CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_shalom

[Tempatan] Tuntutan Pindaan Perlembagaan oleh Kerajaan Sarawak : Persekutuan Malaya+Sabah+S

  [Copy link]
 Author| Post time 29-7-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-7-2019 06:10 PM
bak kata pepatah apa tu... pot kettle black?

Mbe dia ingat klcc dalam wilayah kelantan kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2019 06:16 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 29-7-2019 06:11 PM
Mbe dia ingat klcc dalam wilayah kelantan kot..

Good one, pok!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-7-2019 06:16 PM
Good one, pok!


Dia gelakkan sabah sarawak...skurangnya kita ada ma63...


Dia apa yg ada?ratu russia tu boleh pakai lipat jadi perjanjian kelantan _Russia ka...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 29-7-2019 06:51 PM
Dia gelakkan sabah sarawak...skurangnya kita ada ma63...



Kheenn. At least raja uban kita ada telur la jugak buat majelis kawen dgn pompuan asing kat tanah air kohkohkohhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-7-2019 09:46 PM
Kheenn. At least raja uban kita ada telur la jugak buat majelis kawen dgn pompuan asing kat tanah  ...

Ak sbelum nk ngata org.. Tgk cermin puas.2...bila dh konfiden diri benar2 ensem... Baru proceed
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 10:33 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 29-7-2019 10:22 PM
Ak sbelum nk ngata org.. Tgk cermin puas.2...bila dh konfiden diri benar2 ensem... Baru proceed

sejujurnya ai kagum gak la dgn tahap konfiden mengata dan gelakkan org tuh.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-7-2019 10:33 PM
sejujurnya ai kagum gak la dgn tahap konfiden mengata dan gelakkan org tuh.

Sejujurnya ak tkejut.. Spatutnya kelantan ganu sabah srwk bsatu... Dlm isu minyak....

Dalam malaya pun... Ada kategori anak emas anak peraK.. Dia gelak kita tp x sedar dia tu anak gangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 10:44 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 29-7-2019 10:37 PM
Sejujurnya ak tkejut.. Spatutnya kelantan ganu sabah srwk bsatu... Dlm isu minyak....

Dalam mal ...

betol tuh   perjuangkan hak negeri masing2, toksah bangga sgt la dgn kekayaan dan kepesatan ibu negara. klcc apanama tu lambang kemegahan pemerintah jah. takdanya dia org pandang nak bangunkan negeri kau dan aku supaya merasa sama kemajuan. nan hadoooo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-7-2019 10:44 PM
betol tuh   perjuangkan hak negeri masing2, toksah bangga sgt la dgn kekayaan dan kepesatan ibu  ...

Dia gelak2 kita tp dia x tau kelantan ganu pi sarawak tanya pendapat kita psl isu royalti 20%...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 30-7-2019 12:48 PM

STATUS DOKUMEN MA61 DI UN: BERSTATUS PERJANJIAN MULTILETERAL BUKANNYA DOKUMEN SEJARAH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 02:43 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 30-7-2019 10:35 AM




Berdasarkan rekod daripada sistem data UN, MA63 didaftarkan oleh UK dan N. Ireland pada 21 September 1970 dan diletakkan dibawah kategori multilateral agreement.


Apakah perjanjian multilateral?

Multilateral treaty. A multilateral treaty is a treaty to which three or more sovereign states are parties. Each party owes the same obligations to all other parties, except to the extent that they have stated reservations.


https://www.google.com/search?rlz=1C1GCEU_enMY832MY832&q=multilateral+agreement+definition&sa=X&ved=2ahUKEwje-J-I3trjAhVGNI8KHbm2B-EQ1QIoBnoECAoQBw&biw=1280&bih=689


Kalau berdasar definisi tersebut, setiap parti yang membuat perjanjian tersebut mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain, berdasarkan apa yang telah dipersetujui. Patuh kepada apa yang ditulis dalam perjanjian MA63.  Dalam MA63 tiada klausa yang menyebut, selepas Sabah, Sarawak diserahkan kepada Malaysia, maka kedua-kedua negeri tersebut akan bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.  Termasukla membuat akta/undang-undang yang bagi maksud mengambil kuasa kedua-dua negeri tersebut.


Adakah perjanjian multillateral treaty terikat dengan undang-undang?

Dalam The International Court of Justice (ICJ) article 38 menyebut:

"The Court, whose function is to decide in accordance with international law such disputes as are submitted to it, shall apply [among other sources] international conventions [i.e. treaties], whether general or particular, establishing rules expressly recognized by the contesting states."



Pertikaian melibatkan perjanjian multileteral treaty antara yang akan dibawa ke ICJ. Jadi MA63 terikat dengan Undang-Undang Antarabangsa. Jadi tiada lah istilah MA63 tu sesuai dijadikan buku rujukan/teks sejarah tanpa mempunyai nilai perundangan.

