak.

Pasukan yang terkenal dengan moto “Agik Idup Agik Ngelaban” inilah yang akan menjadi artikel informasi sejarah untuk pembaca Borneo Oracle sekalian yang diberikan tajuk Sejarah Sarawak Ranger (1862-1963).

Sarawak Rangers merupakan satu pasukan separa tentera yang telah dibentuk oleh Rajah Charles Brooke iaitu Rajah kedua Negara Sarawak pada Oktober 1862.

Pada awal penubuhannya pasukan separa tentera ini telah dianggotai oleh anak tempatan Sarawak berbangsa Iban seramai 32 orang. Mereka telah dipilih hasil daripada pemuafakatan Rajah Charles Brooke dengan tuai-tuai rumah etnik Iban yang menyokong kepimpinan keluarga Dinasti Brooke di Negara Sarawak pada ketika itu. Pemilihan 32 orang ini bukanlah hanya sekadar tangkap muat tetapi etnik Iban 32 orang ini merupakan antara pahlawan etnik Iban yang gagah perkasa serta terkenal dengan selok belok berperang yang mewakili kawasan masing-masing.

Jadi apabila ada diantara pahlawan Iban yang sememangnya pandai di dalam taktik berperang ini mendapat kepakaran dan sentuhan daripada mereka yang berpengalaman di arena perang moden yang dibawakan khas daripada Negara Eropah maka mereka telah menghasilkan satu pasukan yang mantap.

Pada ketika inilah, Rajah Charles Brooke telah menggunakan Sarawak Rangers di dalam perang-perang untuk meluaskan empayar jajahan Negara Sarawak pada ketika itu bagi melawan mana-mana mereka yang menentang pemerintahan Brooke di bumi Sarawak suatu ketika dahulu.

Sekitar tahun 1930an iaitu ketika dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk pada waktu itu, Sarawak Rangers juga mendapat tempias yang sama apabila pada 29 Februari 1932, Sarawak Ranger telah dibubarkan secara rasmi dan akibat pembubaran itu ada di kalangan Sarawak Rangers telah kembali ke kampong halaman masing-masing dan ada juga telah dengan rela hati diserapkan menjadi pasukan Polis Negara Sarawak.

Pada ketika itu, Negara Sarawak telah stabil dan banyak keringat mereka dituntut untuk menjaga keamanan di bumi Sarawak pada masa itu.
Ketika Negara Sarawak di dalam persediaan untuk menghadapi Perang Dunia Kedua, sekali lagi Sarawak Rangers telah dipanggil untuk berbakti dengan Negara Sarawak.

Pada ketika itu Rajah Charles Vyner Brooke telah membentuk Sarawak Rangers kembali bagi tujuan pertahanan dan mereka telah terlibat secara langsung di dalam mempertahankan Lutong, Miri dan Kuching sewaktu pencerobohan tentera Jepun pada Disember 1941.

Ini terbukti apabila Sarawak Rangers adalah pertahanan terakhir sewaktu pertempuran terakhir di Kuching yang mana memaksa Sarawak Rangers untuk berundur ke kampong halaman masing-masing kerana kekuatan tentera Jepun sewaktu itu sememangnya begitu kuat sekali.


Seperti kata pepatah lama biar putih tulang jangan putih mata, biarpun mereka telah berundur dan memberikan kemenangan kepada tentera Jepun namun begitu semangat anggota Sarawak Rangers mempertahankan bumi Sarawak tetap sentiasa ada di sanubari mereka dan akhirnya mereka bergabung dengan Major Tom Harisson iaitu seorang anggota tentera Tentera Komanwel daripada Australia yang melancarkan serangan gerila yang dikenali sebagai Pasukan “Z”.

Kerana kepandaian dan kepakaran daripada Sarawak Rangers ini ramai tentera Jepun yang telah dibunuh oleh mereka. Setelah Jepun menyerah kalah akibat daripada pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, pasukan Sarawak Rangers telah sekali lagi pulang ke kampong halaman mereka untuk kembali ke penghidupan normal mereka sebagai anak Sarawak.

Di ketika Malaya menghadapi serangan pengganas komunis iaitu pada tahun 1948 yang lebih dikenali sebagai zaman darurat komunis, sekali lagi pahlawan-pahlawan iban ini dituntut kepakaran mereka untuk membantu Malaya pada ketika itu oleh Kerajaan British Borneo Sarawak.

Pada masa ini 49 penjejak Iban telah dihantar ke Malaya untuk membantu anggota pasukan tentera komanwel menangani pengganas komunis pada waktu itu. Kepakaran mereka menjejaki musuh di dalam hutan sememangnya tiada tolok bandingannya.

Sepatutnya mengikut perjanjian 49 penjejak Iban ini hanya bertugas di Malaya selama 3 bulan dan selepas 3 bulan ada diantara mereka telah dengan rela hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka di bumi Malaya pada waktu itu.

Daripada 49 orang hanya 24 orang yang memilih untuk meneruskan perkhidmatan mereka dan 24 orang inilah yang diserapkan di dalam Pasukan Ferret No. 4 yang juga dianggotai oleh pasukan tentera Gurkha dan tentera Force 136.

