CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16133|Reply: 156

[Tempatan] warga indonesia pulang ke kampung, bawak balik milo malaysia!

  [Copy link]
Post time 3-6-2019 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KLANG - Ribuan warga Indonesia yang bekerja di negara ini khususnya di Selangor pulang ke kampung halaman menggunakan feri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Rata-rata mereka memilih perkhidmatan feri susulan harga yang berpatutan dan ingin merasai kelainan berbanding menggunakan kapal terbang.

Tinjauan Kosmo! di Terminal Penumpang dan Feri Antarabangsa Asa Niaga Harbour City di sini turut mendapati kebanyakan warga Indonesia gemar membawa pek milo sebagai 'ole-ole' pulang ke kampung.


Seorang warga Indonesia, Didi Suwito, 31, berkata, membeli sebanyak 20 pek milo untuk keluarga dan rakan sebagai minuman berbuka puasa dan Hari Raya Aidilfitri.

"Bukan tiada milo di Medan, Indonesia tetapi milo yang dipasarkan di Malaysia mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis.

"Selain itu, saya turut membawa pulang susu Anlene untuk kegunaan ibu bapa yang telah tua," katanya ketika ditemui di terminal berkenaan hari ini.

Dia yang bekerja sebagai buruh perpaipan di Malaysia sejak enam tahun lalu menjelaskan lebih gemar menggunakan feri berbanding kapal terbang.

"Kalau naik feri akan berlabuh di pelabuhan Tanjung Balai, Asahan yang jaraknya 30 minit dari kampung berbanding jarak lapangan terbang ke rumah adalah 4 jam," katanya.

Sementara itu, Miranda Minan, 30, menjelaskan ini adalah kali pertama dia bersama tiga orang anaknya berusia 3 hingga 10 tahun menaiki feri pulang beraya di Medan bagi merasakan kelainan.

"Dua tahun sekali saya akan pulang ke kampung selepas berkahwin dengan suami yang merupakan warga tempatan sejak 15 tahun lalu.

"Walaupun masa perjalanan dianggarkan empat jam setengah namun kami amat teruja," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Syarikat Kumpulan Asa Niaga, Azrin Shaari berkata, sebanyak 30,000 tiket feri untuk ke pelabuhan Tanjung Balai, Asahan dan Dumai, Indonesia telah terjual sejak sebulan lalu setakat hari ini.

"Kita menambah jumlah perjalanan sehingga enam kali sehari berbanding dua perjalanan pada hari biasa bagi menampung permintaan sepanjang musim perayaan ini.

"Satu feri boleh memuatkan 400 penumpang saja kerana kita amat mementingkan aspek keselamatan yang tinggi," katanya.

Jelas beliau, harga tiket pergi balik kekal pada kadar RM260 seorang dewasa dan RM180 kanak-kanak bagi perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai, Asahan, dan ke Dumai, Indonesia sejak terminal itu beroperasi 12 September lapan tahun lalu. - K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Strange, i rs milo Indo lagi sedap confuse plak haha , but not just Indo la, negara2 lain yg ada Milo pun i rasa lagi sedap dr Msia
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 04:29 AM | Show all posts
milo x elok sebab kaya dengan bijiran gandum koko krunch, yang elok cornflakes honey campur susu
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
milo n gula berpacket2 bawak balik sane
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cleaner kat ofis SG dulu pon sama akan bawak balik berpeket2 milo balik kampung...katanya milo kita lebih sedap dari sana...koko nya rasa lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bibik i bukan setakat bawa milo aje,
Ajinomoto pun berkg2 dia borong.
Baru tau dia ketagih aji...
Kat rumah i tak pernah ada aji ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2019 06:19 AM | Show all posts
Salam tt,

Pastinya warga Indonesia  di Selangor pulang menaiki feri, warga Bangladesh pulang menaiki pesawat dan warga Kelantan pulang menaiki helikopter ke Kampong halaman mereka......

Dan pastinya mereka membawa pulang untuk ibu bapa mereka buah tangan dan lain lain hadiah untuk keluarga tercinta. Mungkin warga Indonesia membawa Milo, warga Bangladesh membawa pulang Ovaltine dan warga Kelantan membawa pulang Horlicks. Tak kira lah itu.....  apa yang penting ialah keselamatan mereka dalam perjalanan pulang ke pangkuan sanak dan saudara mereka.

