CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4212|Reply: 4

Kenapa Buaya Sungai Pahang Tidak Ganggu Orang

[Copy link]
Post time 13-6-2019 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Pernah melihat kelibat Buaya Sungai Pahang?
Setiap saban tahun akan ada sahaja berita korban buaya di sungai Sarawak. Tetapi sebaliknya dengan buaya di sungai Pahang.
Pernah tak kita semua terfikir, sejak dari dulu hingga kini sungai Pahang sentiasa dikunjungi orang ramai terutama bila tiba musim kemarau, siap mereka semua berpesta cari etok-etok di air yang cetek. Memang ramai netizen yang terserempak buaya di sungai pahang tapi buaya tersebut tak mengganggu orang.
Kalau zaman dahulu, memang banyak buaya boleh ditemui di sungai-sungai di Pahang. Misalnya, buaya di sungai Triang, saiznya MasyaAllah amatlah besar, tapi yang paling menghairankan, ia tak menganggu dan membaham manusia. Bukan buaya di sungai Pahang tak suka makan daging orang, cume buaya-buaya ini sebenarnye telah di larang keras sama sekali untuk memakan orang (dengan izin Allah)
Siapakah yang melarang buaya tersebut dari membaham penduduk yang turun ke sungai di Pahange?? Adakah ia kebetulan atau….Wallahuallam.

Kehebatan ilmu orang dahulu kala dalam bab mistik dan paranormal adalah amat menakjubkan. Misalnya dalam zaman peperangan jepun dan komunis. kisah kehebatan pawang-pawang tidak dapat disangkal lagi. Pawang Kader, seorang tokoh yang disegani, namanye amat dikenali di Pahang terutama sekali di kawasan Bera, Temerloh, Jerantut dan lain-lain.
Nama diberi Haji Abdul Kader bin Haji Awang manakala ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin. Beliau dilahirkan pada tahun 1907 di Kampung Guai, Temerloh/Bera. Meninggal dunia pada tahun 1987 sewaktu berusia 80 tahun. Dari cerite lisan, beliau adalah seorang pawang besar di Pahang.
Kebolehannye dalam menjinakkan dan mengarahkan buaya-buaya di Pahang adalah amat diluar logik akal manusia. Jasa beliau turut besar dalam hal keselamatan nyawa penduduk kampung mahupun orang asli di sepanjang sungai Pahang. malah penglibatan beliau tidak dapat disangkalkan lagi.
Pernah terjadi ada seorang orang asli di Tasik Chini telah dibaham buaya dan sempat menyelamatkan diri, kemudian pawang kader telah memanggil buaya itu (dengan cara tertentu) dan kemudian yang amat menghairankan lagi buaya itu datang dan beliau menghukum buaya tersebut kerana bertindak agresif terhadap manusia. Peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian pelik itu, termasuklah mangsa yang digigit buaya tersebut.
Nama-nama seperti Pawang Kader, Pawang Nong, Pawang Ismail dan ramai lagi pawang di pahang ini mungkin tidaklah segah nama pahlawan-pahlawan terbilang yang lain. Tetapi jasa mereka kepada agama dan bangsa melayu terutamanya tak sepatutnye kite lupekan. Kisah mereka juga patut dibukukan supaye nama-nama mereka terus segar dalam ingatan sebagai orang-orang yang pernah berjasa kepada kita.
Semuga Allah tempatkan mereka-mereka semua ini bersama orang-orang yang beramal soleh dan mendapat rahmat Allah hingga ke hari kiamat. Sama-sama kita hadiahkan Al fatehah buat roh mereka.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2019 12:34 PM | Show all posts
pawang vokuru panggil buaya, buaya makan pawang vokuru
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kagum dengan ilmu orang dulu2.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok baca info nih. Xpernah terfikir pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 09:33 AM | Show all posts
baru terpikir kt pahang xpernah plak dgr buaya mkn org...slalu kt serawak je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.078687 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list