CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Penulis] POST WHAT U READ ONLINE...

[Copy link]
Post time 19-6-2019 03:20 PM | Show all posts
Padah buang kulit durian tepi jalan

KUALA LUMPUR - Gara-gara membuang selonggok kulit durian di tepi jalan, dua peniaga ditahan dan kenderaan mereka disita oleh penguat kuasa di Jalan SP1, Bandar Saujana Putra, dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah malam, baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A. Hamid berkata, tindakan dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa Cawangan Bandar Saujana Putra yang diketuai Wan Putara Noor Shahan Ngadirin selepas aduan orang ramai.

Mohamad Zain berkata, hasil intipan dilakukan, anggota penguat kuasa berjaya menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena di sekitar kawasan itu.


“Hasil soal siasat mendapati mereka menjalankan peniagaan buah durian di kawasan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihaknya juga telah mengenalpasti kesalahan lain yang dilakukan oleh pemuda berkenaan iaitu menjalankan perniagaan

tanpa kebenaran daripada MDKL.

“Peniaga ini telah dikenakan notis kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (4), Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan

Sampah Sarap MDKL 2007.

“Selain itu, barangan jualan dan kenderaan mereka juga telah disita di bawah Undang-Undang Kecil (21) (1), Undang-undang Kecil Pemungutan, Pelupusan dan Pelupusan Sampah-Sarap MDKL 2007,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga dan memelihara kebersihan pada setiap masa tanpa mengira tempat dan waktu.

“Perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia menyumbang kepada pertambahan lokasi sampah haram,’’ katanya.

Dalam pada itu Mohamad Zain berkata, pihak MDKL ada menyediakan tapak perniagaan di Jalan SP1, SP4 dan SP8, Bandar Saujana Putra bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan buah bermusim ini.

“Mereka hanya perlu membuat permohonan permit di MDKL bagi menjalankan perniagaan tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahukah anda keluarga diraja Britain ada syarat berfesyen, berikut 10 peraturan itu
Rabu, 19 Jun 2019 11:06 AM

Keluarga diraja sebenarnya terikat dengan pelbagai peraturan termasuk cara berpakaian.
MENJADI sebahagian daripada keluarga diraja adalah satu keistimewaan terutamanya kepada golongan biasa yang berkahwin dengan komuniti elit itu.

Bagaimanapun setiap keistimewaan itu datang dengan pelbagai peraturan dan tradisi yang telah diamalkan sejak berzaman - termasuk protokol berpakaian ketika berada di luar istana.

Mungkin ada yang menganggap ia perkara remeh tetapi ini adalah 10 perkara yang perlu dipatuhi kerabat diraja Britian termasuk Kate Middleton, Meghan Markle dan paling utama ia menjadi amalan Ratu Elizabeth.

Memegang beg tangan pada sebelah kiri memudahkan mereka untuk bersalaman dan melambai ke arah rakyat.

1. Beg tangan dipegang dengan tangan kiri

Menurut pakar pengkaji keluarga diraja Britian, ada sebab tertentu Ratu Elizabeth, Meghan Markle dan Kate Middleton memegang beg tangan mereka menggunakan tangan kiri.

Ia bagi membolehkan tangan kanan mereka sentiasa bersedia untuk melambai ke arah rakyat termasuk bersalaman dan ia peraturan yang perlu diikuti.

Diana dan Meghan pernah melanggar peraturan dan memakai seluar ketika menghadiri acara bersama rakyat.

2. Ratu Elizabeth tidak gemar memakai seluar

Ratu Elizabeth lebih gemar memakai skirt atau gaun berbanding seluar dan peraturan itu juga perlu diikuti kerabat yang lain.

Bagaimanapun mendiang Puteri Diana dan Meghan Markle beberapa kali dilihat melanggar peraturan ini ketika menghadiri majlis rasmi.

3. Tidak boleh terlalu seksi

Bagi menjaga kesopanan, pakaian seksi tidak dibenarkan dalam sebarang majlis rasmi, malahan pemakaian skirt juga perlu mengikut potongan dan gaya tertentu.

Menurut laporan Harper Bazaar, skirt yang dipakai tidak boleh melebihi tiga inci daripada lutut.

Gaun Diana mendapat kelulusan daripada Ratu Elizabeth.

4. Ratu Elizabeth perlu bersetuju dengan pilihan baju kahwin

Jika anda seorang kerabat atau berkahwin dengan golongan itu, baju kahwin yang dipilih perlu ditunjukkan kepada Ratu Elizabeth terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuannya.

Sekiranya beliau tidak bersetuju maka anda perlu mencari pillihan lain.

5. Pengilat kuku berwarna tidak dibenarkan

Pengilat kuku berwarna sama sekali tidak dibenarkan dan hanya boleh menggunakan pengilat rona natural sahaja.

Ratu Elizabeth membawa beg tangan sebagai alat informasi kepada kakitangannya.

6. Beg tangan adalah 'senjata' rahsia Ratu Elizabeth

Jika anda perasan Ratu Elizabeth tidak pernah berenggang dengan beg tangannya. Selain pelengkap gaya, ia sebenarnya digunakan untuk memberi signal kepada kakitangannya.

