CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_shalom

[Tempatan] Tuntutan Pindaan Perlembagaan oleh Kerajaan Sarawak : Persekutuan Malaya+Sabah+S

  [Copy link]
 Author| Post time 8-6-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendirian rakyat sarawak senang jak..
Klu memasing2 dh x mampu menunaikan janji pbentukan malaysia.... Bubar jak.. Klu syg malaysia.. Tunaikan.. Jgn meroyan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Situasi skrg terbalik, kami yg mperjuangkan perjanjian malaysia pula dicop khianat...

Dunia mmg dh akhir zaman...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg dituntut oleh srwk skrg..patut dh selesai pada 1973....iaitu 10 tahun selepas malaysia ditubuhkn....

Bukannya selesai 60 tahun kemudian..aka skrg...

Tp tu la..selama ni  kita bdepan dng pmimpin elite malaya...yg niat asal mmg dh x berapa betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 8-6-2019 09:39 PM

Mlm ni saja ak mbebel skit.. Supaya memasing sedar.. Apa2 yg blaku kt malaysia selepas ni... Siapakah punca... Asyik kami je kena tala nk keluar malaysia.. X syg malaysia....

Ko yg dtg menawarkan cinta..ko yg dtg bsama mbawa janji..ko yg mkhianati janji...aku pula kena keji....

Umat akhir zaman...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2019 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 8-6-2019 10:40 PM

Sebenarnya ..aku seronok tgk situasi skrg..

Zmn najib.ramai ingt..najib turut sgt apa srwk minta atas faktor politik..bukan sebab tuntutan srwk tu valid dr segi undang2..

Skrg srwk dh jadi negeri pbangkang.. So dh xde alasan lg sebab politik..if putrajaya x setuju ..mahkamah ada...pilih mana satu..or nak lagi happening....UN ada..UK pun wujud lagi...


Dlm kes petronas ...lepas daddy jadi pm balik..petronas terus heret srwk ke mahkamah...slepas mahkamah persekutuan tolak pmohonan petronas. .smpai skrg sarawak masih tunggu petronas failkan kes ke mahkamah tinggi...lama dh tunggu x dtg2....gawai dh..raya pun dah.  .tunggu nk xmas lg...x juga nmpk muka...takot ?

Come on la...smpai bila2 nk blindung dibelakang daddy....dady pun makin tua. .nama jak syrt antarabangsa.


Bila srwk buat tuntutan ..korg ckp ..politik lerteeeew....bila kami nk bw ke mahkamah ke UN...korg bising..ngada2.  

Abiz nak kami bawa kes ni ke runmah tok penghulu ke..?..laki bini skrg gaduh pun cari lawyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat juga ak meroyan..

Ammmaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-6-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 10-6-2019 10:11 AM

Inilah yang berlaku kepada aktivist sabah sarawak yang mempertahankan prinsip kenapa Malaysia ni tbentuk...tp zaman PM ke-4, mereka dianggap sebagai pe jenayah..disumbat dlm penjara bawah ISA..


Agak2..apa yang terdetik dihati rakyat Sabah/Sarawak bila membaca kata2 dari seorang Perdana Menteri mcm tu? aku rasa xde penduduk Sabah/sarawak yang angkat senjata pun dh cukup bersyukur..
Kalau tahu, suatu hari nanti, pemimpin elite dari Malaya akan guna segala cara untuk menjarah minyak sabah/sarawak.....rasa2nya Malaysia ini wujud x?

ooo ya...jangan lupa...idea penubuhan syarikat cari gali kebangsaan aka Petronas datangkan dari Ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaakub..so xde la isu kami ni x nak berkongsi kekayaan..nk mcekik sorang2...

cuma x sangka..akhirnya pemimpin malaya ..bukan setakat ambik idea ..ngan kawasan laut milik sabah/sarawak yg ada sumber minyak kena kebas menggunakan  punca kuasa  perintah darurat 13 Mei ...

