CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7244|Reply: 26

JENTIK MINDA...

[Copy link]
Post time 26-6-2019 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 26-6-2019 12:02 PM

Medical Science is one of the most scientifically progressive fields. Over the years breakthroughs in medical science have either opened up an alternative to a tedious earlier procedure or created a solution to a medical problem previously incurable. Technology too has played a big role in making medical science more effective and indispensable than ever before. Acknowledging the above as fact, here we look back the inventions that revolutionized medical science over the years since Hippocrates first wrote the Hippocratic Oath.


Medical ThermometerSource: Pixabay

Thermometers are so ubiquitous today yet it has still not been determined concretely as for who invented the device. Gabriel Fahrenheit first invented the mercury thermometer in 1714 which is still in usage today, although the instance of a device to measure temperature was invented by Galileo in the late 1500s. It was based on the principle that a liquid’s density changes with respect to its temperature. However, today the mercury thermometer is being phased out in favor of the digital thermometer on account of the risk of mercury poisoning it poses.


APA LAGI SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN NI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2019 01:05 PM | Show all posts
Alkohol digunakan sebagai suatu antiseptic: Kegunaan alkohol tulen pada luka parah sebagai suatu ejen antiseptic, dan kegunaan alkohol sebagai suatu solvent dan antiseptic, telah diperkenalkan oleh para doktor dan pembedah Muslim pada abad ke-10. Wiki...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 02:25 PM | Show all posts
Edited by Watermelon786 at 26-6-2019 02:27 PM

Stetoskop



Stetoskop (daripada stetho- "dada + -scope "-skop, alat mencerap") ialah sebuah alat perubatan yang digunakan untuk mendengar bunyi dari dalam tubuh manusia, lazimnya bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Ia juga boleh digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran darah.

Stetoskop dicipta di Perancis pada tahun 1816 oleh seorang doktor bernama René Laennec di Hôpital Necker – Enfants Malades ("Hospital Kanak-Kanak Sakit Necker"), Paris,[1][2] di mana rekaan awal yang dihasilkan oleh beliau terdiri dari sebatang tiub kayu berongga dengan hanya satu hujung telinga. Laennec mendapat ilham mencipta alat ini daripada pengalamannya yang tidak selesa hendak meletakkan telinganya di hadapan dada pesakit wanitanya untuk mencari simptom penyakit.[3]

Pada tahun 1851, seorang doktor warga Ireland bernama Arthur Leared mereka sebuah stetoskop yang mempunyai sepasang hujung telinga, dan pada tahun 1852 pula George Cammann menyempurnakan reka bentuk stetoskop bagi tujuan penghasilan komersial, yang akhirnya menjadi rekaan standard alat ini.

Artikel dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Stetoskop

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 02:44 PM | Show all posts
                                    
                                                                                                                                       
X-Ray ImagingSource: Tom Page/Flickr

It’s hard to imagine proper and correct diagnosis and treatment of injuries as common as fractures without X-ray imaging technology. X-Rays were accidentally discovered when a German physicist Wilhelm Conrad Röntgen was studying the process of electric current passing through a gas of extremely low pressure. He observed that in a darkened room, the cathode ray tube covered with barium platinocyanide caused a fluorescent effect. Since the cathode rays are invisible, he didn’t know what the rays were and named it X-radiation for its unknown nature. He won the first-ever Nobel Prize in Physics in 1901 for his discovery. The initial reception to the discovery, however, was met with hostility and mockery with a New York Times journalist referring to it as “an alleged discovery of a method to photograph the invisible”.

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 03:53 PM | Show all posts

Glukometer


Glukometer adalah sejenis alat perubatan untuk mengukur kepekatan gula (glukosa) dalam darah. Alat ini boleh digunakan untuk memantau kandungan glukosa dalam darah di rumah oleh pesakit kencing manis (Diabetes mellitus) Jenis 1 atau Jenis 2.

Pengukuran kepekatan glukosa dalam darah dengan menggunakan glukometer dapat memberikan keputusan ujian yang cepat dan membolehkan pesakit mengetahui samada kandungan glukosa dalam darah adalah lebih tinggi daripada kadar biasa, terlalu rendah daripada paras yang diharapkan atau berada pada tahap yang boleh diterima.

