CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1971|Reply: 4

Pelembut pakaian penyebab kanser?

[Copy link]
Post time 18-6-2019 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kucingitam at 19-6-2019 09:49 AM

Kematian disebabkan penyakit kanser bukan sesuatu yang asing lagi, malah ia antara penyebab kematian utama di seluruh dunia ketika ini.Dengan angka yang meningkat setiap tahun, kita pasti tertanya-tanya apakah punca atau penyebab seseorang itu menghidapi kanser?
Atau apa amalan atau tabiat kita yang meningkatkan peluang berdepan penyakit itu.

1. Pengambilan gula berlebihan
Gula berlebihan bukan sahaja mengakibatkan diabetes malah kanser kerana ia merosakkan sel dalam tubuh, sekaligus meningatkan peluang terkena penyakit kronik ini.




Teh patut diminum apabila ia sejuk.
2. Minum teh panas
Segelas teh panas kedengaran cukup menyegarkan, malah teh hijau boleh mengurangkan potensi terkena kanser payudara, prostat dan perut.
Namun awas! Menghirup teh panas sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser esofagus menurut kajian dilakukan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa. Jadi sebaiknya biarlah ia sejuk dahulu.
image: https://www.mstar.com.my/xpose/f ... 321347ea.ashx?la=en
Duduk terlalu lama boleh meningkatkan potensi terkena kanser.
3. Duduk terlalu lama
Ia kedengaran lucu tetapi itulah hakikatnya. Kajian menunjukkan duduk lebih daripada enam jam tanpa berbuat apa-apa boleh meningkatkan kadar kanser sebanyak 19 peratus.
Jadi sebaiknya walaupun tiada apa hendak dilakukan cuba bangun, berjalan atau lakukan seniman ringan setiap jam!
image: https://www.mstar.com.my/xpose/f ... 9a3e8fbb.ashx?la=en

3. Duduk terlalu lama


Ia kedengaran lucu tetapi itulah hakikatnya. Kajian menunjukkan duduk lebih daripada enam jam tanpa berbuat apa-apa boleh meningkatkan kadar kanser sebanyak 19 peratus.
Jadi sebaiknya walaupun tiada apa hendak dilakukan cuba bangun, berjalan atau lakukan seniman ringan setiap jam!

4. Terhidu habuk kayu
Terdedah kepada habuk kayu sangat berbahaya apabila kajian terbaharu mendapati tukang kayu yang menghidu habuk ketika memotong atau gergaji kayu mempunyai risiko tinggi mendapat kanser hidung.
Jalan terbaik adalah guna penutup mulut sebelum melakukan kerja-kerja melibatkan kayu.

5. Pelembut pakaian
Penggunaan pelembut pakaian adalah perkara biasa bagi memberi bau wangi namun tanpa disedari produk tersebut mempunyai bahan kimia bertoksik.
Kajian Jurnal Toksik dan Kesihatan Alam Sekitar terhadap beberapa jenama pelembut pakaian mendapati terdapat bahan seperti benzly acetate, benzly alcohol, ethanol, limonene dan sebagainya adalah berbahaya dan penyebab kepada kanser prostat selain sistem badan yang lain.

Sumber: EAT THIS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 02:30 PM | Show all posts
skg ni byk penyakit2 yg dh jd penyakit biasa didengari. x kira peringkat umur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 03:48 PM | Show all posts
yup betul...lifestyle sekarang menyumbang pada penyakit2 merbahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 05:16 PM | Show all posts
choyy mana nombor 1 dengan nombor 2 penyebab kanser dlm artikel. menghirup teh panas tu ke. lagi satu hape nok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 09:45 AM | Show all posts
aik..baru perasan dia hilang...jap eh i edit balik..jgn marah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.217811 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list