CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Vol. 2 ] Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

  [Copy link]
 Author| Post time 30-12-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kryptonius replied at 28-12-2019 10:00 PM
Sampai skrg tertanya2 apa tindakan University terhadap jurulatih yg kurang ajar tu.. Sangat tidak  ...

masing masing nak selamatkan belakang sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2019 05:26 PM | Show all posts
Kes Canny Ong...banyak sangat kesangsian, ditambah suspek yg memilih untuk berdiam diri
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 30-12-2019 11:35 AM
masing masing nak selamatkan belakang sendiri

Harap ada keadilan pada si mati... Kalau betul pun berlaku kes curi tu mereka xberhak ambil nyawa org sesuka hati
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks bro Syd.. kalau boleh, update kes2 kat page depan, dan create hyperlink berdasarkan kes. Macam dammerung punya list cerita tu.. hehehe.. mudah nak followup/refresh setiap kes..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes bunuh student pompuan UiTM Pulau Pinang kat Lebuhraya Plus Bukit Gantang dah ada ka?

Kes yg ni..
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/05/228758/balasan-bunuh-penuntut-uitm-metrotv

Satu lagi kes pembunuhan kat Lebuhraya Plus yg masih diingat; kematian sorang lelaki dlm kereta di hentian sebelah Ladang Bikam. (Tak ingat sama ada bunuh diri atau dibunuh, tapi rasa2nya dibunuh..dan kalau tak salah anggota keselamatan juga kot).
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:24 PM | Show all posts
najib888 replied at 30-5-2020 05:04 PM
Kes bunuh student pompuan UiTM Pulau Pinang kat Lebuhraya Plus Bukit Gantang dah ada ka?

Kes yg n ...

memang ingat kes budak pompuan ni.. sebab gambo dia bertudung tu, sama ngan mak ai punya.... teringat sungguh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
iminidin replied at 30-5-2020 06:24 PM
memang ingat kes budak pompuan ni.. sebab gambo dia bertudung tu, sama ngan mak ai punya.... terin ...

Ye ke? Takpa..sama tapi tak serupa kot.. kesian arwah, muda lagi kot. BF pulak panas baran..

Rasanya, dlm tahun ni pun ada lagi kan pembunuhan menggemparkan. Tgk la, kalau rajin dua tiga hari ni nak cari balik berita kes adik bunuh & simen abg dlm tong air, simpan tong tu tepi rumah je. Kes kat alor setar, bukit pinang ke kepala batas.. lupa dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarjan Jenain meninggal dunia
https://www.sinarharian.com.my/article/88261/BERITA/Nasional/Sarjan-Jenain-meninggal-dunia

SHAH ALAM - Allahyarham Sarjan Jenain Subi, 58, yang dibebaskan dari sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana didakwa menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, 10 tahun lalu meninggal dunia hari ini.  Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2020 04:45 PM | Show all posts
Cerita ni dh ada belum dlm ni..maafla sbb br join ni..terpanggil sbb husband i ada terjumpa suspek ni last week

SHAH ALAM: Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.

Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet.





Tambah Nazratul Anis, tertuduh juga berkelakuan seolah-olah mahu menghalang pandangannya di bahagian kiri kerana sering berdiri di sebelah kiri dan juga menunggunya keluar daripada tandas.

Saksi menambah, dia tidak melihat perkara luar biasa ataupun mendengar bunyi orang mengerang semasa berada di bilik itu.

Mohafri, 37, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat katering dibicarakan atas tuduhan membunuh Fazlina, 38, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009 di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang.

Dia yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat.

Mangsa juga merupakan seorang penghidap asma kronik.

Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu, dia bertolak pada pukul 1 petang dari Parit Buntar, Perak dan tiba di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur (dekat sini) pada pukul 5 petang.

Katanya, tertuduh datang menjemputnya dan membawa dia ke sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang.

Katanya lagi, selepas mengadakan hubungan seks dia mendengar bunyi loceng dan tertuduh telah mengarahkan saksi untuk mendiamkan diri manakala tertuduh menuju ke arah tingkap.

“Saya ada menyuruh tertuduh membuka pintu kerana mungkin ada sesiapa di luar, mungkin ada pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi tertuduh beritahu ada seorang perempuan memakai seragam polis di luar rumah,” katanya.

