CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3625|Reply: 17

perlukan privasi-ibu tak nak berenggang dengan anak

[Copy link]
Post time 29-6-2019 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saya Z.serba sedikit tentang saya.saya telah berkahwin 7 tahu  dan sedang mengandung 8 bulan.ada 2 orang anak, lelaki dan perempuan.saya dan suami baru 3 bulan PJJ sebab dia kerja di middle east.ada la beberapa sebab yang saya dan anak2 terpaksa balik dan terpisah dengan suami buat kali ke 3.sebelum ni PJJ tapi kembali bersama tapi untuk kali ni balik for good.

masalah saya ni bukan la besar sangat cuma saya dah lama memendam rasa dengan ibu mertua.ibu mertua saya ni ok je sebenarnya baik,ambil berat,lemah lembut senang cerita untung la saya dapat mak mertua seperti beliau.tapi bab tak boleh berenggang dengan suami saya bila suami saya ada malaysia buat saya tertekan.untuk pengetahuan saya dan suami saya anak bongsu.ye saya sedar suami saya memang manja dan anak mak sikit.x pernah katakan tidak pada ibunya.sampaikan kerap kali juga la perasaan saya agak terusik.kalau dulu masa masih tinggal bersama-sama suami saya cuba memahami suami saya perlukan lebih masa dengan ibunya dan saya sendiri pun selalu beralah jika sebulan cuti pulang ke malaysia kebanyakan masa memang dihabiskan untuk ibunya.ibunya pula akan mengatur jadual kami ketika berada di malaysia.kerapkali juga bila turn keluarga saya kami diganggu oleh ibunya.bergaduh tentang isu ni memang kerapkali tapi tiada kesudahan.sampaikan kami pernah bercuti ke sebuah negeri tidak membawa ibunya kami dimarahi oleh adik beradik suami.tujuan kami bercuti hanyalah untuk privasi dan ruang hanya dengan keluarga kecil kami tanpa gangguan sebelum pulang semula ke negara arab sana.sudahnya sampai sekarang kami fobia dengan peristiwa tersebut sehinggakan sampai satu tahap kami kerap juga menipu ibunya untuk kemana mana demi menjaga perasaannya.kami juga pernah menipu mengatakan kami balik 4 hari saja ke malaysia sedangkan hakikatnya kami hampir 2 minggu berada di malaysia kerana menguruskan saya dan anak2 berpindah rumah dan sekolah di sini.alhamdulillah suami sedar permasalahan kami dan suami faham perasaan saya.

baru baru ni suami saya pulang beraya sekejap tak sampai seminggu.seperti biasa ibunya masih tetap sama.saya pula kemurungan selepas suami saya pulang bekerja kerana saya mengharapkan privasi bersama suami tambahan pula saya sarat mengandung.dengan anak 2 orang dan ibu saya sedang sakit yang perlu saya uruskan membuatkan saya selalu kelelahan dan stress.saya pernah slow talk dengan suami tentang ibunya tapi masalah suami saya memang dia tak boleh hampakan ibunya.saya bukan la nak jadikan suami anak derhaka cuma saya sangat berharap bila saya berpantang nanti dapat privasi dengan suami tanpa gangguan.insyaAllah suami akan bercuti panjang menjaga saya bersalin dan kami buat keputusan untuk berpantang sendiri.saya dan suami sekarang mati kutu tak tau nak selesaikan masalah ini tanpa mengguris hati ibunya.nak berbincang dengan adik beradik suami pun takut masing2 tak memahami sebab pernah kena masa kes bercuti tak bawa ibu sebelum ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak mertua kenapa x pergi kat pak mertua.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mak mertua x pergi kat pak mertua
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 10:33 PM | Show all posts
ni kes mak mertua balu la ni..


cari partner bagi kat mak mertua.. so dia sibuk layan laki xsempat nak kacau anak menantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ye betul mak mertua balu.selalu berdoa mohon pemahaman si ibu supaya bagi ruang kepada anak menantu yang kurang kasih sayang suami ni.kadang2 marah juga dgn suami x boleh nak fahamkan ibunya.iye la kan manusia sampai bila je boleh sabar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2019 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 30-6-2019 10:33 PM
ni kes mak mertua balu la ni..



x kot.mak mertua sudah tertutup hati kekdahnya.hanya arwah bapak mertua selamanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2019 02:37 AM | Show all posts
yoyobulat replied at 1-7-2019 01:13 AM
x kot.mak mertua sudah tertutup hati kekdahnya.hanya arwah bapak mertua selamanya

sebab hati dia terisi dengan anak kesayangan, sebab tu pintu hatinya tertutup..

dia xmove on lagi, dia ingat anak dia masih kecik, so dia kena kontrol semua kehidupan anak dia..

try2 la cari pokcik yang sesuai utk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 10:40 AM | Show all posts
Kenapa nak pjj? Kalau husband u mampu, duduklah dengan dia. Kalau tak pun, masa pantang, ikut kat tempat dia.

apa hak adik beradik nak marah korang bercuti pulak. Annoying betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2019 10:54 AM | Show all posts
siannya u...harap TT bertabah yer..
adik-bradik husband u selfish kot..mmg la ibu mertua u rapat dgn husband u.. lain la anak tunggal...
haishhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
supermum replied at 1-7-2019 10:40 AM
Kenapa nak pjj? Kalau husband u mampu, duduklah dengan dia. Kalau tak pun, masa pantang, ikut kat te ...