Selepas itu penjejak Iban ini telah datang silih berganti ke bumi Malaya dan dicatatkan sehingga tahun 1952 telah lebih 1,168 penjejak Iban yang berkhidmat sebagai Penjejak Iban Sarawak di bumi Malaya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah ini iaitu penjejak Iban Sarawak yang kali pertama gugur di dalam perkhidmatan mereka di Malaya hanya berlaku pada 12 Mac 1951 iaitu Mendiang Jaweng anak Jugah yang berasal dari Kapit, Sarawak.

Mendiang terkorban kerana ditembak secara tidak sengaja ketika melakukan serang hendap ke atas pengganas komunis. Pada ketika itu mendiang tersilap dikatakan sebagai salah seorang pengganas komunis.

Bayangkan setelah beberapa tahun berkhidmat di bumi Malaya hanya pada tahun 1951 baru ada penjejak Iban yang terkorban di dalam perang. Inilah salah satu keisitimewaan penjejak Iban Sarawak Rangers yang sememangnya begitu pakar di taktik perang serang hendap.


Selain itu tercatat satu lagi sejarah di dalam memartabatkan penglibatan penjejak Iban Sarawak Rangers di dalam perang di Malaya apabila Awang anak Rawing, anak iban dari Skrang telah dianugerahkan dengan Pingat George Cross manakala Menggong anak Panggit menerima Pingat George daripada Kerajaan Mahkota Great Britain atas keberaniannya menyelamatkan pasukan masing-masing sewaktu keganasan komunis berleluasa di bumi Malaya ketika itu.

Biarpun penjejak Iban Sarawak ini merupakan mereka yang bertugas dengan tentera namun begitu mereka masih lagi tidak mendapat pengiktirafan sebagai anggota tentera sepenuhnya jadi bagi menjaga kebajikan mereka pada dari segi hak dan status setelah permuafakatan antara Kerajaan British Borneo Sarawak, pemimpin masyarakat Iban dan Kerajaan Koloni British maka pada tangga1 1 Januari 1953, Sarawak Rangers Unit Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi dengan pegawai pemerintahnya yang pertama adalah Leftenan Kolonel C.J Baird.
Bermula dari tarikh hari itu, barulah Sarawak Rangers dengan rasminya menjadi anggota tentera sepenuhnya.

Pada 1 April 1960, Sarawak Rangers Unit Sarawak, Borneo telah ditubuhkan secara rasminya di bumi Sarawak oleh Kerajaan British Borneo Sarawak dengan pegawai pemerintahnya merupakan anak tempatan yang juga salah seorang penjejak Iban Sarawak Rangers iaitu Leftenan Tomlow anak Isa. Ini merupakan satu penghormatan yang besar kepada perjuangan anak Iban di dalam Sarawak Rangers memandangkan ketika itu Sarawak masih lagi menjadi tanah jajahan Kerajaan British Borneo.

Sarawak Rangers keberanian dan kepakaran mereka dituntut di dalam banyak perang-perang di bumi asing contohnya di Malaya dan Brunei malah Sarawak sendiri walaupun ketika itu Sarawak belum lagi membentuk Gagasan Malaysia.

Ada antara penjejak Iban Sarawak Rangers ini telah gugur di medan perang di bumi asing dan telah disemadikan dibumi asing suatu ketika dahulu dan hanya pada tahun 2011, 21 jenazah penjejak Iban telah dibawa pulang ke tanahair tercinta mereka iaitu Sarawak Bumi Kenyalang. Antara penglibatan perang mereka adalah seperti berikut:

1. Kempen mengamankan Sarawak era Rajah Brooke.(1862 – 1942)
2. Perang Gerila Jepun bersama ‘Reconnaissance Service Department’ (RSD) di Sarawak. (1942–1945)
3. Darurat Malaya. (1948 – 1960)
4. Darurat Sarawak (1952 – 1953)
5. Pemberontakan Brunei (1962)
6. Konfrantasi Indonesia Malaysia (1962 – 1963)

Di dalam perjanjian Penubuhan Malaysia, pihak Kerajaan British telah bersetuju untuk menubuhkan 2 buah batalian Askar Renjer Malaysia dan seterusnya melatih anggota-anggota tentera di peringkat awal dan seterusnya diikuti dengan penubuhan battalion ketiga.

Penubuhan Askar Renjer Malaysia telah diumumkan di Parlimen British (House of Commons) oleh Secretary of State for Commonwealth Affairs pada 18hb Julai 1963. Hanya beberapa hari sebelum Sarawak dimerdeka secara rasminya iaitu pada 22hb Julai 1963.

Ekoran daripada itu, Sarawak Rangers telah dibubarkan secara rasminya dan kemudian pada 16 September 1963, anggota Sarawak Rangers telah diserapkan menjadi Batalion Pertama Regimen Renjer Malaysia.

Batalion Kedua Regimen Renjer Malaysia terdiri daripada anak tempatan North Borneo (Sabah) dan Batalion Ketiga Regimen Renjer Malaysia merupakan anak tempatan Tanah Melayu.