Terdapat pelbagai jenama dan model glukometer di pasaran dengan pelbagai saiz, fungsi dan mesra pengguna. Bagi pengguna yang pertama kali menggunakan mesin glukometer perkara paling penting dan utama adalah mengetahui  bagaimana menggunakan mesin glukometer dengan cara yang betul selain dari memilih glukometer yang  mesra pengguna. Kesilapan dalam penggunaan glukometer  boleh menyebabkan keputusan ujian yang diberikan adalah salah dan sangat merbahaya bagi pesakit kencing manis.


atacara Mengukur Kadar Glukosa Darah
  • Kumpulkan semua barang-barang yang diperlukan : strip ujian, kapas beralkohol dan jarum lanset. Pastikan glukometer mempunyai bateri yang berfungsi dengan baik dan diletakkan  pada permukaan yang rata.
  • Buka botol bahan uji dan keluarkan strip dari pembalut aluminium sekiranya dibungkus secara individu.
  • Pastikan   kod kalibrasi pada strip adalah sama dengan kod  pada glukometer.
  • Cuci tangan dan bersihkan hujung jari. Sekiranya menggunakan kapas beralkohol, biarkan hujung jari kering terlebih dahulu.
  • Cucuk hujung jari menggunakan jarum lanset yang baru pada bahagian sisi hujung jari bagi mengurangkan rasa sakit.
  • Hidupkan glukometer (setengah model akan hidup secara automatik sebaik sahaja strip dimasukkan). Pastikan nombor kod ujian yang terpampang pada skrin glukometer adalah sama dengan nombor kod yang terdapat pada bungkusan strip yang digunakan.
  • Letakkan setitik darah ke atas strip ujian. Masukkan strip ujian ke bahagian yang dikhaskan untuk strip pada mesin glukometer.(Sila rujuk pada manual glukometer yang disediakan untuk mengetahui kuantiti darah yang diperlukan)
  • Glukometer akan membaca paras gula (glukosa) darah dalam beberapa saat.
  • Catit keputusan bacaan gula (glukosa) darah dalam buku nota kecil sebagai rujukan sendiri atau untuk rujukan doktor anda .Setengah glukometer mempunyai memori yang besar bagi merekod dan menyimpan keputusan gula (glukosa) darah.

TIP DAN AMARAN PENGGUNA
  • Pengguna di nasihatkan untuk menyimpan lebih dari satu bateri, strip ujian dan perkakasan berkaitan.
  • Bekas bio-hazard boleh diperolehi/dibeli daripada mana-mana farmasi untuk melupuskan jarum lancet dan strip ujian yang telah digunakan.
  • Hangatkan ‘warm-up’ terlebih dahulu hujung jari yang hendak disusuk dengan jarum lanset bagi mengurangkan rasa sakit dan juga membolehkan pengaliran darah yang lebih lancar.
  • Selepas tusukan dan darah telah diperolehi, tekan bahagian luka tusukan menggunakan kapas kering/kertas tisu yang bersih bagi menghentikan aliran darah.
  • Selang selikan jari yang hendak disusuk lanset bagi mengelakkan terjadinya kudis pada hujung jari.
  • Jarum lanset hanya dipakai sekali sahaja.

Memahami  Apakah Maksud Paras  Glukos Darah
Gula (glukosa) dalam darah diperolehi dari sumber makanan bagi  membekalkan tenaga  kepada badan dan otak. Walaubagaimana paras gula (glukosa) dalam darah boleh menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi akibat dari kegagalan badan megimbangi kitaran gula dalam badan.
Aras
Normal
         Puasa (sebelum makan)
4.0 – 6.0 mmol/l
         Rawak (bila-bila masa)
5.6 – 8.3 mmol/l
Abnormal
         Hiperglisemia
? 11.1 mmol/l
         Hipoglisemia
? 2.8 mmol/l
Rujukan: MOH Clinical Practice Guidelines Management of Type 2 Diabetes Mellitus,4th Ed (2009)
*Sila rujuk risalah produk untuk julat normal
Paras gula (glukosa) darah menunjukkan samada kandungan gula terlalu tinggi (hiperglisemia) atau kandungan gula terlalu rendah (hipoglisemia) dalam aliran darah.
Hiperglisemia boleh disebabkan oleh hamil, penyakit buah pinggang, masalah hati atau jangkitan pada pankreas.
Hipoglisemia boleh dikaitkan dengan masalah tiroid atau kelenjar adrenal. Ia juga boleh menunjukkan bahawa anda tidak mengambil makanan yang mencukupi.
Jadual 1 aras Glisemia