Masih lagi nk mengharapkan rakyat Sarawak senyum bangga seolah2 xde apa yg berlaku....korg ingat kami ni org gila ke....uhuhuhuhu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2019 09:30 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 10-6-2019 09:34 AM

Nak ungkit berapa ramai askar malaya terkorban masa konfrantasi...mcm la askar dari Sabah/Sarawak time konfrantasi tu duduk main telur jak tgk askar malaya btempur dengan komunis..
Kalau malaysia x tbentuk pun, askar malaya akan membantu Sabah/sarawak..askar sabah/sarawak akan membantu Malaya..dah itu perjanjian dikalangan negara Komanwel. New Zealand tu yg tidak tsenarai untuk membentuk Malaysia pun antar askar dorg membantu Malaysia time tu..

Nak ungkit berapa ramai cikgu dari malaya datang mengajar ke Sarawak...mcm la kami jenis tidak mengenang budi...tidak pernah berterima kasih..

tp hanya sebab korg hantar cikgu..maka kami rakyat sarawak kena mendiam diri bila melihat pemimpin elite Malaya melakukan pecabulan ke atas MA63...maka kami tidak boleh memperjuangkan hak kami yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia? aku rasa...cikgu dari Malaya  aku dulu xde ajar konsep2 tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2019 09:44 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 10-6-2019 09:48 AM

Bila baca buku ditulis Brooke...beliau pun x sangka satu hari kelak..beliau akan menjadi Rajah...Aku baru tau gelaran Rajah ni diberikan sendiri oleh kerajaan UK kepada Brooke...
X sangka pelayaran beliau ke Pulau Borneo untuk mengumpul spesimen akan mengubah status beliau..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2019 11:11 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 10-6-2019 12:38 PM
dodifarid replied at 8-6-2019 12:18 AM
Kalau malaya tak gabung dgn sabah sarawak bentuk malaysia tetap malaya boleh hidup sebagai negara me ...


Semua negara/wilayah masa tu terancam dengan pengaruh komunis, sama ada melalui ideologi mahupun penjajahan. Sekitar ASEAN ini pada masa tersebut, ancaman komunis dari kaca mata British lebih kepada penerima rakyat itu terhadap ideologi tersebut.

Singapura tu, sedikit lagi nak jatuh ke tangan parti komunis, dimana parti sosiolis yang pro komunis mendapat sokongan masa tersebut.

Sebab itu, British nak menggabungkan Singapura dengan malaya. Tapi ini akan menyebabkan populasi melayu dengan non sama ramai. Ini yang menyebabkan Tunku minta British masukkan Sabah/Sarawak sekali.

Sebelum cadangan greater Malaysia keluar dari mulut Tunku, Indonesia telah memberi jaminan tidak akan melancarkan peperangan ke wilayah serantau. Jaminan ini diberikan oleh Sukarno sendiri kepada pegawai-pegawai British yang datang ke Jakarta (if aku jumpa balik dokumen tsebut, aku tepek ke nanti untuk bacaan)

Sukarno mula merasa terancam apabila tetiba Tunku mengumumkan idea greater Malaya..kemudian setelah greater Malaya tidak disenangi sendiri oleh pemimpin Sabah/Sarawak..baru tukar greater Malaysia.Kat situ la konfrantasi bersenjata bermula dari Indonesia yg tergugat dengan pengumuman tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2019 12:20 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 10-6-2019 12:31 PM

Ini salah satu dokumen sulit yang telah dikeluarkan oleh CIA:




Tertulis kat situ, KL mengexploitasi kuasa darurat dan status Kerajaan sarawak yang merupakan  care-taker masa tersebut, untuk merampas continental shelf, sedangkan kawasan itu adalah dalam wilayah Sarawak sejak dari zaman Brooke sampai la tebentuk Malaysia 1963.
Nak tau, apa ulasan Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan tentang sikap sebenar Tunku?

Dikalangan rakyat Sarawak, sentimen anti-Malaysia, nak keluar Malaysia muncul sebaik sahaja pemimpin elite malaya sendiri yang melanggar perjanjian.



Pada tahun 1969, baru pemimpin malaya melancarkan gerakan merampas wilayah laut tsebut yang kaya dengan sumber minyak.

Kalau pemimpin Sarawak dulu, tahu inilah nasib yang terjadi kat Sarawak, ingat Malaysia wujud ke sekarang?