Jadi perbentukan Malaysia ini terikat dengan Undang-Undang Antarabangsa. Ianya berbeza dengan pembentukan Persekutuan Malaya, dimana perjanjian tidak didaftarkan di UN.


Ini juga bukti bahawa wilayah Sabah, Sarawak berbeza dengan wilayah Malaya. Pergabungan ketiga-tiga wilayah tersebut untuk membentuk Persekutuan Malaysia, membawa kepada perjanjian multileteral-berstatus perjanjian antarabangsa. Jadi atas sebab apa Perlembagaan persekutuan menurun status Sabah, Sarawak daripada wilayah antarabangsa kepada wilayah dalam Malaya? Sama seperti Wales mempunyai kerajaan sendiri dalam pentadbiran United Kindom dan seperti France Guine dalam Perancis, begitu juga Sabah, Sarawak dalam Malaysia.


Jadi ianya juga bukti Sabah,Sarawak berstatus wilayah tersendiri, bukan sahaja tidak boleh dimasukkan dalam wilayah Malaya,juga tidak boleh dimasukkan ke dalam wilayah Brunei dan Filipina.


Jadi tidak payah la bermimpi bertempik nak serah Sabah, Sarawak kepada Brunei dan Filipina atau Indon. Sabah, Sarawak diserahkan ke dalam Malaysia pun bukan sekadar main serah. Siapa nak menjawap kemungkaran diatas amanah ?Pihak yang beria-ia nak Sabah, Sarawak, mereka la yang mungkar di atas amanah.

Sama juga perjanjian multileteral lain, perjanjian MA63 juga boleh dibubar atau dimansuhkan. Maknanya, Malaysia ini boleh dibubarkan. Selepas Malaysia dibubarkan, baru la MA63 bertukar status daripada perjanjian antarabangsa kepada dokumen sejarah untuk budak-budak SPM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 10:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 10:20 AM | Show all posts



Berita aku baca tempoh hari,Petronas telah diarahkan oleh Kerajaan Sarawak untuk memohon sijil kelulusan  meneroka minyak backdated 1974...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 10:42 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 30-7-2019 11:49 AM

“Any change in the law made in the Federal Parliament will have to go back to the local territories  for confirmation; in other words, that no law can be imposed on a territory against its will. That is extremely important.

The Debate On The Malaysia Bill In The British Parliament 19th July 1963

Kalaupun bidang itu pada masa ini dalam kuasa Persekutuan,eg pendidikan, kesihatan etc Kerajaan Persekutuan kena merujuk dengan Sabah, Sarawak sebelum membuat sebarang pindaan-no law can be imposed on a territory againts its will...Kerajaan Persekutuan tidak boleh sewenangnya cakap ini kuasa Persekutuan, Sabah, Sarawak kena patuh. Ditambah lagi kuasa Persekutuan melibatkan Sabah/Sarawak adalah kuasa bersyarat atau terikat-berbeda dengan negeri-negeri lain.

Perjanjian Malaysia 1963 tidak membenarkan Persekutuan berbuat sebegitu...


Akta Pelantar Benua, PDA 1974 semuanya adalah contoh kepada ketidakpatuhan Persekutuan ke atas Perjanjian Malaysia. Sarawak tidak pernah menafikan hak Parlimen membuat sebarang undang-undang untuk Malaysia, tapi pada masa yang sama, lesen juga tidak pernah diberikan kepada Persekutuan untuk memaksa Sabah,Sarawak untuk menerima undang-undang tersebut. Kalau Sabah, Sarawak tidak bersetuju, bergantangan la undang-undang itu di pintu imigresen Sabah/Sarawak seperti Akta Benua 2012, yang ada sekarang macam mak lampir... Faham dah kenapa wujudnya kuasa imigresen untuk Sabah/Sarawak?

Kesimpulannya, mana-mana undang-undang yang diwujudkan oleh Parlimen , kena selari dengan kehendak Sabah, sarawak. Itu namanya equal partner..

Jangan seperti Tun, kesana kesini bercakap pasal equal partner, bila ngayat Sabah, Sarawak..tapi ada hati nak jadi Tuan. Itu equal partner ntah negara mana yang dia pakai...Israel kot?

Kena terima hakikat, dalam Malaysia, Tun hanyalah Perdana Menteri Persekutuan Malaya...Bila pergi ke luar mewakili Malaysia, barula memakai topi Perdana Menteri  Malaysia. Itu pun sebab Sabah/Sarawak memberi kebenaran kepada Persekutuan menjalankan fungsi hubungan antarabangsa bagi pihak Sabah/Sarawak.

Takde yang peliknya pasal sistem Persekutuan Malaysia ini. Perdana Menteri kt London tu pun kena minta kebenaran Parlimen Scotland untuk luluskan
peruntukan tambahan kegunaan makcik Elizbeth kita tu. Kemana tumpahnya kuah kalau x ke Malaysia?









