CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6091|Reply: 34

[Politik] rindu tweet Shiela Majid pasal ringgit lemah

  [Copy link]
Post time 6-7-2019 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Rindu tweet @SheilaMajid psl ringgit lemah, kos sara hidup makin tinggi, bantuan sedia ada dipotong, kenaikan tarif letrik, kenaikan tarif air, pekerjaan kurang, rakyat kena buang kerja, rakyat kena cukai-cukai tambahan baru & tambahan cukai lebih tinggi & kerajaan asik bagi alasan salah negara lain & cari salah org lain..

Its timely untuk @SheilaMajid tweet benda ni sekarang sbb sekarang baru lah betul2 terjadi apa yg dia tweet sebelum ini. Sebelum ni hutang dalam keadaan terkawal & rakyat tidak dicukai begitu teruk utk membayar hutang, sekarang hasrat shiela sudah termakbul di bawah Pakatan

Tweet @SheilaMajid juga termakbul sbb skrg harga makanan & kos sara hidup makin tinggi, pekerjaan pula makin susah, bukan saja pengangguran meningkat, rakyat juga hilang pekerjaan & peruntukan dari kerajaan, dan lebih parah mereka juga dipaksa membayar cukai2 tambahan kpd kerajaan..

Paling penting, Sheila dan orang Pakatan pun sama2 kena bayar cukai yg lebih tinggi, harga barang yg lebih tinggi, masih kena bayar tol, kenaikan tarif letrik/air dan sama2 juga meraikan orang yg undi Pakatan pun kena buang kerja.. Ingatkan undi Pakatan tak payah bayar semua ni.. Jangan lupa tepuk tangan.

Di zaman Pakatan & Atok memerintah, nampaknya segala hasil tweet penyokong PH menjadi kenyataan - "pejuang2 harga barang murah, tol tak payah byr, pendidikan percuma, semua sudah mati"




+++++++++++++++++
FMT News

Penganalisis jelaskan kenapa baht Thailand kukuh berbanding ringgit
Ranjit Singh dan Robin Augustin
13.1k
Shares
13k  66  42

Pakar strategi mata wang berkata, ekonomi Malaysia terperangkap dalam masalah matawang memandangkan kerajaan masih tidak jelas dalam membuat keputusan berkaitan polisi ekonomi. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Prestasi baht Thailand jelas semakin kukuh dibandingkan dengan ringgit sepanjang tahun 2019.

Ketika ini, baht diniagakan pada kadar 100 baht bagi setiap RM13.40  berbanding ringgit pada masa kini.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pengukuhan nilai baht.

“Satu daripada sebabnya adalah lebihan akaun semasa yang dimiliki Thailand.

“Ringgit naik berbanding dolar AS baru-baru ini, tetapi ini bukanlah disebabkan kekukuhan ringgit. Ia disebabkan prestasi lemah dolar AS itu,” kata pakar strategi mata wang dari Singapura.

Ekonomi Malaysia terperangkap dalam masalah mata wang memandangkan kerajaan baru, yang dipilih pada pilihan raya umum ke-14 tahun lalu, masih tidak begitu jelas dalam membuat keputusan berkaitan polisi ekonomi.

Satu kes menjadi contoh ialah “flip-flop” (berubah-ubah) berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM110 bilion oleh kerajaan, dengan menteri mengeluarkan kenyataan bercangah.

Pakar strategi mata wang itu berkata, ini menghakis keyakinan pelabur terhadap ekonomi yang terbeban oleh masalah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Rizab tukaran asing Thailand, pembuatan dan pertumbuhan perusahaan, semuanya menunjukkan daya tahan ekonominya terhadap persekitaran luar,” katanya kepada FMT.

Kekuatan baht katanya, akan berterusan, terutama selepas dolar AS/baht Thai memecahkan sejarah trend menaiknya selama 5 tahun.

Profesor Nazari Ismail dari Universiti Malaya berkata, di tengah-tengah tumpuan kepada pilihan raya umum Thailand yang berlaku Mac, angka ekonomi yang kuat yang muncul dari negara itu menjadi perhatian.

Statistik rasmi dikeluarkan baru-baru ini oleh kementerian kewangan Thailand menunjukkan prestasi ekonomi negara itu jauh lebih baik pada 2018, dibandingkan dengan tempoh sama pada 2014.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2018 mencapai 4.8%, tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Ini digerakkan, antara lain, oleh kenaikan 6% dalam eksport barangan dan perkhidmatan dan juga kenaikan pelaburan sektor swasta dan sektor awam, masing-masing mencatat angka 3.1% dan 4%.