Sebagai contoh, jika beliau sudah bersedia untuk meninggalkan meja makan malam, Elizabeth akan meletakkan beg tangannya di atas meja.

Persalinan hitam perlu sentiasa dibawa sekiranya berlaku kematian.

7. Persalinan hitam wajib dibawa sekiranya ke luar negara

Antara peraturan yang diwajibkan kepada semua kerabat diraja Britian, setiap kali mereka berkunjung ke luar negara mereka perlu membawa bersama persalinan berwarna hitam.

Ia sebagai persediaan sekiranya mereka mendapat perkhabaran kematian ahli keluarga dan dengan itu mereka sudah bersedia untuk memakai pakaian hitam sekembalinya ke England.

Kasut baji hanya dibenarkan sekiranya tanpa kehadiran Ratu Elizabeth.

8. Kasut baji (Wedges) dilarang

Anda mungkin pernah melihat foto Kate Middelton sedang bermain bola tampar memakai kasut wedges tetapi awas jika Ratu Elizabeth berada di situ!

Antara peraturan berfesyen di istana, golongan wanita dilarang memakai kasut jenis itu terutamanya dengan kehadiran Ratu Elizabeth.

Kate mengenakan topi berbulu.

9. Jangan pakai jaket berbulu

Pada abad ke-14, Raja Edward III pernah bertitah tiada siapa dibenarkan memakai jaket berbulu termasuk golongan diraja dan menggunakan material itu pada topi dan sarung tangan.

Wanita dalam keluarga diraja hanya digalakkan untuk tampil dengan solekan dan gaya rambut ringkas.

10. Solekan nipis, gaya rambut ringkas

Wanita golongan diraja tidak dibenarkan berhias berlebih-lebihan, sebaliknya hanya tampil di khalayak ramai dengan mengenakan solekan tipis dan gaya rambut yang ringkas dan kemas. - COSMOPOLITAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2019 08:01 AM | Show all posts
Kat Bod CI


BUDAK perempuan berusia dua tahun maut akibat parah di kepala terkena kipas siling selepas dilambung sepupu lelakinya yang berusia 25 tahun.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku Ahad lalu di rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, Ampang lebih kurang 10 malam.

Katanya, ketika kejadian suspek berkenaan melambung mangsa yang sedang menangis ketika bermain bersama.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa bersama abangnya yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan itu membawanya ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.57 malam keesokan harinya oleh pihak hospital dan mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noor Azmi berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat parah di kepala kerana hentakan trauma objek tumpul.

Katanya, bapa mangsa kemudian membuat laporan dan polis menahan lelaki berusia 25 tahun di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kira-kira 1.15 tengah hari semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan,” katanya.

Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@mediaprima.com.my
IMG_20190619_204756.jpg(40.93 KB, Downloads: 0)





Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:58 AM | Show all posts
Lelap siang bermanfaat
Nurul Husna Mahmud

RAMAI beranggapan tidur sebentar pada waktu siang adalah tabiat buruk atau dikaitkan dengan sikap malas, sedangkan tabiat lelapkan mata seketika iaitu sekitar 15 minit hingga ke 30 minit boleh mengembalikan kecergasan jasmani dan mental sebelum menyambung semula rutin harian.

National Sleep Foundation Amerika Syarikat menggalakkan amalan tidur sedemikian yang dipraktikkan beberapa tokoh negara itu seperti John F Kennedy,

Ronald Reagan, Albert Einstein, Thomas Edison dan George W Bush selain Napoleon.

Organisasi berkenaan menyarankan tidur bagi tempoh singkat pada waktu siang kerana ia membantu mempertingkatkan mood baik, fokus dan prestasi harian individu berkenaan.

Meskipun dalam kajian saintifik menyenaraikan manusia tergolong dalam kumpulan mamalia yang mengamalkan pola tidur monofasa iaitu hanya tidur pada sebelah malam berbanding beberapa kali tempoh lelap yang menjadi amalan 85 peratus spesies mamalia lain.

Namun, melihat pada situasi hari ini iaitu gaya hidup masyarakat yang kian sibuk membuatkan kualiti tidur terjejas hingga mempengaruhi kesihatan dan prestasi harian mereka.

Malah, sebilangan besar individu mempunyai dua hingga tiga pekerjaan sehari selain mereka terbabit dalam industri berat ataupun tempoh bekerja lebih sembilan jam.

Maka, dengan memperuntukkan masa untuk tidur sekejap itu, mereka dapat mengelak risiko kemalangan akibat keletihan atau tidur tidak mencukupi.

Kebelakangan ini, makin banyak berlaku kes kemalangan disebabkan mangsa terlelap seketika sewaktu bekerja atau memandu. Keadaan ini dipanggil ‘tidur mikro’ dan ia biasanya berlaku pada orang yang memandu dalam jarak jauh, ditambah faktor lain seperti waktu pemanduan, keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu, bentuk dan permukaan jalan raya serta keadaan cuaca boleh mengundang rasa mengantuk.

Keadaan ketika itu juga dipanggil ‘shut down’ kerana segala input daripada deria penglihatan dan pende-ngaran sudah tidak dapat diproses otak meskipun dalam keadaan mata terbuka.