Cara Memilih Mesin Glukometer Yang Sesuai

Terdapat kepelbagaian ciri glukometer yang berbeza – beza  antara satu model dengan model yang lain
  • Kos: Harga glukometer adalah berbeza-beza mengikut jenis model. Kos yang perlu diambil kira semasa membeli mesin glukometer adalah harga strip yang mana ia menyumbang kepada kos paling besar kerana penggunaan  strip adalah kerap. Strip yang dibungkus secara individu adalah lebih mahal, tetapi pesakit mungkin tidak boleh menghabiskan semua strip yang di bungkus dalam satu botol/container sebelum tarikh luput. Kenalpasti jenis strip yang sesuai untuk keperluan bagi menjimatkan perbelanjaan
  • Saiz: Saiz yang paling ideal adalah sebesar saiz tapak tangan dan setengahnya lebih kecil sekecil sebatang pen dan beroperasi menggunakan bateri.
  • Penyelenggaraan yang mudah dan senang digunakan: Sesetengah meter adalah mudah digunakan berbanding yang lain. Perkara yang perlu diambil kira adalah kedua-duanya iaitu meter dan strip. Mudahkah untuk melihat nombor pada skrin monitor? Mudahkah meletakkan sampel darah ke atas strip? Samada memerlukan darah yang sedikit atau banyak? Sesetengah glukometer memerlukan kod manakala setengahnya tidak.
  • Strip ujian: Setiap strip hanya digunakan sekali  sahaja dan hendaklah terus dibuang (pakai buang). Sesetengah strip boleh mengesan dan mengukur beta-hydroxybutyrate di dalam darah (ketone dalam darah) bagi mengesan diabetes ketoacidosis (DKA), iaitu keadaan dimana berlaku paras gula yang terlampau tinggi dalam badan iaitu sejenis komplikasi hiperglisemia.
    • Kod: Strip ujian mungkin berbeza dari satu paket ke satu paket yang lain. Sesetengah glukometer memerlukan pengguna memasukkan kod atau cip yang dibekalkan bersama strip. Tujuan memasukkan kod adalah untuk mengkalibrasi glukometer supaya kod yang disetkan pada glukometer adalah sama seperti mana kod yang terdapat pada strip. Ini bagi memastikan keputusan yang dikeluarkan adalah tepat.
  • Persijilan: Pilih glukometer /strip yang mempunyai tanda CE, diluluskan  oleh FDA atau yang diiktiraf dengan persijilan ISO.
  • Isipadu sampel  darah: Kuantiti darah yang diperlukan adalah berbeza-beza iaitu dari 0.3 hingga 1 ul. Semakin sedikit jumlah darah yang diperlukan maka semakin kurang kekerapan cucukan yang tidak diperlukan.
  • Tempoh pengukuran: Masa yang diperlukan untuk megukur kandungan glukosa dalam darah adalah berbagai-bagai iaitu diantara 3 ke 60 saat mengikut jenis model glukometer.
  • Paparan: Unit yang digunakan untuk mengukur kadar kandungan darah dalam badan adalah berbeza-beza mengikut negara; unit mg/dl digunakan di U.S, France, Japan, Israel dan India. Unit mmol/l digunakan di Kanada, Australia, China, Malaysia dan UK.  Unit pengukuran ini samada dalam mg/dl atau mmol/l akan dipaparkan pada skrin kecil pada mesin .Pengguna glukometer dinasihatkan menetapkan unit SI (mmol/l) pada glukometer.
  • Jam/Memori: Sesetengah glukometer terkini mempunyai jam yang boleh ditetapkan masa serta tarikh dan mempunyai memori untuk menyimpan bacaan yang sebelumnya. Ini membolehkan pengguna merekod data untuk tujuan pengurusan dan dapat memperlihatkan corak kadar glucosa dari masa ke semasa untuk tujuan pemantauan. Pengguna biasanya tidak menetapkan masa yang betul dan ini boleh menyebabkan keputusan yang ditunjukkan tidak  mengikut masa sebenar dan ini akan menyukarkan pengurusan corak paras glukosa.
  • Ciri istimewa: Tanyakan ciri-ciri istimewa sesebuah glukometer bagi memenuhi kehendak yang diperlukan. Sebagai contoh sesetengah meter adalah lebih besar saiz skrin dan strip mudah dikendalikan. Setengahnya pula mempunyai reka bentuk yang kecil dan padat serta senang dibawa. Bagi pengguna yang mempunyai masalah penglihatan, sebaiknya membeli meter yang mempunyai skrin yang besar atau meter bersuara yang boleh memberitahu atau mengumumkan keputusan glukosa. Terdapat juga meter yang berwarna dan memberikan bacaan yang cepat untuk pengguna kanak-kanak. Sesetengah model pula mempunyai latar bercahaya untuk bacaan semasa  kecemasan di waktu malam
  • Khidmat sokongan selepas jualan: Kebanyakan pengeluar menawarkan talian bebas tol yang diletakkan pada bahagian belakang glukometer bagi membolehkan pengguna membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan apabila diperlukan. Pilih meter yang memberikan penerangan yang jelas bagaimana untuk mengendalikan meter dengan cara yang betul. Sesetengah pengeluar memaparkan manual pengguna pada laman sesawang mereka.