Kita hanya mampu berdoa agar mereka dapat minum minuman yang mereka bawa pulang bersama keluarga di Hari raya yang syahdu nanti....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 3-6-2019 06:19 AM
Salam tt,

Pastinya warga Indonesia  di Selangor pulang menaiki feri, warga Bangladesh pulang mena ...

Wahai abang maideen
Abangla ni iols biasa tengok depa suka beli barangan letrik di mesia .
Mahal dan tahan lama katanya berbanding di bangla sana..
Penah tengok masa nak check in..bangla semua borong lcd tiap satu sorang..
Puas ahli keluarga depa kat sana boleh tengok tv besor 60inci tu...
Lagi besor dari tv iols...kikikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 06:50 AM | Show all posts
shernazz replied at 3-6-2019 06:30 AM
Wahai abang maideen
Abangla ni iols biasa tengok depa suka beli barangan letrik di mesia .
Mahal ...

Betul tu Shernazz.....selain dari membawa pulang minuman kegemaran mereka, tenaga kerja asing di Selangor juga akan membawa pulang barangan letrik sebagai hadiah untuk keluarga mereka di Kampong.

Warga Indonesia akan membeli barangan letrik itu di Chow Kit Road atau Pasar Road, Warga Bangladesh akan membelinya di Haniffa Textiles dan warga Kelantan di Pasaraya Maydin, Selayang....

Kita dapat bayangkan kegembiraan keluarga mereka menggunakan blender untuk blend lada dan bawang dan juga untuk membuat jus jus buah buahan seperti air tembikai, air markisa dan juga air mangga.

Semua itu adalah hasil titik peloh mereka mencari rezki di Selangor.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
SG penah tgk utuber indon ni minum milo malaysia indon for comparison n they akui yg milo malaysia lagi sedap than indon
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 3-6-2019 05:38 AM
Cleaner kat ofis SG dulu pon sama akan bawak balik berpeket2 milo balik kampung...katanya milo kita  ...

Lagi 1 depa suka bawak balik emas malaysia as they said more quality than kat indon
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bwg putih pun mrk suka bwk.. Emas tu mcm senag nak sorok or tayang.. Mcm indon tpt i  tu dapat duit beli emas tiap 2 bulan walau cuma 1gram or 2 gram.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 08:25 AM | Show all posts
indon bwk balik milo, bangla bwk balik toto, nepalese bwk balik tv...ni aku sendiri nampak masa kt airport, bangla2 siap tampal gambar kt toto, risau org amik...yg nepalese pulak bwk balik tv tp kene tahan ngan kastam kt airport kathmandu...bukan sorg yg bwk balik tp ramai la
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu laa gst penting.. supaya warga2 asing ni pon kena bayar tax lebih bila mereka membeli barangan malaysia yg lebih murah dan berkualiti.. supaya pendapatan gst dapat semula ke rakyat malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 09:03 AM | Show all posts
Memang MILO Malaysia sedap berbanding negara lain. Tapi saya tak suka sangat minum MILO saya minum kopi. MILO ni kategori budak kecik kecik  yg minum kat rumah saya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 09:13 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 3-6-2019 06:04 AM
Bibik i bukan setakat bawa milo aje,
Ajinomoto pun berkg2 dia borong.
Baru tau dia ketagih aji.. ...

kat indon x de aji ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 09:14 AM | Show all posts
shernazz replied at 3-6-2019 06:30 AM
Wahai abang maideen
Abangla ni iols biasa tengok depa suka beli barangan letrik di mesia .
Mahal ...

vendor iols dr india pun sama... beli tv kat msia bw blk kg.. dowang kata tv india x up to date mcm kt sini.. tech sampai lambat kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Thn lps ada program pertukaran pljr indo dtg skolah kami. Budak2 umur 13-15 thn. Asyik order milo ais je ke kantin. Balik pun mak bpk angkat sini bekalkan milo tin dlm beg. Tak sama kot rasa nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 09:20 AM | Show all posts
iols selalu keji bibik iols kalau dia bawak balik milo

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Bibik i dulu memang selalu kirim Milo kat keluar dia kat indo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.602727 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list