CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 9

[Tempatan] Polis tidak terima laporan kes buli

  [Copy link]
Post time 24-6-2019 04:47 AM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU: Kejadian buli yang tular di laman sosial Facebook sejak pagi tadi, dipercayai berpunca ejekan antara dua pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Setiu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail, berkata siasatan awal mendapati kejadian buli itu membabitkan pelajar tingkatan dua dan empat yang berlaku di dalam sebuah kelas semalam.
“Kita sedia maklum mengenai kejadian buli itu selepas ia tular di Facebook sejak pagi tadi, namun setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak.
“Difahamkan, pihak sekolah sedang berurusan dengan ibu bapa kepada dua pelajar terbabit untuk menyelesaikan kes berkenaan tanpa membabitkan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.
Terdahulu, satu video berdurasi 14 saat memaparkan seorang pelajar menendang dan menumbuk seorang pelajar di dalam kelas sambil diperhatikan beberapa pelajar lain tular di Facebook sejak pagi tadi.
Aidi berkata, pihaknya memandang serius kejadian buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah yang biasanya berpunca daripada isu kecil seperti ejekan yang akhirnya membawa kepada kes buli.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata pihaknya sudah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengetua sebuah sekolah di Setiu menghantar laporan penuh berhubung kes itu.
Beliau berkata, berkata pihaknya mahu laporan penuh itu diserahkan segera berikutan banyak teori mengenai kes buli berkenaan yang berlaku ketika waktu rehat pada sesi sekolah ganti sempena cuti Aidilfitri semalam.
"Ibu bapa tidak buat laporan polis lagi. Kita minta PPD dan pengetua hantar laporan awal pada kita dan kita akan minta kerjasama polis untuk selesaikan kes ini.
"Jika polis ingin teruskan siasatan, pihak Jabatan Pendidikan tiada halangan kerana kes ini bergantung kepada ibu bapa sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, daripada siasatan awal, pelajar tingkatan empat itu memasuki kelas pelajar tingkatan dua berkenaan sebelum memukulnya sambil disaksikan beberapa pelajar lain, namun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.
  



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ejek ejek iols tgk dlm tv smalan
Apakah ejekan yang menyebabkan senior tu trigger?
Slalu laki ni pantang kalau org sentuh pasal mak dia...atau kekurangan dia..
Entah lah..tp tu bukan jalan oenyelesaian dekkkkk
Kanndh fofuler..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 08:17 AM | Show all posts
sudah2 la buli or ejek2. hidup mcm biasa x leh ke.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Benci aku ngan budak2 macam ni.. sentap.. tunjuk gangster.. tunggu kau dah kerja nanti.. budak tu boss.. padan muka.

Lagi2 yg dok asrama.. macam kimak junior hormat senior.. memang kimakkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Provokasi lebih teruk dari buli. Bak kata pepatah, 'luka di jari nampak berdarah, luka di hati membawa padah.' Provokasi mampu menjadi dendam yang takkan pudar sehingga 7 keturunan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapat apa dgn membuli dek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2019 09:45 AM | Show all posts
budak f4 tu macam menipu je, manade budak junior berani ejek senior
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:50 AM | Show all posts
ada la tu yg buat dia marah sgt
f2 berani sebab geng ramai ejek  f4
pastu dia igt f4 tu takut
dia pi terus attack sorg2.

pengajaran dia..kerana mulut badan binasa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 09:50 AM | Show all posts
ngape tajuk tu aku rasa mcm tak tepat je? mcm seolah2 polis ni tak layan kes buli, pdhal dalam artikel mmg takde sape pun yg report kt polis?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 10:17 AM | Show all posts
TAk dapat lapuran polis dari mak bapak....mgkin sbb mak bapak pun tak tau...

mcm ni bagus di viralkan, jgn nanti pengetua nak jaga nama sek, senyapkan je kes....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.105790 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list