Penjagaan Dan Penyelenggaraan Glukometer
Penyelenggaraan secara rutin glukometer adalah elemen penting bagi memastikan keputusan paras glukosa yang diukur    adalah tepat supaya rawatan yang diterima juga adalah tepat dan betul. Berikut adalah beberapa tip penting untuk memastikan glukometer anda berada dalam keadaan baik;
  • Persediaan untuk penetapan glukometer memerlukan:
    • Nombor lot paket strip
    • Ujian kawalan mutu
    • Menjalankan kalibrasi apabila perlu.
  • Patuhi  setiap saranan yang dicadangkan oleh pengeluar.
  • Kendalikan meter secara berhati-hati!
  • Bersihkan meter seperti yang disarankan oleh pengeluar.
  • JANGAN dedahkan meter kepada kepanasan, kelembapan, kesejukan, habuk dan kekotoran yang melampau.
  • Simpan glukometer dalam bekas yang disediakan oleh pengeluar.
  • Setiap glukometer mestilah dibekalkan dengan buku panduan operasi untuk kod ralat dan cadangan penyelesaian masalah. Jika tidak  hubungi pengeluar menggunakan talian bebas tol untuk perkhidmatan selepas jualan.
  • Kawalan Kualiti.

Ketepatan Bacaan Glukometer
Di sini dinyatakan masalah dan isu yang sering berlaku dan cara mengatasi  akibat dari  kekerapan penggunaan yang boleh menyebabkan ketidaktepatan bacaan. Memahami bagaimana glukometer berfungsi dan apa yang boleh menjejaskan keputusan bolah membantu mencegah masalah dari berlaku.
  • Bateri: Bateri yang lemah boleh menyebabkan bacaan glukosa tidak tepat dan tidak boleh dipercayai.
  • Bahan Kawalan Mutu: Berkemungkinan boleh memberi keputusan glukosa yang salah jika disimpan pada suhu yang melampau atau menggunakan strip yang melebihi tarikh luput atau menggunakan strip yang tercemar akibat dari botol penyimpanan yang retak atau botol  penyimpanan strip tidak ditutup rapat. Sila dapatkan bantuan pengeluar jika memerlukan bantuan.
  • Kalibrasi: Ketepatan bacaan bergantung kepada bagaimana kalibrasi dilakukan. Nombor kod meter yang salah boleh membahayakan kepada pengguna glukometer di rumah dan ini boleh meningkatnya risiko hipoglisemia.
  • Strip ujian: Strip mengandungi bahan kimia yang bertindakbalas dengan darah untuk memberi bacaan paras glukosa. Tempatkan  meter pada  suhu yang sesuai dan jangan menggunakan strip yang telah tamat  tempoh.

Faktor menyebabkan nilai glukos tinggi

    • Sampel darah/glukometer tercemar
    • Menggunakan strip yang telah melebihi tarikh luput atau rosak
    • Pesakit mengalami dehidrasi atau pesakit kurang darah (anaemia)
    • Sampel darah dari bahagian lain selain dari hujung jari


Faktor menyebabkan nilai glukos rendah


    • Menggunakan strip yang telah tamat tempoh atau rosak.
    • Glukometer kotor/ tercemar dengan darah
    • Pesakit dalam keadaan renjatan
    • Terlebih memicit jari dalam usaha mendapatkan darah.
    • Sampel yang tidak mencukupi.
    • Tidak memasukkan strip ke dalam meter dengan cara yang betul
    • Pesakit yang mempunyai paras haemoglobin yang tinggi
Rujukan


http://www.myhealth.gov.my/glukometer/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 03:55 PM | Show all posts
AntibioticsSource: oliver.dodd/Flickr

People most commonly associate the advent of antibiotics with Alexander Fleming’s discovery of penicillin. In actuality, the age of antibiotics began in 1907 with the creation of Salvarsan by Alfred Bertheim and Paul Ehrlich. Today this Salvarsan is known as Arsphenamine. It was the first drug to effectively counter the Syphilis disease marking the beginning of anti-bacterial treatment.
Alexander Fleming’s discovery of anti-bacterial property of Penicillium Notatum in 1928 was when antibiotics started gaining mass attention. Today, antibiotics have revolutionized medicine and in combination with vaccines have helped in almost eradicating diseases like tuberculosis.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 03:58 PM | Show all posts
Spekulum


Sumber Foto: topclassactions.com


Malu antara alasan utama wanita tidak melakukannya kerana perlu terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar.”

