CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1534|Reply: 6

[Tempatan] Pulau Pinang : Lagi Tanah Runtuh (Site Lost Paradise, Tanjung Bungah)

  [Copy link]
Post time 26-6-2019 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Sumber : Awani

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Mayat pertama ditemui
Dewi Nur Harasha Alias, Astro Awani |  Published Jun 26, 2019 00:07 MYT
TANJUNG BUNGAH: Mayat pertama dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Lost Paradise Resort, di sini, berjaya dikesan anggota penyelamat pada jam 11.15 malam ini.

Mengesahkan perkembangan itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata, ketika ini usaha untuk mengeluarkan mayat itu sedang giat dijalankan.

Katanya, polis yakin tiga lagi mangsa dipercayai berada berhampiran mayat pertama.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku ketika empat pekerja warga Myanmar itu sedang melakukan kerja-kerja mengorek longkang sedalam 4.5 meter di kawasan tapak pembinaan tersebut.

BACA: Tanah runtuh: 4 pekerja Myanmar dikhuatiri maut tertimbus

Pengarah JBPM Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, bomba juga telah menghantar pegawai pemeriksaan keselamatan untuk menilai keadaan tanah dan pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan malam ini jika keadaan cuaca baik dan tiada berlaku pergerakan tanah.

Tanah runtuh: Dua mayat ditemui setakat 12 tengah malam
Bernama |  Published Jun 26, 2019 01:04 MYT
GEORGE TOWN: Dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dekat sini setakat tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut  ACP Che Zaimani Che Awang berkata mayat pertama ditemui kira-kira 11.15 malam ini manakala mayat kedua ditemui berhampiran mayat pertama pada 12 tengah malam.

“Usaha mengeluarkan mayat giat dijalankan sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Selain Jabatan Bomba dan Penyelamat, operasi mencari dan menyelamat empat mangsa warga Myanmar yang dikhuatiri maut tertimbus dalam kejadian 9.25 malam hari Selasa turut melibatkan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Che Zaimani memberitahu pemberita pemilik Lost Paradise Resort, lokasi kejadian tanah runtuh itu, mengesahkan ada berlaku pergerakan tanah di tebing jalan sejak seminggu lepas.

“Pemilik mengambil inisiatif membaiki tembok penahan tanah itu sendiri selepas menyedari berlaku pergerakan tanah dengan menggaji empat warga Myanmar,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata berdasarkan maklumat, kejadian dikatakan berlaku ketika pekerja berkenaan sedang melakukan kerja-kerja berkaitan di kawasan itu.

Katanya usaha mengeluarkan mangsa dibahagikan kepada dua sektor dengan bantuan sebuah jengkaut untuk mengalihkan tanah.

Saadon berkata operasi SAR ini akan diteruskan jika keadaan cuaca mengizinkan dan tiada berlaku pergerakan tanah di kawasan berkenaan.

Sehingga tengah malam ini, cuaca di lokasi kejadian dilaporkan baik.

-- BERNAMA





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya pekerja tu...
Isk.isk.....
Mmg lost paradise la...buat la.nama.elok.sket...
Syurga di hatinkita ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 06:34 AM | Show all posts
shernazz replied at 26-6-2019 05:33 AM
Kesiannya pekerja tu...
Isk.isk.....
Mmg lost paradise la...buat la.nama.elok.sket...

macam tajuk ceramah agama je..

baru je 2-3 hari lepas kemain bangga
dengan water slide terpanjang di donia..

semoga mangsa2 berjaya ditemui..

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 26-6-2019 06:34 AM
macam tajuk ceramah agama je..

baru je 2-3 hari lepas kemain bangga

Hahahaha
Masa iols taip tu iols teringat lagu mek jena tajuk syurga di hati kita
Hahahaha
Ni lost paradise..terusnlost worker haa
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:52 AM | Show all posts
janji umno tumbang & DSN kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:58 AM | Show all posts
dr yang aku baca, pemilik lost paradise ambil inisiatif sendiri untuk baiki tembok tu.  tak report ke alam sekitar ke, jkr ke, pbsm ke lhdn ke.. pe kena ngena dgn umno lak ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 10:17 AM | Show all posts
Water slide dah. land slide dah... fire slide pulak lepas ni. macam avatar pulak.



Long ago, the four nations lived together in harmony. Then everything changed when the Fire Nation attacked. Only the Avatar, master of all four elements, could stop them, but when the world needed him most, he vanished. A hundred years passed and my brother Sokka and I discovered the new Avatar, an airbender named Aang. Although his airbending skills were great, he had a lot to learn before he was ready to save anyone. But from the first day I met him, I believed Aang would save the world.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.173489 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list