Sebelum Malaysia terbentuk-pemimpin dari sarawak memang dah sangsi dengan Tunku, tapi pihak British berjaya menjamin status Sarawak berserta hak-hak mereka yang akan dibuat melalui perjanjian. Tapi baik pemimpin Sarawak mahupun pegawai British, tidak menyangka pemimpin malaya sanggup melanggar perjanjian tersebut.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2019 04:15 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 10-6-2019 04:19 PM


Salah satu isu yang menjadi perdebatan adalah adakah Malaysia ini terdiri daripada 3 wilayah atau 13 negeri-negeri.

Cadangan untuk mengabungkan wilayah jajahan British di nusantara dalam bentuk kesatuan timbul selepas perang dunia kedua. Wilayah tersebut adalah Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Brunei. Ini kerana, kesemua wilayah jajahan British yang berpecah ini dilihat tidak mampu berdepan dengan China, Filipina dan Indonesia. Ia juga untuk menjamin kepentingan ekonomi British pada masa akan datang disamping mengelakkan wilayah ini jatuh ke  fahaman komunis. Pada masa yang sama, ia juga sebagai proses decolonisation oleh pihak British sendiri.

Bukan setakat Sabah, Sarawak yang memang ketinggalan dari aspek ekonomi dan infrastruktur, Malaya dan singapura yang dah maju ketika itu pun dilihat tidak mampu untuk bersaing dengan negara lain. Ini sendiri diakui oleh Tunku, " Malaya today as a nation realises that she cannot stand alone and isolation (Strait Times, 28 May 1961).

Menyedari senario tersebut, munculla idea Grand Design oleh Perdana Menteri British, MacDonald. Apa yang beliau maksudkan sebagai penyatuan atau Grand Design -5 wilayah tersebut adalah seperti berikut:

..is a Confederation between the five present territories of the Federation of Malaya, North Borneo and Brunei.

Dalam meeting yang diadakan oleh MacDonald dengan Goverrnor Sarawak pada 28 Oktober 1954..sekali lagi penyatuan : the ultimate aim was some sort of Confederation between all five Territories".

Pada masa yang, dicadangkan juga, " The Borneo territories  should be brought together first before attemping a"constitutional partnerhip with Malaya".

Pihak British juga mengambil maklum, akan sentimen masyarakat dayak ketika itu, "would not welcome any transfer of rule from British colonial servants (whom they regarded as their protectors) to malays or chinese".

Sama dengan MacDonald, Tunku juga ada idea Grand Design dia. Masa itu, dia memang dah berterus terang berkenaan kekayaan Brunei ketika itu. Sama juga seperti dia dah nampak potensi minyak di Miri. Tapi idea Grand Design dia, 4 wilayah tersebut diserap kedalam Persekutuan Malaya membentuk negara baru, aka Malaysia.

Sudah pasti la British tidak bersetuju. Bukan setakat pemimpin Sabah, Sarawak sahaja yang tidak setuju, British sendiri tidak akan  setuju sekiranya Singapura diserahkan sepenuhnya kepada Malaya.

Malahan Tunku juga ada mencadangkan Brunei dan Sarawak menyertai persekutuan manakala Sabah kekal ditadbir oleh British untuk membangunkan ekonomi dan dijadikan sebagai markas ketenteraan (Note by Lord Perth, 10 June 1960, CO 169/25(311).


Memang betul, kedaulatan Sabah Sarawak diserahkan kepada Malaysia, bukannya kepada Persekutuan Malaya. Ada perbezaan itu.

Penyerahan tersebut pun dibuat secara peletakhak (vest) atau amanah berdasarkan syarat yang telah dipersetujui, bukan serah begitu sahaja.

Ramai yang sampai sekarang mungkin tidak sedar, DUN Sabah, Sarawak dan Singapura (sebelum keluar Malaysia) adalah setara dengan parlimen. Sebab itulah Sabah, Sarawak ada jawatan Menteri sama seperti Persekutuan. Negeri-negeri lain cuma berstatus  exco sahaja. Kalau ada yang fikir Sabah, Sarawak saja suka-suka guna istilah menteri untuk exco mereka, tak dapat la nak nolong..

Kerana itu juga, DUN Singapura mempunyai kuasa untuk mengundi keluar dari Malaysia, dua hari sebelum Parlimen Malaysia membuat undian.  Kalau DUN Singapura boleh, tiada sebab kenapa DUN Sabah, sarawak tidak memiliki kuasa yang sama.