Inilah sejarah panjang Sarawak Rangers dari tahun 1862 – 1963 yang kemudiannya dikenali sebagai Regimen Renjer Malaysia setelah penubuhan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963.

Sarawak Rangers merupakan simbol kemegahan bangsa Sarawak dulu, kini dan selamanya dan sejarah tentang mereka seharusnya diketahui secara umum oleh rakyat Malaysia amnya dan Bangsa Sarawak khususnya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 05:30 PM | Show all posts


Kenapa selama ini, Malaya seolah-olah menafikan bahawa MA63 adalah dokumen perjanjian yang masih valid, kemudian kita diberitahu bahawa semua hak-hak Sabah/Sarawak telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan. Artikel ini adalah contoh klasik:

Uncertainties continue to cloud Sarawak’s O&G industry




By MARK RAO / Graphic By TMR

Ownership of Sarawak’s oil and gas (O&G) resources remains contentious despite the passing of amendments to the state’s Oil Mining Ordinance 1958 (OMO) due to federal by-laws.

International Islamic University Malaysia (IIUM) assistant professor and deputy legal advisor Dr Wan Mohd Zulhafiz Wan Zahari said the OMO is an applicable law under Article 162 of the Federal Constitution, unless it is proven inconsistent with federal law.

Under such a circumstance, the federal law shall prevail and the state law shall be void to the extent of its inconsistency, according to Article 75 of the Federal Constitution.

“If you refer to the ninth schedule of the Constitution, it basically says that the state government has the right to issue permits and licences, but that all development work (for upstream O&G works) must be issued by the federal government.

“In this case, the federal government conferred its power to the Petroleum Development Act 1974 (PDA), which is basically Petroliam Nasional Bhd (Petronas),” Wan Mohd Zulhafiz told The Malaysian Reserve.
Amendments to the OMO were passed in the Sarawak State Legislative Assembly on July 10 to consolidate the state’s regulatory control over its upstream O&G activities.

Under the OMO, Sarawak will be the licensor for all O&G development works via its state vehicle, Petroleum Sarawak Bhd or Petros.
The move to grant oil-producing states, including Sarawak, a 20% royalty for the exploitation of their petroleum resources is also aimed at allowing the respective states to fund more of their own development activities.

Wan Mohd Zulhafiz said the amendments to the OMO could be geared at expanding Sarawak’s reach to development work and downstream activities as opposed to just a licensing authority.

However, he said the amendments might be limited by provisions in the Federal Constitution which vests development rights on the federal government, which in turn deferred this authority to Petronas via the PDA.

The national energy company earlier sought a Federal Court declaration of the PDA as the applicable and governing law for Malaysia’s upstream O&G industry, both onshore and offshore.

The country’s highest court dismissed the company’s leave of application, which sought to try the case at the federal level, citing that the declaratory sought is within the jurisdiction of the High Court.

“Upon hearing of the submissions by both parties, the court found that the case is a tribal issue — there is a dispute but it is not the federal court to decide on the merit of the case,” IIUM’s Wan Mohd Zulhafiz said.

Petronas can still contest the implementation of the OMO and uphold the PDA as the applicable law in the country by taking the matter to the High Court.

The company can also refer to Malaysia’s Territorial Sea Act 2012 in regard to offshore versus onshore jurisdiction.

“The Territorial Sea Act mentions that anything at the sea or offshore belongs to the federal government. Offshore activities come under this Act rather than under the definition of land,” Wan Mohd Zulhafiz said.

If the law is interpreted as such, Petronas’ offshore projects in Sarawak will not come under the purview of the OMO, he added.

Among the company’s bigger upstream projects are the floating liquified natural gas (FLNG) facility located off the shore of Sarawak.

The facility commenced operations in 2016 and has an anticipated production capacity of 1.2 million tonnes of LNG per annum.

Sarawak is the main producer of natural gas and LNG exporter in Malaysia, having shipped 27 million metric tonnes of LNG worth RM41.1 billion last year.

While the High Court is seemingly Petronas’ last legal avenue to uphold the PDA in Sarawak, Wan Mohd Zulhafiz said both parties can settle amicably outside of court.

The decision to pay oil-producing states a 20% royalty of the value extracted could be the basis for an out-of-court agreement.
As it stands today, O&G companies and exploration and development players have until end-2019 to abide with the OMO.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2019 05:59 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 8-7-2019 04:47 PM
cmf_shalom replied at 6-7-2019 05:30 PM
Kenapa selama ini, Malaya seolah-olah menafikan bahawa MA63 adalah dokumen perjanjian yang masih ...



Walaupun hak-hak Sabah Sarawak telah dimasukkan dalam Perlembagaan, sebenarnya tiada jaminan bahawa hak-hak tersebut terpelihara/kaveat tidak diberikan.


Perkara 71 dalam Perlembagaan, secara ringkasnya memberi kuasa kepada Parlimen bahawa sekira berlaku percanggahan antara Perlembagaan Persekutuan dengan Perlembagaan Negeri, maka Perlembagaan Persekutuan akan dipakai.