Tertuduh semasa itu tidak mahu membuka pintu dan memberi alasan polis itu mencari pembantu rumahnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.

Mengenai hubungan sulit mereka, Nazratul Anis berkata, mereka telah merancang untuk ke sempadan Thailand bagi urusan pernikahan pada hari kejadian pembunuhan itu berlaku.

Katanya, rancangan untuk bernikah di sempadan Thailand dibuat ekoran hubungan mereka tidak direstui oleh bapanya dan tertuduh telah menguruskan segala urusan berkaitan pernikahan.

Sehubungan itu, Nazratul Anis telah menaiki bas daripada Parit Buntar, Perak untuk berjumpa dengan tertuduh sebelum mereka menaiki kereta api ke Perlis.

Selepas keluar dari rumah berkenaan, saksi yang bertubuh kecil molek itu seterusnya memberitahu, mereka dijemput oleh adik Mohafri yang dkenali sebagai Hanafi dengan kereta Proton Wira untuk ke perhentian Transit Aliran Ringan (LRT).

“Saya dan tertuduh menaiki teksi untuk ke KL Sentral kerana kereta api kami bertolak pada pukul 8.15 malam. Sepanjang perjalanan, saya nampak tertuduh sibuk bercakap di telefon bimbit.

“Pada pukul 9 malam, ketika kereta api sampai di stesen Rawang, dekat sini saya dan tertuduh turun. Saya tanya tertuduh kenapa dan dia cakap dia terpaksa buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina.

“Saya cakap, apa kaitan dia dengan Fazlina kerana mereka dah bercerai. Dia jawab, "dia orang" yang desak dia untuk buat laporan. Tapi saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan ‘dia orang’,” katanya yang ditinggalkan tertuduh dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian.

Bagaimanapun, Nazratul Anis menghubungi rakannya, Nur Ikhwan Abadi Andi Samsinar yang dipanggil Wan agar menjemputnya di stesen kereta api Sungai Buloh.

“Wan bawa saya ke tempat kerjanya kerana dia masih belum habis waktu bekerja sementara saya menunggu di dalam kereta sehingga pukul 10.30 malam. Selepas itu, kami pergi ke rumah tertuduh.

“Masa sampai, kawasan itu telah dikepung oleh polis. Wan buat satu pusingan dan letak kereta di belakang. Wan suruh saya duduk di dalam kereta sambil dia pergi bertanyakan orang.

“Wan kemudian memberitahu saya ada kes suami bunuh isteri,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar.

Saksi itu menambah, dia membuat laporan polis selepas diminta oleh Wan memandangkan dia adalah individu terakhir bersama tertuduh. Di balai polis, dia dibawa ke sebuah bilik untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya dirampas.

Sementara itu, kakak mangsa yang bernama Faezah selaku saksi pendakwaan keenam menangis apabila dirujuk gambar adiknya dan memberitahu dia mula rapat dengan adik bongsunya sejak akhir tahun lalu.

“Fazlina ada memberitahu bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga dan mereka hendak bercerai,” katanya.

Saksi yang bekerja sebagai penolong jururawat di Pulau Pinang juga memberitahu, kali terkahir dia menghubungi mangsa ialah pada pukul 5.30 pagi, hari kejadian bagi meminta mangsa mengambil cuti kecemasan untuk membawa bapa mereka yang berada di Kulim,Kedah yang sakit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung 13 Januari depan.


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 04:45 PM | Show all posts
Sambunggg


PEMBEBASAN bekas pengurus katering, Mohafri Mohamed daripada pertuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad pada Selasa lalu, merupakan antara yang mendapat perhatian masyarakat.

Pembunuhan tersebut mendapat jolokan sebagai pembunuhan almari ekoran keadaan mayat Fazlina, 38, yang ditemui dalam almari di bilik tidur utama rumah teres yang didiaminya bersama Mohafri dan dua anak mereka pada 30 Disember 2009.

Lebih tragis, mulut dan hidung Fazlina ditampal dengan pita-pita pelekat sebelum dibalut dengan kain selimut tebal, sedangkan wanita yang bekerja sebagai eksekutif swasta tersebut merupakan penghidap asma kronik.

