Gelagat seorang budak yang mandi di dalam lopak air tular di Facebook.
Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu menyaksikan Putera Muhammad Shafi'e Sak'ma, 7, mandi dalam lopak berdekatan dengan tempat ibunya mengajar di Sekolah Agama Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.
Foto: FB
“Dia kata saya tidak bawa dia mandi kolam. Jadi dia terjun dalam lopak air itu," kata Rozita Abdul Razak, 39.
“Memang setiap hari, apabila saja pulang dari sekolahnya, pemandu bas akan memberhentikan anak saya di tempat saya mengajar.
“Ada rakan memberitahu saya yang anak saya main air di luar sekolah. Namun, saya tidak sangka yang dia mahu terjun dalam lopak air berikutan hujan sebelum itu."
Foto: FB
Harian Metro melaporkan, kanak-kanak tersebut memang aktif dan suka bermain air.
"antang nampak air, dia memang orang pertama yang akan teruja terlebih dahulu. Kalau dekat kampung, air hujan yang turun dari atap rumah dia akan 'mandi' dulu.
“Kami tidak akan halang untuk dia bermain. Bagi kami ia adalah proses terpenting dalam proses pembesaran selagi ia tidak mendatang kemudaratan kepada mereka sendiri.” -CARI
bila tgk budak ni teringat budak2 sekolah kafa...main hujan basah lenjun...
ustazah post dlm group wassap mengadu kt makbapak diorg...
mcmana la nk bljr dh basah kuyup...bila tgk muka sorang2 kelakar giler...
muka bersalah jer...x tahan gelak aku...nasib baik anak aku tak terlibat sama...
Post time 19-6-2019 06:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu lain..skrg mandi kat sungai pn bleh kena kencing tikus...
Ni plak mandi air lopak..cacing2 berlmbak...
Dulu lain..skrg lain...dulu hujan xda gatal2 kulit bdk alergik..skrg hujan asid je berlambak
Post time 19-6-2019 04:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
armin replied at 19-6-2019 02:05 PM
Cikgu belikan anak kiddie pool kat shopee ya. Murah2 je tak sampai rm50 pun ada. Bagi dia berendam ...
X best pool buatan tu uols.. Lopak air hujan ni sejuk nikmatnya lain mcm dgn bau rumput2 segar tu. Iols sgt memahami adik ni sbb masa kecik iols pun pantang jumpa lopak air dan suka sgt mandi hujan