Malah sebelum ini, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr S Ravih pernah menerangkan kepada Bernama mengenai tidur mikro boleh terjadi tanpa amaran dan antara penyebab sering berlakunya kemalangan di jalan raya kerana apabila badan keletihan, otak akan tertidur selama beberapa saat, walaupun mata anda terbuka dan tangan memegang stereng.

“Jangan paksa diri untuk terus memandu dalam ke-adaan badan letih dan mata mengantuk. Berhentilah di mana-mana tempat selamat dan lelapkan mata sebentar. Lima minit pun cukup atau berhenti setiap dua atau tiga jam jika pemanduan jarak jauh,” katanya.

Justeru amalan tidur seketika pada waktu siang boleh memberi manfaat kepada kualiti hidup pengamalnya.

Dalam kajian dijalankan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) terhadap juruterbang tentera yang mengantuk dan angkasawan, mendapati bahawa tidur selama 40 minit mempertingkatkan prestasi sebanyak 34 peratus selain daya fokus sehingga 100 peratus.


BOLEH mengurangkan risiko kemalangan.
Beberapa tip dapat tidur siang yang berkualiti

Tidur singkat biasa-nya disyorkan 20 hingga 30 minit. Tidur dalam tempoh ini mengelakkan rasa pening dan pada masa sama tidak mengganggu tidur malam anda.

Pastikan tempat tidur selesa dan menenangkan.

Ini merujuk ruang yang tidak bising selain tidak terlalu terang.

Pastikan tempoh anda tidur itu tidak terlalu awal ataupun terlalu lewat kerana dikhuatiri menjejaskan kualiti tidur yang sihat.

Amalan tidur singkat boleh dibezakan kepada tiga jenis iaitu

Tidur Singkat Terancang - yakni menutup mata sebelum rasa mengantuk. Teknik ini biasanya diguna apabila individu berkenaan perlu bangun lebih awal

daripada kebiasaan dan biasa-nya untuk elak rasa letih pada tempoh berikutnya.

Tidur Singkat Kecemasan - biasanya terjadi apabila individu tiba-tiba rasa keletihan keterlaluan dan tidak dapat meneruskan aktiviti yang sedang dilakukan ketika itu. Biasanya sering dilakukan pemandu dalam perjalanan jauh atau mereka yang bekerja dalam syif atau industri berat termasuklah ketika mengendalikan mesin berbahaya.

Tabiat Tidur Singkat - -biasanya individu yang kerap lelap pada waktu sama setiap hari. Contohnya, kanak-kanak yang masih kecil tidur pada waktu tengah hari atau golongan dewasa yang lelap seketika selepas menikmati makan tengah hari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 11:53 AM | Show all posts
Apple timbang pindah pengeluaran dari China ke Malaysia

BENGALURU: Apple Inc meminta pembekal utamanya untuk menilai implikasi kos untuk memindahkan 15-30 peratus keupayaan pengeluaran mereka dari China ke Asia Tenggara, ketika mana ia bersiap sedia menyusun semula rantaian bekalannya, demikian menurut laporan Nikkei Asian Review Rabu.

Permintaan Apple itu susulan pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, tetapi resolusi perdagangan tidak akan membawa kepada perubahan dalam keputusan syarikat, kata Nikkei yang menyebut beberapa sumber.

Pengeluar iPhone itu memutuskan risiko bergantung kepada pembuatan di China adalah terlalu besar dan bahkan meningkat, katanya.

Pemasang utama iPhone, seperti Foxconn; Pegatron Corp; Wistron Corp; pengeluar utama MacBook, Quanta Computer Inc; pengeluar iPad, Compal Electronics Inc; dan pengeluar AirPods, Inventec Corp, Luxshare-ICT dan Goertek diminta untuk menilai opsyen di luar China, kata Nikkei.

Negara-negara yang dipertimbangkan termasuk Mexico, India, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

India dan Vietnam adalah antara destinasi pilihan dalam kalangan pengeluar telefon pintar, kata Nikkei, memetik sumber-sumber yang tidak mahu dikenal pasti.

Minggu lalu, Foxconn berkata ia mempunyai kapasiti yang mencukupi di luar China untuk memenuhi permintaan Apple di pasaran Amerika sekiranya syarikat itu perlu menyesuaikan barisan pengeluarannya, ketika mana Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import China bernilai AS$300 bilion.

China adalah pasaran utama Apple, selain pusat pengeluaran utama perantinya.

Lebih 30 individu daripada pasukan kajian perbelanjaan modal Apple merundingkan rancangan pengeluaran dengan pembekal dan kerajaan berhubung insentif kewangan yang boleh ditawarkan untuk menarik perhatian Apple, kata laporan itu.

Batasan waktu tidak ditetapkan untuk pembekal memuktamadkan cadangan perniagaan mereka, kata Nikkei, sambil menambah ia akan memakan masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk memulakan pengeluaran setelah memilih lokasi.

Apple dan Foxconn tidak segera memberi maklum balas kepada permintaan untuk memberi ulasan berhubung laporan itu. - Reuters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
12 Orang Asli dirawat, 7 positif demam campak.
RABU, 19 JUN 2019 @ 2:31 PM

KUALA TERENGGANU: Seramai 12 orang masyarakat Orang Asli kini dirawat dengan pertambahan dua kes baharu dirujuk ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) semalam disebabkan mempunyai tanda-tanda jangkitan pernafasan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh, berkata kes pertama membabitkan seorang perempuan berumur 32 tahun berasal dari Kampung Kuala Koh diperiksa pasukan kesihatan daerah dan dirujuk ke HHT untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang lagi adalah lelaki, berumur 22 tahun juga berasal dari Kampung Kuala Koh yang datang sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kedua-dua kes berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai tujuh orang disahkan positif measles atau demam campak.