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 11:32 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 30-7-2019 12:43 PM

Itu la sebab tetiba Tun terkeluar ayat kesatuan Malaysia..tiada Malaysia timur, Malaysia barat ..Mukhlis tetiba cakap kuasa imigresen Sabah/Sarawak tidak sesuai keharmonian Malaysia.

Minta maaf la, sanggup aku bertukar jadi tiang lampu terpacak di dataran Putrajaya tu dari mendengar cakap anak beranak ni.

Kalau Tun x nak kami keluar Malaysia, aku setuju. Tapi boleh x jangan ganggu hidup kami tu je. Tun x jejak kaki ke Sarawak pun tak kisah. Selama ini pun aku skeptikal apa sumbangan selama 22 tahun. Tun fokus jak kat Malaya, selesaikan segala masalah yang berpunca dari kebijaksanaan Tun juga. Janji Tun jangan kacau idop kiami dah. Apatah lagi nak fitnah kami.

Sampai ke PBB kami panjat, pun Tun  masih lagi nak memburukkan kami. Sedih tau Tun. Ni kes dalam video ni jaman Tun pm ke-4..jgn pula kluar skrip aku dah tua..lupa






Tapi kalau Tun bercadang nak guna kuasa darurat untuk rampas kuasa imigresen, pun sangat dialu-alukan...Tapi sebelum Tun tergerak nak buat, baca dulu apa IGC cakap pasal if kuasa imigresen Sabah/Sarawk diambil oleh Persekutuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
LGE n PH,

Which provisions in the Constitution stated that State Government must pay their debts before Federal List can be activated?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2019 03:43 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 30-7-2019 03:48 PM


Tahukah anda, pihak British telah mewariskan hak mekanisme yang dikenali "constitutional leverage mechanism"  kepada Sabah, Sarawak dalam IGC dibawah perenggan 30(2).

Mekanisme ini akan digunakan Sabah, Sarawak apabila berlakunya pindaan Perlembagaan yang dibuat oleh Parlimen dengan maksud  menjejaskan kualiti Sabah dan Sarawak.
Sarawak sedang menggunakan mekanisme ini.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 04:02 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 30-7-2019 04:05 PM

Sistem kerajaan Malaysia sekarang ini celaru, sebab bukan sistem sekarang ini yang dipersetujui seperti dalam perjanjian multileteral MA63:

Sekarang ini, pihak mana yang menwakili kerajaan Persekutuan Malaya dan pihak mana yang mewakili Kerajaan Persekutuan Malaysia pun kabur.

Adakah Persekutuan Malaya itu adalah Persekutuan Malaysia...sekiranya ia, mana dia punca kuasa yang membenarkannya? Mana warta kerajaan yang mengatakan Perdana Menteri Persekutuan Malaya adalah Perdana Menteri Persekutuan Malaysia?


Sehingga tahun 1965, Tunku sendiri masih menggunakan kapasiti sebagai Perdana Menteri Persekutuan Malaya ketika berurusan dengan Singapura.

Puas mencari jawapan kepada persoalan ini, x jumpa2..
Rakyat Sarawak serahkan kepada AG untuk menjawab..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 30-7-2019 07:25 PM

Tahukah anda...cadangan asal pembetukan malaysia adalah super-federasi. Dalam malaysia ada beberapa kerajaan federasi.

Tapi idea ini ditolak sendiri oleh Ratu Baginda...setelah mengambil kira status pendidikan penduduk Sabah/Sarawak masa tsebut masih rendah.

Selepas itu baru datang idea confederasi. Namun apa sahaja gelaran diberikan utk malaysia ..tidak pernah terpikir di hati Ratu Baginda hendak menyerahkan sabah sarawak kepada malaya. Sebab itu malaysia diwujudkan.

sekiranya memang nk serah sabah sarawak kepada malaya..malaysia tidak perlu wujudpun.serahkan sahaja sabah sarawak ke dalam Persekutuan malaya dengna menjadikan no 12 dan 13.

Tahukah anda...salah satu janji Ratu Baginda adalah tidak akan menyerahkan Sarawak ke dalam Malayan Union...Ayat Malayan Union keluar sendiri dari mulut Ratu Baginda.

Malaysia wujud bagi memastikan sabah sarawak tidak diserapkan ke dalam malaya selepas British pergi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 30-7-2019 07:49 PM



Tahukah anda nama penuh negara kita adalah Persekutuan Malaysia.

Selepas MA63 di tandatangan pada 9 julai 1963, Jabatan penerangan malaya telah mengeluarkan arahan kepada semua stesen kerajaan menggunakan Malaysia sahaja melalui arahan dalaman bertarikh 5 Ogos 1963 .

Mungkin perkara tersebut diketahui pihak British...mereka mula muskil dan pada 31 Ogos 1963 British memberi autonomi penuh kepada sabah Sarawak. Perkara ini tidak pernah dibincangkan dengan Malaya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 1.002629 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list