Bagaimanapun, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Anuar Zainun pada perbicaraan, dinyatakan kematian tersebut bukan disebabkan oleh asma, sebaliknya akibat kelemasan.


Kematian itu juga bukan berlaku dengan serta-merta dan Fazlina mungkin masih hidup antara setengah hingga satu minit selepas diperlakukan sebegitu oleh pembunuhnya.

Berita penemuan mayat itu kemudiannya 'dihangatkan' dengan berita kehilangan Mohafri, manakala teman wanitanya, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, ditahan sehari selepas kejadian.

Kewujudan Anis dalam perkahwinannya turut disedari oleh Fazlina, 38, yang memaklumkan kepada kakaknya, Faezah bahawa dia dan Mohafri menghadapi masalah rumah tangga dan ingin bercerai disebabkan oleh individu ketiga.

Selepas beberapa hari gambar Mohafri diedarkan, dia akhirnya ditahan dalam keadaan kebiingungan dan munda-mandir di perkarangan Zoo Negara pada 3 Januari 2010 - iaitu lima hari selepas kejadian sebelum kes itu akhirnya dibawa ke mahkamah.

Keterangan pada perbicaraan menyebabkan kes tersebut yang pada mulanya hampir dilupakan kembali menjadi perhatian apabila Nazratul Anis atau lebih senang disapa sebagai Anis mengakui bahawa mereka ada melakukan hubungan seks di hadapan almari yang tersimpan mayat Fazlina.

Menurut Anis, dia hadir ke rumah itu bersama Mohafri kerana mereka akan berlepas ke Perlis dengan menaiki kereta api sebelum melintasi sempadan untuk bernikah di Thailand.

Ada yang mengatakan amat malang untuk Anis kerana semua perkara terssebut didedahkan di sebuah perbicaraan mahkamah yang dihadiri media menyebabkan berita tersebut terpampang - termasuk di muka hadapan akhbar pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, niat untuk mendirikan masjid itu tidak kesampaian apabila Anis ditinggalkan oleh Mohafri di stesen Rawang.

Turut disebut di mahkamah ialah penafian seorang rakan Fazlina, Safiyaton Omar,39, terhadap cadangan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohafri bahawa dia dan mangsa mempunyai hubungan intim.

Bagaimanapun, perbicaraan kes yang pada awalnya menarik sedikit merundum apabila saksi utama, iaitu seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah itu gagal ditemui.

Sedangkan, wanita bernama Yayok itu adalah kunci kepada penemuan mayat itu - memandangkan dialah yang menghubungi Safiyaton selepas curiga kerana tidak bertemu Fazlina sedangkan keretanya masih berada di halaman rumah.

Perasaan curiga itu nyata makin kuat apabila dia diarahkan oleh Mohafri agar tidak memasuki bilik tidur tersebut mahupun menyentuh almari atas dakwaan almari hendak roboh.

Lumrah manusia, makin dilarang makin dibuat - itulah yang berlaku apabila Yayok melanggarkan arahan majikannya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Safiyaton tentang apa yang dilihatya di dalam bilik tersebut.

Walaupun merupakan saksi penting, pengawai penyiasat Siti Nathiroh Abu Bakar gagal untuk memastikan Yayok yang berstatus 'Pendatang Tanpa Izin (PATI) gagal untuk memastikan dia hadir di mahkamah.

Siti Nathiroh pada keterangannya juga mengakui bahawa satu kertas siasatan telah dibuka terhadap Yayok yang kemudiannya dihukum penjara di Penjara Kajang, dihantar ke depoh tahanan pendatang sebelum diusir pulang menerusi feri di jeti di Johor.

Menyedari kehadiran Yayok adalah penting, Siti Nathiroh kemudiannya mengambil langkah-langkah sepatutnya iaitu menbuat iklan di surat khabar.

Penulis hanya terfikir, bagaimana seseorang yang sudah berada di Indonesia boleh membaca surat khabar yang diterbitkan, dicetak dan dijual di Malaysia?

Sudah pastilah untuk mencari Yayok di negara yang dihuni oleh berjuta-juta penduduk tersebut ibarat mencari jarum di dalam jerami.

Ketidakhadiran Yayok ini menyebabkan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki melepas dan membebaskan Mohafri daripada pertuduhan tersebut atas alasan berlaku kelompangan di dalam kes pendakwaan.