Dalam Perkara 75 Perlembagaan juga memperuntukan sekiranya berlaku percanggahan antara undang-undang Persekutuan dengan Negeri, maka yang terpakai adalah undang-undang Persekutuan. PDA vs OMO, kalau berdasarkan Perlembagaan, PDA la yang menang. Itu la yang dimaksudkan oleh artikel tersebut.




Namun, bila kita merujuk kepada IGC yang ditempelkan dalam MA63, selain memberi hak, ia juga memberi jaminan untuk Sabah, Sarawak sekiranya berlaku konflik antara Persekutuan dengan Negeri.


Inilah jaminan yang pertama:


GC REPORT
CHAPTER II. Establishment of the Federation of Malaysia
14. In certain respects the Committee agreed that the requirements of the Borneo States could appropriately be met by undertakings or assurances to be given by the Government of the Federation of Malaya rather than by Constitutional provisions, and these are mentioned in the appropriate sections of this Report. The Committee agreed that the more important undertakings should be included in the formal agreement and envisaged that the other undertakings and assurances might be dealt with in exchanges of letters between the Governments concerned.

Perkara 14 dalam ICG rasanya berketerangan sendiri.


Ini pula jaminan kedua spesifik ditujukan untuk Perkara 71 Perlembagaan.


CHAPTER III. Proposed Constitutional Arrangements
20. State Constitutions

(2) As regards Article 71 (4), which enables the Federal Parliament to make provision for giving effect in a State to "the essential provisions" of a State Constitution set out in the Eighth Schedule or for removing from a State Constitution provisions inconsistent with the essential provisions, the question whether a State Constitution does not contain the essential provisions or contains provisions inconsistent with them should be one which is ultimately determinable by the Courts and not one depending solely on the opinion of the Federal Parliament.

Maksud secara ringkas, Parlimen tiada kuasa meminda Perlembagaan Persekutuan sehingga wujud percanggahan dengan Perlembagaan Negeri, yang akhirnya Perlembagaan Persekutuan yang diterima. Kalau Parlimen buat juga, jumpa di mahkamah. Ini juga akan berkait dengan Perkara 75.

Kedua-dua jaminan tersebut tidak ada untuk negeri-negeri lain.

Ada beberapa jaminan lagi, iaitu antara tidak boleh menggunakan kuasa 2/3 parlimen etc untuk Sabah, Sarawak.

Kesimpulannya, walaupun Perlembagaan telah memasukkan hak-hak Sabah, Sarawak, NAMUN perlembagaan tidak memasukkan sebarang kaveat dimana Parlimen tiada kuasa untuk mengguna apa sahaja kaedah untuk mengurang atau menghilangkan hak-hak tersebut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 06:10 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 6-7-2019 06:18 PM

Pada sidang Parlimen April 2019, Persekutuan cuba nak perangkap Sarawak. Pinda Perlembagaan, kununnya nak kembali hak Sabah, Sarawak-tapi melalui kuasa Parlimen tanpa merujuk kepada Sabah, Sarawak. Ini la versi autonomi Tun yang aku cakap selama ini.

Tapi Sarawak kenakan Kerajaan Persekutuan balik. Ok nak main kotor ye...Lalu sarawak minta masukkan 6 huruf ini:

pursue the Malaysia Agreement 1963 (MA63)

6 huruf  ini telah memerangkap Persekutuan.


Kalau 6 huruf keramat ini dimasukkan Perlembagaan, kompomla Petronas merompak Sabah, Sarawak sejak berpuluh tahun ini. Meminda Perlembagaan dan membuat akta yang bercanggah dengan Sabah, Sarawak dengan maksud nak merampas hak dan kuasa Sabah, Sarawak. Eg PDA vs OMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2019 06:23 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 6-7-2019 06:45 PM

Bagaimana hendak memastikan Perlembagaan/akta Persekutuan tidak bercanggah dengan Perlembagaan/ordinan Sarawak?

Perlembagaan/akta Persekutuan kena la dibuat selaras dengan Perlembagaan/ordinan negeri..mudah kan..

Maksudnya, dalam Malaysia, kita ada tiga Persekutuan. MA63 dirangka supaya  persekutuan pucuk tua tidak boleh menerkam persekutuan pucuk muda.


Satu lagi, Perlembagaan Sabah, Sarawak sekarang adalah dirangka dan diluluskan oleh Ratu British. Sebagaimana Malaya tidak boleh meminda MA63, Malaya juga tidak boleh membuat perlembagaan persekutuan yg akhirnya Perlembagaan Sabah, Sarawak diketepikan.


Sini la apa yang dikatakan equal partner..

If masih yg x boleh hadam konsep equal partner ni...kronik dah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini adalah jawapan dari Borneo utk kenyataan tun..



Ak rasa Putrajaya sendiri tengah terkial kial study MA63

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 7-7-2019 04:13 AM

Dalam Perkara 14 IGC juga menyebut kerajaan Persekutuan Malaya hendak memberi jaminan...

Soklan bonus...siapakah yg mjalankan fungsi kerajaan Persekutuan Malaya sekarang-?