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Malah pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut yang merupakan antara pembunuh wanita selepas kanser payudara! Kanser serviks boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan hubungan intim tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus ketika hubungan intim. Kanser serviks boleh dicegah sekiranya dapat pengesanan awal melalui pemeriksaan pap smear.


Tetapi ramai wanita memberi seribu satu alasan mengelak daripada melakukan ujian yang mampu menyelamatkan nyawa ini. Malu antara alasan utama wanita tidak melakukannya kerana perlu terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar. Ada juga yang membayangkan perbuatan doktor memasukkan alatan seperti spatula lalu mengorek dinding rahim mereka sebagai sesuatu yang amat menyakitkan lalu memilih untuk berserah sahaja dengan kemungkinan menghidap kanser serviks.





Ada juga yang merasakan mereka terlalu muda untuk mendapat kanser sedangkan ia tidak mengira usia dan ujian itu juga dapat menyelamatkan nyawa kerana ia dapat mengesan tisu-tisu yang abnormal atau dijangkiti HPV dan berpotensi untuk menjadi kanser dari awal. Ramai yang tidak pernah melakukan pap smear dan lewat mengesan kanser serviks yang dihidapi dan malangnya sudah terlambat untuk menyelamatkan nyawanya.

Untuk pengetahuan semua wanita, prosedur untuk melakukan pap smear tidak lama iaitu sekitar kurang daripada lima minit sahaja. Ia tidaklah menyakitkan seperti yang sering digambarkan cuma ada sedikit rasa tidak selesa. Spekulum iaitu alat seperti paruh itik akan dimasukakkan ke dalam laluan rahim melalui faraj lalu berus cyto diletakkan ke dalamnya. Berus cyto yang kecil itu digunakan untuk mengikis sedikit tisu pada pangkal rahim dengan memusingkannya 360 darjah. Sel yang diperoleh melekat di berus cyto diletakkan di dalam botol khas kemudian dihantar ke makmal. Jika normal, wanita itu boleh mengulangi ujian pap smear sekali lagi dalam tempoh setahun hingga dua tahun lagi dan jika tidak normal, maka ujian susulan diperlukan.



Sumber Foto: hotdoc.com

Tidak mengapalah jika anda masih malu atau takut untuk melakukan ujian saringan ini. Ada cara lain yang telah di temui iaitu penyediaan Kit Pensampelan Pap Smear. Kaedah pensampelan sendiri itu bukan sahaja memudahkan, bahkan begitu menyenangkan berikutan responden tidak perlu menunjukkan organ intim kepada petugas klinik. Kit berkenaan tidak memerlukan peralatan klinikal khusus, seperti pap smear, tetapi penguji boleh melakukan sendiri bagi mengambil sampel di faraj dengan memperoleh keputusan dalam tempoh tiga hari bekerja sahaja menerusi SMS. Projek ini membabitkan kerjasama pelbagai institusi termasuk Kementerian Kesihatan menggalakkan wanita melakukan persampelan sendiri, iaitu dengan menggunakan kit ujian berbentuk putik kapas dan bekas tiub khas disediakan. Kaedah ini lebih menyenangkan, tidak menyakitkan dan membuatkan ramai sedia buat sendiri saringan kanser serviks.

Ketika ini, di Klinik Shah Alam (KKSA) ada melaksanakan projek perintis Removing Obstacles to Cervical Screening (ROSE) yang dijalankan sekumpulan penyelidik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menggalakkan wanita menyertai projek terbabit. Projek ini menyasarkan 2,000 responden wanita berusia 30 hingga 65 tahun itu, sekali gus menjadi alternatif kaedah lazim pap smear. Inisiatif ROSE mendapat maklum balas positif dalam kalangan wanita menyertai program saringan itu selepas diterangkan ia tidak serumit pap smear. Ini membuatkan tempoh saringan singkat kerana selepas wanita itu melengkapkan borang butiran peribadi, mereka terus diberikan kit untuk membuat pengujian sendiri. Namun, menurut Portal Berita Harian mendapati meskipun program terbabit sudah memasuki siri kedua, tidak ramai mengetahui mengenai projek percuma itu kecuali mereka yang mempunyai urusan di klinik berkenaan sahaja.