Ada cakap-cakap yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, tetapi apa yang dapat dibuktikan jika saksi penting yang berada di tempat kejadian sewaktu jenayah tersebut didakwa dilakukan tiada?

Itu adalah rezeki untuk Mohafri yang berhasrat untuk memulakan kehidupan baru bersama dua anaknya, Norin Irdina, 9, dan Maryam Ardiana, 7.

Bagaimanapun, pembebasan tersebut mungkin belum mukatamad kerana pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Apa yang diharapkan agar tiada lagi kesilapan-kesilapan teknikal seperti ini berlaku bagi memastikan keadilan kepada pihak-pihak terutamanya kepada mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 11:50 AM | Show all posts

ni antara keputusan kes yg paling menyakitkan hati. rasanya team pendakwaan agak lemah.pelik ye, tak boleh guna circumstancial evidence ke? motif jelas - nak kahwin lain. alibi jelas - dia ada kt rumah waktu kejadian.

kesian anak2 perempuan tu terpaksa berbapakkan pembunuh mak mereka sendiri.

soalan - sfiyaton dikatakan ada hubungan intim dgn mangsa? yayok sms safiyaton utk bgtahu tentang penemuan mayat?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:20 PM | Show all posts
duri_durians replied at 23-6-2020 11:50 AM
ni antara keputusan kes yg paling menyakitkan hati. rasanya team pendakwaan agak lemah.pelik ye, t ...

tentang persoalan tu, mtk tolong pakar2 CI Forum CARI utk siasat..tertuduh dh pun berkahwin baru tp bukan dgn gf masa kejadian ni tp seorg wanita berbangsa rusia
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:43 PM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 23-6-2020 02:20 PM
tentang persoalan tu, mtk tolong pakar2 CI Forum CARI utk siasat..tertuduh dh pun berkahwin baru t ...

semoga laki tu dihantui sampai ke akhir hayat.
semoga anak2 dia tak didatangi lelaki perangai setan serupa ayahnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2020 03:18 PM | Show all posts
Bunuh Kevin Morais: 6 dihukum gantung [METROTV]
MyMetroUtama

Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my




PAKAR patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran dan lima lagi dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan semua tertuduh mempunyai niat bersama membunuh Kevin, 55, pada 2015.

Beliau berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah atas pertuduhan membunuh dengan niat oleh Kunaseegaran dan lima lagi.

"Pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh sebelum ini juga gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

"Dengan ini, keenam-enam kamu dengan niat bersama didapati bersalah dan dengan ini dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dengan ini keenam-enam kamu dihukum gantung di leher sehingga mati," katanya.

Selain Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; lima lagi ialah pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27.

Semua tertuduh didakwa membunuh Kevin ketika bekas Timbalan Pendakwa Raya itu dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

DATUK Anthony Kevin Morais
DATUK Anthony Kevin Morais
Mayat Kevin Morais ditemui dalam dram berisi konkrit, lima tahun lalu.

Kunaseegaran sebelum ini didakwa bersama dengan lima lelaki melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama, namun pada 15 Mei 2017, pertuduhan itu dipinda kepada mempunyai niat yang sama dengan lima lelaki berkenaan dalam pembunuhan Morais.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara peguam Datuk N Sivananthan mewakili Kunaseegaran dan peguam Datuk Sheelan Arjunan mewakili lima tertuduh lain.

Sivananthan ketika ditemui berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Sementara itu adik mendiang iaitu Datuk Richard Morais turut kelihatan hadir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2020 03:19 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2020 03:28 PM | Show all posts
Pensyarah dijerut dengan tudung

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL




PUTRAJAYA: Berang dengan tindakan isteri mahu failkan pengesahan cerai, seorang lelaki menjerut leher wanita itu, yang juga seorang pensyarah dengan tudung hingga mati.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, lelaki itu kemudian meninggalkan mayat isterinya di dalam kereta mereka berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil.

Suspek yang berusia 42 tahun itu kemudian pulang ke rumah mereka di Putra Perdana, dekat sini, kemudian mengajak anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun keluar mencari isterinya itu dengan perkhidmatan e-hailing.