Atau kerajaan Persekutuan malaya adalah kerajaan Persekutuan Malaysia skrg ?if mcm tu mana punca kuasa yg mmberi mandat kpd kerajaan Persekutuan malaya mjalankan fungsi atau btukar sebagai persekutuan malaysia..

Soklan ni ada kaitan juga ngan surat tunku kpd singapura 1965...

Petukaran tsebut pastinya blaku slepas singapura kluar malaysia..tp soalan bonus.. Mana punca kuasa ?skurangnya pindaan perkara 1(2)perlembagaan dibuat mlalui parlimen..walaupun patutnya x boleh dipinda...



Sebenarnya..kita bukan sahaja berdepan dengan isu-tidak mematuhi perjanjian antarabangsa ..perkara yang paling berat sekarang adalah kita sedang berada dalam sistem Kerajaan yang bukan itu yang dipersetujui semasa MA63 dimeterai.

Selain  hak-hak Sabah, Sarawak dikembalikan, adakan ia akan menyaksikan beberapa siri downgrade akan berlaku di pihak Persekutuan, sekiranya MA63 benar-benar dipatuhi?

Dalam MA63-kita akan jumpa istilah Parlimen Persekutuan, Perlembagaan. Kemudian kerajaan ada 3 iaitu Kerajaan Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak. Tapi x jumpa pun lagi ayat Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Dalam IGC cakap...kerajaan Persekutuan Malaya kena pastikan nanti dalam Perlembagaan hak-hak Sabah, Sarawak......

IGC x cakap pun kerajaan Malaysia/or kerajaan Persekutuan Malaysia..or Kerajaan Persekutuan Malaya diberi mandat menjadi kerajaan Persekutuan Malaysia..sedang IGC tu dokumen antara kerajaan yg mmberi tahu itulah bentuk Persekutuan Malaysia nanti..

Menarik tertarik ko memang kebommm gak isu ni..dan aku mulai paham pagi pagi buta hening ni...kenapa ada yg sampai meroyan bila ketahuan Perjanjian Malaysia 1963 tidak memansuhkan  Kerajaan Persekutuan Malaya yang dibentuk pada 1957 sebagai identiti .sama juga MA63 tidak memberi mandat or kuasa kepada Kerajaan Persekutuan Malaya sama ada menjadi Kerajaan Persekutuan Malaysia atau menjalankan fungsi sebagai sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Mulai paham..apabila menteri hal ehwal undang-undang memberitahu " AG tidak bagi 6 ayat keramat dimasukkan dalam Pindaan Persekutuan kerana akan menimbulkan masalah kepada kerajaan Persekutuan" -Adakah selama ini Kerajaan Persekutuan malaya melantik dirinya menjadi Kerajaan Persekutuan Malaysia?

Adakah Tun nanti, semasa dalam negara iaitu Persekutuan Malaysia-dia akan memakai gelaran Kerajaan Persekutuan Malaya bila berurusan dengan Sabah, sarawak, sama seperti Tunku bila berurusan dengan Singapura pada 1965 (sebelum keluar Malaysia). Perdana Menteri Malaysia hanya akan dipakai bila berurusan luar negara (sebab Sabah, Sarawak telah memberi mandat hal ehwal antara bangsa diserahkan kepada Persekutuan sebagai ganti kepada kuasa imigresen).

Bro..if ko baca apa aku tulis pagi pagi hening ni..aku mulai paham kenapa ko meroyan tahap x ingat hehehe
equal bro equal..














Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2019 03:20 AM | Show all posts
aku terima beberapa teguran, jangan kaitkan Sabah dengan Sarawak dlm isu tuntuan ngan federal.

Ada yg ckp org Sabah xde mcm Sarawak
Ada cakap Sabah tu negeri pakatan kerajaan..srwk tu negeri pembangkang..

Tp ak rasa teguran tu dtg dari foumers malaya..

Tp risau gak aku, mbe betul gk apa mereka cakap..walupun dlm CI ni ak kenal; bbrapa yg dtg dari Sabah, suara kami mcm senada..lagipun ms pm digelar mahafiraun-ak ada dngr ada gerakn bawah tanah kt pulau borneo utk bkongsi segala resepi masak masak tradisi nenek moyang yg bkaitan ngn borneo..

ak baca la online dari Sabah..tjumpa ni:


PBS – GPS SEALED PARTNERSHIP IN MA63 STUDY NETWORK





isi berita:

https://www.sabahnewstoday.com/pbs-gps-sealed-partnership-in-ma63-study-network/?lang=en

Apa yg aku paham...Sabah, Sarawak mengesahkan yang mereka senada dalam isu tuntutan.
Ok la..sebagai pakatan gomen..sabah xde la vokal mcm srwk..tp tuntut tatap tuntut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 11:35 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 8-7-2019 11:40 AM

Kalau aku membebel setiap hari pasal sarawak..ramai yang naik muak..

Tapi aku tengok, menteri-menteri PH, ada jak cara untuk menyakitkan hati rakyat Sarawak.