Satu ukuran tentang bagaimana ekonomi berjalan secara berkesan dan faktor pengeluaran digunakan dipanggil “kadar utilisasi kapasiti pengeluaran”.


Indeks yang penting ini naik daripada 63% pada suku pertama 2014 kepada 72.4% pada suku pertama 2018
Sekali lagi, ia merupakan kadar paling tinggi negara itu bagi tempoh 5 tahun.

Industri pelancongan Thailand yang berkembang memainkan peranan penting dalam kejayaan ekonominya, dengan jumlah pelancong asing naik hampir setiap tahun, iaitu dari 25 juta pada 2014 kepada 35 juta tahun lepas.

Kenaikannya adalah 40% hanya dalam tempoh 4 tahun. Pelancongan menyumbang 25% daripada KDNK Thailand.

Single Polls, Total 45 Users voted
97.78% (44)
2.22% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2019 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak dengar juga komen wardinah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba teringat ceramah mat sabu," klu dulu org indo, thai, filipin yg jd maid kita, klu lama2 bwh bn org kita pulak jd maid dorg" takut pulak ak teringat mcm terbalik je ayat ceramah tu, nk2 tgh up skg isu org indo, vietnam dh xnk merantau sini, sbb duit dorg sama nilai dg. Sgt2 contradict ayat mat sabu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah nak minat sila majid ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu jugak nak baca posting machai2 PHenipu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
PH menang pun bukan disebabkan mereka mengukuh, tapi sebaliknya kelemahan BN dalam memerangi perang persepsi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 6-7-2019 09:50 AM
PH menang pun bukan disebabkan mereka mengukuh, tapi sebaliknya kelemahan BN dalam memerangi perang ...

Malang rakyat lebih percaya kencing org politik mcm mat sabu n mahpus
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 6-7-2019 10:35 AM
Malang rakyat lebih percaya kencing org politik mcm mat sabu n mahpus

Look at positive side.. kalau depa tak jadi gomen, kita pun tak tau kemampuan depa yang jaguh cakap, jaguh condemns ni dulu.

Skrg ni terburai satu2 pembohongan, penipuan dan ketidakcekapan depa... lepas ni sure rakyat makin matang dlm memilih sapa yg patut jadi kerajaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang rindu pun..
Bukan jer rindu dengan tweet akak Sheila Majid jer..ada beberapa lagi retis yang bajet acah Pakar Ekonomi pun kumerindui nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 12:07 PM | Show all posts
bn tinggalkan tahi setinggi bukit

lepas tu nak suruh orang cuci dalam setahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 6-7-2019 12:07 PM
bn tinggalkan tahi setinggi bukit

lepas tu nak suruh orang cuci dalam setahun

the prob is ph tambah taik bukan cuci tahi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 12:22 PM | Show all posts
pro-goals replied at 6-7-2019 12:17 PM
the prob is ph tambah taik bukan cuci tahi.

hutang yang ditinggalkan oleh bn tu sapa nak bayar kalau bukan kerajaan hari ni

kerajaan hari ni pening dengan hutang peninggalan zaman bn tu

bukan sikit
sampai 1 trillion kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 6-7-2019 12:00 PM
Look at positive side.. kalau depa tak jadi gomen, kita pun tak tau kemampuan depa yang jaguh caka ...

Yup...selagi bn x kalah selagi tu rakyat x tahu formula minyak 1.50 & hapus ptptn itu kencing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 6-7-2019 12:22 PM
hutang yang ditinggalkan oleh bn tu sapa nak bayar kalau bukan kerajaan hari ni

kerajaan hari n ...

Udah2 la tu kencing. Rakyat dah tahu hancing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tanya wardina & shiela majid...masih laku ke duit msia di thailand ??
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 12:30 PM | Show all posts
kita pandang ke hadapan

kalau sheila majid tweet pun dapat apa

lebih baik orang yang bertanggungjawab menjadikan ekonomi malaysia teruk sampai hari ini dipenjarakan

najib, rosmah, zahid hamidi, ku nan semua sedang ada kes mahkamah sekarang dan akan dipenjarakan selepas kes mereka tamat nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada mahacai panas
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
9 mei 2017... hari terbodoh termalang si malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 6-7-2019 12:29 PM
Cuba tanya wardina & shiela majid...masih laku ke duit msia di thailand ??

Masih laku wlpn dulu rate better dari skrg
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 03:20 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.069450 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list