Dan, kalau DUN negeri lain mempunyai kuasa tersebut, aku rasa, Kelantan, negeri yang pertama keluar dari Malaysia. Bukannya Sarawak.


Mungkin tidak ramai yang tahu kes Kerajaan Negeri Kelantan menyaman Kerajaan Persekutuan pada  1963.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 08:20 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 7-6-2019 12:44 PM
Royalti Kelantan ganu aman2 jah diberi. Zaman bn dulu jadi duit saguhati jah. Mmg kejam bn. Kahkah ...

ya kerajaan PH ni bagus....harap harap boleh bagi kemerdekaan pada Sabah & Sarawak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2019 04:53 PM | Show all posts
Sebagai tambahan isu Ganyang Malaysia.

Memandangkan kita dah biasanya tentang kejahatan Indonesia dalam kes ganyang Malaysia, tidak salah juga kita melihat kejahatan Malaysia dari kacamata Indonesia ketika itu.

Kalau baca versi Indonesia, idea asal pembentukan Malaysia disambut baik oleh Indonesia, walaupun Indonesia berasa tidak sedap badan.

Keadaan mula tegang bila berlaku pemberontakan Azahari di Brunei, dimana beliau isithar Kalimanan Utara, Sabah, Sarawak, Manila bergabung menjadi satu negara.

Kemudian Tunku menuduh Indonesia adalah dalang disebalik kejadian itu. Jakarta marah dengan tuduhan tersebut, sebab apa yang azahari buat tu,diluar kawalan jakarta.



Sama, seperti British melihat Filipina dan Indonesia sebagai ancaman kepada koloni mereka, sama juga wilayah tersebut melihat cadangan Grand Design British sebagai ancaman kepada mereka.

Tindakan Tunku mengistiharkan greater Malaya dianggap sebagai act of bad faith oleh Indonesia.

Membaca sumber dari Indonesia, akan memberi kefahaman dari kaca mata Indonesia bahawa pengumuman yang dibuat oleh Tunku adalah dianggap sebagai tindakan provokatif Malaya.

Membaca sumber Indonesia juga memberi tahu kita bahawa Tunku pernah menimbulkan beberapa ucapan provokasi terhadap Indonesia.

Tapi untuk berlaku adil, selamat bagi aku untuk membuat kesimpulannya, konfrantasi Indonesia-Malaysia berlaku disebabkan perbuatan pramatang kedua-kedua pemimpin negara, yang masing2 bersaing untuk menjadi terhebat di Nusantara.

Kalau kedua pemimpin berfikiran matang, mengelakkan diri dari tuduh menuduh antara satu sama lain, xde la sampai berperang yang kemudian dikaitkan nak meluaskan kawasan masing-masing.

https://www.academia.edu/3610642 ... RI_BANGSA_INDONESIA

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dodifarid at 11-6-2019 05:16 PM
brownstone replied at 8-6-2019 01:42 PM
Setuju...org melanau jd KM pun ramai dah yg x puas hati...ini pula bila Sarawak merdeka nanti...
...


  Perang saudara/keganasan memang tak dapat dielakkan klu sarawak merdeka tahun 60an dgn pemerintahan sendiri..tambah pula klu ada proaksi yang terlibat, negara macam indon, malaya dan brunei tak akan berdiam diri jika berlaku pembunuhan orang muslim dlm perebutan kuasa.. Begitu juga negara filipina dan negara2 barat jika terjadi pembunuhan terhadap orang kristian..mesti ada supply senjata dari negara2 ni..

  Idea negara sarawak mungkin letak pribumi muslim sebagai presiden dan pribumi non muslim sebagai perdana menteri, atau sebaliknya..

  Situasi sarawak lebih kurang Nigeria dgn penduduk muslim dan non muslim lebih kurang sama ramai dengan suku etnik yang pelbagai.. Jika diambil Nigeria sebagai kajian kes negara Sarawak,  hubungan antara agama/etnik sentiasa panas utk merebut kekuasaan.. Pembunuhan setiap kali pilihanraya adalah perkara biasa..  

  Kumpulan2 pengganas macam boko haram dan kumpulan pengganas kristian di nigeria akan 'hidup' di negara seperti Sarawak..perebutan kuasa antara etnik yg berpanjangan akan mewujudkan negara yang tak stabil dengan ekonomi yang teruk, yang menderita adalah rakyat...  Kita patut bersyukur jadi rakyat malaysia,  jangan terlalu negatif kepada persekutuan..