Sumber: bharian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 04:00 PM | Show all posts
Hypodermic NeedleSource: Pixabay

A hypodermic needle with its austere appearance, and simple working principle was invented only about 150 years ago. Before that in ancient Greece and Rome, physicians used thin hollow tools to inject fluids into the body. In 1656, a dog was given an intravenous injection via a goose quill by Christopher Wren. The modern hypodermic needle was invented by Charles Pravaz and Alexander Wood somewhere in the mid 1800s. Today, these needles are used to deliver correct drug dosage in treatment and extract body fluids with minimal pain and risk of contamination.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 04:14 PM | Show all posts
BLOOD PRESSURE MONITOR


BAGAIMANA PILIH BLOOD PRESSURE MONITOR YG SESUAI UTK FAMILY ANDA?

Tekanan darah ialah tekanan yang terhasil pada dinding salur darah apabila jantung mengepam darah mengalir melalui saluran darah.

Tekanan darah berada pada tahap paling tinggi semasa jantung mengepam darah. Ini dinamakan Tekanan Sistolik.

Tekanan darah pula berada pada tahap paling rendah semasa jantung berada dalam keadaan rehat iaitu selepas mengepam darah. Bacaan terendah ini dinamakan Tekanan Diastolik.

=====
BAGAIMANA BACAAN TEKANAN DARAH DIAMBIL
=====

Tekanan darah diukur dengan dua bacaan iaitu bacaan atas yang menunjukkan tekanan sistolik dan bacaan bawah yang menunjukkan tekanan diastolik.

Tekanan darah yang baik dan normal adalah 120 mmHg bacaan sistolik dan 80 mmHg bacaan diastolik (120/80 mmHg)

Tekanan darah antara 120-139 / 80 - 89 mmHg dinamakan sebagai Prahipertensi (Pra-darah tinggi). Daripada statistik kajian, ramai rakyat Malaysia yang berada dalam kelas Prahipertensi iaitu tekanan darah berada dalam julat sempadan antara bacaan optimum 120/80 dan bacaan darah tinggi 140/90.

Sekiranya mereka yang berada dalam kelas Prahipertensi ini dikesan pada peringkat awal, tekanan darah mereka akan dapat dikawal secara ketat dan rawatan awal dapat dimulakan untuk elakkan komplikasi penyakit.

Apabila tekanan darah sentiasa tinggi melebihi normal (>140/90 mmHg) itulah dinamakan Penyakit Darah Tinggi.

Tekanan darah yang tinggi akan merosakkan banyak organ penting dalam badan kita. Ini meningkatkan risiko kita untuk mendapat Strok, Serangan Jantung dan kerosakan buah pinggang.

Perlukah kita selalu mengukur Tekanan Darah?

90% penghidap Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya sebahagian kecil mengalami tanda seperti sakit kepala di belakang leher. Jadi, ukur tekanan darah secara berkala adalah penting.

DOKTOR CAKAP SAYA ADA DARAH TINGGI. TAPI SAYA RASA BADAN SAYA OK JER. PERLUKAH SAYA RISAU?

Ramai yang mempunyai Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan apa-apa tanda atau simptom. Tetapi, apabila tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah yang serius seperti serangan jantung dan strok.

=====
BAGAIMANA KURANGKAN RISIKO DAPAT DARAH TINGGI?
=====

Ada faktor ataupun risiko yang diluar kawalan kita seperti umur dan sejarah keluarga. Namun kita boleh kurangkan risiko mendapat Darah Tinggi dengan amalkan makanan sihat kurang masin (garam), bersenam, kekalkan berat badan yg ideal dan berhenti merokok.

=====
PERLUKAH CHECK TEKANAN DARAH DI RUMAH?
=====

YA. Penting untuk kita periksa tekanan darah di rumah terutamanya apabila kita disahkan mempunyai Darah Tinggi atau berisiko tinggi mendapat Darah Tinggi.

Apabila kita sentiasa periksa tekanan darah di rumah setiap hari barulah kita tahu sama ada ubat yg kita ambil ataupun perubahan gaya hidup kita beri kesan positif turunkan tekanan darah kita.