Sebelum ni LGE cakap Sarawak akan bangkrap if terus dengan GPS

Kemudian menteri perumahan tuduh Sarawak x bagi kerjasama bagi tanah untuk perumahan kos sederhana

Sekarang menteri usahawan pula keluarkan kenyataan-Sarawak kaya, tapi x sesuai dengan infra yang mundur..

If x dijawap..melampau pula..if dijawap...hari2 mmbebel psl sarawak pula..

Serba salah pula

Boleh x rakyat Malaysia ni termasuk menteri-menteri buka Perlembagaan bersama MA63...mana tjawab persekutuan, nama tjawab negeri, mana tjawab bersama.

Lepas tu, if nak tuding jari ini salah Sarawak-sila

itu la pentingnya kenapa MA63 perlu dilaksanakan segera..If tidak sampai bila-bila kena buli..bila dah equal partner tu paham2...ko terkam aku..aku terjah ko balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 11:59 AM | Show all posts
Ini kenyataan Dari STAR Sarawak berhubung kenyataan Tun.Anggap je ni perbincangan akademik.

DUN IS THE CONSTITUTIONAL PLATFORM TO RAISE THE ISSUE OF SEPARATISM

Invoke Annex A State List 10 to set up an Inquiry for State purpose

Referring to Lanang MP Alice Lau in Parliament where Lau had asked what action the federal government could take against those calling for Sarawak secession, State Reform Party (STAR) president Lina Soo said that DUN should invoke Annex A State List 10 of the Inter-Governmental Committee Report (IGCR) to set up an Inquiry for State purpose.

The IGCR is the precursor to the Malaysia Agreement (MA63), and which provides the constitutional framework and safeguards for Sarawak and Sabah in the formation of Malaysia and, it is a constitutional and legally binding document, says Soo.

An Inquiry is a systematic investigation on a matter of public interest, and DUN is empowered to commission an Inquiry to ascertain the feelings of the Sarawak people whether or not they are contented, or unhappy with the current state of federalism, explains Soo.

However, Soo says that secession is the wrong word to use because it implies the creation of a State by the use or threat of force without the consent of the sovereign power, or the creation of a new state upon territory formerly forming part of, or being a colonial entity of an existing nation. Neither definition of secession can apply to Sarawak, says Soo.

Sarawak was an independent sovereign nation for 100 years from 1841-1941 recognized by Britain and United States before it was invaded by Japan in WWII, and then annexed by Britain as Crown colony in 1946. It was only in 1963 that the British surrendered the sovereignty of Sarawak over to Malaya renamed Malaysia, when it added the new territories of Singapore, Sabah and Sarawak to the existing states of the Federation of Malaya. Soo argues that you cannot secede when Sarawak was never a part of Malaya historically, culturally and politically, as Malaya is not the motherland of Sarawak.

Separatism from a Federation which is a voluntary union of political entities with reserved powers is different from secession from a unitary State. Soo refers to a letter published in an old edition of the Times newspaper where C.W. Dawson, a member of the Commonwealth Council, had reiterated that any State voluntarily entering a federation had an intrinsic right to secede at will.

Furthermore, in the context of the Federal Constitution, Sarawak is by default left out of the Federation in Article 160 where the definition of ‘the Federation’ is the Federation established under the Federation of Malaya Agreement 1957. Sarawak was not a signatory to the 1957 Malaya Agreement, nor ever sign any agreement with the individual states of Malaya. So to say that Sarawak wants secession is totally misleading as that will invite negative connotation and misinterpretation with seditious tendency to be capitalised by irresponsible people for their own political agenda.

On a point of academic interest, Soo says Singapore had already set the precedent in 1965 upon its departure from Malaysia. Despite Singapore’s failure to consult Sarawak as required under a multi-lateral international agreement, and since MA63 contains no provision for denunciation or withdrawal, Singapore’s Separation Agreement is deemed valid under the severance principle and Article 56(1)(a) by implying the right of withdrawal of the parties to the Agreement. However the severance of Singapore from the Federation does not destroy MA63 nor dissolve the Federation.

Consent is an important democratic principle where it has to be the will of the majority to decide their political, cultural and economic future in the established legal doctrine of Self-determination. Soo recalls former CM Adenan Satem’s words who had once said that the call for independence only comes from a minority. Inclined to agree, Soo says that the minority voice can become the majority voice only when there is popular support by the people.

Soo proposes that DUN raise a motion to conduct an Inquiry for State purpose to discover the sentiments of the Sarawak people to ascertain if after almost 60 years of federalism, they have feelings of being dominated, subjugated and exploited within the Federation.

If the DUN and government in power now will not do it, then the people of Sarawak must vote in a DUN in PRN12, who can carry the political will and peoples’ voice to deliver a better Sarawak in the interest of future generations, concludes Soo.
Lina Soo
President
State Reform Party Sarawak (STAR)















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 12:44 PM | Show all posts
aku copy n paste apa yang aku tulis kat


https://bm.cari.com.my/forum.php ... =1165815&extra=

Thread ini aku jadikan koleksi untuk semua berkaitan MA63


Sebenarnya aku tertanya..apa kaitan Taib dengan isu tidak ketidak pematuhan terhadap MA63.