Beliau berkata, pihak jabatan kesihatan negeri mengambil langkah kawalan dan pencegahan dengan tindakan pemantauan dilaksanakan secara harian oleh kakitangan pasukan perubatan Klinik Kesihatan Tengkawang dan pasukan kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu bagi mengesan kes baru.

“Usaha untuk melengkapkan profil penduduk dengan mengenalpasti status imunisasi dan tahap pemakanan penduduk terutama kanak-kanak di perkampungan Orang Asli akan dipertingkatkan dengan kerjasama PKD Hulu Terengganu.

“Malah kita juga akan memastikan semua orang asli di kawasan tersebut mendapat suntikan

imunisasi bagi tujuan pencegahan penyakit demam campak,” katanya.

Dr Mohd berkata, pihak jabatan kesihatan negeri ingin memaklumkan bahawa kejadian demam campak dalam kalangan orang asli di Terengganu adalah terkawal dan orang ramai diminta tidak khuatir mengenai kejadian yang sedang berlaku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2019 12:25 PM | Show all posts
MH17 charges: Russia slams investigation, says not a shred of concrete proof

PETALING JAYA: The Russian Foreign Ministry has expressed regret for being the target of "completely unfounded" accusations on its alleged involvement by the team investigating the Malaysia Airlines MH17 flight crash.

The ministry, in a statement issued through the Embassy of Russia in Malaysia, said the unfounded accusations were intended to discredit it in the eyes of the international community.

It added that the Joint Investigation Team (JIT) did not produce a single shred of concrete evidence to back up its "groundless statements".

"The JIT continues to put forward not entirely reasonable arguments, some of which are based on dubious information sources.

"Meanwhile, the data submitted to the investigation by Russia continues to be wilfully ignored.

"Moreover, the JIT representatives accuse Russia of withholding full cooperation.

"We categorically deny such accusations," it said in a statement on Thursday (June 20).

It added that Russia had been very keen in finding the truth and has been willing to help with the investigations in every aspect from day one.

Russia also said it had actively cooperated with the Netherlands and presented all information it had on the MH17 crash.

It added that Russia's relevant agencies had also carried out "an enormous amount of unprecedented work" from declassifying information on Russian military equipment and conducting a meticulous experiment in collaboration with weapons maker Almaz-Antei, to providing primary radar data and documents showing that the missile that downed the Malaysian plane belonged to Ukraine.

It also released precision expert analysis proving that the video clips supporting the JIT's conclusions were fabricated.

"Moreover, Russia had suggested working together from the outset.

"Instead, international investigators excluded Russia from full participation in the JIT, reducing Russian efforts to a secondary role," it said.

Russia also said the JIT made Ukraine a full participant in the investigation, and allegedly gave it an "opportunity to falsify evidence and completely evade responsibility" for failing to close its air space.

"Under the circumstances, we continue to raise justified questions about the quality of the JIT's performance.

"All this confirms the apprehensions we voiced earlier regarding the biased, one-sided nature of the inquiry.

"Nevertheless, the Russian Federation will continue assisting the investigation so that the truth about the MH17 crash is established and the real culprits are duly punished," it said.

On Wednesday (June 19), international investigators charged four people with murder over the shooting of MH17 which killed 298 people.

They are Russian nationals Igor Girkin, Sergey Dubinskiy and Oleg Pulatov, and Ukrainian Leonid Kharchenko.

On July 17, 2014, flight MH17 was shot down over Ukraine after departing Amsterdam for Kuala Lumpur.

According to official information, the plane was carrying 193 Dutch, 43 Malaysian, 38 Australian, 12 Indonesian and 10 British passengers, as well as one from New Zealand.


Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... F8EeZIe8oOa0htaw.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
The Tree That Might Have Inspired Dr. Seuss' 'The Lorax' Has Died

By Yasemin Saplakoglu, Staff Writer | June 18, 2019 02:18pm ET



The tree thought to have inspired Dr. Seuss's story "The Lorax" dies.
Credit: City of San Diego



A Monterey cypress (Cupressus macrocarpa) that is thought to have inspired the Truffula trees in Dr. Seuss' "The Lorax" has fallen, according to news reports.

The shaggy tree was thought to be around 100 years old, according to Tim Graham,spokesman for the San Diego Parks and Recreation Department. It lived not in Truffula Valley, but rather in the arguably less-colorful Ellen Browning Scripps Park looking out over the coast of La Jolla, California, part of San Diego.

Advertisement

And rather than going out with a "THWACK!" at the hands of a Super Axe Hacker, this zany tree fell down. [Gallery: Oldest Living Things in the World]


Dr. Seuss' Lorax Inspiration


The lone Monterey cypress tree, known to locals as the "Lorax tree," was visible to Theodor Seuss Geisel, aka Dr. Seuss, from his mountaintop home in La Jolla, where he lived from 1948 until he died in 1991, according to the La Jolla website. It was at that mountain home that he wrote many of his books, including "The Lorax" (Random House), which was published in 1971.

