CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nikita_cun

[Pelbagai] HAMKA

[Copy link]
Post time 11-5-2007 01:31 PM | Show all posts
aku baru jer beli buku hamka ni masa book festival aritu
tapi sedih sebab ada banyak page yg tak diprint,..
agak2 boleh tukar tak dgn publisher tu?

dah la kat page depan2, sudahnya aku tak paham citer tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 02:19 PM | Show all posts
aku nak buat collection buku2 hamka ni...

ada suggestion must buy title?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 03:11 AM | Show all posts
someone, ader sruh Dut baca buku2 dr Hamka nie

nnt leh bacer sal buku yg ada kat critical reading, sounds interesting
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 06:59 AM | Show all posts
Originally posted by Ayang68 at 10-5-2007 02:11 PM
Aku tengah giler lak baca citer dia nie...buku yang dah dibaca TenggelamNya Kapal Van Der Wick...buku baru beli ada 2...Di Dalam Lembah Kehidupan (cerpen) dan Merantau Ke Deli...seronok jer baca  ...


beli kat mana buku2 tu, nak cari buat koleksi balik...yg dulu rasa dah ilang pi mana...bess citer dia ni...baru je discuss ngan member pasal buku2 dia siang tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 07:01 AM | Show all posts

Reply #6 dutchy's post

baca sampai khatam dut, buku2 dia bess sangat...isunya simple tapi naratifnya kemas (pinjam ayat member journalist )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by dutchy at 12-5-2007 02:11 AM
someone, ader sruh Dut baca buku2 dr Hamka nie

nnt leh bacer sal buku yg ada kat critical reading, sounds interesting  

Buku    karya    HAMKA    macam     Falsafah   Hidup, Tasauf Moden  dan  Lembaga   Hidup   ......
seronok    utk  pembacaan   ............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2007 12:57 AM | Show all posts

Reply #8 mantan's post

nnt dut cari, or go to bib, sal mmg lemah sgt dlm penulisan bahasa melayu   
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 12-5-2007 10:41 PM

Buku    karya    HAMKA    macam     Falsafah   Hidup, Tasauf Moden  dan  Lembaga   Hidup   ......
seronok    utk  pembacaan   ............

yer yer abang, nnt ayang p cari ler

mmg mcm best kan?   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 10:54 PM | Show all posts
Hamka...i've heard of him. nak beli n baca tapi susah ke nak paham? because my malay hanya sufficient utk perbualan n bukan persuratan. aduh, jgn tanya SPM aku nyer bm.

ada tak senarai penulisan yang penah dia tulis? tolong..pliss....thanks!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by redsinner at 13-5-2007 10:54 PM
Hamka...i've heard of him. nak beli n baca tapi susah ke nak paham? because my malay hanya sufficient utk perbualan n bukan persuratan. aduh, jgn tanya SPM aku nyer bm.

ada tak senarai penulis ...


buku2 dia yg aku baca dulu guna bahasa & ejaan lama...tak tau la kalau ada buku yg dia upgrade penggunaan bahasa dia...kat atas tu ada few buku yg derang dah mention...dia ada tulis novel& non fiction jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 01:05 PM | Show all posts

Reply #13 mantan's post

thanks! i'll lookout for his books...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by mantan at 12-5-2007 06:59 AM


beli kat mana buku2 tu, nak cari buat koleksi balik...yg dulu rasa dah ilang pi mana...bess citer dia ni...baru je discuss ngan member pasal buku2 dia siang tadi...