MA63 paling kronik...apabila sistem Kerajaan Malaysia sekarang adalah bukan sistem yang dipersetujui semasa MA63 dimeterai.

Perjanjian Persekutuan Malaya 1957 dibuat berdasarkan nation-state

Perjanjian Malaysia 1963 dibuat berdasarkan co-federation

Sekarang ini, pentadbiran sistem kerajaan Malaysia,  nation-state telah mengatasi co-federation.

Apa kaitan dengan taib?

Apa yang diperjuangkan oleh Sabah/sarawak sekarang kembali kepada sistem co-federation, dan bukannya nation-state. Dan ini membawa kepada pindaan Perlembagaan dimana Persekutuan hendaklah merujuk 1963, bukannya 1957.

Perkara yang menarik adalah, sehingga 1965, Tunku masih lagi menggunakan gelaran Perdana Menteri Persekutuan Malaya, walaupun malaysia telah dibentuk pada 1963.

Sebab itulah Sabah, sarawak selama ni dok teriak equal partner...Bukannya semata-mata merujuk equal dalam kemajuan ekonomi..tapi dalam sistem kerajaan malaysia.

Mmmg betul..bila berbincang psl ketidakpematuhan ini..timbul isu psl pembangunan wilayah tidak seimbang...dimana peruntukan pembangunan itu sendiri pun tidak seimbang..isu pertronas..korupsi etc..Isu ini adalah jatuh no 2.

Isu No 1. yang diperjuangkan adalah memulihkan sistem Kerajaan malaysia kembali kepada co-federation seperti yang dipersetujui 1963, bukannya negara-bangsa 1957.

Hebat sangat Taib, sampaikan dia mampu tunggang-terbalik sistem kerajaan malaysia, seolah2 dari demokrasi ke komunis...mcm tu la perumpamaannya.


Adakah taib juga yg menjadi punca Perdana menteri Persekutuan malaya tertiba menjadi Perdana menteri malaysia?

Rasanya masih ramai terperangkap Malaya=Malaysia, Malaysia=Malaya. Bukan itu yang termeterai dalam MA63.

Sudah tiba masanya untuk mengubah pemikiran, malaya itu bukan semata-mata Malaysia, Malaysia itu bukan semata-mata Malaya, sebab malaysia itu adalah gabungan Malaya, sabah dan sarawak.

Sebab itu la dari Pulau Borneo kedengaran suara bagi teguran...tanpa Sabah, Sarawak, Malaysia x wujud.

11 negeri +Sabah+sarawak =13 negeri dalam Malaysia ini namanya nation-state seperti perjanjian 1957

Persekutuan Malaya +Sarawak+Sabah=3 wilayah dalam Malaysia ini namanya co-federation seperti perjanjian 1963.


Apakah perbedaan? Beda amat berbeda!




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 04:38 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 8-7-2019 11:35 AM
Kalau aku membebel setiap hari pasal sarawak..ramai yang naik muak..

Tapi aku tengok, menteri-men ...



Berita terkait.:

Fazzrudin tempelak kenyataan pemimpin Bersatu


KUCHING: Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman menempelak kenyataan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang mempersoalkan kekayaan Sarawak dan mendakwa tidak dikongsikan dengan rakyat.

Fazzrudin menerusi satu kenyataan hari ini berkata, ia merupakan contoh kenyataan yang kurang pintar, retorik dan politik berniat jahat oleh Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu.

“Beliau mempersoalkan kekayaan Sarawak dan mendakwa tidak diberi kepada rakyat. Beliau datang ke Sarawak dan memberi sedikit peruntukan dan terus bersikap sombong.

“Ini satu lagi contoh menteri yang tidak berkualiti dan hanya berpolitik secara kotor dan retorik,” kata Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Redzuan dalam laporan Bernama pada Ahad yang menegaskan perjuangan parti itu adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat Sarawak.

"Kalau sesiapa yang menyatakan kita datang ke Sarawak untuk memecah belahkan rakyatnya,  kita nak minta bukti..Sarawak adalah negeri yang diberi rezeki yang lebih tetapi kita tidak nampak kekayaan ini dikongsikan dengan rakyat jelata,” kata Redzuan yang dipetik sebagai berkata.

Fazzrudin menambah, sebelum ini bermacam-macam teori dikongsi oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengenai cara menghapuskan tol, isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dan sebagainya.

Tetapi ujar Fazzrudin, bila sekarang apabila PH mengurus negara, teori tersebut hanya tinggal teori.

"Perkara yang sama juga dilakukan oleh menteri yang kurang bijak ini. Kalau datang ke Sarawak hormatilah rakyat. Jangan hina kebijaksaan kami dengan retorik kotor anda.

"Rakyat tidak mahu mendengar politik-politik sebegini tetapi lebih mahu mendengar perancangan-perancangan Kerajaan Persekutuan untuk seluruh rakyat Sarawak," ujar Fazzrudin.

Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan menurut Fazzrudin ditugaskan oleh Bersatu untuk mengurus parti tersebut di Sarawak pun tidak dapat memberi komitmen masa untuk memutuskan barisan kepimpinan Bersatu Sarawak.

Sebaliknya beliau terpaksa menunggu keputusan pusat, tetapi beliau tetap menunjuk lagak kononnya mahu membantu Sarawak.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tendang keluar je Sarawak ni. Tak diperlukan pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2019 03:40 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 9-7-2019 04:37 PM
cmf_shalom replied at 6-7-2019 05:59 PM
Walaupun hak-hak Sabah Sarawak telah dimasukkan dalam Perlembagaan, sebenarnya tiada jaminan b ...



Apabila Perkara 71 dan 75, Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama IGC, ia akan memberi kuasa kepada Sabah, Sarawak untuk memastikan Parlimen tidak boleh meminda Perlembagaan/membuat akta  untuk mengurangkan kuasa Sabah, Sarawak.




Sekarang mari kita lihat Perkara 169 pula:

(a)
apa-apa triti, perjanjian dan konvensyen yang dibuat sebelum HariMerdeka antara Baginda Ratu atau pendulu-pendulunya atau Kerajaan UnitedKingdom bagi pihak Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dengan suatu negaralain hendaklah disifatkan sebagai suatu triti, perjanjian atau konvensyenantara Persekutuan dengan negara yang lain itu;


(b)
apa-apa keputusan yang diambil oleh sesuatu organisasi antarabangsa danditerima sebelum Hari Merdeka oleh Kerajaan United Kingdom bagi pihakPersekutuan atau mana-mana bahagiannya hendaklah disifatkan sebagai keputusansuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan

(c)
berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, perenggan (a) dan (b) hendaklah terpakai dengan menggantikan sebutan mengenai Hari Merdeka dengan sebutanmengenai Hari Malaysia dan menggantikan sebutan mengenai Persekutuan ataumana-mana bahagiannya dengan sebutan mengenai wilayah-wilayah yang termasukdi dalam Negeri-Negeri itu atau mana-mana bahagiannya.


Ini bermakna melalui Perkara 169  sendiri mengesahkan MA63 dokumen yang masih  valid. Kerana MA63 adalah antara dokumen perjanjian dibuat dengan Baginda Ratu. Perkara (a) dan (b) juga telah mengiktiraf OMO dan Sarawak (Alteration of Boundaries) Order 1954, sebagai dokumen yang masih sah.


Dan sebenarnya, Perkara 169(C) adalah antara bukti Sabah,Sarawak adalah equal dengan Persekutuan Malaya.


Perkara 169 ini asalnya untuk perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh Persekutuan Malaya sebelum kemerdekaan Malaya 31 Ogos 1957. Melalui Perkara ini, semua perjanjian antarabangsa yang dibuat sebelum 31 Ogos 1957 bagi pihak Persekutuan, masih dianggap valid.


Apabila Malaysia terbentuk, dengan kemasukan Sabah, Sarawak, kedua-dua negeri tersebut diberi kelayakan sama seperti Persekutuan Malaya. Kesemua perjanjian antarabangsa yang dibuat Sabah, Sarawak sebelum 16 September 1963, juga dianggap valid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2019 04:32 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 9-7-2019 04:58 PM



Apapun  alasan, Perkara 1(2) Perlembagaan tidak patut dipinda sama sekali pada tahun 1976.


Perkara ini termaktud dalam Perkara 161E (1)


As from the passing of the Malaysia Act no amendment to the Constitution made in connection with the admission to the Federation of the State of Sabah or Sarawak shall be excepted from Clause (3) of Article 159 by paragraph (bb) of Clause (4) of that Article;…


NO AMENDMENT (TIADA PINDAAN) dalam Perlembagaan berhubung bagaimana Sabah, Sarawak masuk ke dalam Persekutuan. Sudah pasti Perkara 161E(1) adalah merujuk kepada Perkara 1, yang memperihalkan bagaimana, Sabah, Sarawak masuk ke dalam Persekutuan.Sebelum pindaan dibuat, Perkara 1 adalah selari dengan dokumen perjanjian lain kerana Malaysia wujudkan berasaskan tiga wilayah. Namun setelah pindaan dibuat, Malaysia adalah 1 wilayah sahaja.

Sementara Perkara 159(4) (bb) memasukkan Perkara 161E sebagai Perkara yang tidak boleh dipinda menggunakan majoriti 2/3.


Pindaan yang dibuat pada tahun 1976 menyebabkan Perlembagaan Persekutuan bercanggah dengan:


1. Perlembagaan Sabah/Sarawak
2. Malaysia Act 1963 (no. 26) yang diluluskan oleh Parlimen Malaya ketika itu
3. Malaysia Act 1963 (Chap. 5) yang diluluskan oleh Parlimen UK
4. Bercanggah dengan Perkara 159(4) (bb) dan 161E(1) Perlembagaan itu sendiri



Sebenarnya selain Perkara 1(2), banyak lagi berlakunya percanggahan antara Perlembagaan Persekutuan dengan Perlembagaan Sabah/sarawak.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.342516 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list