Periksa tekanan darah di rumah juga dapat mengesahkan tekanan darah kita jika tidak stabil. Kadang kala tekanan darah kita tinggi apabila doktor check sebab kita rasa nervous ataupun tertekan semasa berada di klinik atau hospital.

=====
BILA MASA TERBAIK CHECK TEKANAN DARAH?
=====

Anda boleh check tekanan darah pada waktu pagi ataupun petang. Jika pada waktu pagi, check sebelum makan ataupun sebelum mengambil apa-apa ubat.

Jika pada waktu petang, check sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan ataupun selepas 30 minit selepas minum kopi.

Tapi pastikan anda rehat, relax dan tenang dahulu baru periksa tekanan darah.

=====
BAGAIMANA NAK PILIH ALAT TEKANAN DARAH NI?
=====

Ada macam-macam jenis alat check tekanan darah yang dijual di Farmasi. Ada yang automatik (digital) dan ada yang manual. Untuk kegunaan sendiri di rumah, lebih senang gunakan alat check tekanan darah automatik.

Pilih alat tekanan darah yang mengukur tekanan darah di lengan atas (upper arm) lebih baik daripada alat yang mengukur tekanan di pengelangan tangan atau jari.

Bacaan tekanan di upper-arm biasanya lebih tepat dan lebih konsisten.

Pastikan anda memilih saiz cuff yang sesuai dengan saiz lengan anda. Jika anda bersaiz besar, dapatkan cuff yang bersaiz besar. Bacaan kurang tepat jika anda gunakan saiz cuff yang tidak sesuai

Ada banyak pilihan alat tekanan darah. Pilih satu yang sesuai dengan budget anda. Harga biasanya bergantung dengan features tambahan alat tersebut seperti built-it memory dan berapa kali alat tersebut mengukur tekanan anda sebelum memberikan bacaan.

Yang paling penting, pastikan alat pengukur tekanan darah yang anda beli dapat mengukur tekanan darah dengan tepat. Bagaimana nak chcek? Cuba bandingkan bacaan tekanan darah menggunakan alat automatik dengan alat manual yang doktor gunakan di klinik atau yang ada di farmasi.

Satu lagi yang sering pengguna terlepas pandang adalah penggunaan bateri alat pengukur tekanan darah ni. Apabila bateri sudah hampir habis atau bateri dah kong, bacaan boleh jadi kurang tepat. Lebih baik jika anda dapatkan alat pengukur tekanan darah yang mempunyai socket penyambung elektrik dan tidak bergantung sepenuhnya dengan kuasa bateri.

=====
MANA NAK DAPATKAN ALAT CHECK TEKANAN DARAH NI?
=====

Anda boleh dapatkan Alat Periksa Tekanan Darah ini ataupun Blood Pressure Monitor ini dari kedai Farmasi. Hampir semua alat ini mempunyai fungsi automatik dan senang digunakan. Hanya perlu pasangkan Cuff pada lengan anda dan tekan ON.

Tidak sampai 2 minit, anda boleh lihat keputusan bacaan tekanan darah anda.

Blood Pressure Meter ni boleh dibeli di Farmasi dalam harga RM200 - RM400 sahaja bergantung dengan jenama dan kelebihannya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 04:16 PM | Show all posts
SpectaclesSource: Ben Jeffrey/Flickr

Spectacles are one of the other medical breakthroughs that people usually take for granted. There is no justifying evidence to determine any singular person to credit with the invention of the specs. Centuries ago, scholars and monks used an early prototype of the modern spectacles which had to be held before eyes while reading or balanced on the nose (there were no arms to anchor them to ears). With increased availability of printed books in late 1800s, the cases of myopia increased, that led to the introduction of spectacles to the masses.

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 04:19 PM | Show all posts
Nice info, tq TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 04:21 PM | Show all posts

no prob...

Cardiac PacemakerSource: Pixabay

This milestone invention was fruit of two Australian scientists’ labor, Mark C. Hill and physicist Edgar H. Booth in 1926. The prototype was a portable set up consisting of two poles, one connected with a salt solution soaked skin pad and the other to a needle that was inserted into the patient heart chamber. Despite such a crude design they both successfully brought back to life a stillborn baby. Today the pacemakers are much more sophisticated with an average battery life of 20 years.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Prosthetics & Implants

Life with handicaps is a very hard experience not just at physical level, but at mental and emotional level as well. Invention of the prosthesis has been a big breakthrough in enabling the physically handicapped live a life that isn’t limited to wheelchair and crutches.

Modern prosthesis are made from carbon fiber that are lighter and stronger than metal and are more realistic. Upcoming prosthesis have inbuilt myoelectric sensors that enable gripping and holding on brain impulses.     