Advertisement

"The Lorax" follows a monkey-like, mustached creature trying to defend the Truffula trees from corporate greed. This "speaker of the trees" was also likely inspired by a real-life observation, in this case the long-limbed patas monkeys that Geisel saw while on safari in Kenya, according to a previous Live Science report.

Graham told Live Science that it's unclear why the tree fell (they have a call in for the Lorax to speak for this tree). The tree was older, as far as this species goes, "but the arborist said that overall the tree was in good shape," he said.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 10:23 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas penyakit jantung.

                              Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 menderita pelbagai isu kesihatan mental.
Cuma yang malangnya, masih ramai tidak faham mengenai penyakit ini terutamanya dari segi istilah 'kecelaruan mental lazim', punca serta akibat yang mungkin berlaku di samping mengenal pasti gejala awal penyakit mental yang utama.
Dalam masa yang sama masih wujud stigma yang menebal berkait dengan penyakit mental dari sudut budaya yang dibentuk oleh kepercayaan karut serta tanggapan salah.
Tanggapan yang negatif ini sering kali membuatkan pesakit yang menghidapi penyakit mental, menderita dalam senyap.
Mereka juga sering dipulau masyarakat dan harapan untuk diterima kembali sebagai anggota masyarakat adalah tipis, justeru menyukarkan lagi pemulihan mereka.
Sementara ada yang menyamakan penyakit mental dengan "gila", terdapat juga pihak yang tidak dapat mengenal pasti gejala penyakit itu.
Sebenarnya, penyakit mental adalah penyakit perubatan.
Ia melibatkan bukan sahaja gangguan pada fungsi otak tetapi juga boleh menjejaskan pemikiran seseorang, emosi serta tingkah laku di samping berdepan dengan kehilangan keupayaan.
Dr Michael Ang Jin Kiat, pakar sakit jiwa dan pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia berkata penyakit itu boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan yang biasa terjadi termasuk skizofrenia, kecelaruan kemurungan yang keterlaluan dan kecelaruan bipolar.
"Skizofrenia adalah penyakit mental yang mencetuskan halusinasi dan delusi. Halusinasi merujuk kepada pengamatan deria tanpa rangsangan sementara delusi pula adalah kepercayaan palsu yang tidak dikongsi seseorang daripada latar belakang sosio-budaya yang sama.
"Jenis halusinasi yang biasa ialah halusinasi bunyi yang dikenali sebagai 'paracusia', persepsi bunyi tanpa rangsangan luar yang boleh dikenal pasti, " kata beliau pada bengkel "First Aid for Mental Health Emergencies" yang diusahakan oleh Pfizer Malaysia di sini baru-baru ini.
Ketika menyampaikan kertas kerjanya bertajuk "Understanding Mental Illness" Dr Ang turut menyatakan di peringkat global, sekitar 40 peratus pesakit yang menderita skizofrenia cuba membunuh diri sementara 10 peratus lagi mati akibat bunuh diri.
Menjelaskan mengenai kecelaruan kemurungan yang keterlaluan, beliau berkata penyakit itu berkait rapat dengan perasaan sedih, rasa tidak berguna atau bersalah yang boleh membuatkan seseorang hilang minat untuk melakukan kegiatan yang biasa dilakukannya.
"Kemurungan boleh membuatkan seseorang itu menukar corak pemakanan serta tabiat tidur, berasa letih, lembap dalam berfikir dan bergerak juga tidak boleh fokus.
"Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa dan ia bukan tanda kelemahan. Bagaimanapun kegagalan untuk merawat penyakit ini mungkin boleh menjurus kepada perasaan untuk mati dan cuba membunuh diri, " jelasnya.
Beliau yang juga menyentuh mengenai kecelaruan bipolar yang turut dikenali sebagai "penyakit kemurungan manik" berkata penyakit itu mungkin mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan emosi yang melampau, dan menyebabkan perubahan luar biasa mood, tenaga, tahap kegiatan serta kemampuan untuk melakukan tugas harian.
Sementara itu, Profesor Madya Dr Ng Chong Guan, Perunding Pakar Sakit Jiwa Pusat Pakar Universiti Malaya (PPUM), berkata penyakit mental semakin ketara di negara ini dan perlu diberi perhatian serius.
Usaha untuk menangani isu ini juga berdepan dengan cabaran yang besar memandangkan bilangan pakar sakit jiwa yang tidak mencukupi.
Sehingga Mac 2017, terdapat hanya 381 pakar sakit jiwa di negara ini, iaitu Kementerian Kesihatan (207), Universiti Awam (84), Universiti Swasta (22), Pasukan Tentera (5) dan Sektor Swasta (63).
Menurut beliau, lazimnya nisbah untuk pakar sakit jiwa ialah seorang bagi setiap 10,000 orang penduduk tetapi di Malaysia, nisbah ini ialah 1 dalam 100,000 orang penduduk.
Apa yang lebih membimbangkan ialah semakin ramai anak muda yang menghidap penyakit ini.
"Masalahnya sekarang lebih rumit kerana ia mungkin berkait dengan dadah, kes buli dan isu lain (melibatkan anak muda) berbanding sebelum ini yang hanya berkisar kepada kerisauan dan tekanan, " katanya.
Beliau menambah secara amnya, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia menderita keadaan kesihatan mental yang tertentu.
Meskipun ia boleh dirawat untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dengan menjalani rawatan yang tertentu, ia juga boleh menjadi buruk apabila sampai kepada peringkat serius dan tidak dirawat dengan sewajarnya, jelas Dr Ng.
Oleh yang demikian, beliau berpandangan perlu ada usaha untuk mendidik masyarakat agar dapat mengesan penyakit mental di peringkat awal di samping menjaga kesihatan mental mereka.
"Orang ramai mempunyai peranan untuk mencegah penyakit ini.  Kita boleh mengesan mereka di sekeliling kita yang mungkin berperangai lain daripada biasa dan cuba membantu serta menyokong mereka mendapatkan rawatan.
"Kebanyakan orang yang mempunyai kecelaruan mental sedar ada sesuatu yang tidak normal dalam diri mereka tetapi jarang sekali mereka mengaitkannya dengan sakit mental.
"Untuk menyedapkan hati mereka akan ambil ubat penghilang kesakitan daripada mendapatkan penilaian kesihatan yang betul dan mendapatkan rawatan daripada pakar sakit jiwa, " jelasnya.
Menurut Dr Ng, antara hospital yang mempunyai khidmat rawatan psikiatrik di Malaysia termasuk Hospital Bahagia, Hospital Permai, Hospital Mesra dan Hospital Sentosa.
Unit psikiatrik juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:34 AM | Show all posts
THE QS World University Rankings have just been released. Again, we fall back on the pattern of edifying these rankings and celebrating Malaysian public institutions’ placements in them.