Bagaimanapun, tembelang lelaki itu dihidu pihak berkuasa apabila siasatan mendapati pasangan itu mempunyai masalah rumah tangga dan dia kemudian mengaku menjerut leher isterinya dengan tudung.

Pasangan itu berkahwin sejak 15 tahun lalu dan isterinya bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti awam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata kira-kira jam 1 pagi pada 30 Julai, Balai Polis Cyberjaya menerima panggilan telefon daripada suspek yang memaklumkan isterinya yang berusia 40 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berhampiran tasik berkenaan.

Beliau berkata, suspek memaklumkan kepada polis kononnya menemui mangsa yang tidak pulang ke rumah sejak jam 4 petang Rabu dan menemuinya dalam keadaan tidak bergerak.

Pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa manakala gelang emas yang dipakainya masih ada di tangan kiri namun telefon bimbit dan beg duit, hilang.

Bagaimanapun, helah suspek terbongkar apabila bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Serdang mendapati wanita itu mati akibat dijerut (compression of neck).

"Siasatan yang dijalankan ke atas suami mangsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana si suami ada melafazkan cerai pada 24 Jun 2020.

"Kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 30 Julai sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menahan seorang lelaki di perkarangan Hospital Serdang, Selangor.

"Suspek kemudian mengaku menjerut leher mangsa menggunakan tudung yang dipakai sehingga mati ketika berada di dalam kereta Produa Myvi di Taman Mas, Putra Perdana," katanya kepada pemberita.

Wan Kamarul Azran berkata, suspek kemudian menunjukkan tempat barang milik mangsa dibuang di hadapan Masjid Putra Perdana dan sehelai baju kemeja batik berwarna hitam.

Katanya, lelaki itu juga menunjukkan lokasi dia membuang telefon milik mangsa jenis Samsung yang sudah dipecahkan dengan batu, di dalam tasik di Taman Putra Perdana namun telefon itu tidak ditemui.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek menjerut leher mangsa kerana terlalu marah selepas mereka bertengkar mengenai hasrat wanita itu untuk memfailkan perceraian.

Katanya, selepas menjerut leher mangsa sehingga mati, suspek memandu kereta ke Tasik PKNS di Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang sebelum memindahkan mayat mangsa ke tempat duduk pemandu.

"Suspek mengambil dompet dan telefon si mati dan meninggalkannya di dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan.

"Lelaki itu mengaku membunuh mangsa kerana marahkan wanita itu yang tetap mahu bercerai," katanya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman sehingga 6 Ogos ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 02:24 PM | Show all posts
Syd replied at 19-10-2019 05:55 PM
1 jun 1999

(Last media updated pada tahun 2011. Harap2 ada media boleh upkan kes ni untuk ...

aku bc news ni sama kecik. ngeri n senak nya aku rs.
perit pn ada. aku kecian ngn mangsa ni. cmna dia truskan idop dia.
betoi ka psalah ni mmg mereng? msa kecik xphm isu2 pedhopile ka psycho yg suka seksa2 cmni.
bila dh besaq aku tringat, zmn dulu pn dh cmni, what to expect level kejam org zmn skrang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 02:29 PM | Show all posts
kes zulfarhan, mmg aku sentiasa tunggu update.
kecian nya mati time dok ngn kenalan (xleh consider kawan: sbb taguna)
jauh dr family.
mati plak bkn instant, lama sakit dia.
smoga yg jahat tu dpt balasan stimpal.
smoga keadilan tu wujud.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2020 09:28 AM | Show all posts
Seorang lagi rakan seperjuangan saya didalam Pemuda UMNO pangkat abang kembali kerahmatullah..

‎اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن


Zaharin Mohd Yasin


Assalamualaikum wbt

Bagi pihak keluarga, ingin saya maklumkam kepulangan suami tercinta, Dato' Mokhtar Hashim ke Rahmatullah pada 3.10 pagi, Rabu 18 November 2020.

Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan seterusnya.

Mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Allah 🤲🏼

Datin Bahariah Yusuf






https://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Hashim
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:40 AM | Show all posts
duri_durians replied at 23-6-2020 11:50 AM
ni antara keputusan kes yg paling menyakitkan hati. rasanya team pendakwaan agak lemah.pelik ye, t ...

ni pun kmpius jgk..safiyaton ni gegel kn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.140289 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list