|
Bagi yang tidak mengikutinya, pasti akan berasa meluat dengan kemegahan dan kemewahan dipaparkan di laman sosial.
Mana tidaknya, blogger dan usahawan terkenal Cik Epal acap kali berkongsi harga setiap perbelanjaan dibuat.
Kredit foto: IG Cik Epal
Terbaru, perkongsiaannya sekali lagi mengundang kontroversi apabila mendedahkan suaminya, Jofliam membeli 'baby stroller' baru berharga lebih RM3,000 hanya kerana tertinggal stroller di rumah!
Jangan riak macam Cik Epal...
Kredit foto: Twitter
Mereka yang mengikuti perkembangan Cik Epal tidak mudah melatah dengan perkongsian itu, sebaliknya menempelak kembali segelintir pihak yang mencemburui dan mengecam tindakannya yang dilihat seolah-olah menunjuk kekayaan kepada orang ramai.
Kredit foto: Twitter
Dalam kemas kini terbaru di Instagramnya, Cik Epal turut berkongsi resit hotel penginapan mereka ketika bercuti di Terengganu.
Dah orang bertanya, dia jawab lah kan? Jangan lihat dari sudut negatif. Ambil kisah Cik Epal ni sebagai motivasi untuk berusaha memperbaiki taraf ekonomi keluarga kita, okey? - CARI
|
|