There is in fact no value to such rankings. The question is, how is the QS Ranking, or any other university ranking, an accurate measure of quality?

It is akin to assessing the quality of a fruit by the colour of its skin.

There is a bias to it, which is why Western institutions always rank highly, because 40 per cent of the assessment is “academic reputation” (for the QS Ranking), which leaves most institutions in the shadows.

It’s a sorry state of affairs, but the reality is that there is influence in these rankings. Most local newspapers and local universities publish these rankings on their websites and social media sites.

This perpetuates the myth of accuracy in assessment, where there is none.

The reason for this inaccuracy, is that most university rankings use faculty-student ratio and, peer review teaching, which would lead to the conclusion that it is a myopic viewpoint of what real education is.

These rankings, for the most part, are glamorised. They are an easy-to-refer basis of education quality.

For students seeking the best standards, however, these rankings are limited in their assessment, as they are based on research output.

This means that all institutions, which want to have a higher place in the rankings, would churn out research, much like factories producing goods.

The aim of education, which is to educate and learn, is lost. Yet these rankings are trusted and looked at as the gospel truth.

PARVEEN KAUR

Member, KL Bar, and UKM Faculty of Law alumnus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 11:08 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasar untuk mengeksport 43,000 tan durian ke China tahun ini, didorong langkah kerajaan republik itu meluluskan import durian sejuk beku dari Malaysia bermula 30 Mei lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, berkata kelulusan itu berbeza dengan sebelum ini, yang mana Malaysia hanya dapat mengeksport dalam bentuk pulpa durian dan pes beku ke China.

Katanya, perkara itu dicapai sewaktu lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke China tahun lalu, sehingga berjaya memeterai protokol baharu dengan kerajaan negara berkenaan dan mula dilaksanakan pada akhir bulan lalu.

“Sebelum ini, Malaysia hanya mengeksport 23,000 tan durian ke China setahun dan selepas kelulusan import terbaharu ini, kita menyasar untuk mengeksport 43,000 atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan import buah itu di China tahun ini.

“Jumlah ini mungkin kecil dibandingkan dengan Thailand, namun kita tidak mementingkan kuantiti tetapi kualiti kerana Malaysia mengeksport durian premium ke China untuk pasaran khusus, bukan untuk pasaran ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Persidangan Usahawan Malaysia-China (MCEC) 2019 dan Persidangan Usahawan Muda Malaysia-China (MCYEC) 2019 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai.

Tze Tzin dalam satu kenyataan di Facebooknya baru-baru ini memberitahu bahawa Pentadbiran Am Kastam China sudah meluluskan pengimportan durian sejuk beku bermula 30 Mei lalu menerusi satu perjanjian yang ditandatangani pada Ogos lalu.

Mengulas lanjut, beliau menggesa semua pekebun durian di Malaysia supaya mengambil peluang ini dengan mengeksport durian ke pasaran China bagi meningkatkan lagi pendapatan mereka.

“Selain hanya mengeksport durian, mereka juga boleh cuba mempelbagaikan produk berasaskan durian seperti aiskrim, kek atau kopi,” katanya.

MCEC 2019 yang akan berlangsung pada 12 Oktober depan dijangka akan dihadiri seribu usahawan dan pegawai kerajaan dengan hampir separuh dari China dan negara ASEAN lain.