Beli kat kajang..kedai buku chiplee..ada diskaun 10% lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 08:33 PM | Show all posts
aku sedang inquire MPH tanya ada stock buku apa

dah jumpa 3 buku in 1 store, yg lain2 takder stock..
kena order
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 08:23 PM | Show all posts

Reply #15 Ayang68's post

thanks..aku minta anak buah aku gi cari nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 10:43 AM | Show all posts
semalam dapat beli terusir dgn angkatan baru. nipis jer bukunya tapi penuh dgn mesej
semalam baru baca sikit jer terusir, arinih sambung lagik pelan2 nak pokus cerita dan bahasa HAMKA
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 09:18 PM | Show all posts
Antara   buku2  Hamka   yg   saya   miliki

LEMBAGA HIDUP

FALSAFAH HIDUP

TASAUF MODEN

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2007 03:08 PM | Show all posts
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka. Ianya adalah kisah cinta seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis dari keluarga ternama bernama Hayati. Cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak. Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak mendampingi Hayati. Ibarat ruas telah bertemu buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. Begitulah pandangan keluarga Hayati, ketika mereka sepakat menjodohkan Hayati dan Aziz.

Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.

Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.

Prof. Dr. Hamka menulis buku ini ketika beliau berusia 31 tahun ketika darah masih muda, khayalan dan sentimen masih memenuhi jiwanya dan beliau dikritik hebat kerana ia adalah sebuah buku cinta sedangkan pada zaman itu buku yang sebegini tidak pernah diterbitkan. Tetapi setelah sepuluh tahun berlalu, masyarakat mulai faham akan perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia. Sehinggakan ada yang bertanya bila lagi Dr akan menulis cerita yang begini hebat seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Surat daripada Zainuddin kepada Hayati;

Lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari. Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.

Surat Kahdijah (sahabat Hayati ) kepada Hayati

Cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup cinta menjadi kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau rindu, dendam kasih sayang atau asyik maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:35 AM | Show all posts
Ayah saya ada karya ini edisi lama......suka sgt baca.......




Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulaimembuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskanikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegakdan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegakterus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup,lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik danmelawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankantitah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kitakerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah labadan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapatditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupunsatu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yangbernyawa.

Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kitadari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidupakhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnyamati.

Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan jugayang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baiksemata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongannafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebabitu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangkakepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.

[ Last edited by  NonaNaga at 26-7-2007 11:45 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 12:49 PM | Show all posts
baru habis baca buku Tenggelamnya KAPAL Van Der Wijck

mmg best sangat...mula2 mcm payah nk membaca oleh kerana byk dialect daerah yg digunakan...buku neh sarat dengan message tentang kita org Melayu yg sangat2 memberatkan
adat pepatih dari perasaan sesorang...bagaimana keegoaan manusia berjaya memisahkan CINTA yg di anggap TERlarang hanya kerana berbeza dari adat dan keturunan seseorang...sadis tui...

cara penulisan yg best sangat...berjaya membuat saya berfikir...dan langsung beremosi...sedih part Muluk tunjukkan Hayati apa yg ada di dalam bilik Zainuddin ....betapa agung Cinta dia terhadap Hayati

Paling sedih sekali part neh - Terbayanglah kesetiaan dan keteguhan cinta perempuan itu, bagaimana di dalam mengarung ombak besar, di dalam permainan jiwa raga, dia mengambil gambar Zainuddin,buat dibawanya mati, diikatkannya di dalam selendang yang membalut kepalanya..

Wasiat dr Zainuddin ~ dan akan tercapai juga kemulian bangsaku, persatuan tanah airku.Hilang perasaan perbedaan dan kebencian dan tercapai keadilan dan bahagia....


Surat TERakhir Hayati begitu menyentuh sekali ~ Selamat tinggal Zainuddin, dan biarlah penutup surat ini kuambil perkataan yang paling enak kuucapkan di mulutku dan agaknya entah dengan itu kututup hayatku di samping menyebut kalimat syahadat..yaitu : Aku cinta akan engkau, dan kalau kumati adalah kematianku di dalam mengenangkan engkau



[ Last edited by  dutchy at 28-7-2007 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 11:31 PM | Show all posts

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIDJK

KENGKAWAN MANA NAK CARIK BUKU NI AR???
PLS HELP ME
DA LAMER CARIK BUKU NIH TAPI TAK JUMPA AR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.064457 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list