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencipta kerusi beroda, orang cacat (wheelchair)

Design pertama ia dicipta pada 1595 dan dipanggil kerusi invalids, telah dibuat untuk Phillip II Sepanyol oleh pencipta yang tidak diketahui. Pada tahun 1655, Stephen Farfler, membina kerusi beroda ada tiga roda.

Pada tahun 1783, John Dawson of Bath, England, mencipta kerusi roda yang dinamakan selepas kerusi rota bath (mandi). Dawson mereka kerusi dengan dua roda besar dan satu kecil. Kerusi roda Bath outsold semua kerusi roda lain di seluruh bahagian awal abad ke-19.

1800-an

Walau bagaimanapun, kerusi roda Bath tidak begitu selesa dan semasa separuh terakhir abad ke-19 banyak penambahbaikan telah dibuat untuk kerusi roda. Satu paten tahun 1869 untuk kerusi roda menunjukkan model pertama dengan menolak roda belakang dan kecil casters depan. Antara, 1867-1875, pencipta ditambah roda getah baru berongga serupa dengan yang digunakan pada basikal pada logam rim. Pada tahun 1881, pushrims untuk diri pendorongan ditambah dicipta.

1900

Pada tahun 1900, roda pertama spoked telah digunakan di atas kerusi roda. Pada 1916, kerusi roda bermotor pertama telah dikeluarkan di London.

Boleh diakses kerusi roda Folding.

Pada tahun 1932, jurutera, Harry Jennings, membina  kerusi  beroda pertama yang boleh dilipat, kerusi roda keluli berbentuk tiub. Itu adalah kerusi roda terawal yang serupa dengan apa yang ada dalam penggunaan moden hari ini. Kerusi roda yang telah dibina untuk rakan lumpuh Jennings dipanggil Herbert Everest. Bersama-sama mereka mengasaskan Everest & Jennings, sebuah syarikat yang dimonopoli pasaran kerusi roda selama bertahun-tahun.

Satu saman antitrust telah dibawa terhadap Everest & Jennings oleh Jabatan Keadilan, yang dikenakan syarikat dengan harga kerusi roda penipuan. Kes itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 12:40 PM | Show all posts
CT Scanner and MRISource: Pixabay

X-Ray’s discovery led to a surge in the efforts to search methods to access even more details without cutting open a body. This subsequently led to the invention of the CT scanner. Its commercial version was invented by Dr. Godfrey Hounsfield who received a Nobel Prize for medicine in 1979. This device was able to display multiple layers within multiple X-ray images.
Soon after, Dr. Raymond V. Damadian invented a technique to differentiate between cancerous and normal cells using nuclear magnetic resonance which later was improved and called MRI.

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 01:19 PM | Show all posts
Inhaler


source : https://pixabay.com/photos/asthm ... e-asthmatic-938695/

An inhaler (puffer or pump) is a medical device used for delivering medication into the body via the lungs. It is mainly used in the treatment of asthma and chronic obstructive pulmonary disease. Zanamivir, used to treat influenza, must be administered via inhaler.

To reduce deposition in the mouth and throat, and to reduce the need for precise synchronization of the start of inhalation with actuation of the device, MDIs are sometimes used with a complementary spacer or holding chamber device.

Source : https://en.wikipedia.org/wiki/Inhaler

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2019 01:33 PM | Show all posts
Platelet Rich Plasma (PRP) is a newly introduced medical procedure that uses your blood serum as a treatment. The blood sample taken is centrifuged and once the plasma is separated, it is injected into desired areas of treatment.

PRP can be used to speed up recovery processes and it is permissible to be used only as a treatment. It is not permissible @ haram to be used as a beauty treatment (some uses PRP to maintain their skin like botox) as blood is originally categorised as najis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2019 05:45 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 4-7-2019 07:32 AM











Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 11:10 PM | Show all posts
The cornea is the only part of the body with no blood supply – it gets its oxygen directly from the air.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 08:36 AM | Show all posts
Prosthetics and Implants

Source: Pexels

Life with handicaps is a very hard experience not just at physical level, but at mental and emotional level as well. Invention of the prosthesis has been a big breakthrough in enabling the physically handicapped live a life that isn’t limited to wheelchair and crutches.
Modern prosthesis are made from carbon fiber that are lighter and stronger than metal and are more realistic. Upcoming prosthesis have inbuilt myoelectric sensors that enable gripping and holding on brain impulses.     

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.133911 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list