demi kelangsungan hidup hubby berhijrah ke sana.balik for good sbb survival cost sana dh paras leher.anak2 pulak makin membesar.tambahan pulak ibu sendiri x sihat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 1-7-2019 02:37 AM
sebab hati dia terisi dengan anak kesayangan, sebab tu pintu hatinya tertutup..

dia xmove on la ...

pernah ada yg merisik tp MIL reject awal2.

makin hari menunggu bersalin makin risau jadinya.kalau la MIL tetap x nak berenggang dgn suami sepanjang tempoh bersalin saya boleh kemurungan.paling saya risau kalau jadual hubby diatur nanti.terasa berdosa plak paranoid kt MIL.tapi sbb peristiwa lepas2 bt saya jd mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 02:25 PM | Show all posts
yoyobulat replied at 1-7-2019 02:13 PM
pernah ada yg merisik tp MIL reject awal2.

makin hari menunggu bersalin makin risau jadinya.kal ...

xtahu nak kata apa..harap bersabar..demi kesihatan anak dalam kandungan cuba happykan diri

atau pun dalam pantang nanti balik rumah tt dlm 2,3 minggu tentu MIL xkan ikut,kurang2 selamat 2,3 minggu daripada dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 03:58 PM | Show all posts
Edited by midori888 at 1-7-2019 04:00 PM

suami anak bongsu sajer, bukan anak tunggal...patut MIL rapatkan diri dgn anak2 lain jugak...yg lain tu diorg tak melayan dia ker? kesian jugak kat your MIL.

Dlm hal nie, patutnyer pihak suami kena pandai main peranan....supaya both mak dan isteri tak berkecik hati...


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 04:05 PM | Show all posts
Kalau kamu bersalin dan nak berpantang sendiri (suami jaga), plus ada 2 org anak lagi...part mana yg mak mertua kamu ni payah sangat nak faham? minta husband bagi tahu mak nya yg dia perlu uruskan keluarganya sendiri, ada anak bini..sapa nak jaga kalau bukan dia yg ketua keluarga menjaga nya? habis nak biar je anak bini pandai2 hidup sendiri?
yg mak mertua nii pun tak paham aku...anak dah bersar panjang, ada bini, ada anak2 apahal nak kena menghadap dia 24 jam? kenapa izinkan anak tu menikah kalau hujung2 nak abaikan family sediri? ingat dosa tu boleh datang kalau abaikan mak je ke? kalau abaikan anak bini dapat pahala..gitu?
(tak pepasal aku pulak yg emo dng perangai mak2 tak tau limit ni)...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 11:41 AM | Show all posts
tua dah ke mil u tu?
kalau tua dah menunggu hari, berlembut hati saja la tt..
tak rugi laki u berbaik dengan mak sendiri..
esok-esok anak-anak u and menantu-menantu pula berbaik dengan korang berdua..
upah saja orang untuk tolong u berpantang kalau laki u busy berulang ke rumah u dan mak dia..
orang yang tak pjj pun bukan lakinya sentiasa ada bila bini berpantang..
betul tak?
while u berpantang, suruh laki u angkut anak yang dua tu kemana-mana dia pergi..
u relax saja dok rumah berpantang berurut etc..

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 7 tahun kawin, patutnya mertua dah faham sangat Dan boleh beri ruang
Anak menantu Tu pjj ADA anak2 lagi
Sekali skala jumpa his family tolonglah beri peluang, jgn suka2 atur program org
Kalau aku... Aku pun rengsa org lain dok atur program aku Laki Bini
Nasib baik sgt hubby n mertua aku tak perangai Gini kalau tak memang aku takmo balik Malaya langsung

Kau duduk dekat dgn rumah mertua ke TT?
Bagus kalau dok jauh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dh PJJ balik ni dh x boleh nak beralah.saya ni bukan la jenis x boleh berdikari.tp bila ada hubby perasaan nk manja lebih.jarang2 jumpa hubby so bila sesekali balik nk hubby entertaint kite 100%.mungin dari awal kahwin saya buat x kisah bila dh lama2 MIL x faham keluarga saya perlukan ruang tanpa MIL.

Sejak peristiwa adik beradik marah tu saya nekad xnk duduk sekali walaupun baik mana pn MIL saya.biar la saya atur hidup saya sendiri dan anak2.tu pun bukan senang nk lepas duduk rumah lain.sampai sekarang MIL selalu mengadu sunyi duduk rumah dia sorang2.saya masih melawat call MIL tiap2 minggu dan balik bermalam at least sebulan sekali sebabkan rasa bersalah x dapat tinggal dgn MIL sekali.jarak rumah saya dgn MIL dalam 2 jam perjalanan

Saya dapat rasakan MIL akan stay in di rumah saya sepanjang bersalin.dh tentu perhatian hubby terbahagi dua.terpaksa menahan diri dan perlakuan lepas kami laki bini depan MIL.doakn saya bersabar dan urusan saya dimudahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-7-2019 11:41 AM
tua dah ke mil u tu?
kalau tua dah menunggu hari, berlembut hati saja la tt..
tak rugi laki u berb ...

mula2 dulu mmg boleh positif macam ni.hubby pun slalu cakap benda yang sama.tp dh lama2 ni rasa kurang sesuai pulak.plus mengandung ni hormon lain macam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.262934 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list