Antara topik yang akan menjadi perhatian pada persidangan itu ialah mengenai ekonomi digital, keusahawanan muda, kebudayaan, kesihatan dan eko pelancongan serta inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

https://www.bharian.com.my/bisne ... tan-durian-ke-china

Pesta durian!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 11:30 AM | Show all posts
Trader loses RM10k buying ruby to bomoh scam

KUANTAN (Bernama): A retail shop trader suffered losses of RM10,000 after falling prey to an Indonesian bomoh to purchase a ruby gem, which was claimed to be the ‘mother of all money’.

Kuantan deputy police chief, Supt Kama Azural Mohamed said the 43-year-old victim bought the gemstone on May 25, while he and his wife met the suspect for treatment.

He said the 46-year-old suspect showed the victim a tin filled with RM100-note and offered the ruby which claimed to be able to double the money.

"The victim got swayed and bought the ruby. The suspect later gave the gemstone with four biscuit tins, claiming it would be filled with money in a certain period of time. The suspect also told the victim not to open the tins within six days.



Police raided the suspect’s rented house and found a homemade firearm and seized 15 gemstones, seven television sets of various brands, two handphones, RM100 and RM50 notes amounting to RM5,800 and several old coins.

The suspect, whose permit to stay in Malaysia had expired, was remanded for 14 days since June 15, he said. - Bernama


Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... rIfbTuSEeXWqpQTw.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca pasal ni


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 02:05 PM | Show all posts
                Seorang lagi Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu
            
                                                                        Nur Fazlizai Ali, Astro Awani |                                                 Jun 17, 2019 12:23 MYT                                   
                                                                                                                                                            [url=whatsapp://send?text=Seorang+lagi+Orang+Asli+Sungai+Berua+dimasukkan+ke+Hospital+Hulu+Terengganu%20http://www.astroawani.com/berita ... u-terengganu-210239][/url]

               
            
            
                                                                                                                                                                                Mangsa ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu. - Gambar hiasan
                           
                                                               
KUALA TERENGGANU:  Seorang lagi masyarakat Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu kerana dikuatiri mempunyai tanda-tanda jangkitan pada saluran pernafasan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata lelaki yang berusia 29 tahun itu dikesan kira-kira jam 2.57 pagi Isnin, katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.                                                

Katanya mangsa ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Menurut Mohd lagi, mangsa yang mempunyai pertalian dengan Orang Asli, Kuala Koh, Kelantan itu  mengalami batuk selama tiga hari.

Jelasnya sehingga kini seramai 10 masyarakat Orang Asli masih menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Menerusi jumlah itu lapan mangsa terdiri daripada Orang Asli Kuala Koh manakala dua lagi penduduk dari Kampung Sungai Berua.                                                

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesak nafas: 14 lagi sekolah di Pasir Gudang ditutup.
Jun 23, 2019 (Dikemaskini Jun 23, 2019)

Sebanyak 14 lagi sekolah di kawasan Pasir Gudang akan ditutup selama empat hari bermula esok.

Kesemua sekolah berkenaan dalam jajaran arah angin enam kilometer dari Sekolah Agama Taman Mawar, sekolah pertama terjejas dalam insiden sesak nafas melibatkan muridnya pada Khamis.

Penutupan itu menjadikan jumlah sekolah yang akan ditutup sebanyak 17 termasuk tiga yang telah diarahkan tutup semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata penutupan selama empat hari sehingga Khamis (27 Jun) itu akan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Dahlia, SK Taman Cahaya Masai, SK Felda Cahaya Baru, SK Kong Kong Laut, SK Taman Nusa Damai, SK Kopok dan SK Kota Masai 3.

Turut tertutup SK Taman Cendana, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang, SMK Kota Masai dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Pasir Gudang, SK Taman Scientex dan SMK Taman Scientex.

“Turut terlibat sama adalah institusi pengajian awam, sekolah-sekolah agama kerajaan Johor, semua pra sekolah dan tadika,” katanya dalam sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Mohd Khuzzan berkata keputusan menutup sekolah yang melibatkan 20,108 murid itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga selepas terdapat kejadian sesak nafas dan muntah-muntah dilaporkan lagi di kawasan itu, pada pukul 11 pagi tadi.

Katanya, dalam kejadian terbaharu itu, pihak bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telah membuat saringan ke atas pelajar-pelajar yang dikesan awal mengalami gejala sesak nafas dan mual.

“Sehingga pukul 3.30 petang, seramai 13 mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail dan berada dalam keadaan stabil dan 49 orang lagi menerima rawatan di klinik sementara di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan klinik kesihatan Pasir Gudang,” katanya.

Katanya, sehingga kini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama agensi-agensi lain sedang berusaha untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kita ke arah fokus (skop siasatan) yang lebih kecil lagi sekarang untuk melihat punca-puncanya, jadi Insya Allah nanti bila kita ketemu, kita akan maklumkan.

“Lagipun, ujian darah mangsa setakat ini menunjukkan semuanya negatif. Normal sahaja, tiada tunjuk kesan toksik,” kata beliau.

Mohd Khuzzan berkata pihaknya mendapati kebanyakan pelajar yang terjejas adalah mereka yang berada di tingkat tiga dan empat bangunan sekolah termasuk dalam kes Khamis lepas,” katanya.

