CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

JENTIK MINDA...

[Copy link]
Post time 6-7-2019 11:31 PM | Show all posts
Some of the earliest named doctors were women

Saqqara is a huge archaeological site about 20 miles south of present-day Cairo. Five millennia ago it was the necropolis for the ancient Egyptian city of Memphis, and remains home to one of the oldest surviving buildings in the world – the step pyramid of Djoser.

A nearby tomb reveals the image of Merit Ptah, the first female doctor known by name. She lived in approximately 2,700 BC and hieroglyphs on the tomb describe her as ‘the Chief Physician’. That’s pretty much all that’s known about her career, but the inscription reveals that it was possible for women to hold high-status medical roles in Ancient Egypt.

Some 200 years later another doctor, Peseshet, was immortalised on a monument in the tomb of her son, Akhet-Hetep (aka Akhethetep), a high priest. Peseshet held the title ‘overseer of female physicians’, suggesting that women doctors weren’t just occasional one-offs. Peseshet herself was either one of them or a director responsible for their organisation and training.

Although the barriers of time and interpretation make it difficult to reconstruct the day-to-day practice of Merit Ptah and Peseshet, female doctors appear to have been a respected part of ancient Egyptian society.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2019 04:18 PM | Show all posts
BERITA  | DUNIA

Ladang lipas terbesar di dunia ini ternak lebih 6 bilion ekor untuk satu tujuan
Gempak |  Diterbitkan pada Julai 03, 2019 09:25 +08

Ladang lipas terbesar di dunia ini ternak lebih 6 bilion ekor untuk satu tujuan
Kesemua enam bilion lipas ini dijaga menggunakan teknologi artificial intelligent.
LIPAS sememangnya dikenali sebagai haiwan pengotor dan pembawa penyakit namun tahukah anda, lipas juga boleh dibuat ubat.

Bertempat di Xichang, daerah Sichuan, China, sebuah ‘ladang’ untuk menternak lipas telah siap dibina.

Bayangkan anda masuk ke dalam ladang tersebut, anda akan dihurung sebanyak hampir enam bilion lipas!

Menurut laporan media tempatan, South China Morning Post, ladang itu menempatkan lipas dari baka Periplaneta Americana atau lebih dikenali sebagai lipas Amerika.

BACA: 25 ekor anak lipas ditemui dalam telinga

Kesemua enam bilion lipas ini dijaga menggunakan teknologi artificial intelligent.

Lipas yang memiliki ciri-ciri seakan kupu-kupu ini dibiakkan untuk dibuat ubat.

Ubat yang terhasil daripada pembiakan lipas ini didakwa mempunyai agen penyembuh yang telah banyak menyelamatkan pesakit di China.

Menurut pengusaha ladang lipas, Geng Nengfu, kesemua lipas itu disimpan dalam bilik gelap di bawah suhu 10 darjah Celcius dan ia digunakan sebagai bahan asas untuk ubat-ubatan.

Bahan asas ini diamalkan sejak 2000 tahun lalu lagi dalam dunia perubatan mereka. - Sumber: South China Morning Post
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2019 10:01 PM | Show all posts
When you blush, the inside of your stomach does too

Butterflies in my  stomach gituuu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 12:59 PM | Show all posts
Asyik batuk berdarah, rupanya lintah hidup di dalam tekak
Agensi | Diterjemahkan oleh: Sahlizah Mohamed
Diterbitkan pada Julai 08, 2019 07:13 +08

Asyik batuk berdarah, rupanya lintah hidup di dalam tekak

Seorang wanita di China yang asyik batuk berdarah mendapati terdapat seekor lintah di dalam tekaknya sebaik menjalani pemerikaan di hospital. - Gambar hiasan
GUIYANG: Kegusaran seorang wanita yang asyik batuk berdarah selain rasa tidak selesa di tekak akhirnya terjawab apabila doktor mengesahkan terdapat seekor lintah yang 'mendiami' mulutnya.

Wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Wang, sebelum itu pergi membuat pemeriksaan di hospital tempatan di Guiyang, China.
Selain batuk berdarah, dia turut merasakan seolah-olah ada objek yang sentiasa bergerak pada bahagian tekaknya.

Pemeriksaan doktor mendapati seekor lintah pada bahagian saluran pernafasannya semasa menjalankan proses bronchoscopy.

Imej berkenaan turut menunjukkan parasit dengan ukuran 1.2 inci sedang melingkar pada bahagian glotis yang berhampiran dengan peti suara.

Wanita berusia 65 tahun itu turut diminta menjalani pembedahan selepas doktor mengesahkan boleh berlaku kecederaan yang lebih serius sekiranya lintah itu dikeluarkan secara paksa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 08:35 PM | Show all posts
Rokok Elektronik & Vape


Definisi Rokok Elektronik & Vape

Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.

Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah

Bateri
Atomiser
Katrij

Kandungan utama Rokok Elektronik*

a) Nikotin

b) Propylene Glycol

c) Vegetable Glycerin

d) Bahan Perisa dan pewarna

Kandungan utama Vape*

a) Propylene Glycol

b) Vegetable Glycerin

c) Bahan Perisa dan pewarna

*Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin, namun cecair “refill” yang dijual berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin. Begitu juga cecair refill rokok elektronik, telah dilaporkan ditambah dadah atau bahan-bahan terlarang berbahaya yang lain.*

Kandungan dan Kesan Nikotin Terhadap Kesihatan

A) Nikotin

Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015).

Selain daripada itu nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009).

Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg dalam 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol yang mengandungi 25ml cecair rokok elektronik akan mengandungi sehingga 100 mg nikotin.

Nikotin serendah 2mg sudah boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40 mg boleh menyebabkan kematian.

B) Propylene Glycol

Propilena glikol (PG) boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan (Wieslander et al 2001, Vardavas et al 2012) manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma (Choi et al 2010). Kajian ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang.

PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG (Jensen et al , 2015).

C) Glycerin

Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glycerin). Menurut MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.

D) Bahan Perisa

Berjenis-jenis bahan perisa digunakan di pasaran. Kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. Kajian in-vitro yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Kajian ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.

E) Kehadiran Logam Berat

Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser (W.E. Stephens, 2015).

F) Partikel ultra halus

Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan oleh rokok elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional di mana kebanyakan partikel bersaiz antara 20 – 300 nanometer (Otmar G et al, 2015). Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalam cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional, partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki peredaran darah (Zhang et al, 2013).

“Gate Way” memulakan tabiat merokok

Kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan vape merupakan satu “Gateway” untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok (Brian A et al 2015).

Rokok elektronik sebagai pengganti rokok bertujuan berhenti merokok

Kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan placebo menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok (Bullen C, et al 2013). Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin (W.K. Delmy et al, 2015).

Laporan oleh Public Health England (PHE) yang menyatakan rokok elektronik adalah 95% lebih selamat berbanding rokok tembakau telah dikritik hebat kerana ianya berdasarkan beberapa kajian dan mempunyai pelbagai kelemahan serta penglibatan penajaan oleh syarikat tembakau (Mc Kee, 2015). Tambahan pula, majoriti pengguna rokok elektronik yang masih merokok (dual users) dikhuatiri tidak akan mengurangkan risiko kematian. Risiko jangka panjang rokok elektronik masih tidak diketahui dan langkah pengawalan serta pemantauan adalah perlu apabila ianya tidak diharamkan (banned).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 01:31 AM | Show all posts
Anda yang mana


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2019 12:51 PM | Show all posts
Cardiac Defibrillator
Source: Pixabay

Defibrillation of heart isn’t a very recent concept, it has been known for decades, but its introduction into clinical setting was brought about by Claude Beck when he successfully defibrillated a young boy’s heart during surgery. Today, defibrillators save millions of lives from the brink of death around the world.

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.125500 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list