  Rakyar malaya tak kisah sarawakian nak rebut hak mereka kembali tetapi jangan main isu anti persekutuan,  dan lebih bangang jangan sebut hasil bumi sarawak dicuri orang malaya, atau malaya akan miskin tanpa hasil bumi sabah/sarawak..ramai org borneo yang jahil ingat malaya langsung tak ada hasil bumi macam singapore,  dan ingat malaya ni penduduk beratus juta mcm bangladesh ke ..dah sah2 klu tanpa sabah sarawak pun pendapatan per kapita malaya akan maintain sbb rakyat hanya sekitar 25 juta..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 05:23 PM | Show all posts
so apa kata TYT Sarawak...betul ke dia nak sarawak keluar Malaysia?

TYT Sabah pulak apa citer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2019 05:23 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 11-6-2019 05:41 PM

Satu perkara yang menarik untuk dibincangkan...Apakah yang dimaksudkan dengan rakan sekutu equal partner dalam konteks pembentukan Malaysia?

Adakah ini membawa maksud Sabah, Sarawak yang equal partner dengan Persekutuan Malaya, boleh  pergi ke Malaya membawa salinan MA63, minta negeri-negeri Malaya patuh dengan telunjuk Sabah, Sarawak?

Aku rasa, belum pernah lagi dengar pemimpin Sabah, Sarawak membuat tuntutan melangkau apa yang telah dipersetujui .

Dua prinsip utama equal partner Sabah, Sarawak:

1. Bukan bermaksud Sabah, Sarawak boleh menjadi Tuan kepada Persekutuan Malaya.
2. Sebaliknya dilihat sebagai satu prinsip menjaga hak sabah, Sarawak .

Secara mudahnya, equal partner kat sini merujuk bahawa sekiranya terdapat sebarang perbincangan/cadangan melibatkan kepentingan Sabah, Sarawak, perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kedua-dua negeri tersebut.

Sama seperti Sabah, Sarawak tidak boleh menjadi Tuan ke atas Malaya, Malaya juga tidak boleh menjadi Tuan ke atas Sabah,Sarawak.

Kalau Putrajaya mempunyai hak ke atas negeri Malaya, buat seperti kebun sendiri, nak tanam apa sahaja...Tapi bila melibatkan Sabah, Sarawak, kena minta izinkan dulu kalau nak tanam buah apa.
Itu je...

Kalau ada ummah Sarawak pergi kampung korang, minta korang bagi free anak dara korg, tanah korang bersumberkan perjanjian malaysia 1963, aku izinkan korang lempang ramai2.

Ini bukti kepada equal partner tersebut, dimana sepatutnya jumlah kerusi malaya di parlimen tidak boleh melebihi 2/3, yang akan membawa kepada parlimen boleh membuat pindaan Perlembagaan ke atas kepentingan Sabah, Sarawak.


Ini adalah komposisi kerusi di parlimen berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 11-6-2019 05:23 PM
Satu perkara yang menarik untuk dibincangkan...Apakah yang dimaksudkan dengan rakan sekutu equal par ...


Kesimpulannya... Komposisi kerusi parlimen sekarang.. nk kata haram.. Kang ada yg sentap.. So ak guna ayat x sah saja la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 11-6-2019 05:23 PM
Satu perkara yang menarik untuk dibincangkan...Apakah yang dimaksudkan dengan rakan sekutu equal par ...

Kalau dah kerusi dlm parlimen subuh2 dah dipecahkan mcm tu....maknanya sistem pilihanraya malaya berbeda dengan sabah srwk...

Sebab itu dalam perlembagaan versi Ma63..SPRM malaya dengan sabah srwk patut berlainan...

Ak x tau la apa yg dtulis dalam perlembagaan versi skrg...tp klu ada pcanggahan dengan versi ma63....ma63 tu la yg diakui betul

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 7-6-2019 12:30 PM
Salah benda mnarik yg dijumpai sarawak dkm misi mendapatkan semua dokumen bkaitan di London adalah b ...

Maknanya Inggeris dah tau keburukan sekolah pelbagai aliran.. Ermm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.475541 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list