- Bernama -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 05:51 AM | Show all posts
baru abis baca wiki

The Licked Hand

The Licked Hand, known sometimes as The Doggy Lick or Humans Can Lick Too,[1] is an urban legend popular among teenagers. Like many urban legends, it has several versions, and has been found in print as early as February 1982 - Story "Bedtime for Sam." by DB Martin in ebdb books and was credited in two films.

Plot
A young girl is home alone for the first time with only her dog for company. Listening to the news, she hears of a killer on the loose. Terrified, she locks all the doors and windows, but either the basement window or some other window in the house will not lock, and goes to bed, taking her dog to her room with her and letting it sleep under her bed. She wakes in the night to hear a dripping sound coming from the bathroom. The dripping noise frightens her, but she is too scared to get out of bed and find out what it is. To reassure herself, she reaches a hand toward the floor for the dog and is rewarded by a reassuring lick on her hand. The next morning when she wakes, she goes to the bathroom for a drink of water only to find her dead, mutilated dog hanging in the shower with his blood slowly dripping onto the tiles. On the shower wall, written in the dog's blood, are the words "HUMANS CAN LICK, TOO."

Other story variations feature a nearsighted old woman rather than a young girl. The fate of the dog also varies, from the dog simply being hanged to it being skinned, disembowelled, or otherwise mutilated. The message is sometimes written on the floor or on the bathroom mirror rather than on the wall. Some versions include the parents' return and their discovery of the killer hiding elsewhere in the house, frequently the basement, the girl's bedroom closet, or under her bed. In other versions, the girl's parents arrive back in the morning and ask if their daughter had a good night. When she tells them that her dog had kept her calm by licking her hand, she is told that the dog in question had been locked either in the basement or outside.



https://en.wikipedia.org/wiki/The_Licked_Hand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2019 10:08 AM | Show all posts
                       All schools in Pasir Gudang district ordered to close for three days (updated)              

            
  • Nation
  •             
                    Monday, 24 Jun 2019                           
                                 10:27 PM MYT                        



            

                                                   
                    
                                JOHOR BARU: All educational institutions in Pasir Gudang district have been ordered to close for three days following chemical pollution in the area.
There are 475 education institutions in Pasir Gudang registered with the state Education Department, comprising 111 primary and secondary schools, three higher education institutions, 14 private and international schools and 347 private kindergartens.
In a statement, state Education Department director Azman Adnan said these would be closed for three days from Tuesday to Thursday (June 25-27) to allow authorities to work on clearing the pollution.
"All principles and headmasters have been told to inform their students, teachers, parents and staff about the closure.

"The department will continue to monitor and help schools to ensure the students well-being," he said.
To date, more than 100 students from more than 30 schools have been affected due to the air pollution, which surfaced on Thursday (June 20).
This is the second time in three months that authorities have ordered all schools in the district to be close down due to pollution.
In March, all 111 schools were also ordered to close following toxic fumes coming from Sungai Kim Kim.

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 04:10 PM | Show all posts
Cops arrest duo over RM450,000 robbery

IPOH: The police have arrested two men for a robbery that occurred earlier this month in Pasir Puteh near here.

Ipoh OCPD Asst Comm Mohd Ali Tamby said the two men, aged 39 and 45, were arrested at a condominium in Pasir Puteh on June 22 between 3pm and 4pm.

According to him, the robbery incident took place on June 3, with RM450,000's worth of belongings taken, including RM61,500 in cash, 10 bottles of alcohol worth RM10,000, mobile phones, jewellery and an MPV.

The two men, he added, were being investigated under Section 395/397 of the Penal Code for armed and gang robbery.

Both are being remanded from now until June 28.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan negeri nafi tidak peduli, gagal urus isu pencemaran
Zulhisham Isahak

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menafikan tidak ambil peduli dan gagal menangani isu pencemaran terbaharu di Pasir Gudang sejak Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar menegaskan, dakwaan itu tidak benar malah semua agensi terlibat bertungkus-lumus sejak hari pertama kejadian sehingga kini.



“Agensi berkenaan bertungkus lumus membantu pelajar yang mengalami simptom pening, loya dan muntah.

“Untuk makluman semua, sejak hari pertama pukul 3.39 petang, pihak bomba, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia, Pejabat Kesihatan dan Pejabat Daerah bersama-sama pastikan isu itu ditangani segera.

“Tidak ada satupun agensi kerajaan yang tidak menunaikan bakti dan semua main peranan baik,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persdada) di sini sebentar tadi.

Beliau mengulas kecaman dan kritikan warganet terhadap kerajaan negeri dan agensi terlibat yang didakwa gagal menangani isu pencemaran itu.

Hari ini Pas Johor menyifatkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan lemah dalam menguruskan keadaan bencana di Pasir Gudang.

Khamis lalu, penduduk Pasir Gudang kembali digemparkan dengan insiden pencemaran udara sehingga memaksa kerajaan negeri menutup 475 institusi pendidikan di daerah ini bermula malam tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Khuzzan berkata, kerjasama semua agensi terlibat membolehkan isu pencemaran dapat dikenal pasti dan dijangka dapat diselesaikan beberapa hari lagi.

“Justeru, saya menangkis anggapan bahawa agensi kerajaan tidak ambil peduli dan kita ambil maklum sejak menerima laporan pada pukul 3.39 petang,” katannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 01:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-3-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.110053 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list